Rabu, 31 Disember 2014

Review ( KAWAN)

Semalam, dalam gelap aku menoleh ke belakang, mengimbau kembali peristiwa yang aku lalui sepanjang 2014. Aku lebih menfokuskan kisah-kisah yang sentimental, penuh saspen dan konflik. Bunyi agak sedih di situ ye.

Dulu, aku ramai sangat kawan di sekeliling pinggang sampai lah aku di Matrix Labuan. Masa zaman budak dulu, kawan curi pemadam, tapuk beg sekolah, curi guli, tolak-menolak sampai jatuh pun aku tak kisah. Why ? Sebab dulu, semua perkara kita tidak simpan dalam hati. Tiada benda yang nak terasa hati sangat. Tapi sekarang perasaan kecil hati, sensitif, marah itu gemar berpeleseran lama-lama di hati dan dikhuatiri menjadi dendam.

Bila dah besar sikit ni, nak masuk alam dewasa, satu persatu kawan aku hilang, tak kira la sama ada mereka yang pergi, atau aku yang menjauhkan diri. Jahatkah aku ? Soalan itu selalu menggangu aku. Kawan ini banyak kategori, kawan macam tu la, kawan lama, kawan biasa, kawan serumah, sebilik, sekuliah, sefakulti, seprogram, seUniversiti, jiran tertangga, kawan kenalan, kawan facebook, kawan sekerja dan so on. Banyak jenis kawan. Banyak kawan, perangai pun pelbagai la ye tak. Sebagai penekanan, tidak semua manusia itu sempurna,termasuklah diri aku dan orang lain.

Secara general, bagi aku kawan ini ;

(a) mestilah sekepala, sehati dan sejiwa

(b) Jujur, bukan talam dua, empat ataupun enam belas muka

(c) Tidak kedekut ilmu

Itu standart aku lah, berbeza dengan orang lain. Sedangkan kucing pun ada guide line jenis-jenis kucing yang boleh jadi gengnya, inikan pula kita manusia, ye tak. Memanglah kita nak cari kawan yang sekepala, sehati dan sejiwa, so boleh la lepak bersama-sama, berkongi cerita yang bermacam-macam. Rindu pula dengan geng keras aku di sekolah rendah, menengah dan matrikulasi. Mereka semua gila-gila, tapi bila kerja kumpulan selalu hasilnya menjadi super, kata orang saling melengkapi kekurangan. Mereka-mereka itu tidak kedekut ilmu, saling berkongsi pengetahuan, mengajar setakat yang mampu.

Menakutkan. Sedih bila aku terpaksa mengakui aku hilang ramai sangat kawan. Ada orang cakap, kau bukan hilang Mai, tapi kau baru mengenali siapa mereka yang sebenarnya.

" Sepatutnya aku patut menerima kelebihan dan kekurangan mereka, dan keep stay bersama mereka. " ku bermonolog sendiri.

Kadang-kadang, keadaan ini memberi tekanan pada aku. Aku terpaksa berubah atau dalam erti kata lain, aku berlakon agar mereka menerima diri aku. Susah. Itu bukan aku. Perkara ini membuat perasaan aku semakin memberontak. Hinggalah pada satu tahap, aku memilih untuk bersendiri. Tak perlu memikirkan perasaan orang lain, juga perasaan sendiri yang kian terancam.

Kemudian, aku berdepan dengan jenis manusia yang bermuka-muka. Mulut depan kata manis, mengata belakang macam najis. Sakitnya seperti dikhianati. Tersengih-sengih, berlakon seperti tiada apa yang berlaku. Ini adalah jenis-jenis gunting dalam lipatan. Memang dia berjaya menoreh-noreh kepercayaan aku seperti luka ditubuh pokok getah. Getahnya tetap mengalir. Kenapa awak tak cakap depan-depan, utara dan jelaskan apa masalah. Aku tak perlukan senyum tak berapa manis tu. Serius aku menyampah. Itu belum kes, post facebook lagi. Itu pun sama, tak puas hati, cerita pada seluruh dunia. kenapa tak setel baik-baik, cakap depan-depan? Bagi aku tu sama saja seperti pengecut !

Fuh, nampaknya Cik Mai tengah beremosi. Ada rasa kesal terbit dari lubuk hati. Tapi ada pengajaran dari peristiwa yang berlaku sepanjang 2014 ini. Salah satunya, jangan menganggap semua orang sama, cara mereka berfikir dan juga hati mereka. Aku boleh terima kepelbagaian perangai kerana ia merupakan warna warni kehidupan cuma bab orang yang suka bermuka-muka, berbibir dibelakang kepala ni payah sikit untuk aku terima sebagai sebahagian dari kehidupan aku. Memang aku tidak boleh terima langsung. MAAF.

Seperti air masin dan air tawar, bertemu namun tidak akan sebati, ada "barier " sebagai pemisah

Sabar Mai

Hilang kawan ada hikmahnya. Kau cuba melindungi hati kau sekaligus hati mereka dari rasa terguris, tercalar dan terluka. Perkara ini setidak-tidaknya membuat kau lebih mengenali mereka dan membuat " precaution ". Sentiasa Waspada. Peringatan juga buat kau Mai. Jangan suka dengar dan mengata orang. Kalau tak suka orang buat macam tu, kau pun jangan buat. Kalau tidak puas hati jangan post di facebook. Bangga mengaibkan orang lain. Ingat, hidup ini seperti roda. Wawasan 2015 !!

Sudahlah Mai, maafkan dan lupakan saja perkara tu. Kalau boleh lupakan dengan orangnya sekali. Berhati-hati saja apabila membuat sebarang hubungan diplomatik dengan mereka samaada secara rasmi ataupun tidak.

Cltr + A = Delete All

Format memory..

Post ini bertarikh 24 Dec 2014

朋 友 Peng You

Kesan ubat tahan mabuk masih bersisa di dalam tubuh. Aku lemah, mata aku mengantuk. Buku dan nota ku terkapar-kapar memaksa aku menyegerakan aktiviti menelaah secara efisen. Satu teknik last minit yang bersandarkan pada nasib, jika untung sabut, maka keluar ia dalam peperiksaan.

Aku merenung ke luar jendela, seolah-olah ada movie pendek berkisahkan tentang diri aku sepanjang 2014 ini. Entahlah, mengapa pahitnya lebih kelat terasa berbanding manis sebuah kisah benar. Sepatutnya, hujung-hujung tahun ini, dimana aku akan menduduki peperiksaan, konflik tidak muncul lagi dalam hidup aku. Ombak yang tinggi dilemahkan oleh tsunami kecil. Sudah berkecil hati, duka-citanya pula semakin bertambah-tambah.

Dia kata selama ini dia bergurau, aku yang serius kencang. Dan dia bilang, dia tak suka dan tidak boleh berada dengan orang seperti aku. Teks kiriman dari aku seperti satu ledakan teguran yang pedas, yang sudah begitu lama dipendam. Mungkin kerana susah untuk dia telan dan cerna, dia sendiri membuka jalan dan berkata, silakan unfriend aku. As you wish, dan aku tunaikan permintaannya. Tidak juga saya tahan dengan manusia yang datang bila ada mahunya. Yang sombongnya lebih tinggi dari menara KLCC serta lagaknya melambung persis tin kosong berisi batu gerigi . Kalau diberi peluang, aku ini berkata pada dia ;

Gurauan itu kadang seperti serbuk magik,
dapat menggembirakan orang lain.
Gurauan itu kadang juga seperti jarum peniti,
nampak kecil tapi boleh melukakan hati.
Sudahlah, cukup sarat fikiran aku sehingga mahu termuntah huruf-huruf. Konflik selama ini aku hadapi, apinya semua berpunca dari percikan yang aku buat sendiri. Mungkin kerana hati aku yang seperti tisu, terlalu lembut dan sensitif, sehingga aku terlalu proaktif melindungi diri aku dari dicederakan berkali-kali oleh tindak-laku mereka. Disebabkan tidak mau terluka perasaan, aku me-Nyah diri aku dan membina tembok-tembok lutsinar, agar mereka tidak mendekati aku lagi sehingga pada akhirnya aku mendapati diri aku berseorangan sepi. Mula-mula tu, memang aku seperti plastik hanyut yang dibawa bah, kadang muncul di hilir, kadang duduk di hulu bermain komputer, kadang di sana makan nasi kerabu libry . Being alone and feeling lonely are two different thing.
Di ambang 2015, aku masih membiarkan tembok-tembok itu kekal. Kelak, di masa hadapan, aku tidak mahu kisah lagi semua tindak-laku mereka itu asalkan ia tidak melepasi tembok aku, tidak sekali-kali memijak-mijak kepala atau anggota tubuhku yang lain. Kini, hati aku juga dapatku rasakan seperti lali oleh perbuatan mereka, ditambah pula dengan konflik yang aku ciptakan sendiri. Lebih bermanfaat jika aku fokus dengan hal aku sendiri. Hal engkau, kau punya tahu. Aku dah tidak mahu ambil kisah lagi.

