Selasa, 31 Disember 2013

Review 2013

Tak sangka pula hari ini hari terakhir tahun 2013. Esok dah nak masuk tahun baru, tapi aku masih tak terpikir azam baru. Kalau dulu seminggu awal aku dah buat list azam aku sepanjang tahun. Sebelum tu, jom kita review sejarah-sejarah penting dalam hidup aku pada tahun 2013.


Tahun 2013, pada bulan Mei. Aku telah berjaya " graduate " dari Matrikulasi Labuan dengan pointer boleh tahan yang membolehkan aku mendaftar dan secara rasminya menjadi pelajar Universiti Malaysia Sabah. Aku dapat kursus biologi pemuliharaan. Kenangan aku di matrikulasi masih aku tak dapat lupakan. Untuk pertama kali aku juga berteater di atas pentas, menjadi seorang puteri gunung ledang " gemuk".
Untuk pertama kali juga, hari jadi aku di sambut oleh roomate aku masa di Matrikulasi. Aku rindu makanan dari sarawak yang di masak oleh Carol Sandra. " Pusuk", bawang mentah dicampur dengan garam, ajinamoto, kicap dan perahan limau. Simple dan sedap. Bau aroma dari mee sedap Raini Dusit yang selalu membangkitkan selera makan kami. Dan yang penting, antara sahabat yang sentiasa mengingati aku tentang kewajipan solat dan kemujarapan zikir iaitu Nurhidayah Taupit. Roomate aku antara insan-insan yang mengajar aku untuk terus hidup berdikari. Aku amat bersyukur dapat mengenali mereka meskipun hanya di waktu yang singkat.

BC103. Itu la kelas aku masa di matrix. Geng keras aku Nursajida, Yamia, Syazana dan Rachel. Kami berlima sekepala. Susah senang sama-sama redha. Kerja berkumpulan terutamanya ketika pembentangan sangat la hebat sebab kelima-lima kami mempunyai skill masing-masing. Lepas habis saja kelas, kami selalu singgah ke cafe makan sambil omong kosong. Setiap malam jumaat, kami selalu spent time tidur di surau sambil tengok movie di laptop. Study group. Ada juga tapi selalu berakhir dengan meggie, cerita dan madah ketawa. Hohoho. Syazana dan Rachel dapat sambung ke Unimas, nana dapat kos Bioteknologi manakala Rachel dapat kos software engneering. Geda pula dapat pendidikan TESL di UPSI dan Yamia dapat nursing dalam SPA.
Kepada geng keras aku BC1T3.. Syazana Gda Rachel Yatie.. Semoga kita boleh evolve, adapted and survive with new environment di tahun 2014.. I miss kamurang.. Rindu pergi cafe lepak-lepak, rindu tengok movie malam-malam, rindu study kejap-kejap.. rindu serindunya.
Classmate aku BC1T3, hari terakhir bersama :(
 Pada tahun ini juga aku juga telah diuji bagaimana aku memainkan peranan sebagai seorang kawan. Antara perasaan kawan aku yang begitu bergelora dan perasaan mak kawan aku. Aku pun tak tahu apa dalam kepala hotak kawan aku masa tu, tapi aku dapat rasakan keputusan yang dia telah buat, dan jalan yang dia pilih adalah salah. Aku ? Aku memilih merosakkan kepercayaan dia, dari dia terus terjerumus dalam dosa-dosa yang beriya-iya memanggil. Pada mulanya memang dia marah tapi syukur alhamdullilah, dia bukan seorang yang berdendam. aku percaya dia sekarang dapat pikir secara waras :).

Aku juga telah di " unfriend " di facebook oleh dua orang kawan. Yang seorang tu, aku dah berbaik pun. Dalam hal ini, aku dan dia memang jelas bersalah. Dan seorang lagi tu, dia unfriend aku atas alasan yang tidak munasabah iaitu kerana lelaki. Mungkin aku yang sensitif  tapi dalam hal persahabatan aku amat serius. Kita bukan berkawan hanya di alam maya, tetapi persahabatan kita sudah terjalin sejak dibangku sekolah lagi. Wajar dong aku  berduka.
aku akan jadi " Kawan Baik " diorang bila diorang ada masalah. Huhu sedih juga aku. Tapi memang ini lah fungsi aku sebagai kawan pada mereka.. tempat pembuangan perasaan
Aku juga berselishi faham dengan rakan sekelas aku ketika di UMS. Lebih kurang seminggu aku memendam perasaan. Aku merendahkan ego aku untuk meminta maaf tapi dia diam membisu. Ada kawan aku lagi seorang menasihatkan aku. Dia kata selepas kau minta maaf, buat macam " nothing happen" dan everything gonna be alright. Moral of Story, ringankan lah mulut untuk meminta maaf, dan ringankan hati untuk memaafkan.
Cinta ? Aku bercinta dengan kawan aku, Poy namanya. Tapi cuma bertahan untuk 30 hari sahaja. Entah bila tarikh kami ber"kapel". Aku tak ingat pun. Mulanya aku marah dan tidak puas hati dengan dia. Dia kata banyak lagi yang dia kena pikir selain pikir pasal aku. Ayat dia memang lucu tapi agak menyakitkan hati. Dah tau takda komitmen sibuk pulak nak bercinta. Hokaloh. Namun begitu, ada hikmahnya hubungan kami putus, sebab couple tu kan DOSA.
Air Terjun di Hot Poring Ranau
Apa lagi ya cerita aku di 2013, oh aku telah ber" advanture" Tenom dan Beauford sambil membuat kajian mengenai kaum Bisaya. Pengelaman yang paling aku tidak dapat lupakan, ialah menaiki kereta api lama dari Tenom ke Beaufort. Sungguh cantik pemandangan di sepanjang sungai Kelias. Aku juga sempat singgah sekejap ke Tamparuli untuk aktiviti perangkatan Gamelan. Untuk kajian ekonomi Tuhau, aku telah ke Penampang dan Ranau.
Tamparuli

pasar tamu Donggongon Penampang
Kereta Api Lama Beaufort

Ahad, 29 Disember 2013

CINTA ??

Kenapa jantung aku sengaja menyulitkan pikiran ??

Ada hikmahnya selepas sahaja aku putus cinta. Bercouple tu DOSA. Nasib lah bercinta untuk satu bulan sahaja. Jika dikenangkan semula, agak memalukanlah juga perbuatan aku, bersayang-sayang dengan lelaki yang bukan muhrim untuk kita. Tengok, last-last putus. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita, aku sangka aku la manusia paling malang, selalu sahaja dikecewakan, walhal Allah menjauhkan aku dari zina.

