Ahad, 19 Mei 2013

berdebar

Hujan kat luar. Aku masih sibuk melayan lagu-lagu di corong radio. Macam ini la keadaan aku, seorang lepasan matrix yang belum masuk Universiti dan berstatuskan penganggur terhormat.
Sebut pasal matrix risau la pulak aku. Aku betul-betul tak tahu la, aku tak dapat nak agak result aku. Masa tengah ambil exam tu, memang semangat aku luntur. Tekanan membuatkan aku tak dapat nak pikir. Apa yang aku belajar langsung hilang bila aku menghadap kertas peperiksaan. Kalau la aku dapat undurkan masa.

Mai segera la bertaubat k :(

sekian

Aku tak lupa kawan

Aku ke yang buang kawan, melupakan kawan ?? argh !! ( aku memarahi diri sendiri )
MUNGKIN . Ini petanda tidak baik. Aku tak nak dilabel seperti kacang lupakan kulit. Aku tak lupakan kawan-kawan aku. Aku tak ada topik nak dibualkan. So ?? lain la kalau jumpa. Aku memang banyak cakap. SMS, Calling dan chatting aku memang agak malas. Ye la asyik topik sama saja. Lagi pun aku blank tak tahu nak cakap apa.
Sumpah aku tak lupa kawan !! aku ingat korang dengan nama bapa korang sekali.
Kepada sesetengah kawan aku yang pernah buat aku terluka. Aku maafkan kamu. Tapi kaca yang pecah, kau cantum, gam, tampal or apa macam jua cara nak repair memang kesan calar, retak, garis-garis pecahan dia tetap ada. Syukur Alhamdullilah kalau korang dah berubah.  Maaflah, bukan aku nak bersangka buruk tapi aku pun perlu berwaspada kan.
Dan aku juga nak mintak maaf sekiranya aku banyak menyusahkan, menyakitkan hati, menyebalkan perasaan kamu semua sepanjang persahabatan kita. Aku akan cuba jadi seorang kawan yang baik.


Delete Razif

Sampai hati kau kan. Aku kau buang macam tu saja. Bila kau rasa susah, bila kau perlukan aku baru kau sibuk cari aku, baik dengan aku. Apa semua ini ?? KAWAN ?? persetan la anggapan kau tu.
Aku tahu aku siapa. Aku je bodoh !! bodoh kerana bersangka yang kau menghargai aku sebagai seorang kawan. Macam tu la kau, bila bertemu dengan insan yang baru, seorang yang kau jadikan kawan dan mungkin juga kau menyintai dia. Kau buang aku. Kau tak endah aku seolah aku ini tak wujud. Kau sibuk dengan someone.
Aku mengaku bersalah kerana tidak jujur dengan persahabatan kami. Kerna pernah menyimpan perasaan pada sahabat sendiri. Dan menyiksa perasaan sendiri.
Bagi dia aku nothing ! aku nothing. Apa yang aku lakukan untuk dia adalah nothing. Semuanya nothing. Mungkin lepas pemergian aku ini adalah nothing. Kenangan aku dengan dia adalah nothing. Persahabatan kami adalah nothing.

From today,
Aku Maisa Mohamad akan lupakan segala-galanya tentang lelaki yang bernama Mohd Razif bin Rahim. Akan memadamkan semua kenangan manis dan pahit bersama dia. Akan menghapuskan perasaan yang wujud selama ini. Akan berhenti berharap atas semua usaha. Akan melupakan persahabatan selama ini. Akan menghilangkan diri dari pandangan mata dia.

Sabtu, 18 Mei 2013

Dia hurt jantung aku !!

Wahai jantung, maafkan aku. Aku terpaksa membelakangkan kau. Aku tak nak lihat kau terluka lagi jantung. Cukup-cukup la kau membuat aku dan otak jadi bodoh. Nombor dia aku dah delete. Facebook aku, aku hidden dari pandangan dia. Gambar dia ??..
Lagi satu aku nak marah dekat kau jantung !!!
Kau bodoh ka ? kau buta ka ? ha jantung...
Kau tak nampak kah apa yang dia buat dekat kau ?
Ada pernah dia berterima kasih ?
No !! Never
Tolong la sedar!!!
Sedar la wahai jantung!!
Hentikan semua permainan ini










Aku terpaksa delete
Aku tak sanggup tengok..
Sakit hati aku..
Aku terpaksa delete..
Demi kesejahteraan bersama

Isnin, 13 Mei 2013

Macam mana aku nak lupakan dia ??

Razif.. tolong la aku.
sedar kan aku tuk menghapus perasaan cinta dan sayang aku selama ini.
Aku ingin ikhlas dalam bersahabat dengan kau
tanpa perlu hadir perasaan asing.
Hapuskan la perasaan cinta aku..
Seperti kau pijak bunga kecik sehingga hancur..
Tarik la akarnya.. bakar lah benihnya~
Aku tak mau cinta aku berbunga tuk diri kau lagi..
Aku susah tuk mencabut perasaan yang berakar selama 10 tahun ini razif

Ini adalah hakikat
Tapi aku akan berusaha
Kau tak perlu risau
Kau tak perlu tahu perasaan aku selama ini..
Cukup lihat kau berubah dan bahagia..
Sudah cukup ok bagi aku~
Macam nak nangis je...
Bila dapat tahu kita tak dapat memiliki
Orang yang kita sayang.,,,
Tak pe mai
Awak boleh.!!!