Hidup disini, serba sedikit mengajar aku bagaimana menjadi orang yang PENTINGKAN DIRI, kerana semua orang disini lakukan itu untuk hidup. Tapi aku masih ada prinsip yang akarnya masih kuat mencengkam. " tolong orang selagi mampu".

Walaupun, seperti melepaskan anjing tersepit, tidak usahlah menyesal. Sudah pasti ikhlas kita akan teruji. Fikir positif, setidak-tidanya kita tahu manusia itu orangnya jenis apa. We don't lose friend, we just learn who the real ones are.

Post ini bertarikh 28 Dec 2014

Alkisah malam tanpa elektrik

Kemarin, 9.36 pm 

Seperti biasa, rutin kampungku setiap malamnya adalah mati karan. What my mom said, macam biasalah. Gelap, lilin pun tiada. Terlalu bergantung harap dengan lampu moden yang baterinya boleh di cas, tapi sayang, perangai dia pun sama macam karan di Sandakan. Laptop Asus aku pula tiada bateri, menambahkan lagi kesunyian diriku yang dalam kegelapan. Terlupa nak mention, Broadband Maxis aku umpama kucing tidak bergigi, memang tidak berguna langsung, mei you line. Aku pun meraba-raba lantai mencari telefon, kemudian aku ON la telepon pemberian bapaku tu dan mula menaip-naip walaupun internetnya degaga.

Aku berada di Sandakan pada minggu yang kebiasaan pelajar gelar sebagai " study week", dengan hajat yang besar ingin menelaah powerpoint dan membuat nota yang cute-cute untuk final exam nanti. Untuk pengetahuan, aku memiliki pen yang pelbagai spesies dan diversity, antaranya ialah Stabilo, Faber Castell, g'soft, Faster dan banyak lagi dan Ekologist menggelar ia sebagai spesies richness. Kemudian aku varietykan lagi pen-pen aku dengan pelbagai saiz dan warna seperti highlight kuning, pen air, pen berwarna pink, hitam, biru, ungu namun dukacita saya rasakan bahawa, pen hijau tidak dapat bercuti bersama-sama saya pada hari ini kerana ia tertinggal di dalam laci meja asrama.

Bukan sahaja pen yang diversity ingin aku kisahkan, tetapi kegembiraan hati yang tak tertahan saat menerima assignment last minit. Happynya !!! Aku memanupulasi perasaan yang tengah skewed to the left. ( negetif).

"Tapikan Mai, jangan la ko tambirang situ, bagus ko buat tu karaja rumah bagus-bagus. Midterm pun teruk, mau lagi ko buat sinsai sinsai sana. Naa ada juga ni merepeat kali sem depan " kutuk si jantung.

Aish tidak guna punya jantung tidak sukung saya, tapi ada bunalnya ngomong si jantung itu.

Sebagai kesimpulan, berdasarkan pemerhatian, memandangkan tabiat karan di Sandakan ini yang agak tidak berdisplin, lebih baik aku bergantung harap pada cahaya matahari berbanding dengan lampu kalimantan. Terpaksa aku menyelesaikan dua assignment yang tertunggak dahulu baru aku membuat nota-nota yang comel. Sabarlah wahai cik Mai. Kalau laptopnya degaga bateri, buku besar bapanye ada jangan risau. Boleh belajar animal dan plant diversity. Lai-lai-lai

Pesan cikgu Hamimah masa sekolah rendah dulu, genggam bara api biar sampai jadi arang. Dimana ada kemahuaan disitu ada jalan. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Pilihan di tangan anda wahai cik Maisa. Terpulang


1. Species richness @ kekayaan spesies = bilangan spesies yang berbeza di dalam komuniti ekologi, landskap dan kawasan.
Lagi banyak spesies yang berlainan, lagi kaya la kawasan tersebut. Lebih kurang la. 

2. Degaga = Tiada


Post ini bertarikh 24 Dec 2014




Move On

Bumi petang dibasahi awan yang sedang menangis. Mencari balik waktu, bila kali terakhir aku tersenyum dan ketawa ikhlas dari hati. Bila waktunya aku berasa sangat bahagia dan happy ?

Movie itu penipu !! Siapa kata hidup di U seseronok begitu ? Dengan assigment yang berbukit seperti himpunan kain yang masih tidak dibasuh selama seminggu. Perang perasaan yang terkubur seperti periuk api, dendam tersembunyi, sakit hati yang tertahan-tahan dan juga dengki sesama sendiri. Mereka berlumba-lumba dengan taji di kaki, siap siga menjatuhkan sesama spesies, untuk mencapai apa yang dihajati.

Aku cuba menahan, memaksa untuk diam. Tetapi hati aku terus mendesak untuk bersuara dan jari-jemari aku memainkan peranan. Aku bukan pujangga yang bermain kata-kata untuk meluahkan rasa. Aku bukan penari yang boleh mengekpress perasaan dengan gerakan tubuh. Aku hanyalah seorang penulis biasa, yang begitu malas memegang pensel dan kertas. Mengapa aku perlu kejam pada diri sendiri membiarkan lidah mereka memanah menembusi dinding hati yang nipis dan banyak blood capilary ( saluran darah ).

Tarikan graviti maya menarik beberapa saat, minit, jam beberapa minggu yang lalu. Imej memori bermain di skrin laptop. Aku hanya melihat diri aku dan dia, bukan pada hati yang mungkin sedang berkumat kamit bermain kata-kata. Aku tahu hati aku, tapi bukan dia. Hujah-hujah yang mempertahankan prinsip dan seolah-olah meletakkan aku di kandang makamah. Aku lah pesalah dan tertuduh bersalah.

" Seperti pokok dihutan, kau spesies orkid aku pula si pokok Akasia. Kau beradaptsi untuk hidup, begitu juga dengan diri aku yang sehabis mungkin untuk bertahan. Mungkin kita tidak ditakdirkan menjadi Lichen ( alga dan fungus) yang saling membantu untuk mendapatkan faedah ( mutualism)."
Umpama tapak kasut yang menghempap satu koloni seni ( eukaryote ) , tiada tersisa sedikit nyawa, waris, dan kenangan baik. Kau hapuskan sekaligus menyah aku dari hidup mu. Takpe la, nak buat macam mana. Let me packing-packing first, put all our good memory that we share together into bagasi. Then I slowly go sampai kau tak sedar pun aku buka pintu melangkah pergi. Semakin lama kau mengenali aku, semakin banyak kelemahan yang kau akan jumpa. Ya aku memang tidak sempurna.

Bukitnya berumput hijau, si dendalion kecil menari-nari riang, gula-gula kapas terapung di langit biru dan aku berkaki ayam berdiri disini. Aku buang pandangan mata ke ujung sana, dipertemuan antara langit dan laut, kedua-duanya bewarna biru. Siapa aku sebenarnya ? Apa yang aku cari ? Adakah aku pencudang yang gagal mencari sahabat sejati.

Silap aku sering memalsukan wajah dimuka, atau sering diam untuk mencerita segala keluh kesah ?? Bukan. Kepercayaan !! Itu yang aku perlu sebelum aku membuka tirai-tirai rahsia. Ada mereka yang tak endah, cuping telinga seakan menutup pendengaran, ekor matanya berpaling pada yang lain, dan fokusnya pada telefon bimbit. Bagaimana untuk aku bercerita ?

Aku paranoid. Mungkin. Aku takut dikhianati, aku benci konflik dan aku tertekan.

Hari ini, biarlah aku sorong bagasi dan pergi. Terima kasih dengan memori singkat antara kita. Maisa Mohamad yang pendiam itu mau pergi jauh, dan dia memilih untuk happy, menikmati kehidupan dan berjaya macam orang lain.. menjadi siapa diri Maisa Mohamad yang sebenar, yang penuh misteri dan pelik.

TQ MEMBACA

Post ini bertarikh 26 Nov 2014

Hilangnya disini Mai..

Perut kosong, heater meletup rosak, telur ayam tak masak, kipas tidak bertenaga, pemanasan global, Microsoft 2007 dan rasa malas yang membuak-buak. Aku tidak bersemangat menelaah buku, minggu depan ada 3 peperiksaan yang bersiap siaga cuba menjahanamkan pointer aku. Arghhh tidak !!!