Tergerak di hati aku, untuk menjadi muslimah sejati, yang meletakkan cinta paling agung untuk Allah sahaja. Roman picisan yang kejap-kejap singgah kadang-kadang mengganggu dan merimaskan aku. Aku lemas. Kenapa jantung aku sengaja menyulitkan fikirn. Kenapa perlu aku mendesak ? kenapa perlu aku menggesa-gesa menagih nak meminta pasti ? Walhal aku seharusnya YAKIN dengan takdir Allah.

Kalau ada jodoh, in Sha Allah kita disatukan. Cinta halal yang aku mahu. Tidak perlu kau luah dengan kata-kata cinta yang murahan. Cukuplah dengan lafaz nikah.

Aisyehmen. Macam matang dah otak aku kan. Alhamdullilah. Harap-harap aku terus dan terus didampingi oleh insan-insan yang sentiasa mengingati hari mati. Yang sentiasa membimbing aku yang kadang-kadang mudah hanyut oleh kekuatan arus duniawi. In Sha Allah.

Rabu, 25 Disember 2013

Aku melangkah pergi

Aku dah pikir masak-masak. Jantung, Otak, aku rasa dah tiba masanya aku move on. Aku rasa tak guna aku rindu, berharap atau apa-apa lagi. Ye memang perasaan aku masih lagi sakit. Aku masih tak puas hati dengan apa yang dia buat. Aku cuba membenci dia tapi itu mustahil untuk buat aku melupakan dia.


Setiap hari aku berbohong. Aku kata aku tak rindu. Setiap hari aku tengok gambar dia dan setiap masa aku stalker fb dia. Dan dia bahagia. Sedangkan aku ? Aku bermati-matian bertengkar dengan perasaan sendiri. Menidakkan apa yang aku rasa.

Move on. Aku patut melepaskan perasaan aku. Tak guna aku simpan untuk tempoh yang lama kalau pemiliknya tidak lagi mahu datang kembali. Kenapa aku perlu seksa jantung aku ? Dia bahagia. Dan aku sepatutnya juga.
Mungkin hari ini, hari terakhir untuk aku kata aku rindu dia. Mungkin hari ini hari terakhir mata aku menangis kerana dia. Tiada apa lagi untuk aku pertahankan. Biarlah aku lepaskan ia hanyut pergi. Sungai riwayat, hanyutkan lah sisa rindu aku ini kemana-mana kau suka. Lemaskan la rasa benci dan dendam aku. Suburkan dan baja la hati aku semula dengan perasaan " ikhlas" dalam jambatan persahabatan.

# Sorry sebab aku sayang kan kau. Bye poy selamat tinggal. Aku lepaskan perasaan aku pergi. Mybe I will never miss you again.

Sabtu, 21 Disember 2013

Kontrak Perasaan

I hate to admit it but, the fact I still remember him..

Serabut benang-benang perasaan aku. Kusut aku rasa. Aku sangka aku akan ok tapi hakikatnya jiwa aku jadi kalut. LOOK WHAT YOU HAVE DONE TO ME !!

Aku perlu waktu, waktu yang lama. Tapi sekarang aku sangat perlu memusnahkan virus-virus rindu yang kerap mengganggu tidur aku. Final dah dekat. Lebih baik aku pikir subjek KIMIA, STATISTIK dan EKONOMI. 
Begini rupanya sakitnya bercinta. Sengaja aku mengapi-api perasaan aku untuk membenci tapi jantung terlalu naif dari terus berbohong. :')

Hei apa patut aku buat ?? otak kau kat mana ? I need you right now. Kalau aku tahu macam ni la kesan sampingan dari bercinta, memang aku tidak sekali-kali pun mengambil risiko. Aku menyesal. Aku tertipu. Aku kecewa. Aku sendiri yang terluka.

Aku. Maisa Binti Mohamad. Meski pun aku sedar untuk waktu ini aku masih belum mampu mendelete sepenuhnya fail tentang dia tapi aku perlu lupakan dia buat sementara waktu. 

Kontrak 1 bulan berkuatkuasa pada tarikh 21.12.2013 mengerahkan Cik Maisa melupakan apa-apa pun berkaitan dengan perasaan, cinta dan rindu untuk sementara waktu. FINAL EXAM yang menentukan FUTURE lebih penting dari perasaan cinta terhadap manusia yang remeh temeh itu. Take note. Untuk satu bulan sahaja !!!

Saya Maisa Binti Mohamad berikrar dan bersumpah akan mengutamakan FINAL EXAM dan mengetepikan perasaan sendiri untuk waktu tempoh 1 bulan sahaja. Sekian.

                                  

Sabtu, 14 Disember 2013

keropok lemau

Otak : Hai Maisa, what do you fell now?

Mai : Entah. Aku just teruskan hidup aku lah wahai otak.Sibukkan diri.

Otak : Kau dengan si Poy macam mana?

Mai : Kalau boleh aku tak mahu ingat pasal dia lagi lah. Aku sudah delete nombor dia. Tu je satu-satunya cara supaya aku tak call dia. Bukan juga dia angkat. Bikin malu je.

Otak : macam kau benci dia je ni Mai.

Jantung : Si Mai tu kerjanya menipu saja tu. rindu tu dia sebenarnya.

Mai : Diam la ko sana jantung.. Bunguk

Jantung : hahahaha sandi

Mai : Entah , aku benci juga dia.

Otak : Kau masih tak terima hakikat lagi kan Mai. Macam mana kau nak lupakan dia kalau hati kau sendiri tak redha. Kau ingat dengan buat-buat benci kau boleh lupakan dia??

Mai : Tengok la, bukan benci tapi sakit hati.

Jantung : Ndak redha la bah tu. Apa la macam.

Mai : Kau diam sana jantung. Kau punya salah juga ni. Budu !!

Otak : udah-udah. Take your time Mai. Lepaskan perasaan kau dengan hati yang redha bukan kebencian.

Mai : In Sha Allah Otak. Thanks


Sabtu, 7 Disember 2013

Happy birthday

My Jantung always keep lying.


Hari ini hari jadi dia. Aku cuba buat-buat lupa tapi otak aku ingat juga. Aku sms dan wish dia. Tadi jam 10.30, entah tiba-tiba pula jantung aku rasa nak call dia. Jari aku patuh dan aku dail nombor dia. Tak sampai 3 minit aku bercakap dengan dia. Suasana awkward. Janggal. Mungkin dari aku atau berpunca dari dia.Jauh dari sudut hati, aku nak cakap sangat aku rindu dia, aku rindu diri kita yang dulu.
Aku cuba mencari sebab-sebab untuk jantung aku membenci dia. Aku delete nombor dia supaya jantung aku tak dapat berhubung dengan dia. Tapi jantung aku keras kepala. Degil. Aku kira, dengan lost kontek buat sementara waktu, mungkin akan membuat hubungan kami, dimasa akan datang jadi seperti sedia kala, kawan.
hahaha. Aku sangka jantung aku cukup kuat tapi hari ini air mata aku rapuh ditarik oleh graviti bumi.Hebat lakonan kau wahai jantung. Pembohongan kau memperdaya aku dan otak. Sakit yang aku rasa sekarang. Cukup untuk aku merasa serik.
Lepas ni, aku kalau boleh taknak la bermain cinta lagi. Itu semua merepek. Kalau sudah rasa sayang, rasa cinta, teruslah masuk meminang. Lepas kawin baru bermain cinta.

Rabu, 4 Disember 2013

Penjara Universiti

Assigment aku tolak ke tepi sekejap. Segelas teh hijau cukup berkuasa memanaskan enjin otak aku untuk berkata-kata. Lama dah aku tak menulis, macam-macam  perkara bersesak dalam sangar otak aku. Kadang-kadang melambung aku ke puncak stress.

Bukan soal cinta lagi untuk aku tulis. Nehi. Sejak satu dua minggu ini, hari-hari aku terburu-buru menyiapkan tugasan, mempersiap-siapkan diri untuk presentation dan individual speech. Padat dan sesak. Aku lihat sekeliling aku, semua mereka bagai enau dalam hutan, melepaskan pucuk masing-masing.

Berlumba-lumba memburu nombor " 4 rata ". Berpusu-pusu dengan gopoh, tanpa melihat orang disekelilingnya ada yang terjatuh, terpelosok dan terseliuh. Aku tak paham. Perlukah kita menanam sifat PENTINGKAN DIRI dalam menuntut ilmu ?Kenapa? apa kau takut peluang untuk kau menjadi cemerlang menjadi tipis sekiranya kau berkongsi ilmu yang kau peroleh??

Ini yang aku rasa sekarang. Nilai-nilai murni dalam menuntut ilmu semakin susut mendadak akibat dari semangat berlebih-lebihan untuk mendapatkan markah cemerlang. Semangat saling bantu-membantu kian pudar. Yang ada hanyalah belajar bersendiri, simpan dan memeram info-info dan kefahaman.
Pentingkan diri. Aku tak bermaksud kita perlu membenarkan pak mandur berleluasa dalam kumpulan kita, membenarkan para-para tidak pembuat kerja meniru bulat-bulat tugasan kita. NEHI !! Bukan itu yang aku maksudkan.

Aku rindukan suasana pembelajaran sekolah. Di University ini, kawan-kawan pun seolah-olah menjadi musuh. Aku masih tak faham. Bukankah kita berjuang bersama-sama di dalam bidang dan aliran yang sama. Persaingan? Mungkin tapi aku tidak rasa ia sihat sepenuhnya kerna bibit-bibit dengki sudah pun menyelit.
Its our choice, we have the right. We want that, then we will do that. Aku suka ayat ini. Semuanya berbalik dari diri kita sendiri. Aku harap aku tidak menjadi golongan-golongan enau dalam belukar. Hopely

Khamis, 28 November 2013

Ngomong dalam-dalam

Kring kring kring..


Otak : Hello. Who's there ?

Jantung : Woi kau delete numbur saya :(

Otak : hehehe just kiding. Kau ni dah kenapa tiba-tiba call ?

Jantung : Sorry ganggu. Aku tak tahu nak share cerita dengan sesiapa.  ( mengeluh )

Otak :  Its ok jantung. Aku faham. Tak semua orang yang ada di sisi kita itu memahami diri kita. Hurm kau mau cerita pasal apa ni ? si POY lagi kah ?

Jantung : You know me better than others.. Ya pasal dia. Semalam kawan aku nasihatkan aku otak

Otak : Apa la kawan mu cakap.

Jantung : Dia cakap aku sepatutnya steady. Habis aku cakap je cool tapi aku marah-marah bah. Tidak puas hati dengan alasan dia. Tak ada KOMITMEN.

Otak : Haha kau tu trep saja jantung. Jadi apa lagi kawan mu cakap

Jantung : Dia cakap, aku sepatutnya bersyukur si dia itu mau berterus terang awal-awal. Bayangkan dia tidak berterus terang, dalam erti kata lain berbohong dengan diri sendiri dan aku,  then meneruskan saja perhubungan itu. Tidakkah bencana namanya itu.

Otak : Lagi pun, kau sendiri juga yang cakap kalau ada apa-apa kau mau dia berterus terangkan. Yang kau meroyan apa kes. Hahaha pelis lah. Cakap serupa bikin la bah. Jangan seperti tin kosong.

Jantung : Itu la pasal, sedangkan berpisah sekarang,  sudah membuat hormon aku jadi tidak stabil apatah lagi kalau perkara ini berlanjutan dikemudian hari.

Otak : Tau tak apa. Hei setahu aku kan, kau pernah buat orang kecewa juga kan. Hahah kau terus terang lagi bah ndada kunun perasaan kau sama dia LOL. 

Jantung : arggh.. kau itu, habis kalau aku terima, menipu diri sendiri membuhung lagi sama dia. 

Otak : See, kau tak patut marah-marah bah sama si dia. Dia pun ada hak. Lagi satu aku tidak suka gaya kau. Kenapa kau pergi delete nombor dia. Layan lagi hormon kau tu. EMOSIONAl betul.

Jantung : hahaha sakit hati kan. Alaa, itu sebelum kawan aku nasihat. Ndak boleh buat apa-apa sudah. Otak,  kau rasa patutkah aku berharap-harap lagi. Macam sayang bah aku sama dia.

Otak : kau mau dengar nasihat aku kah ?

Jantung : Terus terang saja.

Otak : Aku rasa tak payah la kau berharap-harap jantung. Sekarang saja hidup kau aku tengok tak teratur. Lagi satu, kau ingat siuk ke berharap ni. Kau mau aku ceritakan balik pasal kes si R tu ?? hahaha

Jantung : si R itu dulu.Zaman budak-budak. Haha. Aku rasa aku patut dengar cakap kau juga otak. Its better aku fokus dengan study. Kan kan kan. Enjoy dulu zaman-zaman Universiti. Mana tau jumpa cowok hindustan.

Otak : Ada jodoh ada lah. Ingat itu.

Jantung : ialah otak. ok la penat sudah aku. Thanks dear :) bye bye

Otak : bha bye

Selasa, 26 November 2013

Rindu Gaharu

Terkapai-kapai rindu ku di tengah laut bergaram
berusaha kembali ke benua realiti 
setelah jauh ia hanyut dalam kata-kata si jejaka

Aku takut..
Aku takut hati aku masuk ICU
Aku takut hati aku lumpuh seperti dulu
Wahai jantung, sabar untuk sedikit masa
teruskan dengan watak-watak palsu
jangan biarkan mata-mata mereka
melihat betapa kau rapuh dan lemah

Berlakon seperti tiada apa-apa
berlagak bagai kita kawan biasa
Arghh kenapa sukar watak ini untuk aku bawa
Susah untuk menstabilkan peranan dan perasaan
perbalahan antara otak dan jantung
Otak : Mai, jangan seksa jantung lagi dengan rindu-rindu itu. Kesian dekat jantung Mai. Penat dah aku nasihat kamu dua orang ni, tapi still juga kamu mau bercinta-cinta kan. Aku tahu perasaan itu bukan dipaksa-paksa tapi kamu sendiri membenarkan ia. Dan aku harap kau bertanggungjawap atas segala kerosakan akibat perbuatan kamu dua.

Otak : Lagi satu, terima la dengan hati yang terbuka Mai. Kamu mungkin ditakdirkan sebagai kawan sahaja. Ikhlaskan. Jangan jadi manusia yang pentingkan diri, disebabkan cinta syok sendiri itu, kau musnahkan pertalian persahabatan. OK.
Mai : Dear otak, thanks. I will trying hard. Aku takkan berharap atau menunggu seperti kesilapan masa lepas aku. Aku hanya berserah pada takdir. Ada jodoh adalahkan kan kan jantung.

Mai : Poy I miss U.. Aku harap angin taufan boleh hantar mesej rindu aku ini pergi sandakan..



Isnin, 25 November 2013

merepek tahap dua

Macam mana aku nak mula ya ? Aku sampai sekarang macam tidak percaya. Argh boleh-bolehnya aku nangis. POYO ! Sebab aku sangka aku syok sendiri. Pasal aku  nyaris-nyaris buat perkara yang memalukan.


Tu lah otak, aku dah cakap control jantung. Tengok apa dah jadi. Jantung sakit lagi kemalangan!! Kau kena lebih tegas lepas ni Otak.

Entahlah. Aku dan dia macam tidak ada kefahaman. Dia selalu bikin aku sakit hati. Aku pun dulu pernah juga benci @ menyampah dengan dia. Bukan Dia Harapan.

Semalam, aku pun tidak sure. Dia sms aku dengan ayat bunga-bunga yang aku pun payah mahu faham. Tiba-tiba pula kami jadi kapel. Aku call dia pagi tadi nak conform  perkara yang jadi semalam.

Aku bertanya how and why ? Tapi dia tidak cakap. Dia dan aku main tarik-tarik tali. Kejap-kejap sengaja lepaskan. Argh aku pun tak faham lah.
Kenapa aku terima saja ? Dulu memang lah aku pernah ada rasa, tapi ikut suka hati dia saja menghilang macam begitu je.Sejak hari itu, aku memang dah label dia sebagai lelaki yang tak pernah serius, tak mau bagi komitmen, kedekut dan susah mau di faham.Tapi dia lawak. Dia poyo. 

Aku tak pandai bercinta. Aku tak tahu pun macam mana. Aku tahu aku sayang dia je. Eiiii gelinya ayat. Hahaha. Kalau boleh, aku nak macam biasa-biasa je. Buat biasa. Aku tak nak jadi hipokrit. 

Wait and see lah. Sejauh mana hubungan ini boleh dibawa. Kalau betul si Poy jodoh ku, jodoh lah.. hehe

Kira sekarang ni, aku nak kenal dia lah. Aku bukan kenal dia betul-betul pun. Selalu bergaduh, bersaiko-saiko. !@#$%^&*() 

blurr

Selipar Ku Putus

Now Playing : Masih by Flop Poppy
~ apakah sebenarnya cinta di hati ini hanya mainan semata~

Jantung balah tanggah. 
Satu kau satu lagi aku punya. 
dan sistem butter berlaku. 
Kau janji kau akan jaga jantung aku 
tapi kenapa kau buang-buang ? 

Untuk tempoh sepanjang 30 hari, aku tidur dengan senyum terukir. Lena dan bahagia. Dan aku tidak jangka hubungan kita sesingkat ini. Setahu aku, aku tidak sedikit pun untuk bermain-main hati dan perasaan. Tapi itulah kesudahannya. Kau tak mampu nak teruskan. Aku nak kata apa lagi kan. Kau dah buat keputusan macam tu. Takkan aku mau menangis, melalak macam budak kecik. Aku pernah cuba tepuk sebelah tangan, tiada bunyi langsung. Penat.

Aku nak sangat tanya kau poy. Dalam sebulan ni, apa yang berlaku antara kita ni hanya lakonan semata-matakah ? Semua kata-kata yang kau bagi tu hanya sekadar perkataan yang tiada erti langsung kah ?
Kalau betul, kira terer la kau, sebab boleh buat aku percaya betul-betul.

24.11.2013
Lepas apa yang kau kata semalam, aku otomatik rasa blank. Siaran antara sedar dan waras sedikit kacau. What actually happen? Kau takut kau akan kecewakan aku. Well done poy. Taniah. Kau dah berjaya pun semalam. Mungkin itulah beza antara kita kali. Komitmen. Aku ber"hubungan" bukan saja-saja, bukan main-main. Dalam erti kata lain aku serius. Yelah aku bukan manusia yang suka bermain-main dengan perasaan orang. Kenapa kau tak cakap awal-awal poy sebelum ianya terjadi.  Sekurang-kurangnya rasa seperti dikasi bodok-bodok, dipermain-main tidak hadir bah.  Aku cuma tidak faham, kau TAKUT ? habis tu kenapa kau buat.

Kau pentingkan diri. Kau pengecut.
Kau pikir pasal hati kau jak kan. Habis hati aku. Siuk jak kau buat keputusan macam tu.Kau pernah tanya aku kah ? Kalau tidak sanggup, jangan pernah mencuba. Ini bukan soal perasaan satu pihak je.

Aku tak salahkan kau, mungkin aku pun tidak mencukupi kateria yang melayakkan diri untuk rasa disayang-sayangi. banyak compang comping. Perasaan aku sekarang ni macam Kereta proton yang berlanggar dengan tiang elektrik. Rosak dan remuk tapi aku sebagai penumpang masih hidup dan selamat. Pandai-pandai lah aku repair balik kereta aku tu kan.
ini hadiah hari jadi ko bah ni, tapi kau jahat kan.. jadi ndak jadi la aku bagi.. hihi
Kau masih kawan aku, sebelum dan mungkin selepas ini. Mungkin betul juga kata kau kan, kita layak berkawan sahaja. Apa-apa pun poy, aku bahagia dengan kau untuk sebulan ini. Terima kasih sebab ajar saya merindu orang, sayang sama orang, rasa kena kasi kecewa.. Itu semua pengalaman dan pengajaran yang berharga. Thanks :)

Aku doakan kau terkawin lah juga, tapi tunggu la kau sanggup pikul tanggungjawap, kalau tidak jangan pernah kau kawin sana.. Hihi. :P

Ahad, 24 November 2013

Konklusi

Petang. Moment-moment indah tika ini sering memanggil keluar idea terpendam aku.  Aku membuang pandangan ke hamparan langit. Lembayung ungu di ufuk senja. Indah sungguh. Ditemani secawan teh hijau didalam gelas milo, mataku menghadap laptop 1 Malaysia dengan jari-jari kasar menari-nari di atas punat-punat berhuruf. Banyak perkara menarik ingin aku ungkai kan tapi otak aku bingung untuk memilih 1 cerita untuk aku karyakan.

Sejak satu dua minggu ini, hubungan aku dengan classmate aku tidak berapa baik. Timbul salah faham yang aku sendiri tidak tahu. Aku yang kononnya manusia yang periang tiba-tiba bertukar jadi  arca yang diam, statik dan tidak berguna " ia hanya batu yang dibentuk menjadi rupa "


Almaklum lah ini pertama kali aku menghadapi kesukaran dalam menjalani perhubungan. Selama ini hubungan aku dengan kawan-kawan aku berjalan dengan baik tidak macam sekarang. Pelik. Mungkin dia yang tidak faham aku, atau aku yang tidak memahami dia. Mungkin.

Syukur. Ini mungkin adalah salah satu hikmah dia. Aku nampak rupa dia sebenar. Aku sedar mungkin aku dan dia bukanlah 1 kepala. Rasanya tidak perlu aku menjadikan dia sebagai seorang kawan karib. Aku dan dia hanya kawan " satu kelas, satu kampung, sekumpulan ". Dia bukanlah seorang kawan yang perlu aku ceritakan macam-macam cerita dari A sampailah Z. Lagipun, dari respond dan sikap dia, dia bukan sangat berminat dengan hikayat-hikayat entah apa-apa dari aku.
Satu dua minggu ini, cepat sangat mata aku mengeluarkan air. Hairan saya. Hati aku ini seolah begitu rapuh dan jelas ia bukan dipengaruhi hormon-hormon ketika waktu perpisahan aku dan ovum. Aku memang sensitif kalau melibatkan hubungan antara kawan-kawan.

Aku meminta nasihat kawan sebilik aku, Nora memandangkan dia ambil course kaunseling.
  1. Meminta maaf. Salah atau tidak belakang cerita yang penting kita meminta maaf. Kadang-kadang kita melakukan kesalahan tanpa kita sedar.
  2. Buat seperti " NOTHING ITS HAPPEN "
Aku memang cukup susah untuk minta maaf sebenarnya apatah lagi aku sendiri tidak tahu apa salah aku. Tapi demi menyelamatkan hubungan "kawan" ini aku buat juga.Aku dah pun meminta maaf, tapi respon dia macam batu nisan. Tiada sebarang reaksi dari segi kimia dan fizikal. " Tiadalah" perkataan yang mendatar tanpa dia membalas pandangan mata aku. Macam bodoh je aku time tu. Memang mood aku spoil gila-gila lah. Dengan muka masam mencuka. Yelah, aku mana mampu tergelak, tersenyum-senyum, bergumbira kalau hati ini dah " KECEWA dan TERLUKA". Air muka aku begitu jelas mempamerkan perasaan aku tika itu. Aku  tidak tahu teknik untuk kontrol urat-urat saraf sekitar muka aku.
Kata Nora, mungkin sebab air muka aku yang masam itu yang menyebabkan aku memburukkan lagi keadaan. Mybe. Kemudian Nora berkata lagi, apa kata kau buat slumber, macam tidak ada apa-apa berlaku. Nothing its happen then hati kau akan lupa tentang kesakitan dan kekecewaan itu. Dan " nothing its happen " ini berjaya buat aku kembali seperti manusia normal yang banyak berkata-kata. Sebab aku tidak perlu ingat apa yang berlaku. Macam orang yang hilang ingatan.

Sekarang jiwa aku tenang sikit kot. Bolehlah..


Rabu, 20 November 2013

lebih kepada luahan hati

Kemarin egoku aku rendah-rendahkan
dan ku lihat kau cuba menginjak-injak ia


Argh !! Hati kenapa kau begitu lemah. 
Arh !! Mata kenapa cepat kau membazir air ??

Aku sudah meminta maaf biarpun aku sendiri tidak tahu apa kesalahan yang aku buat. . Aku lihat dia macam batu nisan yang dibawa berbual-buat di tanah perkuburan. Tidak memberi sebarang reaksi. Aku sudah buat apa yang aku perlu buat iaitu meminta maaf. Selebihnya terpulang pada dia. 

Aku bukan terhegeh-hegeh. Ini adalah sebahagian daripada pembelajaran berterusan selama aku hidup di atas kerak bumi. Ini ada cabaran untuk aku belajar menghadapi spesies manusia yang berbagai karekter dan ragam. Apa yang aku perlu buat sekarang adalah move on.

Hei Mai, kau patut bersyukur. Ini adalah hikmah yang Allah sembunyikan. 
Why ??
Sebab kawan yang baik ialah manusia yang dapat menerima kita seadanya, berterus terang, menegur kesalahan kita, sanggup meminjamkan telinga dan bahu ketika kita memerlukannya.

Nampak gayanya, kau dan dia tidak sealiran, tidak kesefahaman, tidak seotak, tidak sekepala, tidak seperasaan.Aku takkan mengubah siapa diri aku. Aku tidak mungkin sekali menjadi manusia pendiam. Hati aku akan memberontak.

Aku redha dan aku tidak sesekali membenci dan berdendam. 



Jumaat, 15 November 2013

Layang-layang ego

Ego seperti layang-layang. Perlu pegang talinya dengan cermat. Adakala kita perlu merendahkan layang-layang itu dari memilih untuk membiarkan ia megah di angkasa. Takut nanti talinya putus dan layang-layang itu hilang entah kemana. Seperti itu juga perhubungan antara manusia. Tidak sedikit keuntungan pun untuk kita mempertahankan ego yang membusut di hati. Jangan kerana ego, hubungan antara manusia itu renggang, tercarik dan putus begitu sahaja.

Kerana bom ego, banyak perasaan terbunuh. Berkecai, bersepah di bahu jalanan. Seolah tiada lagi memori yang tertinggal untuk dikenal. Aku tahu padah ego. Cukup-cukup la aku pernah dibuang dan membuang kawan. Aku tidak mahu ulang perkara yang sama :'(
Aku ada buat salah kah. Aku minta MAAF kalau aku ada buat salah. Aku minta MAAF kalau aku buat kau marah. Aku pun tidak tahu apa aku ada melakukan satu kesalahan yang sezarah bakteria ataupun sebesar gajah. . Kau tak cakap aku pun tidak tahu.Tapi diam kau itu memberi isyarat kau seolah membuang aku dari senarai ' KAWAN " yang kau ada.





Khamis, 14 November 2013

Sepahit tea tidak bergula

melihat sisi cermin. Aku renung sejarah itu. . Asap ekzos terkepul-kepul mencemar pikiran dan jiwa. " nilai " itu diliputi debu hingga aku tidak tahu adakah ia serpihan kaca yang indah ataupun permata yang original.

Melihat sejarah umpama melihat sisi cermin kereta, ia menentu tindakakan kita seterusnya 
Nilai persahabatan yang aku cuba cari di alam Universiti ternyata bukan mudah aku otak aku figurakan. Aku jatuh, berdarah dan menangis kecil di tengah-tengah kelompok kunjur badan manusia yang aku kenal. Tiada tangan berjari lima yang benar-benar ikhlas menghulur pertolongan. Argh kaca yang berderai indah, benar-benar membuat luka.

Mulut menjadi mode senyap. Minda mula berhujah. Adakah hidup ini satu pertandingan larian ? berlumba-lumba untuk ke tali penamat. Dan menjulang piala dengan megah-megah. Adakah berlajar di Universiti ini seperti duduk mencangkung didalam periuk nasi. Penuh dengan tekanan.

Aku gostan beberapa tapak melihat sejarah aku semalam. Pandangan semesta menyelamatkan otak aku untuk maintain di posisi positif. Mungkin " kawan " aku memang sifatnya sebegitu. sedikit pentingkan diri. Kalau begitu, selamatkan diri kau Maisa. Agar kau tidak lagi jatuh terpelosok dihadapanya. Peratus untuk dia membantu ada la 10 percent. Mungkin.
Aku terlupa aku juga pernah mengambil tindakan sebegini ketika aku SPM 
Aku berjalan pulang. Payung aku melawan tujahan hujan. Aku terpikir sejenak, perlukah aku seperti mereka. bersikap umpama enau di dalam hutan, melepaskan pucuk masing-masing ? Perlukah aku bersikap " mode kapal terbang ". Tubuh ku ada, namun interconnection aku sengaja aku matikan. Perlukah aku memilih tindakan itu.

Anjakan pradigma mencetus spark dan kejutan eletrik di jiwa. Aku terlalu lama berada di zone selese dimana tiada zombie-zombie akan mengejar. Aku mahu berhijrah. Aku tidak mahu menjadi orang last minit, aku tidak mahu ulang kertas peperiksaan aku di dewan yang sama untuk tahun hadapan.

Aku, sebelum kaki aku menjejak kaki buat pertama kali di bumi asing ini, aku memasang tekad untuk berjaya. Maafkan aku mak, anak mu ini terbuai dan terleka untuk 3 bulan yang pertama !!
Tarikh nafas dalam-dalam. Fokus. Tindakan ku hari ini menentukan masa hadapan aku!! Masih sempat untuk membuat perubahan. Ini perjuangan aku. Berapa banyak ringgit malaysia habis, berapa banyak kcal tenaga yang dikerah, berapa isi padu peluh yang terkeluar dari liang-liang tubuh ibu bapa aku untuk memastikan aku berada di UNIVERSITI ini. sanggupkah aku mengecewakan mereka?? TIDAK!!!!!

Agak lambat aku menekan pedal, enjin aku lambat panas. Namun aku akan pastikan setiap selekoh dalam perjalanan singkat aku ini dapat aku lepasi dengan jaya. In Sha Allah.

Pertama yang aku harus buat adalah mengenal pasti masalah apa yang aku hadapi !!
  1. Facebook 
  2. Tidur 
  3. Bercerita 
Facebook berada di tempat yang tertinggi. Kuman dan bakteria terlalu banyak melekat pada nafsu internet. Ini musuh utama aku yang harus aku MAMPUSkan. Notis untuk mengurangkan waktu-waktu operasi akan bermula hari ini. Maisa hanya di benarkan online setiap petang sahaja jam 5-6 dan waktu subuh. Sekian dan harap maklum. Do it now or I will regret rest of my life




Selasa, 29 Oktober 2013

Tahik bintang

And I wonder if I ever cross your mind
For me it happen all the time 

Taburan huruf berselerak di atas lantai.
aku tendang ke tepi aku sepak ke atas
bercelaru ruang otak aku

kata kerja " rindu"
satu perbuatan yang aku tengah buat
namun
objek yang aku rindu
macam batu simen, arca pameran
tidak memberi balas dan respon

Aku kah yang tidak memahami
aku kah yang terlalu mendesak ?

Mai
sekiranya rindu itu mengamit lagi
pergi lah cuci kain
buat lah kerja rumah
bancuhlah segelas air teh hijau
dan biarlah ia lenyap dalam kesibukan mu

Aku kena membiasakan diri
aku mengkarung liar
hati mesti kental

Kau ego aku kepala batu
kau tak kata rindu
aku juga diam membisu
cukup lah 2 hari aku terus menunggu
tunggu kau angkat call aku

Maisa, dia kan mau exam,
kau pun tengah exam
so leave him alone for awhile
and be focus on your study !!!!!

aku nak kau rasa juga
sakitnya merindu sama kau
manga poy !!!





Lirik cinta untuk mu

Kau ego aku kepala batu
masing-masing ada rindu
kenapa harus malu
katakan saja jujur pada ku

Daling , andai tari jari ku pandai bermain tali gitar
telah aku gubahkan kau lagu rindu
dari lakar puisi love-love ku

Aku wanita aku hanya sang penulis sahaja
Aku tinggalkan lirik tidak bernada
aku penyanyi kau pemetik gitarnya
Ini la lagu tentang kita berdua..

Daling , andai tari jari ku pandai bermain tali gitar
telah aku gubahkan kau lagu rindu
dari lakar puisi love-love ku




Jumaat, 25 Oktober 2013

Kembali Menulis

Sekian lama aku meninggalkan dunia blog. Labah-labah begitu gah menyidai sawang. Habuk-habuk bertimbun seiring waktu. Aku dulu menulis di Note facebook kini kembali kedunia Blog.

Dahulu aku berblogging, aku menulis dari hati. Apabila aku giat menulis di laman facebook hasil karya dan penulisan aku mati. Tidak bernyawa dan tidak bernilai. Di laman facebook aku menulis seakan-akan meminta-minta butang like. Aku seolah lupa diri dan angkuh apabila dapat like banyak. Ish-ish kalau duit tak apa la juga kan tapi itu la hakikatnya.
Sekarang idea aku susah mau keluar macam tahi. Bila aku menulis untuk mendapatkan duit ganjaran, waktu itu la otak aku sembelit. Satu ayat pun begitu susah untuk aku rangka. Atau tahap pemikiran aku sudah dikemaskini dan dinaik tarap menjadi seorang yang matang. Agaknya. Tapi aku tak nak kurung imiginasi ku dalam sangkar matang.  Aku nak imiginasi ku terbang sesuka hati seperti burung camar, bukan macam ayam ternakan. 

