Rabu, 31 Disember 2014

Move On

Bumi petang dibasahi awan yang sedang menangis. Mencari balik waktu, bila kali terakhir aku tersenyum dan ketawa ikhlas dari hati. Bila waktunya aku berasa sangat bahagia dan happy ?

Movie itu penipu !! Siapa kata hidup di U seseronok begitu ? Dengan assigment yang berbukit seperti himpunan kain yang masih tidak dibasuh selama seminggu. Perang perasaan yang terkubur seperti periuk api, dendam tersembunyi, sakit hati yang tertahan-tahan dan juga dengki sesama sendiri. Mereka berlumba-lumba dengan taji di kaki, siap siga menjatuhkan sesama spesies, untuk mencapai apa yang dihajati.

Aku cuba menahan, memaksa untuk diam. Tetapi hati aku terus mendesak untuk bersuara dan jari-jemari aku memainkan peranan. Aku bukan pujangga yang bermain kata-kata untuk meluahkan rasa. Aku bukan penari yang boleh mengekpress perasaan dengan gerakan tubuh. Aku hanyalah seorang penulis biasa, yang begitu malas memegang pensel dan kertas. Mengapa aku perlu kejam pada diri sendiri membiarkan lidah mereka memanah menembusi dinding hati yang nipis dan banyak blood capilary ( saluran darah ).

Tarikan graviti maya menarik beberapa saat, minit, jam beberapa minggu yang lalu. Imej memori bermain di skrin laptop. Aku hanya melihat diri aku dan dia, bukan pada hati yang mungkin sedang berkumat kamit bermain kata-kata. Aku tahu hati aku, tapi bukan dia. Hujah-hujah yang mempertahankan prinsip dan seolah-olah meletakkan aku di kandang makamah. Aku lah pesalah dan tertuduh bersalah.

" Seperti pokok dihutan, kau spesies orkid aku pula si pokok Akasia. Kau beradaptsi untuk hidup, begitu juga dengan diri aku yang sehabis mungkin untuk bertahan. Mungkin kita tidak ditakdirkan menjadi Lichen ( alga dan fungus) yang saling membantu untuk mendapatkan faedah ( mutualism)."
Umpama tapak kasut yang menghempap satu koloni seni ( eukaryote ) , tiada tersisa sedikit nyawa, waris, dan kenangan baik. Kau hapuskan sekaligus menyah aku dari hidup mu. Takpe la, nak buat macam mana. Let me packing-packing first, put all our good memory that we share together into bagasi. Then I slowly go sampai kau tak sedar pun aku buka pintu melangkah pergi. Semakin lama kau mengenali aku, semakin banyak kelemahan yang kau akan jumpa. Ya aku memang tidak sempurna.

Bukitnya berumput hijau, si dendalion kecil menari-nari riang, gula-gula kapas terapung di langit biru dan aku berkaki ayam berdiri disini. Aku buang pandangan mata ke ujung sana, dipertemuan antara langit dan laut, kedua-duanya bewarna biru. Siapa aku sebenarnya ? Apa yang aku cari ? Adakah aku pencudang yang gagal mencari sahabat sejati.

Silap aku sering memalsukan wajah dimuka, atau sering diam untuk mencerita segala keluh kesah ?? Bukan. Kepercayaan !! Itu yang aku perlu sebelum aku membuka tirai-tirai rahsia. Ada mereka yang tak endah, cuping telinga seakan menutup pendengaran, ekor matanya berpaling pada yang lain, dan fokusnya pada telefon bimbit. Bagaimana untuk aku bercerita ?

Aku paranoid. Mungkin. Aku takut dikhianati, aku benci konflik dan aku tertekan.

Hari ini, biarlah aku sorong bagasi dan pergi. Terima kasih dengan memori singkat antara kita. Maisa Mohamad yang pendiam itu mau pergi jauh, dan dia memilih untuk happy, menikmati kehidupan dan berjaya macam orang lain.. menjadi siapa diri Maisa Mohamad yang sebenar, yang penuh misteri dan pelik.

TQ MEMBACA

Post ini bertarikh 26 Nov 2014

0 ulasan: