Rabu, 31 Disember 2014

Kupas Mangga Mentah

Ada perkara yang kita tidak mampu ubah, selain menerima ia seadanya. Siapa lagi yang menerima aku seadanya jikalau bukan diri aku sendiri. Ketakutan, kekalutan dan gusar yang selalu mengajuk-ajuk aku. Perasaan bersalah yang seperti hantu, menakutkan aku walau wujudnya itu palsu. Rasa sensitif dan paranoid tanpa asas munasabah membuatkan aku membina pagar elektrik, agar mereka-mereka yang mengancam rasa ku tidak melangkah masuk ke laman peribadiku.Tambahan lagi dengan wajah yang settingnya " default" untuk mempamerkan bermacam-macam reaksi spontan seperti bibir muncung kebawa dengan mata kuyu.

Aku adalah aku yang sebenar. Aku berubah kerana persekitaran ku memaksa, aku evolve untuk memastikan kelangsungan hidup aku disini, di habitat ilmu. Aku mungkin dilabel pelik, tidak produktif, tidak efisyen dan tidak relevan. Idea dan pendapat aku juga sering menjadi bahan untuk ketawa. Ada beza antara perbuatan berjenaka dengan mengutarakan buah pikiran. It is ok. Aku faham yang mereka tidak faham.

Silap aku yang terlalu super sensitif, terlalu risau dengan mimpi ngeri andaian yang dicipta sendiri. Masih wujudkah harapan untuk mereka cuba memahami spesies macam aku ini ? Atau aku perlu preserve diri dengan menjadikan diri aku se-eklusif permata yang asal wujudnya dari habuk kecil ? Aku meyakinkan diri aku, golongan seperti aku " INFP " adalah ekslusif, 2 % daripada populasi manusia dimuka bumi ini. Betapa aku ini " RARE ".

Aku menulis bukan untuk aku tembirang, kononnya aku rare macam kereta vintage. Aku menulis dengan harapan orang-orang yang aku sayang hubungan itu cuba memahami aku. Mungkin sukar, tapi aku berusaha membuka ruang untuk mereka cuba masuk kedalam dunia aku, mendengar prinsip, kepercayaan serta idealogi aku yang aku simpan jauh-jauh dari buah mulut.

# Tapi tinguk urang juga la sama siapa saya mau carita. Kalau sa tinguk urang tu macam ndak bagus ganyanya, ndak boleh dipercaya mana sa mau kasi ceritakan.

# Aku memilih dengan siapa aku berteman, dan kau juga mempunyai hak untuk memilih. Normal apabila kawan yang hadir keluar masuk dalam hati dan memori. Natural selection kunun.

Seperti mengupas mangga mentah,
walau tidak masak, tapi sedap dicecah lada.
Macam itu juga diri kita, mungkin kita sangka kita ini banyak kekurangan, tidak pandai matang tapi bila kita terima diri kita seadaanya, gilap kelebihan kita.. InsyaAllah kita juga mampu memberikan persaingan pada mereka.

Post ini bertarikh 14 Nov 2014

0 ulasan: