Memaparkan catatan dengan label motivasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label motivasi. Papar semua catatan

Jumaat, 4 September 2015

Surat terbuka untuk Redzuan

Assalamualaikum,


Hai Zuan, aga kareba ( apa khabar in Bugis language) ? Aku harap kau sihat, kerja pun baik-baik, dan sentiasa gembira walau dimana kau berada. Sampai sekarang aku tak lupakan kau. Aku cuba bencikah kau tapi aku tiada sebab, kerana sepanjangan perkenalan kita, kau banyak membantuku fikiranku. Dan aku patut berterima kasih dengan nasihat kau.

Aku nak teks kau, tapi kau cakap jangan ganggu kan, jangan cari kau lagi. Tidak apalah. Aku harap semua kata-kata yang terzahir ini sampai kedalam mimpi mu. 

Hei Zuan, aku dah move on. Aku dah terima hakikat tentang hubungan kita. Hari Ahad ini aku dah balik UMS. Aku dah masuk tahun akhir dan akan buat Final Year Project. Aku janji pada diri aku, aku nak berubah untuk diri aku sendiri, bukan untuk kau, bukan untuk orang lain.

Kalau bukan sebab kau tinggalkan aku, aku takkan bersemangat NAGA seperti ini. Kau umpama api yang melecurkan membren hati, tapi kau juga membakar enjin aku yang lama mati. Terima kasih Zuan atas tindakan kau. Aku bersyukur sangat, akhirnya aku mampu lihat hikmah disebalik semua ini.

Aku takkan membenci kau. Aku maafkan kau. Aku terimah dengan redha keputusan kau. Terima kasih banyak-banyak Redzuan. 


Rabu, 2 September 2015

gagah

Peristiwa semalam,

menjadikan siapa diri aku pada hari ini. 
Luka yang kau tabur garam 
beransur-ansur pulih. 
Setelah lelah ku berperang dengan perasaan, 
akhirnya aku cuba berdamai dengan takdir. 
Tiada guna ku memberontak marah, 
kerna akhirnya rugi ku perolehi
pasrah dan aku pada hakikat

Kau adalah kejatuhan ku
Kau juga kekuatan ku pada hari ini
terima kasih kerana pergi
sungguh jika tidak, aku sendiri tidak tahu
setabah mana mampu aku tangani

Putus cinta adalah simbol kegagalan. Kita tak boleh nak elak, sudah jadi norma kehidupan, ada turun naiknya. Isunya sekarang adalah hari selepas kejadian, sama ada kau nak hanyut dan lemas dalam kolam kecewa atau bangkit untuk terus berjalan.

Semoga perkara yang menjatuhkan semangat hidupmu akan menjadi penjana utama kekuatanmu dikemudian hari. Coretlah  kejayaan tanpa bayang-bayang penyesalan. Bertabahlah jiwa.

Jumaat, 21 Ogos 2015

Teruna Perawan

pprraakkkk,,, errkkkk,,, aduuuiiii,,, ggrrrrr
ni adalah bunyik hasil dari otak aku yang malas nak update blog.

Situasi tidak memberikan kebenaran. Namun lantaran rindu yang membuak-buak di dalam dada, so aku luang kan cikit lah masa tuk membersihkan habuk2 yang melekat di dinding blog gue ini..

aku nak ulas cikit pendapat someone yang aku tak kenal mengenai lelaki dan wanita
Dia cakap :

(L) Mempunyai ego tersendiri yang menyebabkan sukar menerima pertolongan orang lain dan pandangan orang lain terutama sekali pasangannya.
(P) Mudah menerima dan terpengaruh dgn pandangan orang lain lebih2 lagi dgn orang yang dicintainya.

Ulasan : biasanya melibatkan wang ringgit dan pekerjaan. So para wanita, biarkan diorang kaum adam ini dengan ego diorang selagi tak menyusahkan duit sendiri.

(L) Sekiranya mengalah, menunjukkan tanda tidak bermaruah atau berprinsip.
(P) Mengalah tanda sayang dan pengorbanan yang tidak berbelah bagi.

ulasan : yang pasti keduanya tidak akan berpuas hati dan akan menimbulkan dendam kesumat

(L) Menilai kejayaan dan diri berdasarkan hasil atau prestasi yang berlaku didepan mata.
(P) Seringkali menilai diri berdasarkan perasaan dan kualiti hubungan sesama manusia terutamanya orang yang disayangi.

ulasan :perempuan itu pelik, lelaki itu terlalu realistik. Sebab tu payah nak saling memahami

(L) Suka menyendiri dan menjauhkan diri apabila berada dlm keadaan tertekan.
(P) Suka bercerita kpada orang lain tentang masalah yang sedang dihadapi dgn harapan mendapat simpati.

ulasan : lelaki berkemungkinan besar akan menangis bersendirian di dalam bilik air sambil paip air mengalir. Air mata diorang umpama batu, payah nak keluar dari mata

(L) Mempunyai emosi spt getah iaitu sesuatu perasaan itu hanya sekejap shj.
(P) Mempunyai emosi seperti ombak iaitu suatu perasaan yang lambat reda.

ulasan : getah dan ombak sama sahaja, yang berbeza hanyalah sifat2nya. lol

(L) Biasanya suka memberi arahan bersifat ketua yang mempunyai kuasa.
(P) Suka berleter mengenai sesuatu perkara sehingga puas hati.

ulasan : wanita seperti DJ, bercakap 24 jam sehari dan akan berhenti sebentar apabila dia penat.

(L) Bersikap pemurah atau boros.
(P) Bersifat kedekut atau berjimat.

ulasan : lelaki pemurah?? ada plan jahat di balik duit kertas yang dia hulur.. jika ada pun sukar di temui

(L) Mempunyai fikiran yang bersifat makro iaitu melihat secara keseluruhan.
(P) Mempunyai penilaian bersifat mikro iaitu melihat sesuatu secara terperinci.

ulasan :microwave, macrowave,, adoiii mcm fizik je

(L) Tidak fokus kepada sesuatu perkara
(P) Fokus kepada sesuatu perkara.

