Ahad, 28 April 2013

Lelaki bodoh


Hidup dalam pembohongan. Aku sangka aku sudah cukup kuat menerima hakikat yang dia bukan untuk aku. Aku sangka, bunga-bunga cinta yang berakar di hati aku sudah mati dan layu. Dan aku menyangka tubuh aku sudah cukup tabah menghadapi dirinya yang begitu bodoh, bodoh kerana masih tidak tahu akan kewujudan cinta aku sejak 10 tahun lalu.



Dia memang lelaki bodoh !!
Sudah puas aku memaksa diri aku
untuk belajar berputus asa dan berhenti berharap..
Berkali-kali aku memperingatkan diri aku.
Sampai bila-bila pun dia takkan tahu..
Andai satu masa dia mengetahuinya
Tiada apa-apa akan berlaku
Cinta aku pada dia, hanya setakat cinta aku sahaja
Memang harus begitu agaknya
Adakah kerana keadaan tubuh aku yang hodoh..