Siapa yang curi semangat aku ha ?? Siapa yang tekan suis off mood aku ha. CAKAP !! (nada marah)

Tiba-tiba angin bersiul lembut, menyapa lalu ia mengangkat daun-daun kering yang layu. Ada bisikan halus yang datang dari hujung bukit.
“Jadi kau nak kata hari ini hari SIAL ? Malang sedunia ??
“ kau yang cuai Mai… kau lalai… KAU !! ” Suara seperti makhluk Goblin dalam” Lord of the Ring terketar-ketar dia berkata”
Terasa mata lembing terpacak dalam jantung ku. Sentap, sakit dan realistik.

Kedengaran geburan air terpecik melepung di telinga, tubuh ku terhempas di permukaan laut dan perlahan-lahan tenggelam ke dasar berpasir. Ku lihat buih-buih mengelingi ku diiringi nyanyian maut. Rays, echinodermata dan molusca berdiri berlari terkejut saat ombak pasir terhambur menjadi ribut.

Kemana semangat ku hilang, adakah tersembunyi di dalam peti besi dalam kapal Titanic yang karam di Lautan Antartik ? Adakah tersisip-sisip dibawah tikar mangkuang ? atau dicelah-celah lubuk sawah padi, tempat sang belut berkubang dan bersuka ria? Bagaimana aku harus menemuinya?

Hilangnya disini Mai sambil jari menunjuk terus ke hati..

Pejamkan mata, ingat balik bait-bait kata yang bergetar keluar dari telefon pintar. Suara Mak kedengaran. Seperti mesin suara yang berulang-ulang kali berpesan untuk aku terus bertahan, agar aku tidak leka, supaya aku kelak BERJAYA. Habis liur,perit anak tekak namun dia tidak pernah lelah dan berputus asa. Aku pegang kepercayaan itu. Ingat Mai, misi kita apa.

Terlalu jauh kau hanyut dalam dunia malas, ayuh kita mendayung ke daratan nyata. Jangan kau lupa benua kita, berpijak teguh di tanah realiti, dan aku perlu bangkit !

Gali-gali gua emas, terus gali hingga ke mental bumi, hingga batu batu terluluhawa menjadi lava. Kenapa keluar geologi ni ?

Ada tiga pendekar berikat tali di kepala iaitu hang animal, hang mikrob dan hang orang putih. Tiga-tiga ini telah diupah oleh sultan untuk menguji tahap mana kuat otak aku. Lai, aku dah ready berentap di dalam bilik kuliah.

Ingat, kuatnya disini mai, sekali lagi jari tunjuk dihati. Perbaiki hubungan kau dengan Allah.

Post ini bertarikh 23 Nov 2014

Kupas Mangga Mentah

Ada perkara yang kita tidak mampu ubah, selain menerima ia seadanya. Siapa lagi yang menerima aku seadanya jikalau bukan diri aku sendiri. Ketakutan, kekalutan dan gusar yang selalu mengajuk-ajuk aku. Perasaan bersalah yang seperti hantu, menakutkan aku walau wujudnya itu palsu. Rasa sensitif dan paranoid tanpa asas munasabah membuatkan aku membina pagar elektrik, agar mereka-mereka yang mengancam rasa ku tidak melangkah masuk ke laman peribadiku.Tambahan lagi dengan wajah yang settingnya " default" untuk mempamerkan bermacam-macam reaksi spontan seperti bibir muncung kebawa dengan mata kuyu.

Aku adalah aku yang sebenar. Aku berubah kerana persekitaran ku memaksa, aku evolve untuk memastikan kelangsungan hidup aku disini, di habitat ilmu. Aku mungkin dilabel pelik, tidak produktif, tidak efisyen dan tidak relevan. Idea dan pendapat aku juga sering menjadi bahan untuk ketawa. Ada beza antara perbuatan berjenaka dengan mengutarakan buah pikiran. It is ok. Aku faham yang mereka tidak faham.

Silap aku yang terlalu super sensitif, terlalu risau dengan mimpi ngeri andaian yang dicipta sendiri. Masih wujudkah harapan untuk mereka cuba memahami spesies macam aku ini ? Atau aku perlu preserve diri dengan menjadikan diri aku se-eklusif permata yang asal wujudnya dari habuk kecil ? Aku meyakinkan diri aku, golongan seperti aku " INFP " adalah ekslusif, 2 % daripada populasi manusia dimuka bumi ini. Betapa aku ini " RARE ".

Aku menulis bukan untuk aku tembirang, kononnya aku rare macam kereta vintage. Aku menulis dengan harapan orang-orang yang aku sayang hubungan itu cuba memahami aku. Mungkin sukar, tapi aku berusaha membuka ruang untuk mereka cuba masuk kedalam dunia aku, mendengar prinsip, kepercayaan serta idealogi aku yang aku simpan jauh-jauh dari buah mulut.

# Tapi tinguk urang juga la sama siapa saya mau carita. Kalau sa tinguk urang tu macam ndak bagus ganyanya, ndak boleh dipercaya mana sa mau kasi ceritakan.

# Aku memilih dengan siapa aku berteman, dan kau juga mempunyai hak untuk memilih. Normal apabila kawan yang hadir keluar masuk dalam hati dan memori. Natural selection kunun.

Seperti mengupas mangga mentah,
walau tidak masak, tapi sedap dicecah lada.
Macam itu juga diri kita, mungkin kita sangka kita ini banyak kekurangan, tidak pandai matang tapi bila kita terima diri kita seadaanya, gilap kelebihan kita.. InsyaAllah kita juga mampu memberikan persaingan pada mereka.

Post ini bertarikh 14 Nov 2014

Bila pedang berkata-kata

Hujan singgah sekejap di tengahhari Sabtu,
seperti tahu, ada isu yang mengganggu aku
bahasa yang keluar dari kerongkong
adakah terbitnya dari hati dan akalnya kosong 

Tidak kah mereka tahu ?
Hati aku hanya ada satu,  tidak berbaju besi, kebal ?
struktur dindingnya lembut mudah pecah
mengapa ia kau lambung-lambung ?
murah sangatkah perasaan aku
boleh di cucuk, dikerat, dihiris dan dibunuh ?

Lidah tidak bertulang, lunaknya ia bermain pedang
begitu tepat menghiris daging perasaan..
menoreh cerita menggunakan garpu berkarat, berdarah
menumpahkan takungan airmata

bibir-bibir amerika itu tidak lagi berzikir
setiap katanya penuh toksin
tanpa amaran, mulut nuklear itu meledak
belum sempat aku berpaling menyelamatkan diri
hati aku sudah berkecai-kecai berselerakan

Tidak mengapalah wahai hati yang satu
setiap parut itu mengisahkan sesuatu
satu pengajaran juga amaran
agar kau lebih-lebih berhati-hati
mengendalikan hati kau agak tidak tercedera lagi

Satu peringatan untuk aku,
lebih baik aku bisu dan membatu
dari ledakan suara ku menghambur marah,
meninggi-ningikan suara
mengusutkan suasana..

* secara tidak langsung, ada ikatan yang kau rosakkan perlahan tanpa kau sedar

Silap aku juga, kenapa aku dekati mereka ? Last-last sewenang-wenangnya hati aku dilukakan. Apa hak diorang ? Hati aku, harta paling berharga, hanya satu. Kenapa aku terlalu cuai dan mendedah hati aku kepada bahaya. Kenapa ?? Kadang aku terpikir juga, untuk menjadi manusia berhati batu, tiada sensitif, belas kasihan pada orang lain, kuat Kebal dari kata-kata yang menyakitkan. Apa yang harus aku lakukan ? krik-krik-krik


* dan aku assume ( anggap ) semua perasaan sensitif yang hadir  sejak akhir ni adalah disebabkan HORMON tidak stabil. Semua ni salah ovum

Ovum : oi oi sikit-sikit aku, sikit sikit aku yang salah. Ini yang aku tak puas hati ni..
Aku    : kau bla lah cepat dari fallopian tube.


Post bertarikh 18 Oktober 2014


Bibir Biru itu tersenyum

Langit mengesat matanya
terlalu penat dia menangis

Aku tersenyum melihat kaki bukit dihujung sana
yang kemarin indahnya dilindungi kabus tebal
namun kerna kuatnya langit untuk tersenyum semula
membenarkan sinar matahari untuk menerangkan kekalutan
ku tutup payung pelangi
dan ku gagah melangkah menyusuri jalan ini

Organ dalaman kita seiring tua, semeningkatnya usia kita. Saban hari, sel-sel rosak dan tua akan diganti dengan sel yang baru. Kenapa aku cakap pasal sains ni ? hok aloh. Aku menulis tentang soal hati, tentang sakitnya aku melawan naluri semulajadi yang membesar seiring umurku kini.

