Isnin, 21 Februari 2011

tekanan ??? stress ?? jom handle

Assalamualaikum..
bila marah, rasa mau pijak je kepala orang tu kan..!!
Baru aku perasan, sejak akhir-akhir ni emosi aku memang tak stabil dan tak keruan. Asyik nak marah je, mengamuk tak tentu pasal,  Kejap-kejap rasa sedih dan stress ini menyebabkan aku jadi makin pemalas. Macam orang hamil pulak kan.. kau gila??  aku masih remaja bah. Just tertekan. mungkin faktor hormon kot

Then aku search dekat gogel pasal nak tangani stress, info yang aku dapat sedikit dan berulang-ulang seperti solat, baca Al-Quran, bersukan dan sebagainya. Bagi aku masih tak cukup tu. So aku bukak my diari tak rasmi. Banyak rupanya info-info yang aku kutip dari pelbagai sumber so aku dengan hati yang tak sebarapa baik ni ikklas nak  "share how to manage your strees"
Be cool, relax..
Banyak benda yang boleh kita buat agar stress kita hilang tidak kira dengan cara yang baik or cara yang sangat tak baik. Bagi yang kurang beriman memang diorang pilih yang sangat tak baik. Semua orang mesti tau punya cara yang paling pemes tak lain tak bukan  merokok,minum arak,rempit,lepak,clubing dan sebagainya.

Ketahuilah, kita nak menghilangkan stress bukan nak setelkan masalah. So buat apa nak merosakkan diri. Orang lain tak susah, tak rugi apa pun. Engkau je rela kalah. kalah dengan siapa? kalah dengan diri, orang dan dugaan tuhan. Maybe dalam kubur pun kau stress dengan dosa yang berlambak tu, semua pasal stress kat dunia lah, kat  mana lagi. 
malas aku nak bebelkan so aku nak share antara kaedah alternatif yang boleh dibuat :
  • teriak sekuat hati!! ya teriak tapi cari lah tempat dan masa yang sesuai ok      

  • menangis.. menangis bukan tanda lemah tetapi satu terapi. tiap titisan air mata mampu mengekspresi perasaan kita dan kononnya membawa sedikit masalah menyebabkan kita berasa sedikit tenang 

    • ketawa. Buat-buat lah  ketawa macam orang gila

      • buat something di luar kebiasaan kita contoh mewarna dengan menggunakan hidung ke.. yang pelik-pelik

      • dengar muzik yang korang suka contoh rock ke jiwang. lepas tu pasang kuat-kuat dan ikut nyanyi sekali

        • atau pasang lagu yang korang memang tak faham contoh bukak lagu tagalog, tamil or cina. mesti korang berfikir pasal lagu ni dari stress korang

          • mandi. aku dengar mandi air panas menenangkan. tapi air sejuk lagi mencabar sebab menurut orang-orang yang berjaya, mandi air yang sejuk dapat mengembalikan semangat

            • diari. coretkan apa-apa saja mengenai perasaan korang kat dalam diari. dalam diari, kita menjadi yang sebenar. kita tak mungkin berbohong dengan diari. so luahkan apa sahaja dan try tanya balik kat diari cara menyelesaikan. bunyi macam pelik, tapi ni betul, secara spontan anda akan dapat jawapan penyelesaian. try lah

              • Minum. minum lah apa yang korang suka macam teh, cola ke. or makan le apa korang suka tapi berpada-pada lah, jangan  kerana mulut, badan binasa. semua pun kau nak telan

                • conteng. conteng lah kat mana-mana pun. lukis apa-apa yang ada dalam otak korang. lukis biar dalam keadaan emosi baru nampak seni. 

                •  tidur. moga-moga dapat mimpi yang best yang boleh kurang kan cikit prob tu. tapi kalau dapat bad dream, takda nasib lah tu.

                •    main game. main lah sampai jari  putus. baru gempak orang tengok.

                •  tengok tv, wayang or movie komedi, horror ke. janji layan.
                "semua yang di capai oleh manusia dan yang gagal di capai oleh di capai olehnya adalah kesan lansung dari pemikirannya"

                Sabtu, 19 Februari 2011

                remaja dan masalah

                Assalamualaikum

                biarkan senyumku berlakon
                usah di lihat hati ku yang bergolak...
                Hai bertemu kita kembali wahai secebis kertas diari elektronik. Sekarang dunia serba canggih, diari aku pun boleh letak dalam laptop tapi kesan dia tak sama lah sebab aku tak boleh titiskan air mata dekat screan ni. hmm aku tengah serabut giler sekarang ni!