Apa-apa pun , aku nak cari balik skill-skill menulis aku. Menulis dari hati, bukan untuk minta puji :P

Sabtu, 19 Oktober 2013

Nonsense bulan lalu

Kau sengaja duga hati aku ke ? Baru aku tahu, kenapa semua benda aku buat hari ini serba tidak kena. Disebabkan si POY !!

Aku ke yang perasan lebih-lebih. BODOHnya aku. Aku pernah berjanji pada diri aku, aku takkan bercinta atau bermain perasaan dengan sesiapa sehingga hati aku betul-betul pulih.

Otak : Apa perasaan kau terhadap si poy ?

Jantung : Entah. Aku pun tidak sure. Nak kata kawan, kawan la juga. Cinta ? Terus terang aku tak tahu benda itu wujud ke tidak. Mungkin sebab aku " serik " . Ke aku perasan sangat yang dia tu syok dekat aku? STUPID maisa!

Mai : Jantung aku keras. Sedang bersimen akibat patah hati oleh seseorang. Pintu hati aku masih berkendadu.

Soal si poy itu, aku tidak mahu terburu-buru. Ada jodoh adalah kan Mai. Kali ini, kau jangan bertindak, bertanya or what ever. Keras kepala sikit. Ego. Jangan nak memalukan diri sekali lagi. Sekian

Ahad, 25 Ogos 2013

Hati terusik lagi

Mendung, angin atmosphrea mengusik hati ku sekali lagi. Apakah dia  telah mengetahui semua isi hati aku selama ini. Hampr 10 tahun aku memendam. Tulang rahang ku berat mengarahkan mulut berbicara.

Aku tulis semua tentang rasa aku di note facebook. Aku berharap satu hari nanti dia akan baca dan mengerti. Dan mungkinkah semua ini telah terbongkar??
Otak : Mai, bagus la dia dah baca, sekurang-kurangnya dia tahu. Bukan itu juga yang kau mahu?
Mai : Tapi kenapa aku masih rasa sedih ?
Jantung : kau cakap dengan aku mai, kau nak kurus sebab dia kan ? kau cakap kau tak sukakan dia lagi
Mai : Aku memang tak suka dia lagi, cuma aku masih tak boleh lupakan dia jantung. Dia, dia dulu pernah hadir dan menjadi orang penting dalam hidup aku. Takkan aku boleh dengan senang-senangnya lupakan dia. walaupun dia dah banyak berubah.
Dia antara sebab aku ingin berubah. Mungkin badan aku yang gemuk, muka yang hodoh dia reject aku.
Otak: Mai, itu maknanya dia pandang luaran fizikal semata-mata mai. Tolong la~ Kalau betul dia sukakan kau, ikhlas dengan kau, dia tidak pandang semua tu!!.
Jantung : Satu hari nanti, aku yakin kau akan dapat melupakan dia. :)
Song :Tak pernah kah kau sedari, aku la yang kau sakiti. terluka oleh cinta mu kau permainkan hati aku sesuka hati mu 


Rabu, 17 Julai 2013

Melawan rindu

Sejak aku buat keputusan untuk melupakan dia, pikiran aku kosong. Tiada lagi ayat-ayat gramatis terzahir dalam kotak fikiran aku. Setiap kali aku menjadikan diri kau sebagai sumber inspirasi aku, semua cerita yang ku tulis bernafas sedih.

Otak dan jantung perlahan-lahan dapat menerima atas pemergian mu. Walau rindu sering menelefon aku dan menghantar sms palsu. Bila dikenang-kenang balik, tiada guna aku menunggu untuk kau sedar akan kewujudan cinta ku.

Berhenti berharap itu bukan la bermaksud berputus asa. Aku memberikan laluan kepada perkara-perkara yang lebih penting dari diri mu. Perkara yang lebih mendatangkan faedah untuk aku, masyarakat, negara, dunia dan Agama. Lagi pun aku mengizinkan diri ku bergembira dan merasa bahagia. 

seperti kapal terbang kertas, kau membuang aku jauh-jauh ke udara dan kau biar kan aku jatuh..


Semanis Peria

Salam dan Hi, ini kisah aku. Kisah yang aku kira sebagai memori paling pahit namun satu pengajaran manis buat aku.

Nama aku Maisa, aku seorang budak perempuan yang bersekolah di St Micheal. Disekolah ini la aku mulai menerokai keseronokan sebagai seorang remaja. Masa dekat sekolah aku seorang yang ceria, pemalas, peramah dan ramai kawan.Masa tu aku ada bestfriend, 2 perempuan, 3 lelaki, Razif bin Rahim, Syahrul bin Hamid, Ray George Luting, Rasidah binti Alfad dan Ellie M Padilla. Kami bertiga mengharungi susah senang bersama-sama, sehati sejiwa la dikatakan. Pergi kantin, lepak , tidak buat kerja rumah, kena denda, gagal peperiksaan tu pun sama-sama. Banyak benda aku berkongsi bersama mereka. Memang aku seronok dan gembira. Tapi lain pula sikap aku waktu aku kat rumah. Aku kurang hajar dengan mak bapa aku. Lawan cakap, kuat memberontak. Baran aku menjadi-jadi. Sampai ada satu ketika aku pernah lari dari rumah. Masa tu, aku rasa ibu bapa aku langsung tak paham aku. Mungkin mereka membenci aku sejak dari dulu. Memang buruk la perangai aku waktu tu, macam saitan. Bapa aku selalu marah aku sampai memaki hamun, mata mak aku pula begitu mudah menjatuhkan air mata. Mungkin waktu tu, darah muda aku begitu bergelora tuk memberontak ke aku pun tak tahu kenapa . ( ish-ish teruknya aku dulu )

Sewaktu aku belajar di tingkatan dua. Aku benci satu orang guru, nama dia Cikgu Leong, seorang guru yang tak lekang dengan rotannya. Sikit-sikit mau rotan, sikit-sikt mau saman. Masa tu memang aku rasa dia la cikgu paling kejam dia benua Asia. Pada waktu itu cikgu Leong mengajar subjek Geografi. Subjek yang best tu pun buat rasa naik benci nak belajar.

Hari selasa, Razif tiba-tiba plan nak ponteng sekolah . Dia mengajak aku dengan yang lain-lain. Aku sebenarnya tidak pernah ‘skep’ sekolah langsung. Rekod aku bersih dari kes-kes jenayah ringan sebegini. Kami berlima sepakat ponteng sekolah pada hari esok. Aku dengan hati yang takut-takut hanya menganguk tanda setuju. Ini la waktu julung-julungnya aku melakukan kejahatan ringan.

Keesokannya, aku dengan lengkap berpakaian sekolah sengaja turun lewat ke sesekolah. Sampai saja kat bawah sekolah, aku melencong ke Taman Tun Razak. Ya Allah takutnya aku waktu tu. Tak sedap hati. Tiba-tiba aku nampak Razif duduk sebelah seorang pakcik cina. Aku tanya kenapa kau duduk kat sini, dia cakap supaya tidak ketahuan cikgu kalau duduk dekat pakcik-pakcik. Logik. Tidak lama kemudian Syahrul pula tiba. Ray , Rasidah dan Ellie tak muncul-muncul. Segan juga aku, maklum la aku sorang saja perempuan, tapi aku tetap percaya kan mereka berdua. Kami pun duduk kat bawah pokok. Masing-masing membuang mata kearah laut. Setiap dari kami ada kisah untuk diluah. Satu beban yang kami rasa orang lain susah nak paham. Remaja kan, memang waktu tu otak sempit.
di sini la kami bertiga ponteng sekolah
Cerita punya cerita, tiba-tiba ada suara garau menjerit nama aku. “ Isaaa, pulang sekarang !! “ Allah suara pakcik aku. Lutut aku rasa longgar, perut aku kecut. Aku jadi takut. Mampus la aku lepas ni. Razif dan Syahrul hanya terdiam pucat . Takut macam aku juga la tu. Pakcik aku dah la Ustadz, MUIS pula tu. Nasib je la aku tak dituduh tangkap basah dengan Razif. Tak pasal-pasal aku kawin free dengan dia ( hehe). Memang aku rasa dunia aku gelap. Dah la hari ‘ first time ‘ aku ponteng sekolah, ketahuan oleh pakcik sndiri pula. Memang bertuah betul la aku rasa.

Sampai kat rumah makcik aku, aku tengok mak aku nangis. Baru aku teringat, pada hari itu kenduri arwah nenek aku yang ke 100. Adoii!! Sanak saudara kecik besar semua tengok aku kena marah, kena pukul oleh makcik aku. Sakit juga hati aku. Aku skep pun sebab aku tak nak masuk kelas Geografi. Diam-diam aku, tiba-tiba timbul rasa nak memberontak. Bisikan saitan la tu. Aku cuti 3 hari sebab aku malu nak ke sekolah, berhadapan dengan kawan-kawan dan cikgu aku. Gempar satu sekolah oleh aku. Ish2x budak skema buat hal.

Pakcik aku yang tangkap aku jumpa aku secara privacy. Dia ceramah aku. Pakcik aku mencerita aku tentang kisah Nabi Musa dan tongkatnya. Tiba-tiba api baran aku padam. Mata aku terbuka, timbul satu kesedaran dan insaf. Aku nangis depan pakcik aku. Masa tu aku sedar, betapa banyaknya dosa yang aku buat. Berapa kali aku buat mak aku menitiskan air mata. Yang aku ingat pakcik aku cakap “ kau dengar la radio, tidak salah pun. Biar la apa orang mau cakap. Itu kau punya minat . “ Aku pun tak tau kenapa pakcik aku cakap macam tu, aku dah lupa.

Selepas peristiwa itu, aku bertekad untuk membuat mak aku menangis lagi. Tapi menangis gembira. Aku pun berubah, aku study la betul-betulkan. Syukur Alhamdullilah. Masa PMR aku dapat mengejutkan cikgu-cikgu aku dengan result aku. Tak la Street A tapi banyak juga la A. SPM pun sama dan akhirnya aku dapat masuk Matrikulasi Labuan. Sekarang aku tunggu keputusan UPU untuk lanjutkan pelajaran di alam Universiti.

Oh nak tahu tak tak kenapa kawan aku yang tiga lagi tak datang ponteng sekali dengan aku. Pertama Ray George, dia kebetulan pula demam. Cikgu disiplin telepon mak dia mengatakan dia ponteng, tapi mak dia cakap dia ada dirumah dan Ray terselamat. Ellie pula, tiba-tiba pula bapa dia hantar dia kesekolah, betul-betul di hadapan pintu pagar sekolah. Dan Rasidah pula, dia terasa tak nak ikut serta ponteng. Diorang tu pun teruk bah, bukan diorang kasi tau awal-awal.

Allah Maha Berkuasa. Andai saja aku pada waktu itu tidak ketahuan oleh cikgu dan mak aku. Mungkin aku tidak menjadi seorang manusia berguna, mungkin mak aku masih menangis derita.. Aku bersyukur semua yang berlaku ada hikmahnya.

Warkah untuk kucing ku

Wahai anak-anak kucing ku,
maafkanlah tuan mu seorang ini..
yang serba tak mampu..

Maaf tak dapat bagi apa yang kamu minta
minta wiskes yang mahal-mahal
KFC yang sedap-sedap

Maafkan la tuan mu seorang ini
sebab tak banyak duit
nak bawa kamu berjumpa doktor
nak beri kamu vaksin
tika kau demam selesema dan batuk

Maafkan sebab tidak mampu beli syampoo
jarang mandi kan kamu ( sebab aku tahu kau pandai mandi sendiri)
apa lagi gosok gigi kamu..
Bila kau diam, tidak mencakar, termenung jauh..
tuan mu seorang ini sudah dapat meneka
mungkin kau sakit, sedih, jatuh cinta atau pun sedang mengandung
Bila kau asyik ikut aku ke dapur
menjerit-menjerit depan peti sejuk
aku tahu kau rasa kebulur..

dengar sini anak-anak kucing ku..
Kamu harus belajar bersyukur
Kamu boleh berlari-lari dihalaman rumah
boleh panjat pokok tinggi-tinggi,
boleh tengok televisyen
berbual-bual dengan kawan
beramah mesra dengan ayam kampung
memikat kucing jiran.
kamu tidak terpenjara
kamu bebas..
tapi peraturan tetap peraturan la kan...
Tidak boleh mencuri ikan, kalau mahu mintak dengan sopan ok,
kalau nak buang air besar, jangan buang merata-rata..
kalau sudah jadi bapa atau mama kucing, belajar la setia pada satu..
jangan pulang malam, mesti pulang sebelum magrib

Walaupun saya tuan yang kurang mampu,
hari-hari pun hidangkan tulang..
jarang-jarang bagi wiskes..
tapi aku tetap sayang kan kamu semua..
nenek-nenek moyang kamu yang aku pernah jaga,
aku masih ingat nama diorang tu tau..

Ya Aku ikhlas jaga kamu..
terutamanya arwah si Dadai :'(