Khamis, 15 Oktober 2015

telefon aku

Dear mr R..
Do you remember me?

Aku ingat, lepas aku luah isi hati aku.. Semuanya akan berakhir termasuk persahabatan kita..
tapi aku silap..

Cara kau
membuat aku rasa dihargai
sebagai seorang teman..
yang dulu aku tidak pernah dapat
terima kasih

Tapi persoalannya sampai bila..
sampai bila kau akan melayan aku seperti ini?

Aku sendiri kurang jelas tentang perasaan ku terhadap kau.
antara sahabat dan juga sisa cinta.
dan aku masih mengambil berat. Tapi tidak lagi aku menuntut cinta.
Aku tidak lagi bermimpi seperti kanak-kanak naif.

kau dan aku
tidak boleh lebih dari sahabat..

Sabtu, 10 Oktober 2015

lalalalaaaa

Semangat yang hilang,
kita cari pulang..

Semangat yang hilang..
Adakah kau takut berdepan takdir? Mengapa kau memperlahankan waktu sedangkan saat semakin suntuk..?

Semangat yang hilang
walhal kau serigala purba
yang menguasai bulan dan bukit
mengapa kau sembunyi..
marilah, gapai tangan aku
Aku tahu jiwa kau masih ada disini..

Dulu,
kau (semangat) selalu ada saat masalah menghempap aku ke bumi
Kau tukar airmataku menjadi minyak diesel, kau bakar hingga fizikal tubuhku bekerja efektif..

Ketaksuban kau pada soalan..
membuat kau cinta pada proses mencari sebuah kebenaran. Inilah masanya wahai semangat kecil Maisa, untuk kau meneroka mencari jawapan..

Thesis : Kajian Ekologi Kera di Banjaran Croker

Kenapa aku perlu buat benda ni? Kenapa..?

Aku tahu kera dapat menyesuaikan diri dimana-mana kawasan seperti hutan, berhampiran sungai dan berdekatan dengan penempatan manusia.

Setiap organisma memainkan peranan penting dalam kitaran makanan di kawasan hutan tropika. Aku sebenarnya nak tahu adalah ia  " key stone " untuk kawasan tersebut? Sebab tu aku perlu tahu kelakuannya,  apa dia makan, memilih ka tidak. Mesti ada hubungan mutualistik antara kera dan tumbuhan di Banjaran Croker.. Kan.. So lets find the answer