Macam ini la sebuah persahabatan antara kita berdua.

Macam ini la sebuah persahabatan antara kita berdua.
aku anggap kau sebagai BFF aku.. aku hargai kau, aku rindukan kau..
tapi bagi kau, aku ini hanya KAWAN biasa sahaja. Macam orang lain.
Dan baru aku tahu, kau bukan aku seorang sahaja BFF kau.
ya, aku ini kan hanya BFF kau disaat kau perlukan aku sahaja. >.<!!!

Im not only one his BFF

Aku online facebook dan aku ternampak post dia. Tiba-tiba aku rasa sedih. Aku sangka aku sorang je BFF dia.

Ako Ajip  
rindu nan BFF aq,bru bpe ary x jmpa(atdui) !! aq mnta maf cz aq x hargai kw  dlu,aq cbok kejar pmpuan yg x pndg aq langsung. thanks cz suda jd gf aq,ex aq,kwn aq n then BFF aq..
Come on la Mai, move on.. aku patut sedar banyak lagi cowok-cowok yang hidup kat dunia ni. CINTA PERTAMA tidak semua berakhir dengan bahagia. This is fact . Ini bukan movie cinta ok, yang berhapy ending la sangat. Aku kena buktikan yang aku juga akan bahagia tanpa dia.


Cinta Platonik

Bercinta dengan kawan baik sendiri mesti best kan. Sebab kau dan dia dah lama kenal, saling memahami, tahu apa yang kau suka kau tak suka, saling menerima segala kekurangan yang ada. 
Mungkin sepanjang jalinan persahabatan itu, kau terjatuh hati dengan sikap dia yang ambil berat, memahami , cara dia melayani kau dan sebagainya. Dan masa tu kau rasa nak berterus terang dengan dia. 
akibatnya sama ada (A) ataupun (B)
(A) Approve
(B) Reject, Ignore dan You lose yours Friend
Salam dan Hai, 
Aku Maisa dan ini kisah aku. Pada masa dulu, waktu muda-muda, ketika tu aku masih dalam darjah empat. Aku berkawan seorang budak lelaki. Masa tu aku tengok dia CUTE semacam je. Dan aku rasa aku suka dia. Mula-mula aku rasa perasaan cinta monyet ni setakat monyet sahaja dan segera berakhir. Tapi aku silap, perasaan suka aku dan makin berlanjutan teruk, dan menjadi rasa sayang dan cinta ( eii geli pula ayat ni ) sampai la aku berumur 20 tahun. Maksud dia dah 10 tahun la aku suka dia kan. 
Dah remaja-remaja sikit, aku dan budak lelaki itu masih berkawan baik dan dia seorang “ PLAYBOY”. Sakit la jugak hati aku tengok dia kehulu ke hilir dengan perempuan lain. Bunga-bunga harapan aku mekar waktu dia “BREAK” namun pada kelazimannya status bujang tersebut akan kekal selama 30 hari. 

Kalau nak tahu aku pernah beritahu yang aku suka dia, masa tu aku darjah 5 dan tingkatan 2. Masih nampak monyetnya kan. Memang pun. Lepas dua kali confess perasaan aku ini, dia reject aku, dan just ignore. See , ini yang terjadi selepas aku luahkan perasaan kat dia. Memang lah, mungkin aku hanya sekadar kawan, ataupun aku ini tak cantik sesuai tuk dia. Its ok. Emang gue pikirin. 
Selama 10 tahun tu, memang la aku sakit hati, melihat orang yang aku cintai siuk-siuk saja bercinta dengan orang lain. Bila single baru datang lepak dengan aku. Aku pendam sahaja perasaan aku yang berbaki sebab aku tak nak kehilangan seorang kawan disebabkan perasaan cinta aku. Itu semua poyo! Dan aku akui silap aku sebab aku khianati keikhlasan dalam sebuah persahabatan. Sepatutnya aku tidak jatuh cinta dengan kawan baik aku sendiri. 

Aku pernah juga bercinta dengan kawan ala-ala kawan tapi tak baik sangat pun. Tapi tak selancar yang di sangka. 2 minggu je kekal. Nasib la kawan aku merangkap ex aku pun tak berapa nak serius. Aku rasa memang pelik la bercinta dengan kawan sendiri. Kalau masa kawan –kawan dulu, lantak dia la nak kawan dengan perempuan mana ada aku kisah, lepas bercouple tu, macam bibit cemburu tu timbul. Benda tu yang tak best, buat hati sendiri je sakit. 
Aku kena perbetulkan otak dan jantung aku. Jangan pernah jatuh cinta dengan kawan baik sendiri!!! Kawan tetap kawan, dan aku bahagia dengan keadaan itu. Jodoh tu rahsia Allah.