(L) Mempunyai perasaan cinta yang setia dan lebih fleksibel.
(P) Cinta sepenuh hati dan setia pada yang satu.

(L) Suka menyendiri dan berdiam diri apabila imej tergugat
(P) Mudah marah, cemburu atau merajuk apabila imej tergugat.

(L) Bila berkomunikasi kurang teliti mendengar tapi cepat memberi pendapat.
(P) Mendengar dgn teliti sebelum membuat sesuatu keputusan.

(L) Lebih banyak menumpukan kepada aspek fizikal dan kebendaan.
(P) Lebih menumpukan aspek perasaan dan kemanusiaan

(L) Meminta bantuan kerana malas atau tidak berupaya.
(P) Meminta dan memberi bantuan sebagai tanda sayang dan hendak bermanja.

(L) Akan melawan dan menjauhkan diri dan membisu seribu bahasa apabila berlaku pertengkaran.
(P) Biasanya mengalah dan berpura-pura setuju dengan pasangannya.

(L) Tidak suka bercakap tentang pasangannya
(P) Suka bercerita tentang pasangannya dan menghormatinya

(L) Agak keberatan meminta maaf
(P) Lebih mudah meminta maaf

(L) Dapat menyesuaikan diri apabila menghadapi kesukaran
(P) Risau apabila menghadapi kesukaran

(L) Suka MEMBUAT keputusan
(P) Suka MENGIKUT keputusan

(L) Terasa selesa berjauhan dgn keluarga
(P) Suka bersama keluarga

oleh itu lelaki memerlukan prempuan dan sebaliknya
lumrah hidup...

tekad saya!

by Maisa Mohamad on Thursday, February 2, 2012 at 6:39am ·

tua sangat ke 19 tu??
banyak orang wish aku kat fesbuk.
tapi orang yang aku tungu2 untuk mengwishkan bestday ku
tidak berbuat sedemikian..
oh sedihnya saya..
kawan saya yang itu dan itu takde buat..
mungkin tarikh 1 haribulan 2 tu diorang sangka
sambutan hari wilayah je kan..
tidak mengapa lah Maisa..

zaman dah berubah
hati diorang dah berubah..
now turn aku tuk berubah..
tuk menjadi lebih dewasa.
lebih matang...
berdirikari..
lebih seksi
dan lebih kurus
haha sempat lagi...

mungkin perangai aku yang dulu2 tu
menyusahkan kawan-kawan aku..
menjelekkan mata diorang...
buat diorang rasa cuak menyampah nak muntah
kan,,,

bah..
hansulll hatiku... indada yang taukk..

maisa.. oh maisa...
beginilah, berdirikari lah kau..
yakin sama dirik sendirik..
pelisss rrr...
tolong lah!!!

semoga diriku di terima balik..
seperti dulu oleh kawan aku yang satu itu..

esok result keluar!!!

by Maisa Mohamad on Tuesday, March 20, 2012 at 10:16am ·


Now playing : Saat terakhir by ST12
perghh lagu kena sedih-sedih.. baru mood tu datang, menulis pun dari lubuk hati..


hari tu aku cakap sebulan, kmarin aku cakap lusa, hari ini aku cakap esok,,, waktu result aku nak dilahirkan..panik, keluh kesah, tak tentu arah, otak beku nak pikir pasal result aku.. seolah-olah, keyakinan aku yang dulu megah, makin goyah jatuh di lubuk rasa.. keyakinan hurmm.. mungkinkah ia petanda keputusan aku teruk??

Jantung : keyakinan?? mana kau pergi.. bukan hari tu, kau yakin sangat cakap 5A dalam tangan??
Keyakinan : hurm jantung, apa-apapun boleh jadikan.. entah lah kenapa aku tak dapat berikan keyakinan pada kau jantung.maafkan aku

jantung korek2 isi perutnya.. pergi ke dasar dimana keyakinan jatuh kebawah.. yelah takkan jatuh keatas kan.. hehe, ish sempat pulak dia berjenaka si jantung ni..

Jantung : keyakinan.. kau tau, tanpa kau aku tak kuat, kau paham tak?? macam mana aku nak berikan keyakinan pada org tua aku, kalau aku sendiri tak yakin yang aku boleh berjaya.. come on lah keyakinan.. kau ni pehal tetiba negitive ni??

Keyakinan : ok.. let me thinks back... 4 subjek teras kau memang kompom patut nervous, terutamanya Addmaths dan fizik, sebab hari tu, kalau aku ingat balik, confident kau masa menjawap memang kurang.. Bio and kimia aku rasa kau boleh kut, believe urself.. apa pun 2 subjek bahaya tu, mintak2 kau lulus lah, nyawa-nyawa ikan pun tak pelah..

Jantung : alaa.. tak mau kredit!! nak C, B dan A.. cukup-cukup makan?? hurm,, susah nak bersaing dengan orang2 yang banyak makan wow.. seriyes ni!!

Keyakinan : subjek teras, aku rasa kau tiada masalah ( membelakangkan keyakinan sedikit ) hurmm.. BM, Bi, Sej, Maths, Agama.. hurm.. jantung, biar pun masa kau menjawap ni, confident mu level up, tapi aku tak nak kasik kau harapan ok.. Sej dan Bi, Agama sorry to say, aku tak boleh nak jamin kau A.. B mungkin lah.. Ict dan tasawur.. haha tu lantak lah, sapa suruh kau tak amik seriyes.. lol

Jantung : ok.. kau dah bagi aku balik keyakinan itu lah,, tapi kan cantik kalau dapat banyak A.. mesti mak aku gembira, tak sia-sia dia habiskan duit bagi aku tuisen mahal-mahal.. lulus dengan cemerlang jugak anak dia, boleh lah dapat lanjutkan pelajaran.. kerja yang elok-elok.. aduh bangga mak saya wow

senang sikit jantung maisa.. hari ini dia taknak berbincang dengan otak, sebab otak tu logik sangat.. masa ni jantung percaya dan berharap pada miracle kah kalau orang putih cakap, keajaiban, kejutan.. dan nervous..

ok.. babai.. esok result keluar.. huhu tenang ok.. tenang

bingung

by Maisa Mohamad on Thursday, March 22, 2012 at 10:16pm ·

Hai Mai.. Im felt cute today.. hhihi..

Kat luar tu tengah hujan, lebat.. henphone ada kat sebelah aku, aku tunggu mesej dari dia.. tapi indada.. indak apa.

hujan begini macam nak jiwang kan tapi ada lagi penting dari layan perasaan entah apa entah tu.. result spm aku dah dapat, ok lah.. 11 kredit ku, banyak kredit bulih miscol2 di Universiti.. so nak menghampiri klimaks sudah kan. Persoalan baru dah muncul..

DIMANA AKU NAK SAMBUNG BELAJAR??

ha tu lah problem aku.. memang lah berlambak Universiti.. masalahnya, corse yang aku nak amik ni..

aku minat dengan kedoktoran sebenarnya.. aku lebih minat kepada benda yang serius, huhu..yang banyak darah gitu.. entah lah.. tapi takut jugak dengan tanggungjawap yang aku pikul nanti. besar tu!! paling simple, jadi doktor gigi.. alaa tp tak mencabar... huhu..

entah lah.. yang penting aku nak kerja kat hospital.. di mana aku boleh membantu masyarakat sekeliling aku. syok tu.. apa ya??


kalau aku masuk matrikulasi.. mungkin aku boleh tahu minat aku tertumpu ke bidang yang mana satu..mintak2 dapatlah masuk matrix bah..

kalau spa, kompom lah dapat kerja.. tapi... pilihan aku sikit.. hurm.. aku nak yang bedah2 bah.. yang ada darah.. hurm.. ada pun pembantu perubatan.. kalau dapat yg itu ok jugak.. sebab dia tulung duktur..
jadi nurse?? x mau aku.. ih.. x syok..
penat taip.. hurm...bai lah

aku starring ibu

* Arghh sakit betul hati aku dengan Manga satu orang ni,

Ingat nak call dia boleh jugak aku share story ke..Ye la, malam ni hotak aku serabut gila! nombor matematik kat kertas aku tengok pun dah macam tulisan arab. Tak ke naik blurr aku.

Ni tak, dia nyanyi nyanyi sahaja. entah lagu apa ntah. punya la starring tension.. MENANGIS aku dengar dia nyanyi!! seriously x penah aku nangis dengar orang menyanyi. atau memang bukan salah dia pun, aku je yang sensitif malam ni, period kan.. hormon laju-laju dalam badan. si manga tu mana tahu, dia tu jantan.

alkisah the story is about me..
Im starring banjar lah...
not hindustan..
sedikit tergugat langkah silat..
parang pun bagagar di tangan..
exam final makin dekat..

hurm macam mana aku nak jadi heroin mak kalau aku tewas. aku nak bantu mak, nak bantu keluarga.

Hei, starring tak pernah kalah sampai last episod. NEVER dalam filem
starring kalah dulu tapi tidak selamanya!!
staring macam aku pun ada taman dalam jiwa..
pandai nangis jugak

* aku kan hero perempuan, lemah zahir je, batin maintain kuat

perlahan, mengusung gerak langkah kaki
di bawah derai hujan resah..
mencuba menyembunyikan titisan air mata

Otak : wei napa takut ke??? 1 minggu je woi maisa... sempat ke? persoalannya BOLEH ke?


Jantung : Hantu kau hotak. selagi belum tiba masanya. is not the time for you to give up!!

Otak : mintak puji, sepeking!!! ya la. kau tengok bah perangain si maisa. tengok movie la, facebook la, sms la. macam ni kau kata dia boleh lulus

aku : hurm.. ye la :(

jantung : Weii Maisa, ingat mak Mai, berapa banyak habis duit diorang mai!!! berapa!!! dont be selfish la. Is not your money! suka hati aku je enjoy kan. susah mak bapa kau kau tak pikir!!

aku : jantung, so aku kena wat apa ni :( pliz help me.. hanya kau je tempat aku mengadu.. hanya kau yang paham apa yang aku mahu :'(

Jantung : mai, it not to late to change.. believe me, forgot everything, forgot FACEBOOK, forgot your HANDPHONE. Ingat Allah Mai, Dia Maha Berkuasa, Dia penentu segala-galanya. Minta dengan Dia Mai..Berdoa mai, SOLAT HAJAT mai. Believe the miracle... apapun segala apa yang Allah tentukan, kau kena percaya sesungguhnya itu adalah yang terbaik untuk kita. cobaan yang Allah turunkan, ada cara tuk kita perolah pahala mai.. kau nak masuk syurga kan3x..tak mau neraka kan3x.. kau takut mati kan3x. Dosa masih banyak kan3x.,

Taubat la Mai, tiada istilah terlambat selagi nyawa belum Malaikat maut tarik :)

Aku : thanks jantung.. thanks A lot.. no movie, no handphone. no facebook!!


Maisa Cakap :

aku dah dapat solutionnya ya.. ya! STARRING semangat uda ni mahu bertempur.. pungut saja batu di siring-siring jalan bikin paluru..Masih ada 3 biji lagi biji dragon ball belum di pungut, lepas ni boleh kita mintak sama naga duit banyak2x!!


fighting mai !!! good luck!!

motivasi diri jum

Jam 3.30 petang. aku baru bangun, masih terduduk di tilam empuk hak milik Kolej Matrikulasi Labuan. Asyik tidur je aku, al maklum lah, kelas start minggu depan. Aku tengok banyak pelajar kehulu ke hilir menyusung buku tebal-tebal. Wow gerun aku. Nak study?? oh sudah bah aku study, baru 2 muka surat aku baca buku rujukan biologi, dah menguap-nguap, menangis-menangis air mata mengantuk. Kepala hotak pun automatik berdenyut-denyut. agaknya beliau stress kut ye la banyak benda yang still new, yang memang dia tak paham pun. sabar la otak ye...