Abad ini, nilai saham sebuah persahabatan sangat tinggi pada pengiraan aku. Bila nilai itu melonjak-lonjak naik, persahabatan itu satu persatu membusuk. Ku tercium bau sebenar disebalik cantiknya luaran mereka. Boleh aku ibaratkan, seperti kulit buah mangga yang kuning yang ranum dan sedap dimakan, rupa-rupanya ada orang-orang ( kumbang) tersembunyi di dalam, buruk dan tidak boleh di makan.

Apakah manusia seperti itu layak digelar sahabat ? Aku kira anugerah " kawan" pun tidak patut mereka terima. Tetapi, kita harus bersikap profesional atas dasar kerja dan pendidikan. Cuma luka pada batang hati aku yang kau toreh, getahnya masih mengalir sehingga kini. Adakah ada bibir-bibir seni dibelakang kepala mu, yang giat mengata aku ?

Why, why, why, tidak bolehkah kau berkata seperti manusia biasa, bukannya seperti hantu berbisik-bisik dibelakang telinga ? Jujur dan bilangin dong andai gue punya silap dan salah. TEGUR dan NASIHAT, bukan TAIP panjang-panjang dan POST di FACEBOOK menjajah cerita betapa buruknya perangai aku. Aku terasa, yes I'm and thank you very much. So kalau kau nak kata post tu bukan untuk aku, and well kau masih tidak matang, tidak profisional kepada orang yang kau giat perkatakan itu.

Satu perkara aku boleh janji pada kau, setiap MANUSIA boleh BERUBAH. Kau bukan TUHAN ataupun juri bertauliah yang layak memberi komen, nilai, markah serta hukuman terhadap orang lain. Kisas ndak dibawa mati bilang mamaku. Kau sibuk kutuk orang lain, kau tidak tahu, mungkin satu hari nanti dia lebih mulia, lebih baik dan lebih berjaya dari diri kau.

Ini pun satu peringatan untuk aku, aku kan aku dah kena. hahaha memang la sakit, tapi setidak-tidaknya aku nampak diri mereka sebenar. Setiap manusia boleh BERUBAH !! remember that.


Terima kasih kerana membaca.


Post bertarikh 11 Oktober.

Tulisanya tercetus apabila seorang rakan sekelasnya post tentang ketidak-puas hatinya terhadap aku.Aku mengaku aku mungkin ada salah, tapi tidak perlu mengata aku satu dunia.



Bila introvet berkata-kata

Mungkin ini adalah permulaan,
untuk aku seorang gadis introvert
bermain kata-kata dihadapan audience
berusaha menyampaikan apa yang hatiku ingin katakan

Aku yang tadinya
terdesak seperti banduan
bercita-cita tinggi untuk memboloskan diri,
lari dari penjara dunia..

Aku yang tadinya,
seperti helaian plastik jernih yang terapung di lautan,
berputus asa untuk berenang,
membiarkan takdir membawa ke ketepian..

Hampir aku berputus asa, dek kerana tidak percaya diri. Namun hati kecil aku sentiasa berbisik untuk aku berubah, menyahut cabaran dan ejekan manusia. Aku tahu apa yang hati aku ingin katakan, ada mesej untuk aku sampaikan. Benar kata mereka, komunikasi itu memainkan peranan.

Dunia Introvert, dunia yang lebih gah dari dunia anime. Kita sentiasa berada disudut, tertunduk dan bisu, malu mengangkat tangan dan bertanyakan soalan. Seluruh jasad kita gentar dan tercabar melihat ekstrovert bermain perkataan di atas pentas. Walhal hati kita begitu eksited, lancang dan berani berkata-kata, lebih hebat dari lidah pedebat.




#Alhamdullilah manang juga biarpun membaca kertas. LOL antam saja la




Lari lagi

Assalamualaikum. Selamat pagi dunia. Hairan. Kenapa aku menulis entry pagi-pagi rabun ni. Sebenarnya masih ada ketul-ketulan yang melekat dalam perasaan belum aku luahkan. Dan ia melemahkan sistem otak aku untuk berfikiran waras.

Macam ni rupanya hidup sebagai pelajar Universiti. Dan aku mula merasa tekanan yang menyerang dari pelbagai sudut menekan-nekan aku. Aku stress. Hari-hari ku padat dengan kuliah, tutorial dan lab.

Aku nak lari, seketika jauh dari realiti
dari kesesakan manusia
kepura-puraan wajah
senyum mudah tanggal

Aku nak lari, seketika jauh dari realiti
dan dari kesuntukan waktu dunia..

Kenangan 1 Januari 2014

Dah lama aku tak tulis entry, sejak peristiwa 1 Januari 2014 berlaku. Bilik asrama kami kena pecah masuk perompak. Aku cakap mereka perompak bukan pencuri sebab memang sapu bersih barang-barang beharga. Yang tinggal sama aku, harga diri dengan laptop 1 Malaysia. hahaha lucu la juga tapi sedihnya banyak.


Tapi part paling aku tak boleh lupa dialog roomate aku Danish ( bukan nama sebenar ).

" Duit Ptptn belum habis bayar.."

Kami jatuh miskin terutamanya adik manis Ms Lalalala. Beg mekapnya pun kena bawa lari. Selera makan kami merosot. Apa orang bilang, ndada nafsu. Mula-mula 30 minit selepas disahkan kena rompak memang ada babak menangis, tapi itu sekejap je, 23 jam 30 minit selepas itu kami ketawa je mengenangkan nasib. Ketawa la sangat, ye la benda dah jadi nak buat macam mana kan. Otak masa tu sempit, saitan kiri kanan berbisik.

" Bah aku call mama ku, suruh pugai saja, kita kasi PANAS...~ "

Namun syukurlah, mujur kami tidak melakukan syirik dan khurafat. Masih ada iman melekat di hati. Ada insan mengingatkan kami.

Kalau jumpa bomoh 40 hari sembayang tidak diterima Allah. Bah sayang bah tu pahala kan. Alhamdullilah. Terus kasi cancel pugai tu orang.

Memang peristiwa kena pecah masuk memberi satu tekanan emosi kepada bakal engineering, tarzan dan kaunselor terutamanya. Kami menjadi trauma dan paranoid. Bila tiba menjelang malam, bila matahari mula tidak menampakan cahaya. Fantasi mula bermain peranan. Kalau dulu berani belajar bersekang mata sampai jam 3 kini tidak lagi. Sanggup tahan kencing ok. Betapa kami masih takut. hohoho.

Risiko untuk dimasuki pencuri untuk kedua kali memang ada. Memandangkan kawasan bilik kami yang agak strategik. Kalau tidak dimasuki oleh orang yang sama mybe ada individu atau kumpulan yang lain. Silap kami juga, kami leka. Kami sangka Malaysia " aman ". Almari berlaya-laya ( terbuka ), laptop dan kamera atas meja. Rezeki depan mata kot. Selepas kajian hari tu, baru sibuk pasang kunci dari dalam, rajin dah kunci loker. Simpan harta beharga di tempat selamat, tutup tingkap awal-awal. Sikap kami ni tak ubah seperti sudah terhantuk baru tengadah.

Part paling lucu, si Rani Mukherjee ( bukan nama sebenar ) letak bawang putih di depan pintu. Supaya vampire tidak masuk kali hahaa.

Hei, memang lah nasi dah jadi bubur dan basi,tak boleh makan. Tapi lepas ni kalau masak nasi sukat air cun-cun ok. Jadikan ia pengajaran untuk kita.

Kata orang setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya.

Aku bersyukur sangat-sangat perompak tu masih berhati mulia " sedikit " kerana memulangkan segala dokumen penting dan juga beg mekap Ms Lalalala. Yang penting, paling mustahak lagi bermuktamad, dara selamat. tiada nafsu kali lepas dia tengok muka kami tidur macam mana kan. hahaha.

Lagi satu hikmah yang entah la kalau kamu perasan. Hubungan aku dengan Rani Mukherjee , Danish dan Mr Lalalala semakin akrab. Keakraban di mana mandi pun mesti berdua-dua, tidur sama-sama, makan pun sama-sama. Kalau tak di sebabkan perompak tu. Memang kita tidur asing-asing oh. Kamurang tidak rasa sweet ka kita ni ?