                Aku remaja sama macam remaja di luar sana,  yang boleh di ketogerikan dengan "budak bermasalah"Aku pun sedar yang aku dah banyak berubah menjadi hipokrit, ego dan what ever yang semestinya tak bagus. Aku tak solat, aku kurang ajar dan aku... Memang tak patut di contohi

                Aku sedar apa yang berlaku, apa yang harus aku buat?? korang tahu ke, kami memang tak mahu bersikap seperti ini dan  KEADAAN yang sepatutnya bertanggungjawab. Kenapa keadaan?? ok macam ni, pernah dengar pepatah masakan pokok bergoyang kalau bukan angin yang tiup. Lebih kurang macam tulah.
                Walaupun situasi setiap orang berbeza namun masalah semua ini berpunca dari RUMAH dan IBUBAPA ! Seperti aku, aku sangat bermasalah dengan bapa aku dari aku kecil lagi. Dia memang benci aku dari kecil. Aku pun tak tahu kenapa. Yang pasti hati aku memang di bentuk dari perasaan saling benci membenci.

                Mungkin aku ini terlalu bodoh dan tak berguna dimata keluarga ku sehingga aku selalu di banding-bandingkan dengan si ini dan si itu. Thats why aku selalu berasa rendah diri dan dalam pada masa yang sama aku membenci mereka
                RUMAH KU SYURGA NERAKA KU

                Ada member aku sorang, muka alim giler masa dekat sekolah, kawan dengan budak pandai tetapi bila saja dia jejak kaki ke rumah, semua berubah 360 darjah. Salah siapa?? ibu bapa lah. Nak salahkan siapa lagi kan.
                Dorang yang patut di pertanggungjawabkan.

                      PERBUATAN YANG MEMANG TAK PATUT
                • Pilih kasih. Ibubapa gemar memandingkan anak dengan orang lain
                • memaki hamun. Ibubapa memarahi @ menegur anak dengan memaki. Lebih baik tak payah cakap sebab kalau dorang cakap siapa nak dengar. 
                • Kaki arak,judi, penagih dan sebagainya.
                • cerai barai. Lain kali tak payah kawin larh. beranak je banyak-banyak tapi tak pandai nak urus buat apa? menyemak je
                • Kasih sayang. Aku nak cakap pun geli juga pasal aku memang tak pernah rasa. Sangat jarang sekali.
                .
                Asal bermasalah, jari telunjuk semua menuju ke arah kami?? kami ke yang salah sebab jadi macam ni. Jiwa remaja memang gelora sedikit. Kalau tak ada remote control memang tak boleh control . Alamatnya hidup jadi sampah hanyut dan pengumpul dosa contohnya pelacur, penagih, bohsia, homoseksual, rempit dan sebagainya.

                Aku tak menyalahkan ibubapa 100%. Aku cuma mennyatakan pendapat bahawa semua masalah berlaku ada hujung pangkalnya. Minta maaf berbanyak-banyak kalau aku cakap kasar. Tolong jangan menilai remaja macam aku hanya berdasarkan alas keburukan sahaja.so tepuk dada tanya hati bukan tanya selera

                Selasa, 15 Februari 2011

                aku tengah pikir pasal blog kau tu

                Assalamualaikum kamu semua

                Bosan,, memang hidup aku selalu bosan tanpa ada kisah yang menarik. Aku start buat entry pun tanpa idea. Just lulis apa ada dalam otak ku. lihat lah hasilnya nanti, Tadi aku membuang sedikit masa bersiar-siar dekat google. Banyak gambar yang best dan agak menarik,tak kurang juga yang menganggu iman tapi aku tak layan sebab bukan itu fokus aku. Hehehe

                antara gambar yang aku download
                Aku tak tahu lah kalau korang tahu, entri yang mempunyai gambar sangat-sangat menarik perhatian untuk pembaca membaca blog anda seterusnya. Tetapi comform orang lain tak mahu baca jikalau korang taruh pic korang yang berderet-deret tu. tak ada faedah pun bagi aku tengok. So taruh lah pic yang best sedikit seperti fenomena alam, lawak or suka hati kau lah. 


                diri aku selalu malas

                Sendiri kena sedar blog anda tu dalam kategori mana satu. Selerak, bingit, BOSAN, CIPLAK, menarik OR berfaedah?? tapi aku paling tak suka when orang main CIPLAK and BOSAN. Kalau memang dah tak ada idea sekalipun, jangan lah buang waktu coppy paste pulak. Tak payahlah nak menyusahkan diri sendiri. Bukan tu je, ada blogger tulis punya lah main pendek. itu memang aku tak lalu nak baca. Then tu ada yang letak READ MORE. Kan senang kalau bagi aku direct baca. Entri best pun boleh jadi menyusahkan lorh.


                aku pun nak keluar dari kehidupan aku yang sekarang

                Try ekspress mood anda masa nak tulis entri dengan pic yang match dengan anda punya jiwa right now. contoh marah ke, sedih or happy. Banyak berhambur kat internet tu. Search dan save imej je.

                kesimpulanya aku pun tak tahu nak cakap apa. Yang penting, please letak pic dalam blog anda. Biar senang mata dan hati membaca..Semoga migraine aku tak datang masa menghadap komputer saat manatap blog indah mu itu

                Ahad, 13 Februari 2011

                rahsia yang aku tak nampak

                Malam yang senyap untuk saat ini,
                detak jantung berdegup mengikut jejak pikiran berlari
                Dan aku masih  menatap langit kosong,
                mengelak dari persoalan yang bergolak
                berlegar di balik awan berlindung
                Assalamualaikum,,
                Sebenarnya aku tengah kering idea nak buat entry yang menarik so aku bagi je ayat kaw2. Kata-kata itu adalah gambaran perasaan ku yang tengah bingung. Bunyi memang agak jiwang namun yang pasti bukan kerana CINTA ok.

                Aku sebenarnya tak berapa nak trust dengan kawan yang wujud di persekitaran aku, aku memang serik lah dengan manusia hipokrit ni. Pernah sampai aku menangis because sedih sangat dengan kengkawan aku yang memang kawan untuk SUKA SAHAJA.So be careful with your friend.
                Aku ada kawan nama dia R, Dulu dia memang kawan BAIK aku tapi TIDAK pada sekarang. Sekarang aku hanya lepak dengan dia just have fun so kami memang tidak rapat dah. Segala masalah dia aku dah malas nak ambil tahu. memang serik dengan dia. Why??  Because this girl buat aku nangis, marah and what ever. Dia memang dah berubah habis. Kadang-kadang aku rasa menyampah tengok muka dia. Dah macam bohsia aku tengok. nak nasihat? dia buat tak dengar. Entah lah aku ke yang salah or dia
                Makin hari aku makin jauh dari dunia peribadinya, yang ku tahu dia memang dah rosak dan berubah giler. Aku memang malas nak masuk campur dengan  urusan hidupnya. hinggalah pada suatu hari, baru aku tahu mengapa dia berubah seperti itu. Rupa-rupanya dia mempunyai masalah keluarga yang tak semua orang mampu menerimanya. Berat mata memandang berap lagi memikul.   
                Aku mungkin salah sebab aku tak berusaha nak mengubah dia. Aku rasa bersalah sangat. Aku salah kerana biarkan ego ku memakan diri. BODOH betul aku ni. Akibat keserikan aku ni, aku telah membiarkan kawan aku hampir jatuh ke lembah hitam. Aku tak pernah larang dia hisap rokok, aku tak pernah marah dia minum arak, aku tak nasihatkan dia agar menjauh dari maksiat. Aku ini memang kawan tak guna. Masih sempat ke aku nak bawa dia ke jalan yang betul??
                Dalam lingkungan pemikiran dan perasaan kita, mungkin kita berasa hidup kita sekarang ini sangat-sangat lah teruk. Kita lansung tidak pernah menyedari banyak lagi masalah yang tidak terpikul oleh manusia seperti kita di luar sana. 

                JANGAN LARI TAPI HADAPI MASALAH ITU DENGAN TENANG. Jangan pernah terpikir kalau  kau lari ke kelab malam or funfair sekalipun, masalah kau boleh setel. NO !!







