Selasa, 12 April 2011

oh nasib ku...

Mengubah hala
berpatah balik ke pangkal
sebelum jatuh ke hujung sudut
berpaling payah
tak terdaki semula
angka waktu yang gugur.

dalam gelita siang hari 
dia menerkup muka
memaksa mata terpejam
mengerah minda undur ke masa silam
kenapa dia terlentang disini
hanyut di sungai kehidupan
berbicara dengan sampah berbangkai
jasadnya berliang kudis bernanah
laksana tapak projek terbengkalai
berdiri dan dimamah serangga penyakit
menunggu masa roboh ke bumi

andai dapat dia memutar waktu
dia bakal menjadi seorang guru
andai dia tidak terlanjur
namanya kini sudah termansyur

tiada pengakhiran bahgia di bawah dadah
tiada babak gembira menjadi seorang penagih...

* tetiba je ni*

1 ulasan:

mai berkata...

arrhhhh .... huhu huduh je aku tulis ni,,, takda felling