Sabtu, 30 April 2011

merenung penyesalan


angin bersiul menyapa rerumpun
menegur si pipit yang sibuk merenung awan 
aku sendiri, berdiri di atas selipar jepun
menyoroti permikiran 43 tahun akan datang
sambil tersenyum mesteri
melihat mereka bermain layang-layang sejarah silam
berhati-hati memegang benang kehidupa


ego ku mekar melakar langit
marah ku umpama ribut taufan
ligat berpusing memanah perasaan
aku derhaka
adakah aku masih sempat
tuk membina titian selamat
melintasi sang neraka
bagaimana tuk memandu takdirku
agar tak terbabas dari garis dosa
untuk dia terus tersenyum 
dan menangis bangga menanam benih
manusia seperti aku

**saya sayang ibubapa saya






aksi lucah remaja 18SX

Aku pun tak tahu nak cakap mana lagi semasa aku tengok gambar ni. Aku pun remaja jugak. tapi ke mana harga diri dan perasaan malu remaja moden sekarang ni ha? Akhlak bersepah entah kat mana. Aku malas nak komen bebanyak. Korang saksikan je gambar kat bawah ni.

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*










Khamis, 28 April 2011

tanda-tanda awek rejek cinta korang


Korang suke giler dekat awek sorang tu. Berkenan sangat nak dijadikan bakal isteri kepada bakal anak-anak korang? So mestilah korang amik first step untuk ajak diorang datingkan tapi kalau diorang kasi jawapan sebijik macam dekat bawah ni, Sahlah yang beliau tak berminat dengan korang,.. terpulanglah kepada anda (jejaka) nak teruskan aktiviti memikat or menyerah kalah.



 tanda-tanda awek rejek cinta korang

  • saya baru nak belajar masak air
  • kucing saya nak beranak, so saya tak ada masa nak keluar dengan awak
  • bapak saya kerja, jadik dia tak boleh nak ikut sama.
  • saya mekap aje dah 6 jam
  • mak saya pesan, tak boleh cakap dengan orang yang tak dikenali
  • maaf, saya kena jaga kambing
  • hai, nama i Salim, but u can call me Sally.
  • Saya tengah period, saya rasa nak bunuh orang saja
  • duit awak banyak mana ekh??
  • u pakai kereta apa?

Rabu, 27 April 2011

kahak pelangi

Nota : Beberapa hari ini aku sakit demam, selesma dan batuk. Memang keadaan aku teruk sangatlah, nak buat kerja pun tak ada tenaga. Allah dah tarik nikmatnya kat aku, mudah-mudahan aku lepas ni, dengan keadaan diri yang sihat sejahtera akan melakukan perkara yang berfaedah. Amin
Sekarang aku nak kongsikan sedikit info kesihatan mengenai Kahak. Tapi aku tak sanggup nak paparkan imej kahak sebab aku tak nak korang termuntah.Baik tak saya??




Apa itu kahak???
Kata Mai : jeli-jeli yang keluar kat mulut masa kita batuk, ada kaler merah, hijau, putih dan kuning.

Lendir (Phlegm) adalah cecair yang pekat, melekat dikeluarkan oleh selaput  mukus (mucus membrane) yang terdapat di sepanjang saluran pernafasan. Maka lendir boleh dikeluarkan di sepanjang saluran pernafasan daripada paru-paru hingga ke rongga hidung. Apabila lendir ini berkumpul, ianya akan ditolak ke atas oleh “cilia” (rerambut kecil) daripada paru-paru naik ke tekak.


Lendir yang sedikit selalunya tidak mendatang masalah kerana ianya adalah sebahagian daripada sistem pertahanan badan. Lendir di paru paru dan trachea memerangkap habuk dan bendasing dan membawanya ke tekak dengan cara rerambut cilia menolak lendir itu ke bahagian atas. Sekaligus menghalang habuk daripada masuk ke dalam sistem pernafasan. Namun begitu, lendir yang banyak menunjukkan ianya disebabkan oleh penyakit, dan bukannya perkara yang normal lagi. Ini berlaku terutama apabila lendir terlalu banyak dan mempunyai warna kuning atau hijau atau kuning kehijau-hijauan.



Untuk pengetahuan aktiviti berdehem  bukan cara selamat untuk memaksa keluar kahak yang melekat kat tekak kita. Berdehem dan batuk yang kuat hanya akan menggangu orang sekeliling. Namun menahan diri dari batuk pula boleh menyebabkan paru-paru kita sakit dan s
esak nafas, berbahaya bagi penghidap asma.

Kahak terbahagi kepada dua iaitu kahak yang berunsur ALAHAN dan kahak disebabkan JANGKITAN KUMAN daripada sinus ( resdung )

TIPs
  • Elakan Berdehem dan batuk dengan kuat. Ini akan menyebabkan belakang tekak bengkak dan luka. Pendarahan dan luka yang terhasil akan memburukkan keadaan sekiranya berlaku jangkitan.
  • Pengunaan topeng penutup mulut adalah kaedah paling mudah, selamat dan murah dalam menangani kahak. tips ini sesuai untuk penunggang motorsikal dan mereka yang tinggal di persekitaran berhabuk.
  • Bilik yang bertutup dan mempunyai penghawa dingin menyebabkan wujudnya lendir kahak berpanjangan pada tekak.

petua moden dan tradisi
  1. Lendir di tekak biasanya dirawat dengan pengambilan antihistamine, decongestant dan dalam kes yang teruk, mungkin steroids ( dapatkan di klinik dan hospital terdekat)
  2. Untuk batuk-batuk gatal terutama di kerongkong, ambil jus limau nipis. Kemudian campurkan dengan sedikit kicap dan madu lebah lalu diminum.
  3. Perah sebiji limau nipis dan campurkan dengan sedikit madu. Minum campuran ini setiap pagi sebelum sarapan. Amalkan sehingga batuk hilang
  4. minum air suam seberapa kerap yang boleh
  5. makan sup tomato disediakan dengan halia, bawang putih dan lada putih (pepper).
* betapa hebat Kuasa dan kebijaksannan Allah mencipta lebah untuk manusia*









Ahad, 24 April 2011

Cara menyelamatkan Diri

Malang sememangnya tidak berbau.  Kalau kita tahu, takkan kita pergi kesitu kan, so aku pun terpikir macam mana nak hadapi malang yang tetiba muncul apabila berdepan dengan penjahat.

Bayangkan tetiba anda ( awek lah ) jejalan kat bandle nak beli kasut sekenhen, tetiba orang ragut beg tangan. Dan cuba bayangkan masa kita nak pergi tandas nak buang air besar, tetiba ada orang datang acukan pisau and cakap dia nak rogol kita. Dah laah tak encum, ada hati nak rogol orang pulak. Perempuan mana tak menyampahkan. Ok take easy, macam-macam benda kita boleh kita guna tuk melawan penjahat-penjahat ni. antaranya dengan menggunakan :

kasut tumit tinggi


Ni memang sedap bila terpacak kat badan diorang. Bila penjahat tu nak dekat, cepat-cepat bukak high hills anda. Kalau diorang lari pulak, baling je dan mudah-mudahan kena tepat pada sasaran.

Beg
Masa diorang nak dekat tu, bersedia masuk kan kepala diorang dalm beg tak pun jerut leher diorang pakai tali beg. kalau boleh, jangan lah mengada-ada letak semua benda kita kat dalam beg tu. Bila kena ragut, habis semua lesap. 

Payung 
Bukan sahaja sesuai untuk waktu hujan, tetapi boleh dijadikan senjata untuk memukul terutamanya hujung tangkai payung tu, yang tajam tu sesuai untuk menabak (mencucuk)

Minyak wangi or dedoran yang jenis spray


Spray je kat muka, mesti diorang pitam. Masa tu boleh lah korang buat apa yang patut. Ada dua pilihan sama ada lari atau kerja kan dia cukup-cukup

spray pemedih mata 


Ada dua jenis, satu dia macam botol minyak wangi dan satu lagi cincin. Diharapkan diorang boleh modify cincin tu, letak belian kat atas tu.. huhuuhu

*********************************************************************************
Itu barangan biasa yang ada pada wanita. Tapi aku banyak benda boleh aku guna contohnya 
khas tuk ketuk jari kelingking dia
sumbat mulut dia dengan stokin

kasi jinak dia di bawah ketiak












Rara kena ragut !!!


