Khamis, 30 Disember 2010

saya risau..!!

Aku punya cita-cita..
yang dulu sering goyah
dilambung perasaan
di serkah pendapat manusia

aku nak jadi itu
aku mau jadi ini
di hujani nilai ringgit malaysia
mendiami istana impian
duduk di kerusi empuk
berlenang di bawah penghawa dingin
itu lah aku
seorang pelajar yang berangan
berbagai pelan aku rangkakan
strategi perjalan hidup kelak
bermotivasikan pengalaman
orang di sekitar ku
kerna aku takut gagal
aku tak mahu hidup dalam kedaifan
aku nak berjaya
aku nak kaya!!

eh??
mengapa aku resah?
lalu aku bertanya
pada diriku sendiri
wahai hati kecil..
bergembirakah engkau,
apa benar ini pilihan engkau
wahai hati kecil??
lalu dia berbisik padaku,,
Tidak!!
ini bukan apa yang aku mahu..

Kesimpulannya:
manusia sering keliru untuk memilih atau menentukan cita-cita. dalam membuat keputusan, banyak perkara yang perlu di pertimbangkan. namun yang penting,, tanya hati kecil anda. hati kecil akan memberikan jawapan yang jujur. mungkin apa yang kita cita-citakan tidak disenangi orang lain . Yang penting, apa yang di citakan memberi kepuasan pada diri anda.

Selasa, 28 Disember 2010

BANGKITLAH!!!

HolidaHyy,, 
I need to study..
SPM dah mari.. 
aku kena buktikan aku BOLEH!!

Aku tak pandai
tapi aku bukan bodoh
tapi aku ada tekad
aku nak berjaya
dan aku akan berusaha..
kerna aku perlu..

Sekarang aku bukan melawak..
aura ku membahang
ekor 9 ku dah marah..
aku tak boleh leka
lepas ni aku kena bertindak
wahai mangsa ku di hadapan
akurlah kalian
aku adalah pesaing mu yg terhebat

hello
mata dengki yg menyindir
aku bakal menyerang
pada atur perang terakhir
membalas dengan bom nuklear
menghapus gelak tawa
yg dari tadinya
menghina manusia senasibku


Rabu, 22 Disember 2010

monolog keluh kesah............

bayu hati terus memberontak..
mengangkat gelombang amarah
lalu ombak ego meninggi ke langit
membara gelodak keruhnya
pepohon layu sekadar mengeluh..
gentar berdebat dengan alam
seolah-olah itu hujung penamat
dalam realiti seorang manusia..

aku menongak mencari hangat sang suria..
namun yang kelihatan
lindungan awan yang gusar
kala dia berlalu
ia merenung pada diriku
mungkinkah dia turut merasa
betapa mendung hidupku
atau hanya sebuah ejekan 
yang mendesak air mata
tewas jatuh  terhempas 
aku terkaku binggung di atas sebuah alasan 
yang aku bersalah
walhal telah aku jenuh mengindakkan
 sebuah hakikat
yang kontras dari kenyataan sebenar.. 
tindakan apakah lagi yang perlu ku juangkan
episod mana harus ku berhenti
dalam filem arahan hidupku sendiri...