Sebenarnya, aku dah lama nak tulis kisah kita ni tapi aku lupa skrip kecuali pasal duit ptptn . Jadi aku tulis kesimpulan sahaja. Lama juga aku mencari kekuatan untuk menzahirkan memori aku ni dan akhirnya hari ini otak aku berjaya bebas.

I miss my roomate <3

Aku Pelik

Dah lama aku tak menulis, sejak bilik asrama aku kena pecah masuk perompak. Entah mungkin sang pencuri itu turut membawa lari idea ku pergi. Mujur dia tak curi hati ini. LOL !

Aku suka beg ala-ala pelancong, aku suka payung bewarna-warni, aku suka bercakap dengan benda tak bernyawa , aku tak suka handphone cangih-cangih, aku suka pergi pasar ikan, aku suka ke kawasan perkampungan, aku suka baca komik Ujang @ Apo , aku suka makan lobak mentah-mentah, aku suka tonton wayang tamil dan hindustan.

Pelik ke ?  Mybe pelik bila aku bercakap dengan benda tak bernyawa or haiwan.

" Hei pen, bagus kau tidak payah jadi pen la kalau tiada ink. " 
" Hei kura-kura, tidak guna banyak duit syiling dalam akuarium kalau hidup tak bebas. " 
" Hei buaya, tiada guna gigi tajam kalau hidup masih dalam sangkar . "
Haha ya memang aku pelik.

Rasa apakah ini ?

Ya Allah selamatkan lah aku dari perasaan sebegini.

Andai benar dia jodoh ku, kau pelihara kami dari melakukan dosa
pantau hati kami dari terbabas dari jalan yang lurus.
jarakkan hati kami sehingga tiba masanya
Andai dia bukan jodoh bukan,
Semoga Allah pisahkan kita, jauh kan kami

Ya Allah, sesungguhnya aku inginkan cinta halal
Cinta yang mendahului diri Mu.
bukan cinta pura-pura yang indah dihiasi dosa.

Sedar,
Apa yang saya miliki hanya pinjaman sementara
satu hari nanti Allah akan minta balik
Mak, bapa, adik-adik, kawan, kucing, rumah, kesihatan dan banyak lagi. MasyaAllah.
Banyaknya Allah bagi pinjam. Baiknya Allah
Cinta awak cinta saya pun Allah bagi pinjam.
Kalau Allah berkehendak, Allah boleh tarik balik.

Kita tau apa kita buat ni salah
kita tau kita menghalalkan yang haram
malu kepada Allah

Jom awak, kita tinggalkan perkara yang tidak membawa faedah
kita tinggalkan dosa yang dah lama kita ternak sejak kita mula-mula kenal.
Awak tau kan, saya sayang awak, cintakan awak.
tapi saya nak BERCINTA dengan Allah dulu. 

Awak percaya jodoh ? Takdir
Sebelum kita lahir lagi Allah dah catat dah siapa jodoh kita. MasyaAllah
perlukah saya lafaz kata perpisahan ?
hakikatnya mencintai mu sedikit sebanyak melalaikan ku.

Zuan..








Bolos

Aku seorang pelarian
masalah mengejar aku
Aku seorang pelarian
aku lari dari hakikat, bersembunyi dari manusia
Hidup di planet asing
indah sang bunga namun berbuah racun
begitu la  hakikat bernafas disini
aku masih tercari-cari bagaimana untuk survive
masih memilih senjata  untuk aku bawa memburu
tabah kah hati aku ?


Satu tahap, aku terpikir sejenak. Hidup di Univerisiti tidak la seindah mana seperti yang aku bayangkan dulu. Hidup disini penuh berlumba-lumba mengejar pointer, persaingan sengit sehingga insan-insan terjatuh dan cedera terabai. Aku menangis, bila mana assignment menggunung Kinabalu banyaknya. Seolah dayaku tiada bersisa lagi. Terburai ikatan butiran air mata.



"..Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Al-Baqarah:286)


Allah berfirman yang bermaksud :

“Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.” (al-Insyirah : 6)

Evolusi

Selamat pagi dunia . Aku menulis pada pagi ini adalah untuk mempostitifkan diri aku sendiri, lebih baik aku meluahkan di sudut blog yang jauh dari sisi mata orang-orang sekeliling.

Evolusi, organisma hidup yang mempunyai " extra characteristic " untuk adaptasi di alam sekitar yang baru dan mampu hidup serta berkebolehan untuk menghasilkan baka untuk generasi yang akan datang. Konsep " Fitness will Survive ".

Tiada kayu, akar pun jadi lah

Aku nak berevolusi, bukan dari genetik DNA tetapi perlakuan aku, cara pemikiran aku menghadapi dan menyelesaikan masalah serta penampilan aku. Aku perlu berubah untuk kelangsungan hidup aku di dunia yang bernama Universiti. Aku rasa fizikal aku memang patut diubah dari segi kedudukan bibir aku yang hujungnya sedikit naik agar aku sentiasa senyum dan yang pasti saiz badan la, meh meh arr. Air muka aku berkocak sekencang perasaan aku sehinggi menimbulkan salah faham dan ketidakselesan orang yang berada di lingkungan yang sama seperti ku terutama roomate aku.

Lucu, itu je mampu aku katakan. Hati dan wajah ku mungkin terlalu rapat sehingga  orang boleh meneka perasaan aku, Adakah itu kelebihan atau perkara yang menyusahkan aku ?

ctrl + A + delete = format memori

Evolusi. Aku akan belajar mengawal ketenangan pada air muka sehingga orang lain tidak mampu meneka apa yang tersirat dihati aku. Aku rasa aku perlu bagitau diorang, memang aku macam ni, yang air mukanya kerap berubah seiring rasa hati. Beza aku dengan orang lain, aku tertunjuk tanpa aku sengaja. Bukan aku benci, marah atau merajuk, BUKAN. Pada aku, itu adalah fasa untuk aku menstabilkan perasaan aku, kembalikan hormon ke tahap yang normal. Tapi sudah sia bilang, itu muka pandai bergerak sendiri bah. Kawan-kawan aku yang " lama" diorang tahu la sikap aku. Kadang-kadang diorang biarkan aku bersendirian untuk  cooldown dan stabilkan semula segala rasa di jiwa.

Aku ni lembab sikit kalau bab perasaan sendiri jadi respon aku memang lambatlah. Nak ku katakan tak mengapa, tapi wajah ku membocorkan rahsia yang hati ku hampa. Sedangkan untuk haiwan berevolusi itu mengambil masa beribu-ribu tahun, ini kan pula aku si Maisa untuk berubah secara mendadak. Sebagai contoh,21 tahun sudah aku berniat nak kurus, tidak juga pandai kurus. Niat saja la. Aku harap insan-insan yang aku percaya dapat terima aku seadanya yang sentiasa menyusahkan dengan meminta pertolongan.Aku harap kamupun dapat sesuaikan diri dengan aku yang moodnya sentiasa berubah seperti iguana ? tau iguana tu apa ? Orang kita sebut sesumpah. Ala yang pandai berubah warna mengikut persekitaranya tu.

 Tidak apa tinggalkan aku bersendirian " SEMENTARA" tapi jangan tinggalkan aku selamanya. Aisyeh macam bercinta pula tau. Kalau ada apa-apa kasi tau saja sama sia.

Tarik nafas.. hembus...

Hari ini sia mau pergi lokawi tinguk mungit, gajah, baruang sama binatang yang lain la.


last word : 对不起 (Dui bu qi) .

Selamat Hari Jadi Bapa

Selamat hari jadi bapa !!! Hari ini hari jadi bapa aku juga. Kalau dapat aku undur masa, aku ingin jadi seperti orang lain, yang begitu akrab bersama ayah mereka. Aku tidak tahu, tapi sejarah mungkin membentuk perilaku aku sekarang, aku kekok. Dulunya makan pun tidak mahu semeja, suara, kaki menggegar rumah, setiap hari maki hamun bertukar tangan. Allah. teruknya perangai aku dulu.

Sejak tinggal diluar asrama, aku semakin berubah. Aku menfaatkan masa-masa aku ketika di-rumah, aku memilih tidak bergaduh dengan bapa, sehinggalah sekarang. Cuma aku cemburu, bila lmeihat adik aku bergurau senda dengan bapa, dan aku lihat dia tertawa. Cemburu. Aku tahu, nyawa aku yang bersisa ini belum tentu cukup untuk melihatnya sepuas hati, melihat dia sihat di depan mata.