           Senyap, angin malam begitu tenang berpuput mengikut dendangan si punguk. Sesekali rimbunan pohon di tepi jalan bersiul riang melihat kunjuran badan manusia yang berlalu lalang di kawasan itu. Lampu tiang bertegak sepanjang jalan mengarah cahaya malapnya kebawah menghidupkan lagi suasana malam. Pintu bank dikuak dan Rara melangkah keluar dengan penuh yakin sambil tangannya kemas menyandang beg yang berisi komputer peribadi dan sejumlah wang sebanyak RM 500. Dalam kepala hotaknya sekarang ni bermain babak-babak yang dia rangcang untuk hari esok. Maka berjalanlah gadis itu seorang diri menuju ke rumahnya dengan perasaan gembira semacam.


            Sebelum tiba ke rumah, Rara terpaksa melalui beberapa bangunan. Kawasan itu mungkin kelihatan menakutkan bagi gadis-gadis lain yang melaluinya tetapi tidak bagi Rara, dia sudah biasa berjalan bersendirian melalui kawasan itu tanpa ada perkara buruk yang menimpa. Tiba-tiba gear kakinya menukar aras kelajuan. Rentak dentum tapak kasutnya jelas kedengaran. 2 orang lelaki yang berdiri beberapa langkah di
hadapannya sangat mencurigakan namun Rara tetap memberanikan diri mengorak langkah ke hadapan. Rara sempat menjeling sinis kearah mereka. Arhhhh semua kelihatan samar, dan dia malas untuk memikirkannya.


Dalam beberapa saat tiba-tiba bahu Rara di tolak kasar mengarahkan tubuhnya kehadapan, beg di bahunya terlepas lantas di sambar oleh si peragut tersebut dan terus berlari kehadapan. Rara tergaman seketika dengan babak yang berlaku sebentar tadi, mulutnya terlopong tanpa mampu menjerit meminta tolong. Tanpa diarah kakinya terus berlari mengejar perompak tu sambil mutiara matanya jatuh berjujuran. Dengan kudrat wanitanya, Rara terus bermain kejar mengejar dan sekali lagi tiba-tiba dia dikejutkan apabila seseorang menarik tangannya memaksa Rara memusingkan badan kebelakang.


Rara : Oi kau kenapa, kau ni siapa
lelaki A : kau pesal kejar dia..?
Rara: oo.. jadi kau nampak aku kejar tu  orang, kenapa kau begitu bodoh kau biar orang tu lari macam tu je



Rara menjadi panas apabila lelaki tu cuba berbual-bual dengannya sedangkan dia berada dalam situasi genting. Dia sedar ternyata lelaki tadi tu mungkin bersubahat dengan perompak tadi. Tanpa berpikir panjang Rara meneruskan misinya dengan mengejar perompak itu. Berlari, berlari dan berlari lelaki B menukar arah lariannya ke hutan membuat Rara berhenti serta merta. Pikirannya mula berfungsi seperti normal semula meski hatinya mendesak dia untuk mengejar.


Dalam keadaan yang samar, Rara mengintai dengan senyap lelaki itu di sebalik semak samun. Nafasnya yang tadi naik turun kini mampu di kawal. Rara kini membesarkan mata dan telinganya seperti seekor cheetah yang sedang mengedap mangsa. Namun Rara umpama cheetah yang tak bergigi dan kuku, dia tidak berkuasa untuk memburu. Mahu menghubungi polis, telefon bimbitnya ada di dalam beg tadi. Nak menyerang, tak pasal-pasal kehormatannya pula yang kena rompak.



Dalam pemerhatiannya kini terdapat dua orang lelaki bersama sama begnya. Anehnya, bukan beg dia sahaja yang terlompok di situ tetapi ada 4 buah beg lagi. Secara tak sengaja cahaya dari lampu suluh kawannya menyuluh ke arah salah satu konconya. Rara sempat mengecam warna baju lelaki itu meskipun rupanya masih tidak berapa jelas kelihatan. Lelaki itu memakai baju merah dan mempunyai garis melintang berwarna
hitam. Terlalu risiko untuk dia terus berada disitu.


Dalam gelap gelita, Rara berundur setapak demi setapak dan  berlari terus ke atas bukit dimana rumahnya terletak. Setiba dia di rumah, semua ahli keluarganya menjadi binggung dan tertanya-tanya mengapa Rara berkeadaan begitu. Dia kelihatan teruk sekali, air mata dan keringatnya membasahi wajahnya. Tangannya luka dan bercalar akibat semak samun dimana tempat dia memerhatikan 3 orang perompak tadi tu.

" beg dirompak " hanya itu yang mampu terkeluar dari mulutnya lantas di iringi tangisan bingit.

" biar beg di rompak dik, abang tak kisah semua tu asalkan adik abang selamat. " Abangnya mengusap kepala Rara sedaya upaya cuba menenang dirinya yang trauma.



Mereka semua senyap, sesenyap malam yang bersedih. Mereka tak mahu mengulas atau memarahi Rara, nasi dah jadi bubur, dan itu akan menjadi pengajaran bagi mereka semua. Gedebukkk... tetiba bunyi bising seperti barang jatuh di luar rumah. Abangnya berdiri lantas mencapai parang di dapur sebelum keluar rumah. Rara turut mengikut abangnya ke jiran sebelah.

" tadi ada 3 orang pergi belakang rumah jadi aku pun sound dia, lepas tu tetiba pulak diorang berlari" kata si Om, jiran rumah Rara yang berbangsa Butun.

" satu orang tu pakai baju warna merah kah?? " Tanya Rara
" iya.. kenapa Ra?

" beg ku kena rompak oleh mereka bah " Rara menekan suaranya kegeraman



Jiran-jiran yang ada di situ semua balik kerumah dan keluar dengan parang seolah mahu berperang.
Mereka berpecah ke beberapa kumpulan untuk mengepung perompak itu. Memandangkan perompak itu bermain di kawasan perkampungan rara, mereka tidak tahu dimana jalan keluar.


Mereka berteriak menggertak perompak tu keluar, namun tiada respon dari perompak tersebut, penduduk kampung masih menjejaki mereka sehingga membawa mereka ke kawasan gaung.
" Nampak gayanya, ini perompak tiada pilihan lain selain terjun ke dalam gaung.
Sinikan jalan  mati." kata si Om sambil menyuluh ke arah kesan gelongsoran mereka.
" kalau tak terjun diorang pun mati dikerjakan oleh kita" Abang Rara memutuskan kata dan mereka semua kemudian bergerak pulang kerumah. Niat untuk mendapatkan semula beg itu tidak kesampaian.




















Notis :

Ini adalah kisah benar. So bagi gadis, wanita dan perempuan dimana mereka dianggap lemah, berwaspadalah dengan keadaan sekeliling. Sedaikan pisau, payung, spry pemedih mata or apa-apa yang boleh dijadikan senjata untuk melawan penjahat. Beringat sebelum terkena!!






Jumaat, 22 April 2011

bila "teamwork" tiada


bila teamwork tiada
semua benda tak kena
yang dirancang tak menjadi
keputusan yang di dapat semua pelik

bila teamwork tiada
pendapat semua bertelagah
mata tajam menikam
mulut muncung seperti paip
mood tersejat naik ke udara

bila teamwork tiada
aku pun jadi menyampah
idea ku semua di tolak mentah
perhatian ku pulak di persampahkan
bila teamwork tiada
pepatah pun menjadi murah
konon ringan sama dijinjing, berat sama di pikul
argghh semua dusta manusia !

bila teamwork tiada
roboh tulang perpaduan
berlari jauh sang kejayaan
kegagalan pula melambai-lambai




**** benci buat kerja berramai-ramai lagi****

Khamis, 21 April 2011

pestime story



Ada apa dengan istilah perstime??

pestime masuk tadika
risau mama akan meninggalkan kita kat situ forever, bermacam-macam yang dipikirkan, mungkinkah kita di perdagangkan menjadi pengemis di  negara jiran atau pun di bunuh untuk di jadikan inti keripap. Pasal tu masa kecik-kecik, kita nangis bila nak masuk tadika.

pestime jadi pengantin
Yelah, gemuruh tu, pestime katakan. huhu bukan gemuruh pasal kawin tapi malam lepas kawin. Hahahaha

pestime hamil
Perasaan happy  hanya 7 bulan sahaja. 2 bulan berikutnya akan berasa gementar sikit. Pestime nak beranak bah, perempuan mana tak panik.

pestime nak sunat
Kalau yang Islam tu terutamanya lelaki, perasaan panik tu start bila cuti seolah. HUHU habis lah adik aku. Tapi kalau dia kena sunat untuk kedua kalinya, comform dia stedy je.

pestime jumpa duit 20000 ribu
Rezeki jatuh dari mana entah. Nak gumbira dan berpoya-poya pun susah jugak, yelah duit orang tu. Tak halal
( agak-agak masa ni aku pun dah hilang kawalan, kalau dah setan menggoda, lenyap lah duit tu)

pestime nak naik flying fox
takot! tu je yang dapat aku gambarkan masa ni. Aku takot nyawa ku turut melayang masa nak buat benda tu. bergantung daripada keyakinan seseorang.

pestime lemas
hrmmm SERIK. lepas tu trauma dengan air. Nak mandi pun rasa takot pulak, kot-kot lemas dalam baldi. lol

pestime main loteri then menang hadiah lumayan
Lepas tu gian sampai hadiah lumayan tu lupus dek nak main lagi loteri tu. "yang di kejar tak dapat, yang di gendong berciciran.

pestime berkapel
Bodoh je. Makan tak kenyang (membazir), tidur dan berak tak basah ( pengotor), tidur tak lena ( hisap ganja)

pestime dapat notebook percuma
hairan?? kaya benar kerajaan ni ya

pestime buat benda jahat
jahat?? ala yang tak senonoh tu lah. Mula-mula menggelabah cikit, kemudian bila dah syok dengan benda tu start lah ketagih.





pestime dan pestime..
adalah permulaan cerita dalam kehidupan kita. Yang pasti perasaan itu berbeza sama sekali dengan aktiviti seharian kita, Pada masa first time tu lah, hormon yang di hasilkan dalam tubuh kita agak aktif dan kucar kacir.

Rabu, 20 April 2011

KAWAN PALING TAK BAIK


berapakah harga sebuah persahabatan
seteguh manakah sauh persahabatan itu berpaut
arhh, tak terhitung dek kalkulater
Assalamualaikumsalam dan salam Peace

NOTIS :

Berwaspada dengan "KAWAN" yang terpacak di tepi-tepi anda. KAWAN yang BAIK giler, BFF kononnya sebenarnya adalah pembunuh hendap yang berbahaya. Impak dia adalah lebih parah dari pada bertikam lidah dan badan dengan musuh yang wujud di hadapan mata. KAWAN umpama gunting dalam selimut, cadar dan bawah bantal. Kita hanya sedar setelah badan kita dah terlentang dekat atasnya. Akibat  peristiwa tersebut maka muncul lah peribahasa "tikam dari belakang" Nak tahu KAWAN anda tergolong dalam kawan yang macam mana?? nak.. bagus, maknanya anda mengambil sikap berjaga-jaga, Taniah2x
 JUARA PELAKON KAWAN PALING TAK BAIK

Ambil kesempatan

Kawan macam ni semua benda dia nak ambil antaranya jawatan, populariti, boipren, coklat, aiskrim, minyak wangi, stokin, baju in, duit belanja dan banyak lagi. Diorang ni macam pelesit, perumah tidak mendapat keuntungan dalam perhubungan. Perumah adalah bodoh belaka!

Dengki

Kawan macam ni, dia cakap je kawan, belakang bukan main dia kutuk kita, pengecut betol diorang ni. HIPOKRIT wtf shitt. Kawan mcam ni yang antara yang terganas, bila-bila masa dia boleh pecahkan rahsia kat mana-mana wartawan, berita, akbar harian Metro, kat emak saudara belah emak, makcik kantin dan pak guard. Di syorkan, janganlah kita membukak pekung di dada menceritakan rahsia kat orang lain.
"Senyap itu selamat."