                Rabu, 9 Februari 2011

                qwertyuiop

                I hate my life now
                I hate people around me
                they are big lier
                hypocrite human

                I hate when i cry
                I  hate myself tonight
                it makes me feel so weak
                like a shit what the hell it

                stupid,
                what the fuck
                bulshit
                sucker
                you are everyting I mean
                aku tak kacau kau bedebah!
                apa yang kau tak puas hati
                kau pikir kau boleh pijak kepala aku
                pergi mampus lah

                I always remember 
                and never to forget
                what are you done to me 
                hurt my felling
                with your rubish talk
                and kill me quietly
                marah...!!!
                aku menyampah dengan keluaraga aku
                aku benci mereka
                aku benci diri aku yang ini. 
                aku sakit hati pada situasi 
                aku sterss dengan hidup aku

















                Ahad, 6 Februari 2011

                pasal tu aku sayang kau

                Assalamualaikum


                Pagi ahad yang biasa-biasa sahaja untuk hari ini, tak ada yang menarik yang dapat mencuit sedikit perhatian aku. Semalam, masa aku layan perasaan aku yang sakit ni, aku terpikir, baik aku sayang kucing daripada aku mensia-siakan kasih sayaang aku kat manusia yang tak pernah menghargai iaitu manusia yang aku lebelkan pelbagai status iaitu family, friend ,skandel dan couple??
                 Kenapa aku pilih kucing?

                sebab :::
                1. dari aku tengok muka manusia yang memang aku menyampah giler, yang muka tak berapa nak lawa, perangai pun hampeh. Baik aku tengok kucing aku tidur.
                2. kucing tak banyak songeh, manusia  bila dah sah bersalah bukan nak minta maaf, cakap besar pula tu, siap bawa peguam dan main angkat sumpah. shitt! hipokrit punya manusia.
                3. kucing tak memilih tuan, everything ok asalkan dia dapat makan, tidur dan penginapan meski pun dia sedar dia tak berapa comel. Bukan macam manusia, memang dah terang-terang buruk rupa dan perangai, nak pilih pasangan pun ngengada. last-last dapat pasangan yang memang tak guna, yang dah rosak zahir dan batin. memang padan sangat lah muka engkau. sapa suruh "look cover books".
                4. aku rasa kucing lagi memahami dari manusia yang sorang pun aku tak percaya. kebanyakan semua manusia yang wujud di sisiku majoriti adalah hipokrit belaka. 
                5. kucing selalu dengar cakap. memang tak banyak songeh dan alasan.
                Kucing memang buruk macam manusia:
                • kucing JANTAN gemar mempermain ,mengecewa dan menyakiti hati dan perassan kucing BETINA iaitu dengan berlaku curang dan berfoya-foya di luar sana. Klimaks filem ni adalah sewaktu babak si BETINA berasa loya-loya dan pitam. kemudian si JANTAN tinggalkan  dia dengan perut boroi berisi janin. tak pe lah kalau sekor, ini boleh cecah 6 ekor. so spesis kucing JANTAN umpama manusia playboy, buaya darat, naga, biawak serta reptilia yang sewaktu dengannya.
                • playgurl pun sama macam kucing BETINA. Tak pernah nak setia dan sering tukar-tukar pasangan. Bila dapat boyfriend baru, tuan, mak bapak and anak dia buat lupa. Paling tak best, dia suka keluar malam-malam buta macam bohsia dah.
                 Yang aku hairan, kenapa orang lain tak suka kucing aku? Agaknya perangai dia sebijik macam tuan dia iaitu aku. Aku dan kucing aku adalah bestfriend yang paling pelik. Mestipun aku dan dia memang tak paham bahasa antara satu sama lain, janji kitorang  sekepala, memahami,tak gaduh-gaduh and hapy. Tak boleh aku nak bayang kalau aku dah takde, siapa nak jaga kucing aku sekor tu.

                DADAI IS MY CATS!

                Rabu, 2 Februari 2011

                Dia bernama Sari

                Assalamualaikum,,

                Semoga kau dan aku berada dalam keadaan yang maintain sihat meski pun cuaca di Malaysia agak kelangkabut cikit. Mungkin rahmat ataupun amaran Allah kepada makhluk sementara yang menumpang di muka bumi miliknya .

                Kemarin hujan seperti yang diramalkan, kemarin sepi tak seperti selalu, kemarin seperti dan terus seperti. well, besday tahun ni tak ada present, tak ada nyanyian, tak ada masakan istemewa dan memang tak ada. so aku buat bodoh sepenuh masa saja hari tu. what the hell punya maxis! tak ada free call. Malangnya aku dan betapa sedihnya aku pada hari itu.tetapi kesedihan itu tidak berpanjangan sehinggalahlah aku mendapat great present 4 today.. hehe aku ada kapel


                Masakan pokok bergoyang kalau tak ada angin bertiup. Aku nak imbas balik lah cikit macam mana aku boleh kenal dia ni. korang kalau tak nak baca takpe lah. aku buat ni cerita bukan untuk kamu pun. what?

                so back to the memories:

                3 tahun yang lepas

                Masa balik dari libry. aku terserempak dengan manusia ini dalam bas kami berborak-borak lah hahahihihuhu. aku tak tahu pula rumah dia dekat dengan rumah aku. masa jalan sama-sama, aku terjatuh dalam lumpur, habis kotor kasut aku. esoknya, gempak satu libry dengan cerita pasal aku dan dia main lumpur. start dari situ kami mula di perskandelkan oleh para ahli libry sandakan sabah.
                Time PMR, di sampuk ke hapa ni orang, tiba-tiba tercengak depan pintu. saspen giler aku, mamat mana entah mau jumpa aku malam-malam ni. cehh, rupa-rupanya nak pinjam kertas PMR. tak best masa ni
                tahun lalu

                entah apa yang aku dah buat sampai dia datang jumpa aku. kalau tak silap aku lah kan, aku menyamar time tu. one day dia minta jumpa dan datang ke rumah aku sekali lagi. akhirnya aku ketahuan. lepas tu aku dah tak kacau dia pasal aku takut dia marah.




                Disember 2010

                aku dah ada numbor baru dan tangan aku ni gatal nak kacau orang so aku pilih dia sekali lagi. masa tu aku guna nama IKA SUHAILA. macam-macam lah aku kelentong dia tapi aku paling rimas betul masa dia nak minta berjumpa. mahu tak kecut usus besar kau. eh bukan kau tapi aku. yelah, dalam handphone boleh lah nak temberang kalau dia tahu siapa aku, kau rasa dia still mahu contac aku lagi ke?? so aku memilih untuk menyepi sekali lagi. aku yakin mesti dah lupakan IKA SUHAILA

                Januari 2011

                tetiba ada lelaki bernama JIN call aku. well free call nampaknya, so aku layan lah. bukan apa aku mati-mati sangka yang dia tu kenalan aku si budak tawau,, macam-macam lah kami cerita, sampai bab naruto pun masuk sekali. tetiba dia sebut IKA..!! masyaallah, macam mana aku boleh lupa!! huhu ini manusia yang aku selalu kelentong. aduii memang takut lah bah. aku memang dah lupakan dia sebenarnya.

                One day dekat sekolah masa mesyuarat, adalah member cakap kat aku
                "wei, kau kawan dengan sari ye, dia cari kau. dia kirim salam"
                aikss dia cari aku lah, bukan IKA. patut ke aku happy?? ingat juga dia dekat skandel dia tu. Selang beberapa hari, agains aku ketahuaan. tak tahu macam mana dia dapat tahu itu aku. Ish, mesti dia tak mahu kawan dengan aku lagi. But sebaliknya happen, dia nak belanja aku makan bakso. wow bunyik macam tipu je

                Baru-baru ni, dia serbu rumah aku. malunya aku masa tu. bukan apa bah, mama ku ada time tu. niat aku dalam hati, aku akan bawa lelaki ke rumah kalau itu bakal laki aku, even time raya. tapi sah-sah dia yang first. mau marah pun tak guna. rupanya dia datang nak jumpa mama aku pasal nak ajak aku makan bakso. memang dia gila !

                Tanggal 1.2.2010

                Aku baru dapat tau dia ni pun macam suka kat aku. malas lah nak cerita nanti aku pula di sangka syok sendiri. malam tu, aku terus terang kat dia bahawasanya saya amat menyayanginya. aku malas nak tarik tali dengan dia, baik terus terang dari menjeruk rasa. aku redha andai saja jawapannya akan menunjukkan yang aku ini sebenar bertepuk sorang-sorang. tetiba dia cakap jom kapel?? so aku cakap ok fine. aku sendiri bingung. firts time bah. dia pun memang pertama kali. pelik benar ye masa nak minta kapel ni. memang situasi dia macam ni ke?? tak romantik betul.

                its okey, aku just follow dia pasal aku tak berapa yakin yang dia ni betul-betul serius atau tidak. aku paling menyampah kalau orang cikit-cikit minta putus. masih awal nak nilai dia. aku nak bagi peluang untuk dia and aku nak rasa felling-felling.

                *********************************************************************************

                Update : 21,8,2015

                Aku kapel dengan dia 7 hari je, lepas tu aku cakap kita lebih baik berkawan saja. Until now kami masih kawan, masih kontek, masih suka makan bakso kat mps. Sekarang dapat tahu, dia ada cewek, agaknya kali ni memang dia in serious relation kot. Apa-apa pu semoga bahagia Sari.