Ada satu impian, ingin memeluknya seperti kawan-kawan lain yang memeluk, memegang tangan ayah mereka. Selama mana ego ini bertahan. Hujan di hati, tidak berhenti-henti mencurah saat aku menulis. Aku inginkan sebuah memori manis untuk aku kenang kelak bersama bapa.Andai diberi peluang, aku ingin kembali ke zaman kanak-kanak, ingin menjadi anak yang baik agar bapa aku selesa bersama aku kelak.


Al-fatihah. Aku rindu bapa. Semoga panjang umur, diberikan kesihatan dan kuat bersama mama untuk melihat kejayaan aku, kejayaan adik beradik. Agar dapat ku membalas segala jasa dan budi, agar dapat aku hantar kalian berdua mengerjakan umrah dan haji. Allah aku rindu..




Sabtu, 1 November 2014

Kurus untuk sihat

Kulat yang tumbuh di daging tubuh
memamah masa, meratah zahir seiring usia


Badan ku gemuk
 gemukku itu adalah parasit
 Parasit yang menyerap segala bahagia 
yang sepatutnya aku lukis pada hari kemarin
 dan ia mengancam hari esok ku..

Badan ku gemuk
lemak itu  menyumbat diseluruh pelosok tubuh
menyesesakan trafik darah di sepanjang salur
jantung semput terhinjut-hinjut
oksigen perlu dihantar  ke daerah yang perlu 

Dulu aku beriya-iya nak kurus, kenapa aku nak kurus ? Sebab aku nak cantik. Aku nak orang terima aku, aku nak ramai kawan, aku nak berhias, berlawa dan berdandan macam orang lain. Aku rasa, sebab aku gemuklah orang tak suka aku, tolak cinta aku. Aku nak buktikan pada diorang yang aku sebenarnya cantik. Pada aku, semua orang memandang pada luaran, nak berkawan pun tengok fizikal dulu.

Itu jawapan jujur dari hati, aku sedar tahap pemikiran aku terlalu cetek sampai macam itu sekali. Aku sedar ada hikmah Allah beri aku tubuh seperti ini. Allah nak aku faham, lihat dan menilai sendiri apa itu IKHLAS dan JUJUR. Aku kenal siapa yang boleh aku anggap kawan, aku kenal siapa yang ikhlas berkawan dengan aku. Sangat sikit dan aku kira itu berbaloi untuk aku.

Sejak bulan lalu, aku monitor tahap urik asid dalam darah aku. Kali pertama aku mendapat result yang amat mengejutkan. Bacaan urik asid aku dua kali ganda dari tahap normal iaitu 600. Bacaan normal adalah 340. Aku cuba kurangkan daging merah, hati, dan paru tetapi apakan daya nafsu serakah ni pandai menghasut aku untuk menjamah sedikit, konon la. Minggu lepas aku check sekali lagi urik asid dalam darah aku, kali ini bacaan aku menurun tetapi masih melebihi bacaan normal iaitu 470.

Aku tersentak dari lamunan, liga otak ku berpikir tiada bersubjektif.  Lalu mulut ku terlalu berat untuk mengukir senyum dan tawa. Aku takut. Penyakit gout yang diturunkan dari bapa ku bukanlah hadiah yang aku patut bergembira. Betapa sengsara ku lihat bapa dan makcik aku menahan sakit sendi disebabkan gout.

Semangat baru tiba-tiba meresap menjalar keseluruh tubuh. Aku patut diet, aku perlu kurus. Aku tiada pilihan selain kurus, aku nak sihat !! Kali ini iktizam aku berubah walau kurus itu target aku. Aku nak sihat. Ya aku nak SIHAT.

mudah-mudahan aku dapat berdisiplin dan mengawal nafus buas aku terhadap makanan. Berdisiplin untuk tidak mengambil daging merah seperti daging lembu, hati dan paru. Kurangkan makanan tinggi karbohidrat seperti nasi, roti dan mee segera. DIET ATKINS.

Chaiyookk !!


























































































Jumaat, 27 Jun 2014

Terserempak

Dulu aku dan kau adalah sahabat baik. Kemudian aku jatuh hati pada aku. Aku pendam hampir 10 tahun dan akhirnya aku meluah. Selepas itu, kau atau mungkin juga aku semakin jauh. Dan sekarang kita tidak ubah seperti orang asing.

Aku berjaya ' Move On '. Betapa susahnya untuk aku mengumpul seribu sebab untuk aku benci kau. Aku putus asa jadi " bff ".

Dulu aku begitu bodoh, sanggup buat apa saja untuk kau, dengan alasan kau bestfriend aku. Cukup bodoh sehingga meyakinkan kau yang aku sentiasa akur. Sorry bro. Aku bukan Mai dulu. Kalau dulu aku sanggup menghabiskan kredit untuk bertanya khabar kau, sanggup mendengar semua keluh kesah kau. But now, tidak lagi, aku letak jawatan. 

Kenapa kau muncul lagi ? Aku delete nombor telefon kau supaya aku tak call kau lagi. 2 hari yang lepas kau call,  kau kata kau rindu. Huh, boleh percaya kah? aku ni kan hanya kawan bila diperlukan sahaja. Kau ajak jumpa, aku mengelak. Aku kata aku tiada kredit. Sebenarnya aku tak mau jumpa kau.
Tadi, aku ternampak dia berjalan dengan seseorang yang dia iktiraf " bff ". Aku sebenarnya tak suka perempuan tu. Bukan sebab jeles, tapi perangai dia. Err.. Malas la nak komen. Memang bikin panas wa cakap sama lu. Aku tak tau lah macam mana nak describe feeling aku tadi. Terkejut, gelabah, happy ? aku tak tau, yang penting aku nak pergi dari situ cepat-cepat.

Hei, semoga bahagia la. Tapi kalau kau dan perempuan tu kawin, aku tak nak datang. Sekian

Sabtu, 7 Jun 2014

Being Alone

Berjalan seorang diri dalam hujan, sambil tersenyum. Itu la kebebasan.

Aku bersendiri, lari dari orang-orang manusia, lari dari dunia realiti. Menjarakkan diri dan memberi aku peluang untuk berfikir dan mengostankan memori penting, untuk aku sunting sebelum aku teruskan lakonan aku dipentas bumi.

Hakikatnya aku seorang gadis, yang perasaannya mudah pecah berantakan. Belayarku sendiri di bahtera fantasi  bukanya lama, sebelum genap satu hari, kembali lah aku ke daratan tanggungjawap.
Pergi tanpa lambaian, tidak pula ku berkecil hati. Tiada pertanyaan tiadalah jawapan. Masing-masing berdiam. Lebih satu purnama, aku dipulaukan oleh manusia yang berlabel " kawan ". Dan aku bergerak mengikut tiupan takdir, dimana aku perlu, disitu aku berada.

Hidup oh hidup. Bukan kakiku terpacak dikerak bumi. " Being alone " buat aku bebas berlari. 
"Being alone " buat aku bebas untuk kemana aku pergi. " Being alone " buat aku bebas melakukan apa yang aku suka. Buat aku kuat. Buat aku berani untuk mencuba.

Inilah hikmah dalam kehidupan dan dugaan hidup..

Thanks. Mungkin sebelum ini aku rasa aku mati tanpa sekawan "kawan". Kau telah buktikan yang aku silap. 




Sabtu, 31 Mei 2014

Kenapa Aku Nak Kurus

Mid-night 12.04 am

Pada 1 Jun 2014, aku mengikuti program " CABARAN KURUS DENGAN DIET ATKINS MALAYSIA " selama 30 hari. Semangat ku semacam berkobar-kobar.

Aku start diet atkins pada 1 Ogos 2013  dengan berat badan 94 kg. Aku tak cukup disiplin, aku stress dan aku makan, nak datang period nafsuku melonjak-lonjak. Dan pada 31.5.2014 berat badan aku kini 79 kg. 



Kenapa kau nak kurus Mai, lain macam pula semangat kau ini kali ?


Kenapa aku nak kurus ?  Aku penat la bawak terhuyung hayang lemak ni. Berat ! Huhu Kalau kau nak tau, aku dari kecil tak pernah rasa kurus. Aku dari kecil, telinga aku dah lali dengan ejekan gemuk sehingga lah sekarang.Aku jadi low confident. Tak yakin dengan diri sendiri. Rasa semua perkara aku tak boleh buat. Aku rasa semua orang pandang rendah pada aku.


Banyak yang aku nak buat bila aku kurus. Aku nak mendaki gunung, panjat pokok, berenang, parasailing dan lain-lain. Keadaan fizikal aku, buat aku rasa takut. Takut yang membantut keinginan ku.




