Isnin, 28 Januari 2013

cerita dia R



Hari ini aku baca status dia, dia selesema  
Semoga awak cepat sembuh  :)

Semalam aku chat dengan dia, mr R. Dia tanya kat aku siapa lelaki yang aku admirer dari dulu. Aku buat derk je dengan soalan dia. aku tak tahu kenapa aku tak nak jawap. Mungkin kah aku malu meluahkan perasaan aku? Ataupun aku rasa there is no point if I tell his about my felling.


You know what, aku ok je cerita pasal diri aku yang meminati kau sejak dari kita sekolah rendah kat orang lain. Aku tak malu, sebab aku rasa benda tu sweet. Because you are my first love maa..
Tapi pelik, aku tak pulak beritahu benda ni kat kau. Yang aku suka kan kau pada satu masa dulu.

Seingat aku, dua kali aku confess perasaan aku kat kau, tapi masa tu kau reject mentah-mentah. So buat aku apa aku nak bagi tahu lagi. Kau cacat R. Kau pekak kau buta. Kenapa kau masih tak sedar-sedar tentang perasaan aku.

Banyak tulisan aku mengenai kau. Aku berharap satu hari nanti kau baca. Biar kau tahu macam mana aku punya perasaan yang tolol ini.


Kau tau tak, kadang-kadang aku berlakon ,menjadi kawan baik kau. Berusaha menjadi pendengar yang setia tapi tiap kali tu juga la aku terasa terluka, kecewa.  Takpe, demi seorang kawan katakan, aku masih berada di sisi kau. Masih setia mendengar semua  luahan kau. Sedih aku bukan setakat itu je tau, aku rasa bila kau perlukan seorang kawan je baru kau cari aku. apa ni R ?? entah macam mana la kau hargai seorang kawan macam aku ni ??

aku masih dengan harapan yang rapuh itu, teringin sangat melihat kau kembali seperti dulu. Kembali seperti budak-budak tadika yang belum mengenal rokok arak cinta dan benda-benda yang buat akal dan hati kau huru hara. Aku masih berharap R..

kau jadi normal..

Khamis, 3 Januari 2013

Lusa dah 2013

waktu sekarang 2.46 AM, esok 31.12.2012

selang sehari dah tahun baru, mesti orang sibuk cakap azam kan-kan. well aku pun ada la juga simpan sedikit keazaman. apa orang bilang, TARGET. kurus?? hahaha sejak umur aku errkkkk darjah enam kot, tiap tahun ni la azam aku. nak langsing, ramping seksi dan menawan >.

puikhhh... haha sampai sekarang la nak masuk 20 tahun dah aku tahun depan. last sudah aku bergelar remaja sunti belasan tahun. next year dah jadi
puluh-puluhan. rasa dah jadi matang pun ada.


takpe la, kurus-kurus jak diorang mau, bagi ayam kurus ndak mau, bagi lembu kurus ndak mau.. dimana bah ni keadilannya
* aku tak kisah la tu, malas aku mau pikir. tapi diet jua ni aku. aku kan sedang krisis duit.

target aku 2013 !! aku nak dapat 4 flat !! seriyes aku cakap. aku rasa macam nak masuk UNIVERSITION. walau hati jahat saya cakap, penat sudah mau belajar. aku suka kehidupan, rugi la tak belajar kan. so fokus sekarang belajar belajar dan belajar.. lain perkara belakang cerita..
cinta pulak bagaimana cik Maisa ??

cinta?? kasi surung pi siring-siring dulu, kasi target limpas dulu.
Cinta, tak pun aku mati kalau tidak di cintai dan mencinta lelaki yang dinamakan cowok.
masa aku baby, single pun aku. hepy jak pun.
nanti la, kawin jua tu saya.. Insyaallah..

tapi i still tension >.< lusa dua puluhan sudah saya..

aduiyaii

Selasa, 1 Januari 2013

Apa??

by Maisa Mohamad on Saturday, November 26, 2011 at 5:31pm ·

aku macam kucing kampung..
bulu pindik.. kaki jalanan..
tulang, nasi putih aku telan
cicak lipas tikus aku makan juga
berbeza dengan kucing orang kaya..
yang hidup serba senang..
mau makan meow saja..
wiskes dengan ikan masak depan mata

biar pun dia bodoh, semua dia dapat..
apa dia mintak semua ibu bapa dia kasi..
aku??
nak kata bodoh tidak juga..
pandai pun kuranglah.. bolehlah sikit..
tak pe lah,
aku paham.. keluarga aku bukan kaya pun..

spm hampir ke pengakhiran..
tiba masa aku meneroka alam pekerjaan..
merasa gemuruh gelisah mencari kerja..
berasa gugup saat di temu duga..
gumbira merasa gaji pertama!!
aku kerja bukan tuk diri sendiri
bukan merancang tuk membeli IPAD
IPHONE dan bla2x..
tapi nak kongsi gaji tuk meringan kan beban..
KAMERA DLSR??
errkkk nanti lah dulu..
cukuplah dengan gambar-gambar yang di post d facebook

bah..
mudahan-mudahan aku depan kerja yang bagus
gaji yang ok lah..
dengan nawaitu ku ini..
aku boleh tolong keluargaku..
amin..
peace no warr!!!

tidak berniat tuk mengeluh..
bukan kesal berdiri di jalan takdir..
cuma tuk mengingatkan aku sendiri..
agar tetap redha apa yang aku miliki..

mingung...??

by Maisa Mohamad on Sunday, March 25, 2012 at 12:28pm ·

How can I be smiling when your gone? Will I be strong enough to carry on?
now playing : Gareth Gates - Say It Isn't So

Dari semalam aku tunggu sms dia.. marah ke dia? tadi pagi aku miscol, telefon dia pulak tak aktif.. hurm sebab tu lah aku malas bila aku dah mengakui aku dah jatuh cinta..
yelah.. kalau dulu dia tak sms aku langsung tak kisah, tapi sekarang.. hurm

eh bencik lah perasaan getek-getek macam ni,, saya tak pandai nak show on, saya tak pandai nak cakap. saya memang tak reti nak bercinta.. saya sayang dia tapi saya tak tahu nak beritahu dia.. eeii.. geli lah cakap cintak2 ni.. hahahduiii...
Otak : jantung, uinaa... kali ke berapa sudah ko macam bagini.. semua ndak menjadik. bagus kau pulang
Jantung : suka aku suka lah jugak.. tapi ada benda yang buat kami mcm, ish rasa tak boleh
Otak : maksud kau...? ( garuk2 dahi )
jantung : agama macam tu lah..

Otak : boleh urus bah tu..
Jantung : tapi aku... cuba dia serius sikit kan.. ni tak, erkkk aku takut salah pilih.. 
Otak : kenapa pulak..
Jantung :ye lah, aku tak sukak lah kalau hubungan tu, ke arah keSEKS!! eeii.. x suka getek.. 
Otak : eleh, macam ko ndak biasa.. wkwkwk getek jugak kau bunguk
Jantung : eh, ko lah otak..aku nak keseriusan, tangungjawap.. kalau nak seks ke apa ke. bagus cari bohsia, pelacur ke 
Otak : uinaa..ganas ayat! mana tau main2x.. aku kasi tau kau, kadang2 bagus org begitu, dari pendiam.. belakang di rugulnya kau situk. kau mau??
Jantung : ye lah.. betul jua lah.. aku..aku cuma takut. tapi Getek tu boleh buat lepas kawin apa! 
Otak : kalau dia ego sana.. peduli lah dia. aku jamin, lepas 2 hari ni, kau dpt lupa perasaan geli2 kau ni
Jantung : harap macam tu lah.. selesa lagi berkawan 
Otak : lupakan dia, kalau dia tak sanggup, kalau dia terlampau sangap.
Jantung : tapi saya rasa sayang bah
Otak : sayang boleh kasih kau kenyang kah? bahagia dunia akhirat kah?
Jantung : biar waktu tentukannya lah. aku, biar aku diam dahulu..

Otak : jantung!! at least, kau berlagak macam nothing lah.
Jantung : tapi kalau aku melepas?? 
Otak : neh.. tadi cakap tak suka..
Jantung : sukak lah.. sikit.. hehe.. sunyum2x saya 
Otak : sowt.. kalau kau ndak mau dengar cakap saya.. jangan panggil aku chat.. bye!!
ish2x.. maisa... maisa... what hapen to you?? budu tu otak.. marah pulak dia sama jantung.. Now, aku harap boleh trust Jantung..

