Isnin, 13 Julai 2015

Ngomong Reunion

Timbul tengelam..
Begitulah kisah, ada kelapangan baru buka pentas kisah
Bertanya apakah kau masih bujang atau sudah berpunya,
mengapa jangutmu begitu serabai,
amboi halusnya muka
dimana sudah kau membina kerjaya..


Kemudian kita mula mengimbau kenangan,
dari tadika sehingga tamat persekolahan,
yang buruk kini menjadi bahan jenaka penyedap suasana..
Bukan selalu kita begini, hargailah..

Bersyukur,
Media sosial seperti facebook dan aplikasi seperti Wassup dan Wechat telah menghubungkan kami yang telah terpisah bukit bukau dan laut China Selatan. Masing-masing meneruskan hidup, sebagai seorang pelajar, pekerja, anak sulung dan anak harapan kepada ibu dan bapanya

Cuti semesta selama 2 bulan, dikesempatan ini dimana oksigen masih mampu disedut oleh kedua paru-paru, selagi kami-kami ini masih belum berkawin dan beranak-pinak, akhirnya tahun 2015 kami di-izinkan bertemu oleh Tuhan. Walau tidak sempat bercanda lama-lama, mengetuk dan menguyah makmur bersama, ada hari kami sempat bertemu meski sekejap. Begitulah jarak mencemburui sebuah hubungan.

Sahabat,
Aku mungkin bukan selalu ada saat kamu ditimpa masalah, aku bukan 24 jam online sentiasa, sentiasa memantau hari-hari mu, maafkan aku kerana sibukku. Aku tinggalkan namaku, nomborku untuk kau menjejaki, menghubungi saat kau benar-benar membutuhkan aku.

Cari aku, aku tidak hilang. Aku tengah bersembunyi, masih memikir bermacam perkara untuk maju kehadapan dengan santai-santai saja.

Khamis, 2 Julai 2015

Move On Update

Assalamualaikum,

Dear Redzuan Joutih,

I HATE YOU !

Secara teknikalnya adakah perasaan ini benar-benar cinta ? Aku belum melihat kau dengan deria penglihatan ku, aku belum tengok saiz kau, tinggi kau, warna kulit kau. Adakah perasaan aku ini benar-benar cinta ? Tapi mengapa hati aku sakit zuan?

Entah dari mana kau datang, muncul dan menjadi manusia penting dalam hidup aku, aku sendiri buntu. Hebat permainan kau. Kau culik hati aku, kau bawa lari, kau hipnosis perasaan aku sampai aku sanggup makan TUHAU lepas tu kau bunuh cinta aku. Kau pembunuh zuan. Aku benci kau !!!

Aku tak tahu kenapa aku bodoh. Mensedekah, memperjudi perasaan ekslusif aku untuk kau yang hadir tanpa rupa. Mahal perasaan aku. Kau buang aku secara paksa. HEBAT!!!

Aku ingat lagi malam 31 Januari 2015, tiba-tiba entah apa kau cakap aku lupa tapi dalam erti kata lain, kita berpisah. Tegasnya kau memutuskan keputusan. Aku menangis teruk malam tu. Hadiah terindah yang kau beri untuk aku. Esoknya aku pusing 1 Sandakan sebab tension. TQ pada kawan aku.

Malam tu, pertama kali kau buat aku menangis. Esoknya juga sepatutnya hari jadi aku dan setahun hubungan haram kita (bercinta sebelum nikah). 4 hari kemudian, aku memperolehi keyakinan untuk move on tapi kau minta aku mencari pusing U-turn. Kepala hotak kau !

Aku tidak tahu bagaimana aku jatuh terjelupuk, aku tidak tahu macam mana aku boleh terkandas dengan janji-janji lelaki. Argh sungguh banyak  betul kau tanam tebu sepanjang perkenalan kita,

Sungguh aku masih mentah zuan, masih tidak peka dengan permainan kau. Aku tidak tahu maksud tersirat dan tersurat dengan setiap apa yang kau kata. Aku bodoh, aku bangang tapi bukan forever.

Kalau dulu, masih bersisa harapan melekat di dinding hati, yang kau datang cari aku kembali. Sinis. Kau tidak akan zuan. Ludah tidak sesekali kau jilat kembali. Dan aku dungu, masih bersikap optimis, dengan ayat pebret " jodoh tidak akan kemana " kau biarkan aku hanyut tergapai-gapai mengharap dolfin datang menyelamatkan aku di Lautan Sulu ini.

Hei zuan, cakap je lah kau dah bosan dengan aku kan senang.

Penat, aku sudah lelah. Malam ini mungkin yang terakhir aku menangis pemergian mu dari hidupku. Kau happy-happy sana, usha-usha cewek di COC, suka hati kau lah. Kalau kau boleh hidup gembira, mengapa aku terkecuali. Aku patut merayaikan kebujangan aku tanpa Beban. Bebas. Jimat.

Kau buang aku macam sampah, aku begitu jua. Aku tidak mahu mengingati apa-apa kenangan berkaitan dengan kau. Kau hanya ilusi macam CyberBot, wujud hanya bila ada internet connection sahaja. Nasib lah belum jumpa dengan kau dalam realiti. Aku tak tahu lah apa jadi dengan perasaan aku nanti. And I wish it will never happen.

Move on tu payah, mesti rajin update macam antivirus juga.

Sekian.