Rabu, 31 Disember 2014

Selamat Hari Jadi Bapa

Selamat hari jadi bapa !!! Hari ini hari jadi bapa aku juga. Kalau dapat aku undur masa, aku ingin jadi seperti orang lain, yang begitu akrab bersama ayah mereka. Aku tidak tahu, tapi sejarah mungkin membentuk perilaku aku sekarang, aku kekok. Dulunya makan pun tidak mahu semeja, suara, kaki menggegar rumah, setiap hari maki hamun bertukar tangan. Allah. teruknya perangai aku dulu.

Sejak tinggal diluar asrama, aku semakin berubah. Aku menfaatkan masa-masa aku ketika di-rumah, aku memilih tidak bergaduh dengan bapa, sehinggalah sekarang. Cuma aku cemburu, bila lmeihat adik aku bergurau senda dengan bapa, dan aku lihat dia tertawa. Cemburu. Aku tahu, nyawa aku yang bersisa ini belum tentu cukup untuk melihatnya sepuas hati, melihat dia sihat di depan mata.

Ada satu impian, ingin memeluknya seperti kawan-kawan lain yang memeluk, memegang tangan ayah mereka. Selama mana ego ini bertahan. Hujan di hati, tidak berhenti-henti mencurah saat aku menulis. Aku inginkan sebuah memori manis untuk aku kenang kelak bersama bapa.Andai diberi peluang, aku ingin kembali ke zaman kanak-kanak, ingin menjadi anak yang baik agar bapa aku selesa bersama aku kelak.


Al-fatihah. Aku rindu bapa. Semoga panjang umur, diberikan kesihatan dan kuat bersama mama untuk melihat kejayaan aku, kejayaan adik beradik. Agar dapat ku membalas segala jasa dan budi, agar dapat aku hantar kalian berdua mengerjakan umrah dan haji. Allah aku rindu..




0 ulasan: