Sabtu, 31 Mei 2014

Kenapa Aku Nak Kurus

Mid-night 12.04 am

Pada 1 Jun 2014, aku mengikuti program " CABARAN KURUS DENGAN DIET ATKINS MALAYSIA " selama 30 hari. Semangat ku semacam berkobar-kobar.

Aku start diet atkins pada 1 Ogos 2013  dengan berat badan 94 kg. Aku tak cukup disiplin, aku stress dan aku makan, nak datang period nafsuku melonjak-lonjak. Dan pada 31.5.2014 berat badan aku kini 79 kg. 



Kenapa kau nak kurus Mai, lain macam pula semangat kau ini kali ?


Kenapa aku nak kurus ?  Aku penat la bawak terhuyung hayang lemak ni. Berat ! Huhu Kalau kau nak tau, aku dari kecil tak pernah rasa kurus. Aku dari kecil, telinga aku dah lali dengan ejekan gemuk sehingga lah sekarang.Aku jadi low confident. Tak yakin dengan diri sendiri. Rasa semua perkara aku tak boleh buat. Aku rasa semua orang pandang rendah pada aku.


Banyak yang aku nak buat bila aku kurus. Aku nak mendaki gunung, panjat pokok, berenang, parasailing dan lain-lain. Keadaan fizikal aku, buat aku rasa takut. Takut yang membantut keinginan ku.




Cinta. Mungkin ini juga sebab aku nak kurus. Aku bersyukur sangat, Selama ni, aku kena reject sahaja. Mungkin sebab aku ni hodoh. Tak ada orang sukakan aku. Tapi kalau difikirkan balik, semua ni ada hikmahnya. Setidak-tidaknya, aku tahu, mereka itu hanya lihat pada luaran fizikal sahaja. Sedar la diri tu sikit kan.  Never mind. Pengalaman mengajar aku, dan beri aku peluang untuk memahami perasaan orang-orang obes macam aku. Aku tahu perasaan menjadi hodoh. Rasa rendah diri.


Kenapa aku nak kurus ? susah bah mau cari baju. Saiz plussize semua mahal, then tak berapa nak menutup aurat. Kalau kurus kan, baju kat mana-mana pun senang je nak pilih, murah pula tu. Aku cuma takut, bila aku da kurus. Gatal pula nak cari baju ketat-ketat. Ya Allah. Tetap kan lah hati ku.


Untuk tempoh 30 hari, aku berjanji akan tidak menyentuh NASI, minuman karbonet, Mee, Kuih, kek, lekor dan roti !!!!



Ahad, 18 Mei 2014

Dari A to Z

Sekilas terjaga dari mimpi, hari ahad hari bermalas-malasan, aku mencapai handphone aku. Aku call mak aku di kampung. Entah macam mana, topik apa yang aku buka, emak mula berkhutbah panjang. Aku hanya mengangguk-aguk mengiyakan sahaja nasihat mak. Banyak yang mak cakap tapi aku buat macam aku tak kesah. Aku kesah sebenarnya, cuma  otak dan hati aku lambat digest nasihat tersebut.

Masa tengah tengok wayang hantu di pawagam 1 Borneo, otak aku mulai memproses setiap butir kata-kata mak. So ketakutan aku teralih kepada kata-kata mak tadi pagi dan juga pada 'POP CORN".

" mak hantar kau sekolah tinggi-tingi bukan suruh kau enjoy sana sini kasi habis duit, mama hantar kau sekolah supaya kau boleh tolong adik-adik kau sambung belajar, ganti mama cari duit. Mama penat kerja. Kalau mama tiada, kau yang ganti tempat mama tolong adik-adik mu. "

Ya Allah, kuat kah aku tanpa mak. Betapa aku leka di sini. Hidup bebas tanpa pengetahuan mak. Rindu leteran mak. Kalau mak tak membebel tadi pagi, mungkin aku sudah jauh terhanyut dibuai keseronokan remaja. Kalau mak tak marah aku, mungkin aku masih ambil enteng tentang pelajaran aku.

Cinta, mungkin juga punca aku lalai dalam pelajaran. Aku perlu lepaskan dia. Andai dia percaya pada takdir, InsyaAllah kami akan disatukan. Ya Allah kuatkan aku dalam melawan rindu. Bebaskan la aku dari cinta sementara ini. Tabahkan hati ku.

Lepas hari ini, aku lepaskan sementara mereka.. tinggalkan si Dia, tinggalkan sahabatku di Wechat dan facebook.. tinggalkan keseronakan sementara sehingga berakhirnya peperiksaan aku. Ya Allah. Tabahkan hati ku. Kalau perlu, korban semua itu, aku akan korbankan.

MAK, maafkan aku kerana terlalu lama leka, terlalu sibuk dengan cinta monyet dan perkara sia-sia. Walhal, aku terlupa aku berada dimedan peperangan, semoga Allah memanjangkan umur mu Mak, dan Bapa, untuk menikmati kejayaan aku, merasa hidup selesa. InshaAllah. :')