Aku menilai diri aku balik. Aku kesini sebab aku ok dalam SPM. Aku kesini sebab mak aku suruh. Aku kesini sebab mak aku nak aku berjaya, dapat kerjaya yang bagus, dapat gaji yang lumayan. Dapat membantu mak aku menyekolah kan adik aku. Dapat memberi kebahagian kat keluarga aku. Aku kesini bersebab. dan aku tiada sebab untuk tidak berjaya di sini wahai maisa. Kalau mak aku bermati pulas berhutang beribu-beribu ringgit dengan along, entah berapa bunga along tu minta aku pun tak tahu. Kalau mak aku menebalkan muka ke sana sini meminjam duit dengan sanak saudara dia semata-mata tuk aku berada di Kolej ini. Kenapa aku tidak boleh mengikuti keteguhan dan cekalnya usaha ibu aku.

Mak aku cakap, orang lain pun makan nasi, aku pun makan nasi. Apa pasal tak boleh berjaya?? hoho aku sempat menjawap. Mak, diorang makan sedap sikit mak. Di sini diorang makan mee kari, buger, ABC dan lelain. Hehehe tak terniat bah pulak aku nak menjawap macam tu. Makan bukan sedap di lidah je, yang penting kenyang, yang penting aku boleh terus kan hidup di sini.

Hahai otak dan jantung maisa. Di sini saya Maisa, berduduk depan latop ingin menyampaikan sebuah amanat sebagai empunya diri bagi seksyen otak dan jantung. kalau saya tidak berkonfident menampilkan diri sebagai ketua pelajar, sebagai, pengacara majlis, sebagai dan sebagai yang lain. Di sini saya berkeyakinan kerana mempunyai kuasa mutlak mentadbir diri sendiri. itu pun dengan sokongan keluarga, rakan-rakan, kucing-kucing dan bakal-bakal pesakit saya di masa hadapan :)

4 plat?? ada rasa goyang di tulang lutut kah? belum cuba belum tahu ye adik-adik. We start from zero, the game has not started,our level still same. Wah speaking nampak ye Maisa. Haha muet nanti tak tahu la apa kejadiannya. 4 plat takkan tiba-tiba tertera di atas kertas keputusan kalau kita tak berusaha. ye macam tu juga beras, beras takkan tiba-tiba jadi nasi kalau tak di tanak ye adik-adik.


Saya Maisa, seorang perempuan yang tak la terlampau pandai tak juga terlalu bodoh, seorang yang kuat tidur lagi kuat makan. Berjanji akan cemerlang dengan jayanya bagi kedua-dua semestar. Tiada alasan bagi saya untuk gagal di sini. tiada pilihan lain selain lulus di sini. Semoga rakan-rakan di sekeliling saya membimbing saya dalam pelajaran dan ilmu agama. semoga saya tidak tewas dalam abjad-abjad sains,dalam nombor-nombor matematik, dan bond=bond kimia. Semoga dan semoga yang akan berlaku baik-baik saja. Amin.

Wahai jantung, ingatkan lah otak. Bah otak, sabar-sabarkan yang jantung. Bantu-bantu la kalian, demi kejayaan si Maisa. Kitakan hidup dalam masyarakat tubuh, kita kan satu badan, satu saraf, satu jenis darah dan kita kan 1 malaysia. hohoho..

No Pain, No Gain

Suffering is necessary in order to achieve something

Hai Nama aku Maisa Mohamad. Aku Merupakan peserta " bidan terjun" untuk program English week adan aku akan present di khalayak ramai yang terdiri daripada orang-orang kenamaan seperti Timbalan Naib Conselor, Pengetua Kolej Kediaman Usia, Pensyarah, ahli Kelab Toastmaster UMS dan residen USIA.

What happen when Introvert give a talk in public ?


Ketika aku darjah satu, aku ikut pertandingan bercerita dengan tajuk " Sang kucing dengan Pak Belang". Manakala kali terakhir aku bersyarahan di atas pentas, di lihat oleh ratusan pasang mata adalah ketika aku darjah enam. Aku masih ingat lagi intipati syarahan aku ketika itu, iaitu mengenai perpaduan dan muafakat. 

So aku introvert dan aku berjaya berdiri di atas pentas dan berkata-kata.

Aku sering merasa aku kurang keyakinan, lack of confident, dan aku tahu rasa itu sepatutnya tidak ada dalam diri aku. Aku boleh kawal perasaan itu dengan " mind set " tapi ketakutan dan keresahan lebih mendominasi diri. Disebabkan aku kurang keyakinan, aku sering bersembunyi dibelakang tabir dan aku gembira. Tapi aku sedar, aku tidak selamat sekiranya statik di zon selesa.

Seperti mengemudi perahu, kita harus terus mendayung, kita perlu " keep moving" sehingga kita sampai ke daratan. Apa akan jadi bila kita melepaskan pendayung dan relaks ? Ya. Perahu itu akan semakin kebelakang di bawa arus, hanyut  jauh ketengah samudera.

Mungkin Program English Week ini adalah booster untuk aku berkebolehan untuk berkomunikasi dengan effisyen. Dengan komunikasi, aku mampu bersuara, menyampaikan kesederan " awereness" untuk sesuatu isu dan juga turut memberi motivasi kepada orang lain.






Cabaran Diet

Weigth : 89 KG


Aku masih obesiti. Biasa kalau orang gemuk ni, yang selalu ajek dia orang lain. Aku tak, famili aku sendiri kutuk aku depan belakang. Thank you. ( Deep inside I'm bleeding).

Mak cakap aku kenapa gemuk sangat, dulu masa mak perawan dia tak gemuk macam aku.
Adik-adik aku pulak ikut sama kutuk aku. Pedih.

Sedangkan aku perlu sokongan. Sudahlah dikeji, kutuk pulak makanan yang aku makan. Telur banyak kolestrollah, makan telur sekali 5 biji lah. Sebab tu aku nak bagi duit pada mak aku, beli telur sendiri. Bayangkan, orang yang sepatutnya sokong aku, paling kuat menjatuhkan semangat aku.