* Ya Allah, aku tulis post ni sebab.. tu sikit saya tersuka sama orang yang salah.. palis2x

MR R lagi

by Maisa Mohamad on Thursday, October 25, 2012 at 8:02pm ·

Awak masih sayang kan dia Mai?
Ya hati. Aku masih sayang kan dia. Dia kawan baik aku, dia cinta pertama aku. Macam mana aku boleh lupakan dia

Awak masih cintakan dia Mai?
Hei jantung, sayang tak bermakna cinta, sayang tak bermakna aku nak memiliki dia. Melihat dia gembira dan baik-baik saja sudah cukup bagi aku Jantung
Kenapa tak terus terang je Mai?
"Aku dah pun, nak terus terang tentang apa lagi?? Mungkin dulu aku pernah berterus terang yang aku suka kat dia sejak darjah 4 lagi. Mungkin dulu aku pernah menyatakan perasaan tapi kawan tetap kawan kan jantung. Dan dia menolak cinta aku dengan cara baik."

*** Tapi kau masih tak dapat nak lupakan dia kan Mai..
Aku rindu diri dia yang dulu,
Aku rindu kasih sayang dalam sebuah persahabatan
Aku rindu cara dia melayan aku sebagai seorang kawan perempuan
Macam mana aku nak lupakan semua tentang dia?Kalau dia mahu mendengar nasihat aku,
Andai saja dia tidak ego dan degil
Mungkin dia tidak akan pergi sejauh ini..
Mungkin dia tidak mengelumang dengan dosa
p/s :
R, kalau kau masih perlu kan aku,
Aku akan berusaha hadir untuk kau
Aku sentiasa menjadi kawan baik untuk kau
Andai kau tahu,
betapa aku sanggup berkorban untuk kau R ( setakat yang mampu )
harusnya kau tahu, betapa kau sebahagian dari hidup aku
aku bahagia jika kau bahagia
aku tak mahu lihat kau sakit
 TOLONG la kembali seperti kau belum mengenali ROKOK
TOLONG la jadi sepeti diri kau yang dulu
Untuk aku dan ibu mu
R kau harus tahu
Kau KAWAN BAIK aku
Kau PENTING dalam hidup aku

*Aku sedih bila kau semakin bencikan AKU

kesian cintaku..

by Maisa Mohamad on Wednesday, March 28, 2012 at 10:54pm ·

tiada abjad yang lebih sesuai 

yang patut ku lemparkan..
kehodohan ku.. 

kebisuan mu

memutuskan sebuah jawapan..
jawapan bahawa aku gadis sisihan
kononya tidak layak dengan jantan megah macam ko puikk!! ( haha tiba2 macam geram )
sekali lagi jantung ini terluka..

tersenyum sinis..
otak mengajar aku tuk bersiap sedia tuk terluka..
mengerah perasaan aku tuk melupakan..
kalau memang aku tiada harapan..
bah ya lah..
pulang lah aku.

aku gadis rejectkan..
aku di lupakan.. dan terpaksa aku melupakan jugak..
kekadang terpaksa mencari cinta sendiri..
di sangka gila seks.. sangap mau matik ( hoho mana ada )
selalu mencintai...
tapi tidak di cintai..
tidak pernah merasa putus cinta..
berkali pulak kena tolak register..

hahahduii.. tiba-tiba aku mau jiwang tapi sedikit terganggu daya tumpuan ku..
begini lah nasib saya...
ish2... sampai tuak begini joe!

