Selasa, 13 September 2011

peria itu manis


Mungkin orang lain tak paham, dan memaksa aku faham situasi mereka. Aku rasa tak adil. Aku bukan terbaik, aku bukan sebahagian penting, dan aku sedar itu. Aku bukan budak-budak yang terlalu bodoh tuk menilai apa itu pilih kasih!



Mentang-mentang aku tak pandai, mentang-mentang aku tak baik, mentang-mentang aku sekolah kat sekolah bebudak nakal... mentang-mentang lah sangat! Bagus sangat lah banding kan aku..

Apa baik sangat kah anak korang yang satu tu?? Sekolah agama.. result gempak pulak tu.. oh baik lah..

AKU jeles??

Hurm jeles apa ke sampahnya.. aku ada hati, aku bukan setan! Perasaan aku hari-hari terluka. Ada tak orang perasan benda ni?

Aku silap sikit, semua nak attack aku. Aku marah sikit semua nak maki aku..
Oh bila anak korang yang Alim sangat tu kuang hajar, duk diam je lah..

Weiii, aku tak buta, aku tak pekak!
Adil kah bagi aku ???


Sedih lah!
Muka macam aku ni, yang hari-hari korang lebel macam setan, yang kompom masuk neraka Korang cakap, hari-hari menangis..
Pedih!
Kalau aku luah, mula lah korang sumpah seranah aku..
Habis kalau aku pendam??
Mau tak mati aku tahan sakit hati ni
Dah macam kanser tahap akhir..



Dear hati,
Mybe ini satu cabaran buat kau Mai, tolong, tolong jangan rebah saat ini.. kau tunjukkan kat diorang, manusia terbuang macam kau ni masih boleh berjaya, masih ada kesempatan mencium syurga.  Hati,, kau bantu aku.. tolong aku sembunyikan kedukaan dari kawan-kawan ku. Aku malu nak menangis depan diorang. Tolong aku rawat luka-luka yang masih bersisa ini.. tolong aku tuk bertahan!


Ahad, 4 September 2011

memori tak jadi

aku diam
aku cuba memahami
aku berkawan
dan semua tanpak biasa
pada luar jasad

aku bukan istemewa
aku tak penting
pada hakikat
yang aku sangat peka
pada sebuah perhubungan
yang aku sangkakan ikhlas
aku mungkin bodoh
atau terlalu bendul
dalam menilai sebuah persahabatan
pada kira ku sangat bermakna
lebih dari rasa cinta
jauh dari unsur maksiat

aku sering terpesong
menyalahi angap
cinta mungkin boleh berteman..
tapi rasanya teman itu bukanlah cinta
dan itu yg harus ku berwaspada..
tidak mahu terjebak semula
makan hati bersedih sendiri..
huhu.. 
teringat pulak aku dengan bestpwen aku,,
merangkap firstlove tak jadik,,
haha... bukan main playboy..
skandel keliling pinggang konon
tapi cewek pun xda

minda terbabas!

Tragedi 9 september
Sonata berdarah..
Lembayu hati tidak berteduh
Dan aku termenguh..

Saat diri terkurung sunyi
Kau datang  memberi  belon kasih
Cantik..
Kau cantumkan kembali
Kaca-kaca hati ku yang pernah retak dahulu
Kau jahit
Dengan janji  setia mu

Rama-rama terhenti..
Suria memerhati
Angka 1 ke setiap detik
Bunga sakura  berganti kelopak
waktun bertemankan jarak..
dan laut memisahkan kita

Tinta ku  terlalu ampuh
Suara mu semakin sayup..
Nota-nota cinta sudah luntur..
Khabarmu hilang di rantau orang..
Bersama putus dari suratmu
lebur
Terbakar nota cinta
Yang pernah kau karang dahulu..
Hanya tinggal abu kelabu..
Tiada berwarna lagi
Pelangi hidupku..

Awan ku..
Menangislah kau
Bawa pergi barah cintanya
Yang masih terpacak di sudut perasaan wanitaku..

Sudah..
Bergembira lah seketika..
Atas tasik air mataku..
Sebelum tsunami  derita
Menelan mu..
Wowowo!
Aku tidak rela
Sungguh pun ku redha..
Lu ingat ha!
Kalau kau sanggup tinggalkan aku
Kerana orang lain,,
Tak mustahil..
Kekasih kau akan tinggalkan kau
Demi orang lain..
Terus terang !
Tolonglah..
Tu je cara yang boleh menjelaskan
Kekalutan  yang menyemak di pikiran ni..
Tak suka cakap tak suka
Kalau suka beri tahu awal-awal
Kalau marah marah saya balik
Kalau sedih bagitau lah..
Kalau nak curang,,
Cakap awal-awal
Biar hati aku lebih bersedia
Menghadapi kecewa..
Aisheh..
Ikut suka aku saja kan cakap macam ni..
Ingat cinta tu sesimple macam ni kew?
Nonono! Babe..
Cinta tu misteri..
Aku pun tak tahu!