Ingat aku nak sangatkah lemak ni? nak sangatkah gemuk. Apa kamu ingat aku tidak berusaha? Apa kau ingat aku happy dengan badan aku ni?

Kalau dulu, reason aku berdiet sebab nak jumpa Redzuan ( sudah punah lebur berkecai). Sekarang ni, aku diet, aku nak kurus sebab aku nak teruskan hidup. Untuk kesihatan aku dan juga keyakinan diri aku. 

My strongest reason is for myself benefit. To gain back my confident.

Obesitiku, menendang keyakinan diriku. Pandangan orang, memijak perasaan ku. Aku malu bersuara, aku malu menampilkan diri, aku malu melontar idea. Betapa berat tekanan yang aku sembunyi dari relatif terdekat. Kalau mereka berlaku pergolakan perasaan yang aku alami.

Semoga deritaku menjadi motivasi ku kelak. Amin. Semoga tetap istiqomah.

Rabu, 31 Disember 2014

Alkisah malam tanpa elektrik

Kemarin, 9.36 pm 

Seperti biasa, rutin kampungku setiap malamnya adalah mati karan. What my mom said, macam biasalah. Gelap, lilin pun tiada. Terlalu bergantung harap dengan lampu moden yang baterinya boleh di cas, tapi sayang, perangai dia pun sama macam karan di Sandakan. Laptop Asus aku pula tiada bateri, menambahkan lagi kesunyian diriku yang dalam kegelapan. Terlupa nak mention, Broadband Maxis aku umpama kucing tidak bergigi, memang tidak berguna langsung, mei you line. Aku pun meraba-raba lantai mencari telefon, kemudian aku ON la telepon pemberian bapaku tu dan mula menaip-naip walaupun internetnya degaga.

Aku berada di Sandakan pada minggu yang kebiasaan pelajar gelar sebagai " study week", dengan hajat yang besar ingin menelaah powerpoint dan membuat nota yang cute-cute untuk final exam nanti. Untuk pengetahuan, aku memiliki pen yang pelbagai spesies dan diversity, antaranya ialah Stabilo, Faber Castell, g'soft, Faster dan banyak lagi dan Ekologist menggelar ia sebagai spesies richness. Kemudian aku varietykan lagi pen-pen aku dengan pelbagai saiz dan warna seperti highlight kuning, pen air, pen berwarna pink, hitam, biru, ungu namun dukacita saya rasakan bahawa, pen hijau tidak dapat bercuti bersama-sama saya pada hari ini kerana ia tertinggal di dalam laci meja asrama.

Bukan sahaja pen yang diversity ingin aku kisahkan, tetapi kegembiraan hati yang tak tertahan saat menerima assignment last minit. Happynya !!! Aku memanupulasi perasaan yang tengah skewed to the left. ( negetif).

"Tapikan Mai, jangan la ko tambirang situ, bagus ko buat tu karaja rumah bagus-bagus. Midterm pun teruk, mau lagi ko buat sinsai sinsai sana. Naa ada juga ni merepeat kali sem depan " kutuk si jantung.

Aish tidak guna punya jantung tidak sukung saya, tapi ada bunalnya ngomong si jantung itu.

Sebagai kesimpulan, berdasarkan pemerhatian, memandangkan tabiat karan di Sandakan ini yang agak tidak berdisplin, lebih baik aku bergantung harap pada cahaya matahari berbanding dengan lampu kalimantan. Terpaksa aku menyelesaikan dua assignment yang tertunggak dahulu baru aku membuat nota-nota yang comel. Sabarlah wahai cik Mai. Kalau laptopnya degaga bateri, buku besar bapanye ada jangan risau. Boleh belajar animal dan plant diversity. Lai-lai-lai

Pesan cikgu Hamimah masa sekolah rendah dulu, genggam bara api biar sampai jadi arang. Dimana ada kemahuaan disitu ada jalan. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Pilihan di tangan anda wahai cik Maisa. Terpulang


1. Species richness @ kekayaan spesies = bilangan spesies yang berbeza di dalam komuniti ekologi, landskap dan kawasan.
Lagi banyak spesies yang berlainan, lagi kaya la kawasan tersebut. Lebih kurang la. 

2. Degaga = Tiada


Post ini bertarikh 24 Dec 2014




Move On

Bumi petang dibasahi awan yang sedang menangis. Mencari balik waktu, bila kali terakhir aku tersenyum dan ketawa ikhlas dari hati. Bila waktunya aku berasa sangat bahagia dan happy ?

Movie itu penipu !! Siapa kata hidup di U seseronok begitu ? Dengan assigment yang berbukit seperti himpunan kain yang masih tidak dibasuh selama seminggu. Perang perasaan yang terkubur seperti periuk api, dendam tersembunyi, sakit hati yang tertahan-tahan dan juga dengki sesama sendiri. Mereka berlumba-lumba dengan taji di kaki, siap siga menjatuhkan sesama spesies, untuk mencapai apa yang dihajati.

Aku cuba menahan, memaksa untuk diam. Tetapi hati aku terus mendesak untuk bersuara dan jari-jemari aku memainkan peranan. Aku bukan pujangga yang bermain kata-kata untuk meluahkan rasa. Aku bukan penari yang boleh mengekpress perasaan dengan gerakan tubuh. Aku hanyalah seorang penulis biasa, yang begitu malas memegang pensel dan kertas. Mengapa aku perlu kejam pada diri sendiri membiarkan lidah mereka memanah menembusi dinding hati yang nipis dan banyak blood capilary ( saluran darah ).

Tarikan graviti maya menarik beberapa saat, minit, jam beberapa minggu yang lalu. Imej memori bermain di skrin laptop. Aku hanya melihat diri aku dan dia, bukan pada hati yang mungkin sedang berkumat kamit bermain kata-kata. Aku tahu hati aku, tapi bukan dia. Hujah-hujah yang mempertahankan prinsip dan seolah-olah meletakkan aku di kandang makamah. Aku lah pesalah dan tertuduh bersalah.

" Seperti pokok dihutan, kau spesies orkid aku pula si pokok Akasia. Kau beradaptsi untuk hidup, begitu juga dengan diri aku yang sehabis mungkin untuk bertahan. Mungkin kita tidak ditakdirkan menjadi Lichen ( alga dan fungus) yang saling membantu untuk mendapatkan faedah ( mutualism)."
Umpama tapak kasut yang menghempap satu koloni seni ( eukaryote ) , tiada tersisa sedikit nyawa, waris, dan kenangan baik. Kau hapuskan sekaligus menyah aku dari hidup mu. Takpe la, nak buat macam mana. Let me packing-packing first, put all our good memory that we share together into bagasi. Then I slowly go sampai kau tak sedar pun aku buka pintu melangkah pergi. Semakin lama kau mengenali aku, semakin banyak kelemahan yang kau akan jumpa. Ya aku memang tidak sempurna.

Bukitnya berumput hijau, si dendalion kecil menari-nari riang, gula-gula kapas terapung di langit biru dan aku berkaki ayam berdiri disini. Aku buang pandangan mata ke ujung sana, dipertemuan antara langit dan laut, kedua-duanya bewarna biru. Siapa aku sebenarnya ? Apa yang aku cari ? Adakah aku pencudang yang gagal mencari sahabat sejati.

Silap aku sering memalsukan wajah dimuka, atau sering diam untuk mencerita segala keluh kesah ?? Bukan. Kepercayaan !! Itu yang aku perlu sebelum aku membuka tirai-tirai rahsia. Ada mereka yang tak endah, cuping telinga seakan menutup pendengaran, ekor matanya berpaling pada yang lain, dan fokusnya pada telefon bimbit. Bagaimana untuk aku bercerita ?

Aku paranoid. Mungkin. Aku takut dikhianati, aku benci konflik dan aku tertekan.

Hari ini, biarlah aku sorong bagasi dan pergi. Terima kasih dengan memori singkat antara kita. Maisa Mohamad yang pendiam itu mau pergi jauh, dan dia memilih untuk happy, menikmati kehidupan dan berjaya macam orang lain.. menjadi siapa diri Maisa Mohamad yang sebenar, yang penuh misteri dan pelik.

TQ MEMBACA

Post ini bertarikh 26 Nov 2014

Hilangnya disini Mai..

Perut kosong, heater meletup rosak, telur ayam tak masak, kipas tidak bertenaga, pemanasan global, Microsoft 2007 dan rasa malas yang membuak-buak. Aku tidak bersemangat menelaah buku, minggu depan ada 3 peperiksaan yang bersiap siaga cuba menjahanamkan pointer aku. Arghhh tidak !!!

Siapa yang curi semangat aku ha ?? Siapa yang tekan suis off mood aku ha. CAKAP !! (nada marah)

Tiba-tiba angin bersiul lembut, menyapa lalu ia mengangkat daun-daun kering yang layu. Ada bisikan halus yang datang dari hujung bukit.
“Jadi kau nak kata hari ini hari SIAL ? Malang sedunia ??
“ kau yang cuai Mai… kau lalai… KAU !! ” Suara seperti makhluk Goblin dalam” Lord of the Ring terketar-ketar dia berkata”
Terasa mata lembing terpacak dalam jantung ku. Sentap, sakit dan realistik.

Kedengaran geburan air terpecik melepung di telinga, tubuh ku terhempas di permukaan laut dan perlahan-lahan tenggelam ke dasar berpasir. Ku lihat buih-buih mengelingi ku diiringi nyanyian maut. Rays, echinodermata dan molusca berdiri berlari terkejut saat ombak pasir terhambur menjadi ribut.

Kemana semangat ku hilang, adakah tersembunyi di dalam peti besi dalam kapal Titanic yang karam di Lautan Antartik ? Adakah tersisip-sisip dibawah tikar mangkuang ? atau dicelah-celah lubuk sawah padi, tempat sang belut berkubang dan bersuka ria? Bagaimana aku harus menemuinya?

Hilangnya disini Mai sambil jari menunjuk terus ke hati..

Pejamkan mata, ingat balik bait-bait kata yang bergetar keluar dari telefon pintar. Suara Mak kedengaran. Seperti mesin suara yang berulang-ulang kali berpesan untuk aku terus bertahan, agar aku tidak leka, supaya aku kelak BERJAYA. Habis liur,perit anak tekak namun dia tidak pernah lelah dan berputus asa. Aku pegang kepercayaan itu. Ingat Mai, misi kita apa.

Terlalu jauh kau hanyut dalam dunia malas, ayuh kita mendayung ke daratan nyata. Jangan kau lupa benua kita, berpijak teguh di tanah realiti, dan aku perlu bangkit !

Gali-gali gua emas, terus gali hingga ke mental bumi, hingga batu batu terluluhawa menjadi lava. Kenapa keluar geologi ni ?

Ada tiga pendekar berikat tali di kepala iaitu hang animal, hang mikrob dan hang orang putih. Tiga-tiga ini telah diupah oleh sultan untuk menguji tahap mana kuat otak aku. Lai, aku dah ready berentap di dalam bilik kuliah.

Ingat, kuatnya disini mai, sekali lagi jari tunjuk dihati. Perbaiki hubungan kau dengan Allah.

Post ini bertarikh 23 Nov 2014

Bila introvet berkata-kata

Mungkin ini adalah permulaan,
untuk aku seorang gadis introvert
bermain kata-kata dihadapan audience
berusaha menyampaikan apa yang hatiku ingin katakan

Aku yang tadinya
terdesak seperti banduan
bercita-cita tinggi untuk memboloskan diri,
lari dari penjara dunia..

Aku yang tadinya,
seperti helaian plastik jernih yang terapung di lautan,
berputus asa untuk berenang,
membiarkan takdir membawa ke ketepian..

Hampir aku berputus asa, dek kerana tidak percaya diri. Namun hati kecil aku sentiasa berbisik untuk aku berubah, menyahut cabaran dan ejekan manusia. Aku tahu apa yang hati aku ingin katakan, ada mesej untuk aku sampaikan. Benar kata mereka, komunikasi itu memainkan peranan.

Dunia Introvert, dunia yang lebih gah dari dunia anime. Kita sentiasa berada disudut, tertunduk dan bisu, malu mengangkat tangan dan bertanyakan soalan. Seluruh jasad kita gentar dan tercabar melihat ekstrovert bermain perkataan di atas pentas. Walhal hati kita begitu eksited, lancang dan berani berkata-kata, lebih hebat dari lidah pedebat.




#Alhamdullilah manang juga biarpun membaca kertas. LOL antam saja la




Bolos

Aku seorang pelarian
masalah mengejar aku
Aku seorang pelarian
aku lari dari hakikat, bersembunyi dari manusia
Hidup di planet asing
indah sang bunga namun berbuah racun
begitu la  hakikat bernafas disini
aku masih tercari-cari bagaimana untuk survive
masih memilih senjata  untuk aku bawa memburu
tabah kah hati aku ?


Satu tahap, aku terpikir sejenak. Hidup di Univerisiti tidak la seindah mana seperti yang aku bayangkan dulu. Hidup disini penuh berlumba-lumba mengejar pointer, persaingan sengit sehingga insan-insan terjatuh dan cedera terabai. Aku menangis, bila mana assignment menggunung Kinabalu banyaknya. Seolah dayaku tiada bersisa lagi. Terburai ikatan butiran air mata.



"..Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Al-Baqarah:286)


Allah berfirman yang bermaksud :

“Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.” (al-Insyirah : 6)

Evolusi

Selamat pagi dunia . Aku menulis pada pagi ini adalah untuk mempostitifkan diri aku sendiri, lebih baik aku meluahkan di sudut blog yang jauh dari sisi mata orang-orang sekeliling.

Evolusi, organisma hidup yang mempunyai " extra characteristic " untuk adaptasi di alam sekitar yang baru dan mampu hidup serta berkebolehan untuk menghasilkan baka untuk generasi yang akan datang. Konsep " Fitness will Survive ".

Tiada kayu, akar pun jadi lah

Aku nak berevolusi, bukan dari genetik DNA tetapi perlakuan aku, cara pemikiran aku menghadapi dan menyelesaikan masalah serta penampilan aku. Aku perlu berubah untuk kelangsungan hidup aku di dunia yang bernama Universiti. Aku rasa fizikal aku memang patut diubah dari segi kedudukan bibir aku yang hujungnya sedikit naik agar aku sentiasa senyum dan yang pasti saiz badan la, meh meh arr. Air muka aku berkocak sekencang perasaan aku sehinggi menimbulkan salah faham dan ketidakselesan orang yang berada di lingkungan yang sama seperti ku terutama roomate aku.

Lucu, itu je mampu aku katakan. Hati dan wajah ku mungkin terlalu rapat sehingga  orang boleh meneka perasaan aku, Adakah itu kelebihan atau perkara yang menyusahkan aku ?

ctrl + A + delete = format memori

Evolusi. Aku akan belajar mengawal ketenangan pada air muka sehingga orang lain tidak mampu meneka apa yang tersirat dihati aku. Aku rasa aku perlu bagitau diorang, memang aku macam ni, yang air mukanya kerap berubah seiring rasa hati. Beza aku dengan orang lain, aku tertunjuk tanpa aku sengaja. Bukan aku benci, marah atau merajuk, BUKAN. Pada aku, itu adalah fasa untuk aku menstabilkan perasaan aku, kembalikan hormon ke tahap yang normal. Tapi sudah sia bilang, itu muka pandai bergerak sendiri bah. Kawan-kawan aku yang " lama" diorang tahu la sikap aku. Kadang-kadang diorang biarkan aku bersendirian untuk  cooldown dan stabilkan semula segala rasa di jiwa.

Aku ni lembab sikit kalau bab perasaan sendiri jadi respon aku memang lambatlah. Nak ku katakan tak mengapa, tapi wajah ku membocorkan rahsia yang hati ku hampa. Sedangkan untuk haiwan berevolusi itu mengambil masa beribu-ribu tahun, ini kan pula aku si Maisa untuk berubah secara mendadak. Sebagai contoh,21 tahun sudah aku berniat nak kurus, tidak juga pandai kurus. Niat saja la. Aku harap insan-insan yang aku percaya dapat terima aku seadanya yang sentiasa menyusahkan dengan meminta pertolongan.Aku harap kamupun dapat sesuaikan diri dengan aku yang moodnya sentiasa berubah seperti iguana ? tau iguana tu apa ? Orang kita sebut sesumpah. Ala yang pandai berubah warna mengikut persekitaranya tu.

 Tidak apa tinggalkan aku bersendirian " SEMENTARA" tapi jangan tinggalkan aku selamanya. Aisyeh macam bercinta pula tau. Kalau ada apa-apa kasi tau saja sama sia.

Tarik nafas.. hembus...

Hari ini sia mau pergi lokawi tinguk mungit, gajah, baruang sama binatang yang lain la.


last word : 对不起 (Dui bu qi) .

Ahad, 18 Mei 2014

Dari A to Z

Sekilas terjaga dari mimpi, hari ahad hari bermalas-malasan, aku mencapai handphone aku. Aku call mak aku di kampung. Entah macam mana, topik apa yang aku buka, emak mula berkhutbah panjang. Aku hanya mengangguk-aguk mengiyakan sahaja nasihat mak. Banyak yang mak cakap tapi aku buat macam aku tak kesah. Aku kesah sebenarnya, cuma  otak dan hati aku lambat digest nasihat tersebut.

Masa tengah tengok wayang hantu di pawagam 1 Borneo, otak aku mulai memproses setiap butir kata-kata mak. So ketakutan aku teralih kepada kata-kata mak tadi pagi dan juga pada 'POP CORN".