Cinta. Mungkin ini juga sebab aku nak kurus. Aku bersyukur sangat, Selama ni, aku kena reject sahaja. Mungkin sebab aku ni hodoh. Tak ada orang sukakan aku. Tapi kalau difikirkan balik, semua ni ada hikmahnya. Setidak-tidaknya, aku tahu, mereka itu hanya lihat pada luaran fizikal sahaja. Sedar la diri tu sikit kan.  Never mind. Pengalaman mengajar aku, dan beri aku peluang untuk memahami perasaan orang-orang obes macam aku. Aku tahu perasaan menjadi hodoh. Rasa rendah diri.


Kenapa aku nak kurus ? susah bah mau cari baju. Saiz plussize semua mahal, then tak berapa nak menutup aurat. Kalau kurus kan, baju kat mana-mana pun senang je nak pilih, murah pula tu. Aku cuma takut, bila aku da kurus. Gatal pula nak cari baju ketat-ketat. Ya Allah. Tetap kan lah hati ku.


Untuk tempoh 30 hari, aku berjanji akan tidak menyentuh NASI, minuman karbonet, Mee, Kuih, kek, lekor dan roti !!!!



Ahad, 18 Mei 2014

Dari A to Z

Sekilas terjaga dari mimpi, hari ahad hari bermalas-malasan, aku mencapai handphone aku. Aku call mak aku di kampung. Entah macam mana, topik apa yang aku buka, emak mula berkhutbah panjang. Aku hanya mengangguk-aguk mengiyakan sahaja nasihat mak. Banyak yang mak cakap tapi aku buat macam aku tak kesah. Aku kesah sebenarnya, cuma  otak dan hati aku lambat digest nasihat tersebut.

Masa tengah tengok wayang hantu di pawagam 1 Borneo, otak aku mulai memproses setiap butir kata-kata mak. So ketakutan aku teralih kepada kata-kata mak tadi pagi dan juga pada 'POP CORN".

" mak hantar kau sekolah tinggi-tingi bukan suruh kau enjoy sana sini kasi habis duit, mama hantar kau sekolah supaya kau boleh tolong adik-adik kau sambung belajar, ganti mama cari duit. Mama penat kerja. Kalau mama tiada, kau yang ganti tempat mama tolong adik-adik mu. "

Ya Allah, kuat kah aku tanpa mak. Betapa aku leka di sini. Hidup bebas tanpa pengetahuan mak. Rindu leteran mak. Kalau mak tak membebel tadi pagi, mungkin aku sudah jauh terhanyut dibuai keseronokan remaja. Kalau mak tak marah aku, mungkin aku masih ambil enteng tentang pelajaran aku.

Cinta, mungkin juga punca aku lalai dalam pelajaran. Aku perlu lepaskan dia. Andai dia percaya pada takdir, InsyaAllah kami akan disatukan. Ya Allah kuatkan aku dalam melawan rindu. Bebaskan la aku dari cinta sementara ini. Tabahkan hati ku.

Lepas hari ini, aku lepaskan sementara mereka.. tinggalkan si Dia, tinggalkan sahabatku di Wechat dan facebook.. tinggalkan keseronakan sementara sehingga berakhirnya peperiksaan aku. Ya Allah. Tabahkan hati ku. Kalau perlu, korban semua itu, aku akan korbankan.

MAK, maafkan aku kerana terlalu lama leka, terlalu sibuk dengan cinta monyet dan perkara sia-sia. Walhal, aku terlupa aku berada dimedan peperangan, semoga Allah memanjangkan umur mu Mak, dan Bapa, untuk menikmati kejayaan aku, merasa hidup selesa. InshaAllah. :')

Ahad, 30 Mac 2014

Omong jantung

Hai blog. apa khabar ? Sihat. Sorry la sebab aku jarang jenguk kau.  Aku datang tengok kau bila aku tengah ada masalah. Nampak sangat aku ni pentingkan diri sendiri. Kadang-kadang, aku lebih rela berbual-bual dengan kau ( blog), jantung dan otak, dari bercerita dengan dengan manusia yang punya telinga tapi tidak pula ia mau mendengarnya.

* aku terlupa, Allah lagi Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. astaghfirullah al azim.

Punya lidah tapi tidak bersuara
Tekanan menyesak di setiap sudut otak
Hati memberontak marah
yang tewas hanya pada mata

Idea ku tidak mampu berlari
idea ku disekat di bilik besi
idea liar ku di terikat sakit
cadangan ditolak mentah
tanpa ada sebarang perundingan dibuat
tanpa mendengar aku mengutarakan hujah
hati ku memberontak


bila aku menuntuk hak
bila aku membuat penegasan
aku dibalas ledakan bom suara
aku bersalah tanpa ada membela


Mungkin nada bahasa ku tidak dihormat ?
mungkin rangkai kata ku mereka cuak ?
atau musim hormon berjongkat jongkit didalam badan
turun naik mengusutkan emosi, aku sensitive
sakit wanita
salahkan saja pada si ovum
biarkan ia tanpa diwakili sebarang peguam..
Aku mempositive kan diri





Ahad, 23 Februari 2014

Kurus

Gemuk


Itu la aku, asyik di panggil gemuk sejak aku menjejak kaki ke tadika lagi hingga la sekarang. Aku sedih tapi aku tiada hak untuk menafikan hakikat ini. Setiap kali di ejek, aku tak mampu marah, aku telan perit perasaan.

Aku manusia yang kurang berkeyakinan. Aku rendah diri disebabkan bentuk tubuh aku yang gemuk.

Setiap awal tahun baru, aku akan memasang azam untuk kurus. Tapi aku hanya hangat-hangat najis ayam. Sehingga hari ini badan aku masih di saluti lemak yang berlapis-lapis. Aku benci badan aku.

Mungkin orang sekeliling aku melihat aku seorang yang tak kisah, seorang yang ceria dan sentiasa gembira. Tapi sebahagian kecil diri aku seorang yang murung, sentiasa kecewa dan tertekan.

Berat maksimum yang pernah badan aku tampung adalah 94 kilogram. Aku terkejut semasa buat medical checkup. Sejak hari itu aku cuba cari cara untuk kurus, dalam otak aku pelbagai alternatif yang agak mahal dan berbahaya iaitu menggunakan produk kurus. Tapi aku ada otak, dan aku tak sebodoh itu.

Akhirnya aku terjumpa dengan blog http://bicikut.blogspot.com/ . Blog ini memperkenalkan aku dengan diet ATKINS, diet rendah karbohidrat. 1 bulan pertama, aku berjaya mendapatkan berat badan aku yang obesiti biasa iaitu 85 kilogram. Dan kini aku hanyut semula. Aku menipu dalam diet aku sendiri.

Kalau dulu, aku nak kurus disebabkan aku nak orang terima aku, aku nak mereka berhenti mengejek aku. Aku nak popular, aku nak ada kawan lelaki, aku nak bercinta. hehe.

Tapi sekarang, aku kurus bukan untuk itu semua tetapi untuk diri aku. Aku dah lama sangat gemuk, kini tiba masanya aku nak merasa kurus. Bukan apa, aku kesian tengok mak aku cari duit untuk aku. Baju plussize bukannya murah. Baju muslimah ? hok aloh lagi la mahal. Kesian kan aku. Aku nak beli baju lengan panjang, tutup aurat. Tapi size baju semua kecil-kecil. Aku takde pilihan.

Aku betul-betul nak kurus. Dalam kelas aku, aku seorang saja yang gemuk. Aku tak nak tertinggal dalam hutan sebabkan aku lambat, lembab dan semput. Aku nak fit, aku nak mantapkan stamina aku. Sekarang aku rajin berjoging dan berzumba. Syukur alhamdullilah. Ramai kawan-kawan yang menyokong aku. Terima kasih kamu orang :)




Isnin, 10 Februari 2014

Ngomong kosong


" Lelaki ini mudah saja nak kenal hati mereka. Bila mereka selalu hubungi anda, bermakna anda lah insan yang paling dekat dihati dia masa tu. Kalau anda tak layan atau tak pedulikan dia pun, dia akan tetap selalu cuba hubungi anda. Tapi if one day bila anda tersedar yang dia langsung tak hubungi anda, bermakna sudah ada perempuan lain yang menghiburkan hati dia "

Jantung ku tersadung lagi. Nyaris-nyaris aku terjatuh. Sedikit calar. Kadang aku terpikir, adakah aku seorang pecundang. Seorang pejuang yang pulang dengan kecewa. Aku terpikir sejenak. Aura negetive menyelubungi. Berkepul-kepul melemahkan benteng jati diri sendiri.