Dendam

Kawan macam ini berhubung kait dengan jenis kawan nombor 2, golongan ini amat dikehendaki polis sebab diorang banyak menyusahkan manusia macam aku. pelis berWASPADA .. macam-macam perkara diluar jangkaan kita boleh dilakukan mereka. Diorang boleh fitnah kau ada hubungan dengan ????, jual badan dan dadah dekat Jalan Dua. Or diorang memang ada bakat jadik keluarga ayam yang menjual harga diri perempuan. Tak pun, masa korang pergi tandas nak berak kejap, diorang masukkan pil khayal dalam minuman korang. Then kau pun bengap pergi minum air tu dan kepala korang terus rasa pening-pening, lalu dia bawak korang pergi sebuah bilik kosong kat hujung bangunan tu dan mengeluarkan pisau dan tikam perut korang 18 kali sehingga usus besar mahupun kecik korang terjurai ke lantai. Lepas tu mata korang dia cungkil dengan pensel kaya sampai tercabut, pastu dia pijak bola mata korang sampai pecah. Kejam kan...!!! huhuhu seram

Saja-saja

kawan ni ok lah juga, dia berkawan pasal dia bosan. Manusia ni ok lah, sebab dia tak kisah dengan hal kita. Lantak kita nak buat apa. golongan manusia ini jenis tiada erti dan makna dalam hidup manusia

** Senarai pendek ini aku simpulkan melalui undian dari kepala hotak hati aku. Sediakan lah apa-apa sahaja sebelum benda apa-apa yang di  khuatiri berlaku itu dapat di tangani dengan jayanya. Sekian.**




Rabu, 13 April 2011

terkenang dan terindu

tak ada sepatah perkataan
yang mampu mengambarkan keseluruhan perasaan ku
simpati orang umpama embun
hadir di situ lalu terus berlalu
dan aku hanya sendiri
mengimbau sketsa duka dulu
yang menghairankan hari ini
bagaimana aku boleh terus hidup??

aku sangat-sangat rindu kan kau.................

miss u DADAI

tak ada kucing lain yang boleh menggantikan tempatmu
you are very special to me...
dan kau memahami aku
lebih dari orang lain

oh my Dadai.. kini tinggal kenangan




Selasa, 12 April 2011

oh nasib ku...

Mengubah hala
berpatah balik ke pangkal
sebelum jatuh ke hujung sudut
berpaling payah
tak terdaki semula
angka waktu yang gugur.

dalam gelita siang hari 
dia menerkup muka
memaksa mata terpejam
mengerah minda undur ke masa silam
kenapa dia terlentang disini
hanyut di sungai kehidupan
berbicara dengan sampah berbangkai
jasadnya berliang kudis bernanah
laksana tapak projek terbengkalai
berdiri dan dimamah serangga penyakit
menunggu masa roboh ke bumi

andai dapat dia memutar waktu
dia bakal menjadi seorang guru
andai dia tidak terlanjur
namanya kini sudah termansyur

tiada pengakhiran bahgia di bawah dadah
tiada babak gembira menjadi seorang penagih...

* tetiba je ni*

Sabtu, 9 April 2011

no komen

Salam..

Takde entry dah otak aku ni
balik-balik puisi dan kata-kata
entah orang faham ke tidak
aku rasa rendah hati pulak
aku takde pun sampaikan info-info berguna
aku tak pulak pernah berkongsi ilmu
info terkini semua lambat sampai
aku ni kesian je aku rasa
tapi aku tak pulak teruk sangat
aku tak copy hasil kerja tangan orang
aku nak
nak jadi diri ku yang sebenar
yang semua orang boleh terima aku seadanya
bukan apa yang mereka mahu aku jadi (translet dari omputeh)



makmal cinta


cinta sang manusia 
sering di manupulasikan
dengan bermacam ragam dan helah
menghasilkan rekod yang berbeza

setiap kata-kata yang di curah
perlu di terliti 
mengikut takat ukur yang disekatkan
agar nanah cinta tak meleleh
meletupkan bikar hati
cinta berahi melangkau batas termometer
air didihan menggoncangkan perasaan
menukar warna litmus fikiran
menjadi kuning kehijau-hijuan
asid mencurah-curah
dan manusia tertonggeng 90 darjah

janji si telur busuk
umpama telur tiruan juga
tetap dan tak berubah
luar nampak lazat dan indah
bila pecah di kuali
bila gigi terkunyah sendiri
pasti terlopong mata
mulut terkebil-kebil
hidung teresak-esak
berwaspadalah
manusia bercengkerangkan kulit telur
yang penuh hipokrit berbisul
bila pembohongan semakin lumpuh
nyawa mu kian di hujung tanduk