" mak hantar kau sekolah tinggi-tingi bukan suruh kau enjoy sana sini kasi habis duit, mama hantar kau sekolah supaya kau boleh tolong adik-adik kau sambung belajar, ganti mama cari duit. Mama penat kerja. Kalau mama tiada, kau yang ganti tempat mama tolong adik-adik mu. "

Ya Allah, kuat kah aku tanpa mak. Betapa aku leka di sini. Hidup bebas tanpa pengetahuan mak. Rindu leteran mak. Kalau mak tak membebel tadi pagi, mungkin aku sudah jauh terhanyut dibuai keseronokan remaja. Kalau mak tak marah aku, mungkin aku masih ambil enteng tentang pelajaran aku.

Cinta, mungkin juga punca aku lalai dalam pelajaran. Aku perlu lepaskan dia. Andai dia percaya pada takdir, InsyaAllah kami akan disatukan. Ya Allah kuatkan aku dalam melawan rindu. Bebaskan la aku dari cinta sementara ini. Tabahkan hati ku.

Lepas hari ini, aku lepaskan sementara mereka.. tinggalkan si Dia, tinggalkan sahabatku di Wechat dan facebook.. tinggalkan keseronakan sementara sehingga berakhirnya peperiksaan aku. Ya Allah. Tabahkan hati ku. Kalau perlu, korban semua itu, aku akan korbankan.

MAK, maafkan aku kerana terlalu lama leka, terlalu sibuk dengan cinta monyet dan perkara sia-sia. Walhal, aku terlupa aku berada dimedan peperangan, semoga Allah memanjangkan umur mu Mak, dan Bapa, untuk menikmati kejayaan aku, merasa hidup selesa. InshaAllah. :')

Ahad, 30 Mac 2014

Omong jantung

Hai blog. apa khabar ? Sihat. Sorry la sebab aku jarang jenguk kau.  Aku datang tengok kau bila aku tengah ada masalah. Nampak sangat aku ni pentingkan diri sendiri. Kadang-kadang, aku lebih rela berbual-bual dengan kau ( blog), jantung dan otak, dari bercerita dengan dengan manusia yang punya telinga tapi tidak pula ia mau mendengarnya.

* aku terlupa, Allah lagi Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. astaghfirullah al azim.

Punya lidah tapi tidak bersuara
Tekanan menyesak di setiap sudut otak
Hati memberontak marah
yang tewas hanya pada mata

Idea ku tidak mampu berlari
idea ku disekat di bilik besi
idea liar ku di terikat sakit
cadangan ditolak mentah
tanpa ada sebarang perundingan dibuat
tanpa mendengar aku mengutarakan hujah
hati ku memberontak


bila aku menuntuk hak
bila aku membuat penegasan
aku dibalas ledakan bom suara
aku bersalah tanpa ada membela


Mungkin nada bahasa ku tidak dihormat ?
mungkin rangkai kata ku mereka cuak ?
atau musim hormon berjongkat jongkit didalam badan
turun naik mengusutkan emosi, aku sensitive
sakit wanita
salahkan saja pada si ovum
biarkan ia tanpa diwakili sebarang peguam..
Aku mempositive kan diri





Ahad, 29 Disember 2013

CINTA ??

Kenapa jantung aku sengaja menyulitkan pikiran ??

Ada hikmahnya selepas sahaja aku putus cinta. Bercouple tu DOSA. Nasib lah bercinta untuk satu bulan sahaja. Jika dikenangkan semula, agak memalukanlah juga perbuatan aku, bersayang-sayang dengan lelaki yang bukan muhrim untuk kita. Tengok, last-last putus. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita, aku sangka aku la manusia paling malang, selalu sahaja dikecewakan, walhal Allah menjauhkan aku dari zina.

Tergerak di hati aku, untuk menjadi muslimah sejati, yang meletakkan cinta paling agung untuk Allah sahaja. Roman picisan yang kejap-kejap singgah kadang-kadang mengganggu dan merimaskan aku. Aku lemas. Kenapa jantung aku sengaja menyulitkan fikirn. Kenapa perlu aku mendesak ? kenapa perlu aku menggesa-gesa menagih nak meminta pasti ? Walhal aku seharusnya YAKIN dengan takdir Allah.

Kalau ada jodoh, in Sha Allah kita disatukan. Cinta halal yang aku mahu. Tidak perlu kau luah dengan kata-kata cinta yang murahan. Cukuplah dengan lafaz nikah.

Aisyehmen. Macam matang dah otak aku kan. Alhamdullilah. Harap-harap aku terus dan terus didampingi oleh insan-insan yang sentiasa mengingati hari mati. Yang sentiasa membimbing aku yang kadang-kadang mudah hanyut oleh kekuatan arus duniawi. In Sha Allah.

Khamis, 6 Jun 2013

Ku pendam sebuah hasrat

Impian aku ? Aku ingin memiliki sebuah kamera digital DLSR. Aku teringin sangat nak belajar cara  ambil gambar. Kalau boleh, semua perkara yang menarik yang berlaku di hadapan aku, aku nak potret menjadi sekeping gambar untuk di kenang-kenang.
Perasaan untuk memiliki kamera itu sangat membuak-buak. Aku cakap dekat mak aku, tentang hasrat aku. Otak aku terlupa, yang keluarga aku bukan orang senang. Cara aku cakap dekat mak tadi seolah-olah satu desakan. Astaghfirullah.

Biasalah kan nafsu kadang-kadang pandai melonjak-lonjak. Aku hampir tak sedar. Kamera tu biar la aku usahakan sendiri. Tak perlu nak bayar CCM ( bayaran bulanan) , tak payah nak hutang sana sini, tak payah susah kan Mak. Kesian Mak.
Tak pe Mai, nanti bila dah berjaya, masa tu mesti kau dah cukup duit kan. :) nanti kita beli la ye. Sabar hati, tenang jantung, positive otak k.
Hasrat di pendam tiba-tiba bangkit,
meloncat-meloncat,
Menakutkan mereka-mereka yang tidak berduit..
Dan aku cepat-cepat kubur hasrat tu balik,
tanam dia lebih dalam,
biar ia jadi Ubi berisi.