Isnin, 11 Februari 2013

hujan is raining


by Maisa Mohamad on Tuesday, March 13, 2012 at 3:05pm ·

hujan..
derai butirnya singah ke daun memori ku..
waktu-waktu macam ni, dengan langit tidak berwarna.. hanya kelabu kosong..
aku merangka ayat menjadi sebuah novel cinta..
watak yang berlakon dalam imiginasi..
aku berikan cinta dan perasaan..


mendung kelabu ni.. perasaan jiwang ku bangkit.. uhaii ayat.. peerrrgghhh.
dah lama membujang.. ayat-ayat cinta ku lusuh tak terpakai.
ingin ku lelong di bundle berdekatan..
namun sayang kononya ia tak mempunyai harga..

melayan perasaan tanpa arah tujuan..
cinta rindu tiada bertempat..
sesat otak mundur empat tapak..
di mana cerita-cerita sedih berpeleseran di kaki kenangan..
ku buang satu persoalan..
yang menyesak dalam pikiran ku...
sesuatu yang aku tak tahu...
entah apa sudah aku melalut..

k babai.. hujan berhenti sudah

kekeliruan identiti ( kes merajuk lagi )

by Maisa Mohamad on Wednesday, February 29, 2012 at 9:28pm ·
now listening : The Only Exception by Paramore sambil pikiran teringat kan kawan-kawan..


kawan aku cakap aku macam childish, kebudak2kan, cengeng, manja dan what ever yang menampakan gaya mereka tidak suka sikap aku tu..

kekadang nampak sangat mereka nak difahami.. tapi untuk memahami aku seolah-olah tak perlu. aku nak menyuarakan pendapat pun macam dah tak guna.. sedih pulak aku rasa :'(
yelah. aku rasa semua benda aku buat salah dii mata diorang.. semua membebankan diorang..
aku nangis masa tu.. find.. ekh silap fine...

aku berdirikari lah ni.. tapi sebelum tu, biarlah aku suarakan perasaan aku..
aku bersikap macam tu sebab aku ada kamu.. aku rasa apa guna ada kawan kan.. tapi nampak gayanya sikap aku tak berkenan dengan kamu.. gaya aku yang menyusahkan tu, benar-benar menyusahkan kamu bah kan.. its ok

aku rasa berdirikari.. malas aku nak panggil2 kamu nak mintak tolong ini, itu.. apa-apalah..
macam huh, nanti kamu panggil aku ni childish lah apa lah..

entah.. dalam rasa berdirikari tu, aku rasa aku macam pentingkan diri..
ambil kisah pasal kamu pun dah semakin kurang..
lantak korang je dalam kepala otak ku tauk..
aku malas nak pikir pasal kamu..
masalah kamu, kamu sendirik lah setel..
aku buat tak tahu..
huh..
maisa...
its that you??

hurmm, dah macam xde nilai persahabatan, keambikberatan..
entah lah si maisa ni..
kalau aku macam duluk di bencik..
kalau pulak aku macam ni, aku sendirik tak suka
habis tu nak buat macam mana??
ha maisa??

lu pikirlah sendirikk..
yang menaip ni : hati si maisa.. bukan kepala otaknya ok!




otak dan jantung

by Maisa Mohamad on Friday, March 2, 2012 at 9:34pm ·

hai maisa... saya tahu kamu bosan pasal tu tangan kamu sedang menaip keyboard kan ( ala-ala doremon )

sebut pasal doremon, rupa2nya doremon tiada leher lah perasan tak.. perasan tak..
wowohooiii nampak sangat kebosanan yang melanda diri si maisa...
ketika ini, otak dah jantung sedang berchat dengan bantuan jari-jari si maisa

otak cakap : kau jantung., banyak bah kau pikir kan, aku tauk kau mau berjiwang,       tapi kenapa ko ndak taip ayat power-power...
jantung jawap : siapa lah aku mau kasi kalah urang-urang di pesbuk ni.. malas aku kalau kna komen banyak-banyak..  
otak : ooo,, jadi macam mana lah si kakak siti mu tu, bibiran saja kerja joe... ndak sakit meh jantung? nasib aku ni otak, kalau aku jadi telinga, menangis aku jo 
jantung : yalorh.biar lah dia situk, yang penat mulutnya, bukan aku.yang penting aku mau duit.. otak,anu risau sudah aku ni.spm ndak lama lagi kaluar.pening aku 
otak : aik.. kau pulak yang pening?? sepatutnya otak ku yang pening bah lol.. hahaha budu
jantung, : kau yang budu.. kau kan yang berpikir.. apa la macam.. jadik ko rasa macam mana resultmu 
otak : aku mana boleh rasa-rasa yang melibatkan perasaan,, aku ni pikir logik saja.. entah lah, indi ku alam. bulih mungkin bah ko tu.. jangan ko pikir sangat jantung.. tanggal 20 baru ko start pikir.. 
jantung : aikss... ndak busan ko chat sama aku, tadi jari si maisa signal sama saya.. penat dia menaip 
otak : bah ya lah.. kirim salam sama keluarga... hahaha sama si dia.. 
jantung : si dia mulah.. haha babai otak.. 
otak : bai jantung
ok sekian terima kasih

gusar!

by Maisa Mohamad on Wednesday, February 22, 2012 at 10:22pm ·

sekali lagi hadir ku mengonlinekan diri di pesbuk untuk meluahkan sedikit gusar di hati
berkenaan dengan menanti detik masa sebulan menunggu keputusan spm 2011 keluar..


Oiiiihaaaiiii takutnya aku..
agaknya boleh ke aku tercalon dalam pelajar cemerlang..
sebijik mcm result aku semasa PMR??
belum lagi kaki mnjejak d pagar sekolah..
bunyik2 taniah dan syabas sudah kedengaran
ooohaaiii bulihkah??
mai kau rasa mcm mana result mu
ok2x.. aq pikir lah ni

BM A
BI B
AG A
MATH A
SEJ A
TASAWUR A-
ICT C
BIO A
fizik C
KIMIA C
ADD maths C

enam je yang aku target A??
olamakkk..
biar betul..
eerrkkkl yang aku target C tu, hurm huruf optimis aku
xnak pulak aku gagal..
x pulak aku terlalu yakin..
di ingatkan balik..
ya memang sikit sudah lah smasa aku menjawap..
keyakin itu agak sedikit kurang until today..
but seriyes aku nak sangat bio aku A
eiii miss u BIO.. hahahaduii

dalam masa sebulan
result akan keluar..
ok.. kemungkinan besar 6 A ada dalam tangan
bagaimana pulak nasib subjek sains aku??
kita nanti kan 22 march 2012 nanti..

Ahad, 10 Februari 2013

Kawan Laman Sosial

by Maisa Mohamad on Wednesday, October 12, 2011 at 9:56pm ·

aku trauma..
manusia di sekeliling pendusta
saling bermusuh dalam senyuman
belakang mata bermacam cerita diperkata kata kan..
aku tak sesempurna
tapi aku masih boleh menyuarakan rasa
dan anda semua memang tak kena

kawan??
aku banyak kawan
pada zahir sahaja
sebagai penghidup suasana
dan asas dalam sosial..
kawan aku jahat
kawan aku saling membenci
yang satu kutuk yang satu
yang satu cakap buruk yang satu tu
dan aku bosan
dalam suasana begitu

kawan ke macam tu?
kawan aku kat facebook??
kawan ke?
or saja nak mempopularkan diri

ada satu kawan cakap
kawan di fb
mula-mula sahaja mesra
lepas tu kata hi pun tak berbalas
ekh?
hidup dalam dunia sendiri
pentingkan kebaikan diri
mungkin lebih baik
dari "care" some who is not appreciate
ke caringan kita

cerita 2011

esok new year kan..?
2012..
masa tu aku dah tak prepare tuk sekolah..
xde baju baru, kasut baru..
aku dah bekerja
jadi casher kat supermarket
hari ini ramai customer
masa aku packing barang makanan kedalam plastikk..
aku tengok manusia berpusu2 shoping
kepak ayam.. keropok..
wah mungkin mereka buat barbeque malam ni
huh..
rumah aku???


aku tak cakap yang aku nak sambut tahun baru
cuma..
kadang-kadang
aku terpikir keluarga aku tak macam keluar orang lain..
kadang-kadang 
aku mengeluh dengan kehidupan aku..
miskin tak lah sangat..

tapi..
rasa cemburu tengok sepupu, jiran2, kawan2
hidup sedikit mewah dari kami..
sedihkan..
apa yang aku nak..
adik2 aku nak..
KFC, coklat, baju baru..

semua pikir 4 kali..

tapi masa aku menaip ni lah

sambil dengar lagu instrument sonata..
aku terpikir..
dengan rasa sedih ini lah
dengan rasa rendah diri ini lah
aku patut mengubah keadaan keluargaku
dengan gaji tak seberapa tu
sekurang-krangnya aku dapat membuat mamaku tersenyum
segeralah aku dapat pekerjaan yang sempurna
semoga ku mampu mengubah keadaan seperti yang di idamkan

so azam aku tahun ni??
azam aku..
walau result aku tak seberapa baik..
aku janji
akan berusaha... study balikk
semoga aku mampu memperbetulkan takdir..
agar aku mampu membahagiakan keluarga ku..
amiin

rejected friend!

by Maisa Mohamad on Tuesday, January 31, 2012 at 11:55am ·

mood saya macam sedih..

langit pun mendung-mendung.. 
pekena pulak dengan kopi oo..
tambah sayu hati saya wow

aku rasa aku pernah buat salah..
besar jugak rasanya bagi dia..
aku tak sengaja.
sumpah aku memang tak sengaja..
kalau aku tahu, tak nak aku angguk-anggukkan kepala
kalau aku sedar kesudahannya jadi begini, tak nak aku TOLONG!
Sudahnya aku jugak di persalahkan
macam sekarang..
janggal jugak,
bila kawan baik..
yang aku sayang..
dah mulai jauh.. jauh.. jaaaauhhh,,

hari ke hari,
patah perkataan semakin kurang,
senyum pun jarang,
bergurau ketawa macam harem tak de
hurm jujur saya cakap
dia bestpren ever yang aku ada,
dalam kategori lelaki
tapi mungkin masa dulu..
dan bukan tuk masa sekarang..
REJECTED FRIEND!
macam aku rasa, orang yang berkawan sama aku, rugi besar,
terasa sangat aku ni jenis kawan yang akan menyusahkan
yang memang tak boleh diharap...
yang tiada fungsi tuk di anggap kawan..

kalau boleh, kalau entah lah..
kalau macam mana sekali pun aku berharap..
kalau dah memang dia dah takde perasaan
dah rasa culas, jenuh muak kawan sama saya..
aku nak buat macam mana kan..
terhegeh-hegeh??
dah terang-terang dia dah tak suka aku..
sedikit menyampah campur benci..
aku mau buat mcm mana?
berhenti kerja..???
aku merajuk dengan dia RAY GEORGE
life must be go on kunun..
go on amendanya kalau entah lah..
berapa banyak kalau pun aku rasa payah berharap..
tunggu dan lihat lah..
lepas tu go on saja lah life tu
sekian terima kasih

Bukan Pasal Bola

Maisa Mohamad on Tuesday, November 22, 2011 at 12:28am ·

malam..
bintang-bintang malap..
tidak berteman aku malam ini..
seorang manusia pun tiada disisi..
dan aku keluh sendiri..


ada beban yang ingin ku luah
ada kisah ingin ku cerita..
betapa sedar aku tika ini
aku hidup sendiri..

kawan-kawan..
sekalian benda remeh sengaja ku perkatakan..
ada sedih yang besar ku pendam..
namun sikap kalian memaksa ku tuk tersenyum sahaja
tanpa ku hurai
semua butir-butir gelisah!!

arghhh..
berbunga kata-kata ku..
sengaja ku karang
agar tidak kelihatan aku seorang yang lemah
mungkin atau aku memang
tiada kekuatan tuk bercerita membuka rahsia
dengan harapan..
kau paham rasa ku tanpa aku perlu berbicara..

aku perlu kawan..
kawan!!
kawan yang memerlukan aku wujud di sisinya
dan wujud sewaktu aku butuhkan dia!!
arghhhhhhhh

hurm
wahai note d fesbuk
buat masa ni kau
telinga laptop
terima saja apa yang aku katakan..
tanpa perlu kau komen apa-apa..

filem ku rosak

by Maisa Mohamad on Friday, November 18, 2011 at 8:32pm •

ku songsangkan ayat
ku taip bayang-bayang abjad
agar kecewa sedih luka pudar
sesudah angan-angan ku reka
segala impian aku edit
dalam lena sejuk semalam
 kau punya  status
kasi aku keciwa..
adoii..
panat saja aku jadi pengarah
aku heroin kau mamat bunga
makan buger di tembok kononnya kita
tengok bintang berselerak d hamparan langit malam
last-last berending macam ni
apalah
adoii kenapa aku pilih kau jadi pelakon utama
???
kalau aku tahu berakhir bagini
awal-awal tidak ku menulis sebuah harapan..
sekian terima kasih

Sabtu, 9 Februari 2013

Aku Malu

Apa aku nak jadi ?


Doktor?? Aku tak bagus dalam kimia..
Aku orang yang tak kisah..
 Kalau aku seorang doktor.
Nyawa mereka aku amik mudah
Kesihatan mereka aku pandang remeh saja..!!

Itu kah  DOKTOR yang aku akan jadi!!!!???

Aku si Maisa
Manusia yang lahir dalam sebuah keluarga sederhana
Mak aku seorang saja yang memerah keringat mencari sesuap nasik
Bapa aku sakit
Adik aku masih lagi sekolah..

Aku sedar aku seorang saja mak harapkan
Harap aku dapat 1 pekerjaan yang bagus
Punya gaji yang lumayan
Mampu menyara kami sekeluarga

Mak.
Aku nak cakap mak.
Aku sedar kemampuan mental aku tak cukup
Menjadi kan aku seorang doktor mak
Mintak maaf sangat-sangat
Aku tak mampu jadi seperti yang mak harapkan

Aku letih   gembira belajar
Aku penat  suka mengira nombor-nombor
Aku tak dapat berusaha menjiwa sepenuhnya pelajaran itu..

Astagfirullah A’azim..

Baru aku sedar
Biar macam mana aku berusaha
Hanya Allah yang tentukannya
Baru aku sedar
Allah itu Maha Berkuasa
Baru aku sedar..
Qada dan Qadar  Dia yang tentukan
Ya Allah,
Aku malu dengan diri aku sendiri yang Allah..
Aku malu dengan Mu ya Allah

Aku tidak bersyukur dengan apa yang kau beri
Aku takbur
Aku alpa
Ya Allah...
Masih kah pintu taubat itu terbuka untuk aku..
Pimpin la aku dengan NUR MU ya Allah..

Betapa aku malu dengan Allah
Aku malu dengan mak aku
Aku malu dengan keluarga aku..
Malu dengan diri sendiri..

Mula mengalah

Ternyata dia turut mencintai kau. Kehadiran aku, dan kewujudan perasaan aku ada lah satu kesilapan yang aku buat sejak 10 tahun yang dulu lagi.

Ku relakan jiwa. Memastikan kau bahagia sudah cukup bagi aku. Bodoh la kalau aku cakap aku tiada sedikit pun perasaan dekat kau. Perempuan lain pun aku tengok bagai nak gila kerana kau ini kan aku lagi yang sudah memendam rasa hampir 10 tahun. Kau tak payah la risau, ini soal aku dengan perasaan sendiri. Hati aku sedikit demi sedikit akan belajar memadam sendiri perasaan cinta ini. Yang penting, kita still friend forever.
Aku akan tolong kau sedaya upaya aku. I promise. Aku nak pastikan kau bahagia. Dan lepas tu aku akan pergi. Tapi kau kena janji dengan aku, kau kena berubah. Demi wanita yang kau cintai, dia dan Mak kau. Tolong la~ Besar uda kau tu, ada hotak.. boleh pikir betul kan. >.<

Berhenti Berharap

Aku angkat bendera putih. Aku tewas. Aku putus asa. Aku letih. Aku mengalah. Cukup la perasaan cinta aku ini setia pada selama 10 tahun. Cukup la pembohongan aku selama ini  yang bersembunyi di sebalik persahabatan kita . Aku harus akhiri kebodohan aku ini. 

Dia dan budak perempuan itu. Mereka seolah sedang di lamun bercinta. Akhirnya usaha aku tidak la sia-sia. Sekurang kurangnya hubungan persahabatan mereka terjalin semula. Aku gembira dapat melihat kau bahagia. 

  • Mai 

    so acam zif
    apa perkembangan ko ama fierahh
    jan give up ok
    sia sukung ko ni dr sini
    • Ajip

      em a little bit..dy cm bg gue lmpu ijau tp
      gue mc samar2 ag so gue sbr jela.
      ft tengs my besties,hehe..
      • Mai 

        ko jangan putus asa sana
        panat sudah sia tlg ko
        jan hampa kan gue ok
        • Ajip

          gue tw lu bnyk tlg gue,gue hrgainya..
          ma kc mai,kw satu2nye kwn yg fhm gue nan lbh dlm !!
          • Mai 

            well si mai bai ni..
            bah igt ko sana
            kalau pulak ko dgn si fierah jadian
            jan sia2 kan dia
            first love tu
            then..
            berubah perlahan2 la ko

          Jumaat, 8 Februari 2013

          Rahsia aku tentang mrR

          Satu hari nanti, bila impian mu telah menjadi kenyataan. Aku akan beritahu siapa lelaki itu. Itu pun kalau aku ada kekuatan la.. hehe


          Hei R, senang hati aku dapat tengok kau gembira, bahagia.. Kau masih nak tahu kah lelaki yang aku minat sejak 10 tahun dulu tu ?? Budak tu masa kecil-kecil dulu, dialah budak lelaki tercomel yang pernah aku kenal. Dia layan aku baik tak macam kawan-kawan aku yang lain. Dia masa budak lagi memang gantle man la . Dia lelaki pestime pegang tangan aku. Masa tu waktu pendidikan jasmani. Budak lelaki tu adalah cinta pertama aku.

          Bila dah besar-besar sikit, dah masuk sekolah menengah, aku still minat kat dia. Habis sekolah mesti balik sekolah sama-sama. Dia baik budi bahasa, selalu bagi makcik-makcik kerusi tuk duduk. Sometime dia tolong aku angkat buku. Waktu rehat, kita orang selalu kongsi minum air oren. Pernah satu hari, bas lambat datang. Dia sanggup stay dengan aku. Dia cakap, sudah tanggungjawap dia nak pastikan aku selamat. Cehwah, macho gitu. Aku masih ingat waktu kita form 2, masa tu kita ponteng sekolah sama-sama kat taman. Tengah syok kita bercerita tentang masalah keluarga, pakcik aku pulak datang. Hahaha, dah la masa tu first time ever aku ponteng, ketahuan pulak >.<!!

          Dia mana lah ingat semua ni. Mesti dia tak percaya, aku masih boleh ingat semua mesej-mesej dia. Tolong katakan, ini semua bukan poyo.


          Waktu ini juga aku tengok kau bercinta sana sini. Mula-mula kalau kau ada hati dekat perempuan kau mesti kongsi cerita dengan aku, kalau kau ada masalah dengan perempuan, kau mesti tanya pendapat aku. Ye la aku kan kawan kau yang memahami la sangat. Ok seriyes aku frust gila. Ye lah sebab lepas tu kau asyik dengan GF kau. Dengan aku kau jarang lepak. Bila kau single, baru kau lepak dengan aku dan kawan-kawan yan lain. Aku rasa tak adil.

          Tapi kau tak lama dekat sekolah menengah. Kau berhenti, aku sedih sangat. Lepas tu aku tengok kau dah berubah. Kau entah la aku nak cakap macam mana. KEPALA BATU kot. Mak kau nasihat kau tak dengar ini kan aku lagi, kawan kau. Kau kata kat aku, kalau kau dapat miliki si dia, kau akan berubah. Hopely. Aku tak nak kau kecewa kan si dia itu.


          mrR, Im quit. Just stay be my friend. Bodoh la saya kalau cakap saya takda hati kat awak. Tapi saya akan pastikan dan yakin, lambat laun perasaan pelik-pelik saya tu akan hilang. Maaf kerana telah menyimpan perasaan kat awak. Sorry  

          ADOii.. berani kah aku ?? tunggu waktu yang tepat.. lalalalalalaaaa..

          Rabu, 6 Februari 2013

          cerita si Ego

          Ego tu macam kanser, dia membunuh perasaan sendiri dan orang lain.

          " kawan, buat apa kau nak mempertahan kan ego kau tu. Ego kau tu tak betul. Menyusahkan hati dan otak kau sendiri. Buang la. Tak ada guna pun nak pertahankan. Bukan boleh bawa untung pun "
          Alkisah masa zaman-zaman budak-budak dulu, ketika pertama kali kau menyukai seorang budak perempuan. Lalu kau menulis surat meluahkan perasaan kepada si budak perempuan tu. Dalam surat tu, kau berjanji satu hari nanti kau akan menjemput dia dengan sebuah kereta merah. Dan akan kau lamar dia menjadi kekasih.

          Namun, takdir Allah tidak seperti yang kau rancang. Budak perempuan itu terpaksa pergi berpindah keluar negeri mengikuti keluarganya. Kau dan dia berpisah untuk satu tempoh yang lama.
          kau hidup seperti remaja biasa. 10 tahun kemudian kau akhirnya dapat mengesan budak perempuan itu. Kau dapat alamat nombor telepon dan facebook si dia.
          Alangkah gembiranya kau pada waktu itu. Cinta pertama mula berputik semula. Dan kau memasang angan-angan lama.

          Kau sudah lupa, dia pun menjalani hidup sebagai seorang gadis remaja. Dia juga telah bercinta. Namun bukan dengan engkau. Kau marah. Kau tak mahu berkawan dengan dia. Gadis perempuan itu sudah berpunya.


          EGO!!!!
          tidak adil untuk budak perempuan itu
          Cinta tak semestinya memiliki. Jodoh itu Rahsia Allah. Seyakin mana pun perasaan mu, kalau Allah tidak kasi komform, ndak menjadi juga tu.

          Kesal aku

          Nampak sangat blog aku ni dah jadi karya pribadi aku. Dah aku tak dapat post NOTE kat facebook, mahu tak mahu, kat blog jugak la aku tulis.


          Kadang-kadang kalau kita tengah marah, sedih, jiwa kacau or what ever ikut sedap hati je kan kita buat keputusan >.< pikiran dah sah-sah tak stabil, cakap pun dah tak pikir panjang.
          if i can turn back the time
          ish-ish, tu la situasi saya. Tak semestinya dalam kes CINTA. Banyak lagi hal yang memerlukan kita buat keputusan yang betul.  "hidup ini tidak boleh gostan lagi"

          OK I give u simple word, what do u want from man ?? 

          love
          kasih sayang
          Bimbingan agama

          MONEY

          Ekonomi stabil
          kawin
          Baby


          Tak payah la nak jadi poyo. Ini bukan materialistik. Ini hakikat, kos sara hidup makin naik la. Cinta saja tidak mencukupi. Lepas kawin karang nak bagi makan anak bini apa kalau takda duit kan. Takpe tak kaya asalkan berkemampuan. sebab tu kerja kena stabil baru ekonomi kukuh.


          aku dulu ada kekasih . Dia, my ex. Couple aku yang pertama. Dia romantik tu romantik juga.. selalu nyanyikan saya lagu. Boleh la di bilang suwett. bla-bla-bla until something happen, then aku dapat rasa dia takda masa depan, dah la pemalas, takda kerja, perangai tu memang tak boleh berubah. macam mana nak carik duit untuk I and bakal anak-anak I. 
          Aku tak jawap call dia, aku block dia kat FB. Dia pun mungkin dah faham maksud tersirat dari aku ini. Then dia mesej cakap " kita PUTUS"



          bunyik memang jahat kan. Memang pun. Sangat!! aku mau menyesal pun tarak guna.
          Masa tu aku lupa aku bukan siapa-siapa yang layak menilai peribadi seseorang, masa depan dia. Semua tu kan rahsia Allah. Sepatutnya aku tak buat macam tu, sepatutnya aku nasihatkan dia, support dia.

          Dan ni la penyesalan aku dalam love-love. jarang berlaku dan pertama kali berlaku. Saya mau rindu pun segan. Anggap je la takde jodoh. Aku harap dapat jumpa dia, then mintak maaf. Tapi tu la aku tau la dia macam mana, dia marah  lagi kut.

          Sabtu, 2 Februari 2013

          aku belum tua

          Pada 1 Febuary 2013 maka dengan rasminya aku telah pun berjaya hidup selama 20 tahun. Syukur alhamdullilah. ok fine, aku redha dengan nombor 20 tu ~

          Hadiah Terperanjat dari roomate aku :)
          Aku anak sulung dari 4 orang beradik, adik aku masih sekolah. Bapa aku tak kerja sebab sakit, mak aku yang kerja. so Keadaan keluarga aku tak kaya. Sederhana saja. Masih berbumbungkan zink, rumah papan.  ada pokok mangga dan kelapa, dan yang paling best, ayam-ayam aku masih dapat bermain dengan riangnya di bawah rumah bersama-sama dengan kucing. how sweet right. simple.

          Ya sometime, huhu tapi kami selalu ada masalah duit. Hutang sana sini, pinjam duit orang. Mak aku tak cerita. Tapi mata dia, nampak sangat dia susah hati. Kesian aku tengok mak kerja sorang-sorang. Untuk siapa dia buat macam ni ?? untuk kami la bah.

          tak sedar-sedar lagi ke pengorbanan  mak kau mai ??

          And thats why, aku kena motivated diri, for mum, and my whole family. I need to change myself and then I can change my future.

          well, kata orang, umur-umur 20an ni dah boleh kawin. Sebab itu waktu-waktu subur. Makcik waktu subur adalah hari ke 14 selepas datang bulan bah? tapi KAWIN..??
          I nak cowok Hindustan.

          Mau kawin, nak yang baik alim, pandai mengaji, tak tinggal solat, warak, yang boleh bimbing dan membawa kita, jalan  ke  syurga serta menjadi ayah yang mithali untuk bakal anak-anak. Macam mana nak dapat calon suami macam tu. Doa kan. but aku pun kena berubah bah.

          kesimpulannya, aku bukan lagi budak-budak, aku ada akal, aku patut tahu mana apa yang aku buat, yang tidah menyalahi undang-undang, hukum agama dan melukakan perasaan orang lain mahu pun diri sendiri. aku kena berpikir lebih matang, bukan ingat nak skep je pagi-pagi. ish2x mai mai..