*** hmm anda faham maksud saya??? cinta tu rabun.. sehingga satu tahap mampu membutakan hati , mematikan akal dan membunuh jasad.. ***


the true about me



Semua orang mungkin masih tak sedar setiap manusia yang di lahirkan itu mempunyai sesuatu yang sangat buruk dan tersangat istemewa dalam diri kita masing-masing. Contohnya perompaklah, walau dia pemalas nak berusaha tapi dia bijak mengatur strategik. Siap buat perposal dan pelan depan pasukan dia. Tapi tu lah, dia salah kerana menyalahkan keistemawaaan dia. Menurut pakar motivasi si XXX, kalau kita nak berubah, kita kena tahu benda yang buruk dan keistemewaan masing-masing. So aku nak berubah, aku nak tukar cara aku berfikir, aku nak targer mindset yang positive!!

AKU


Suka kekayaan
tapi tak pandai kira duit
gabra kalau pegang duit
seorang yang kidal
tapi guna mouse guna tangan kanan
suka dengar music
tapi tak pandai menyanyi
berimiginasi tinggi

ada bakat jadi pengarah filem
penulis novel
puisi madah berhela
suka buat muka 20sen minta simpati 
suka minum teh hijau tanpa gula 
kononnya boleh buang LEMAK!
Add caption

pemalas
sangat suka berkongsi cerita
tidak suka berdiam
tapi sering bersendirian
bila bercakap tangan suka sentuh orang
marah hanya sekejap
tapi memerlukan masa 1 hari
untuk tidak melihat muka orang tersebut

kadang-kadang bersangka buruk
terlalu mempercayai orang
lurus bendul
selalu kena tipu oleh kawan
lepas tu kena gelak pula
perahsia
dan penyimpan rahsia
benci orang yang menipu 
tak pandai main bola sepak
ambil kesempatan yang baik
kaki pemberontak
suka berkawan dengan pelbagai latar belakang
dalam hati ada taman
benci kekerasan dan paksaan
berkeyakinan
tapi cepat panik

sedikit pengotor
banyak idea best
tapi gagal menyelesaikan masalah secara logik
benci banyak nombor
aku tak suka benda manis
tapi aiskrim aku telan juga
mulut selalu tercakap lepas
tapi janji mampu dipegang
amanah kalau di amanahkan
suka memberontak
tak suka kena marah
suka toleransi dan lemah lembut
cepat mesra
suka buat lawak bodoh
dengan niat menghappykan orang
tegur dulu baru aku tegur balik
pasal aku pemalu sikit
bila dah kenal aku jadi peramah

tak pandai menyusun barang-barang
sangat suka mengajar

memahami
benci kena fitnah
pemurah kononnya
kadang-kadang panas baran
aku peramah




Rabu, 6 April 2011

berkali ku rasakan

Bila aku ingin menjadi baik,
orang lain mengambil kesempatan,
bila aku ingin menjadi jahat,
hati pula tak mahu menyakiti orang lain.



kemudian
ku jahit bibirku
dengan ikatan mati seteguh mungkin
agar tiap bicaraku tak mengeruhkan situasi
yang berdindingkan kebencian
berlantaikan penipuan




Adakah mulut aku berbau bangkai
terlalu busuk merumitkan suasana
yang memang riuh dengan agenda jahat
berjual beli sebuah rahsia
 mengupah pembunuh upahan
tuk menamatkan sebuah kepercayaan 


 kawan???
 belum puaskah engkau menyakitiku



Selasa, 5 April 2011

perektis!!! ujian karanga BM

Soalan: Buat cerita berdasarkan peribahasa sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.

Hari mendung tidak secerah hati ku yang girang memegang lembaran kertas yang tertera keputusan SPM. Betapa pengorbanan aku selama ini yang berjuang mati-matian menuntut ilmu serta keringat lelah kedua ibuku yang memastikan aku selesa menuntut ilmu terbalas juga. Syukur kepada Ilahi kerana telah memakbulkan segala doaku selama ini.