k.. ko senyum kah dengar cerita saya?? hehe bagus lah.. jangan kamu ketawa pulak.. ini cerita real punya.. babai

awak, dengar kata hati saya plz

by Maisa Mohamad on Saturday, October 27, 2012 at 8:33am

Semalam saya call awak
masa tu perasaan saya bedebar sangat
saya takut awak marah
saya takut awak tak nak angkat

awak angkat panggilan saya
gementarnya saya kalau awak nak tahu
tapi saya cuba kawal dengan membuat lawak
dan berlagak seperti biasa
saya berlagak ROCK
saya berlakon genji la sangat
supaya awak selesa dengan saya
bukan saya sombong dengan awak
macam mana saya nak sombong dengan
kawan baik sendiri kan
awak je yang tak tahu

bukan saya berharap dekat awak
tapi saya sayang kat awak
macam-macam kita cakap semalam
tapi hati saya nak sangat beritahu
" awak, tolong la berhenti minum, jaga kesihatan awak, saya tak nak awak sakit, saya sayang kan awakkalau awak tak sayang nyawa sendiri, ingat mak awak please "

Ya Allah, bukakan la pintu hatinya
berikan nur kasih mu kepada dia
detikkan perasaanya sesaat tuk rasa berdosa
" awak, saya tahu awak kepala batu, keras kepala degil !! saya tahu awak tak suka di bebel, saya tahu awak menyampah kalau saya bagi ceramah kat awak..tapi saya nak cakap, tak terlambat kita nak taubat kan. Saya tahu, hati bersih awak masih ada. Balik la ke jalan Allah. awak tak takut neraka ke? awak tak takut mati ka. Awak ingat awak, sakit siksa neraka awak. tolong a sedar awak!! "

miss u R

by Maisa Mohamad on Monday, April 30, 2012 at 6:36pm 

betapa kukuhnya kau dalam ingatanku..
cara mu memandang.. dengan mata kuyu mu..
sambil berbisik berbicarakan sesuatu cerita..
sebaris gigi putih.. dr bibir seorang perokok.
tersenyum manis bila terasa lucu
hancur yang ayat..
serabut!!
tak penah kau hargai aku kan..
kau tahu.. tapi kau sia kan perasaan ku
kau tak cintakan aku..
dan kita hanya berkawan!
hurm..
aku masih berharap..
sungguh kau tak mampu terima aku dalam hidupmu..
berikan aku kesempatan tuk mentgambil berat
semua tentang kamu..
sehingga hati betul2 cukup bersedia..
menghapuskan cintaku terhadap mu


* hahahadoiii geli pulak aku baca cinta2x ni.. 

mak


Im sorry mom,
sebab anak mak yang sorang ni tak dapat jadi apa yang mak nak
Im sorry mom
Sebab sebab anak mak yang satu ini telah mengecewakan harapan mak..

Maafkan aku mak .. Hanya itu yang mampu aku katakan.
“ kau tahu kan Sa, berapa banyak duit mak habiskan tuk kau, “ sayup je suara mak .
Rapuh hati ku tuhan saja yang tahu.

Aku bersalah kat mak, aku bersalah sebab aku tak dapat beri terbaik untuk mak. Aku tahu hati mak pasti sedih, maafkan aku mak sebab telah tewas sebelum
Berhasil membuat diri mu tersenyum

Aku ada impian..
Aku nak bahagiakan mak bapa aku
Aku nak jadi orang kaya
Aku nak beli sebuah van
Aku nak beli rumah
Aku nak tengok mak bapa aku naik haji
Aku nak tengok adik-adik aku berjaya
Aku nak pergi sepilok
Aku nak belanja kucing aku makan sedap-sedap
Aku nak kawin juga ;)

Mak, sejak aku lahir kat dunia
Aku sudah pun berjanji
Akan bertanggungjawap keatas kamu semua
Aku akan menjaga kamu dihari tua
Aku akan bagi adik-adik duit tuk sekolah


Mak, Isa harap mak paham. Tolong sangat jangan bandingkan diri Isa dengan orang lain. Isa sendiri paham, yang Isa bukan pandai sangat pun. Bukan macam anak orang lain. Isa sedar, Isa tahu mana tahap isa. Tolong la mak, rapuh hati ini mak dengar cakap mak cakap macam tu. Isa tak mahu salah kan takdir. Semua itu salah saya sendiri..

But I promise to u Mom, I will care All of u in my way
Aku yakin, Allah telah mengatur kan yang lebih baik dari yang aku hadapi sekarang. Mungkin belum tiba masanya aku berpuas hati dan berbahagia
Mungkin Allah nak aku berusaha lebih.
So Mak, tolong jangan berputus asa,
Sebab mama itu ada la kekuatan saya.