Otak : Lagi-lagi cinta. Poyo. So kali ni dengan siapa lagi Mai ??

Mai : DIAM lah !!!

Otak : pejuang cinta konon. Arjuna ? Baik kau berjuang belajar macam mana nak skor subjek Statistik dan Kimia.

Mai : Jantung punya pasal la ni !! Dia punya salah la ni. Eii menyusahkan betul lah.

Jantung : Aku.. ( menangis )

Otak : Ei Mai napa kau marah Jantung. Bukan dia salah. Dah nama dia jantung. kalau dia otak, dia takkan buat semua ini. 

Mai : Habis tu.. Aku nak buat macam mana lagi otak. Aku penat la. Penat biji mata aku berair.

Otak : Jantung, kau, aku tak salah. Kita bertiga kena ingat, walaupun  lelaki cakap tak semua lelaki sama, tetapi lelaki tipikal kebanyakannya sama.

Mai : So macam mana, nak lost contect like usual ?

Otak : Tak payah la sampai macam tu. Aku nak kau, jantung redha. Berserah. Dan please berhenti berharap. Kes berharap-harap apa ka jadah la jadi macam ni, korang tau tak !

Jantung : maksud kau otak ?

Otak : Let it be. Hei Allah tu ada. Dia dah plan baik punya untuk kita. Kita ini hanya merancang, tapi Allah Maha Berkuasa. So mintak la, berDoa lah minta pada Allah. Ni la ni. Ini la akibat bila ibadah wajib sengaja tinggal. Tu la jantung tu tak kuat. Iman lemah. Hati kosong, mudah berputus asa.

Mai : Maksud si otak, kau tak payah berharap-harap lagi. Wei jantung, tak berbaloi wa cakap dengan lu. Hei tak penat ke merindu-rindu ni. macam bodoh je aku tengok kau. Sumpah !

Otak : Eleh, yang kau emosi tu kenapa ? ops terlupa pula, orang tengah period kan. Kena tinggal oleh sang ovum. Tu yang jiwa sensitif. huhu

Mai : Kau diam la jantung.

Otak : Jantung, I know U kuat. Ko jangan sedih lagi. Aku ada, aku akan backup kau. Ingat cakap aku. Berhenti berharap ok. Just anggap kau dan dia hanya kawan. Itu langkah selamat. Trust me. Aku tak nak tengok kau terluka lagi.

Jantung : Thanks bro :')


Sekian terima kasih 



Jumaat, 31 Januari 2014

Esok Hari Jadi aku

Sekejap lagi, secara teknikal mengikut tarikh yang tertera pada surat beranak usia ku meningkat satu angka lagi. Setakat ini kedut-kedut belum muncul di kawasan muka terutama di kawasan mata. Alhamdullilah :P


Hei Mai, kau dah 21 tahun !!

Semakin usia ku meningkat semakin dekat jarak antara aku dengan ajal. :'(
Aku perlu paksa diri aku berubah menjadi seorang islam yang benar-benar islam. In Sha Allah. Ini harapan aku pada tahun ini. Biarlah tahap pemikiran ku matang sesuai dengan usia ku yang kini menuju ke alam dewasa.

Hari ini laptop aku jatuh dan screen dia rosak sedikit. Aku berkira-kira untuk meminta mak belikan baru. Tapi kedudukan jantung aku berasa tidak senang. Ya. Aku terlupa diri aku siapa. Aku lupa keluarga aku bukan orang berada. Tak pe lah Mai, semua ini ada HIKMAH. Ya aku percaya aturan Allah lebih sempurna.Hei dengan keadaan laptop aku yang uzur ni, aku akan fokus belajar. Nak tengok movie? memang tak lah screen rosak. Tapi syukur lah, at least aku masih dapat menaip. Itu yang penting.

Aku nak berubah jadi manusia yang lebih berguna, dipercaya dan boleh bergantung harap. Semua ujian, halangan dan cabaran akan aku sahut. Aku juga nak kurangkan bibir aku dari terus merungut.  Aku nak belajar untuk bersabar dan bersenang hati melakukan segala apa tanggungjawap dan tugasan yang diberikan pada aku

Aku juga nak belajar JIMAT. Taknak lah beli baju-baju online ni.

Mai, bila kau dah berjaya, dah bekerjaya In Sha Allah semua yang kau nak boleh kau beli. Dengan hasil titik peluh kau sendiri. Belajar la bersungguh-sungguh kerana Allah.

and aku nak KURUS !!!  Aku target before raya !!. Hurm kurus mai. Mesti tahan godaan !! Hati mesti kental !!

Khamis, 23 Januari 2014

mr R is Razif

Now playing : Pupus by Dewa19

Razif dah tahu aku sukakan dia. Pada mulanya dia memang terkejut tapi lepas dia dengar penjelasan aku, keadaan semakin terkawal.

Aku ingat lagi, pada malam tu, aku tengah kecewa baru lepas break dengan Poy. Aku stress. Secara tak sedar aku call Razif dan dia angkat. AKu luahkan perasaan kesal aku pada dia. Dan dia menyabarkan aku dengan kata-kata semangat. Dia sama seperti dulu-dulu, masih juga sudi mendengar keluh kesah aku. Cerita punya cerita tiba-tiba pula keluar topik tentang cinta aku pada lelaki sejak 10 tahun yang lepas. Dia mendesak.

Soal aku pada hati. " why not aku beritahu dia hal sebenar. Lagi pun aku bukan ada perasan lagi sama dia." Aku menarik nafas dalam dan menghela. Mencari kekuatan dalam malu-malu. Kini tiba masanya aku berterus terang.

" KAU !! Aku suka kau bah tu bongok ". 

Razif tergaman seketika membuat aku jadi gelabah.

Tapi itu dulu-dulu, masih budak-budak, otak tak betul. Kau jangan risau. Aku explain lagi. Dan itu hakikatnya. Perasaan itu yang melarat-larat sehingga 10 tahun lamanya. Macam bodoh juga kan. Aku yang bodoh. Jatuh cinta dengan kawan baik sendiri.

Sejak aku berterus terang, aku begitu malu untuk call atau chat Razif. Aku agak mungkin dia masih terkejut dan mengelak dari aku. Aku sudah mempersiapkan mental aku untuk menerima segala kemungkinan yang aku andaikan.

Tidak lama selepas hari itu, ketika aku tengah study week, Razif call aku. Seperti biasa macam-macam topik yang kami berkatakan. Tiada wujud perasaan janggal sehinggalah dia menyentuh bab perasaan.
" Mai kenapa kau tak cakap terus terang dari dulu ? kan lagi senang. "
" eiii kenapa kau sebut hal ini lagi, adui buat-buat lupa lah bah."
" kau ingat senang-senang kah aku mau lupa. "
" Buat apa kalau nanti kena reject juga. "
" Kan aku pernah cakap, kalau ada jodoh, tidak akan kemana"

Aku hanya tersengih. Dalam hati, tak nak aku buat kerja double bodoh.

Kini, selepas aku berterus terang, akhirnya dia tahu juga yang aku ini pernah sukakan dia. Razif juga tahu, nota-nota yang dia baca dalam facebook itu semua untuk dia. Aku lega. Kini aku sudah bebas dengan perasaan sendiri.

Aku officially format, delete semua perasaan aku pada kau.
Aku dan kau adalah kawan until Jannah In Sha Allah :)

















Sabtu, 11 Januari 2014

Nyaris

Nyaris ku tersadung.. jatuh dalam lupa yang saja-saja aku buat. Nyaris


Aku hampir saja membiarkan jantung aku bermain-main cinta. Aku lupa pesan otak satu tika dulu. Aku sepatutnya bungkus, ikat kuat-kuat kepercayaan aku didalam plastik. kepercayaan bodoh dan sengaja memperasankan diri.

Otak : Mai.. Mai.. Mai.. Kangkangkan mata kau luas-luas. Pikirkan benda lain ok. Cinta tu kau tak payah pikir dulu, langsung tak bawa faedah buat masa ini. Hei there are so many reason to make you happy for every second in your life Mai.

Mai : Otak, Sorry. Lepas ini aku akan kurangkan berhubung dengan pencuri perasaan aku. Aku, memang salah aku, masa tu aku khilaf. Aku pun tak tahu apa yang sudah aku buat. Tapi lepas ini, aku berjanji akan memperluas jarak antara aku dan dia. In Sha Allah

Jodoh dan Maut tetap menjadi Rahsia.