Dalam keadaan gembira, mata ku masih ligat liar mencari kedua orang sahabatku Amy dan Rita di luar pagar sekolah. Telah beberapa kali aku mencuba menghubungi mereka namun panggilan ku terbiar begitu sahaja. Aku sempat mengeluh sebelum pergi dengan membawa perasaan yang agak berat. "Kemana agaknya sahabatku itu, masih marah ke mereka dengan aku?" sepi suara hatiku berbicara

krriinngggggg....
Lonceng sekolah sekali lagi menjerit perih menandakan waktu rehat sudah tamat. Guru penolong hal ewal sudah bersedia bekerja dengan rotan keramatnya mencari mangsa untuk di rotan. Aku mencebikkan muka melihat gelagat cikgu tersebut. Aku memandang ke sebelah, meja tersebut masih kosong tak berpenghuni. "Kemana pula perginya Amy dan Rita?' Aku bertanyakan kepada rakan-rakan kelas ku yang lain, Namun semuanya hanya menggelengkan kepala dengan jawapan yang serupa. "Hurmm ponteng lagi" itu sahaja yang bermain di dalam pikiran kepalaku. Sekarang kelendar sudah masuk bulan lapan, SPM pula semakin hampir namun yang peliknya perangai mereka pula yang semakin menjadi-jadi.


Aku menghala pandanganku keluar tingkap sambil mengenangkan sikap teman-teman ku itu. Aku sayangkan mereka, aku tak mahu mereka gagal dalam SPM, aku nak mereka berdiri di sebelahku dengan perasaan bangga dan gembira saat menerima keputusan SPM. Mereka bukan lagi manusia yang aku kenal dulu, sikap mereka telah tercemar dengan dunia porno, sosial, rokok dan air arak. Sudah beberapa kali aku menguatkan semangat untuk memberi nasihat namun ada sahaja alasan yang mereka berikan, aku sering di perbodoh-bodohkan, di jadikan bahan gurauan walhal aku serius mengambil berat mengenai mereka. Sehingga sampai satu tahap aku merasakan putus asa. Apa lagi yang harus aku lakukan? Adakah aku di gelar kawan yang mementingkan diri yang membiarkan kawan sendiri hanyut dengan keseronakan duniawi yang bergelora ini. Soalan ini masih terapung dalam kotak  pikiran fikiran sehingga Cikgu Roslan masuk ke kelas untuk menjalankan tugas mengajarnya.

Pada suatu hari semasa pulang ke sekolah, aku terserempak dengan Amy dan Rita di Kompleks membeli belah, dan telah aku agak mereka ponteng sekali lagi. Yang menyebalkan lagi perasaan menyampahku kepada mereka adalah saat mereka menghulurkan sebatang rokok ke arah ku sambil menjerit seolah sengaja mencabar keimananku.  Aku terlalu malu atas perbuatan mereka memperlakukan aku di khlayak ramai. Aku terlalu marah kala itu dan tanpa sengaja aku menengking  mereka berdua. " kamu berdua ingat, satu hari nanti cikgu dan semua orang lain akan mengetahui kegiatan kamu ni! " Tanpa ada sedikitpun niat untuk mengugut mereka.


Keesokannya, dan hari seterusnya meja mereka berdua tetap kosong sehingga berterusan selama 1 minggu. Aku mendengar desas desus dari rakan-rakan ku lain, mereka antara yang tertangkap oleh polis semasa serbuan di pusat karoke petang semalam. Ibu bapa dan Cikgu Disiplin telah pun di panggil ke balai polis untuk menyelesaikan masalah mereka. Aku serba salah dan kesihan atas apa yang berlaku namun aku yakin mereka pasti akan membenciku dan menuduh ku melaporkan semua perbuatan mereka ke polis walhal aku tidak sanggup melakukan itu semua.

Situasi Amy dan rita boleh di umpamakan "sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga". Sepandai-pandai pun mereka mencuba membohongi ibu bapa dan guru-guru kat sekolah, akhirnya kegiatan buruk mereka ketahuaan juga. Akibatnya, mereka telah di gantung sekolah selama sebulan. Dan sejak hari itu juga, seolah-olah  membenci diriku. Akan ku mencuba menjelaskan perkara sebenar namun biar api kebencian mereka surut sedikit dahulu.



So kengkawan.. pelis komen ok!!!!