Sabtu, 9 April 2011

makmal cinta


cinta sang manusia 
sering di manupulasikan
dengan bermacam ragam dan helah
menghasilkan rekod yang berbeza

setiap kata-kata yang di curah
perlu di terliti 
mengikut takat ukur yang disekatkan
agar nanah cinta tak meleleh
meletupkan bikar hati
cinta berahi melangkau batas termometer
air didihan menggoncangkan perasaan
menukar warna litmus fikiran
menjadi kuning kehijau-hijuan
asid mencurah-curah
dan manusia tertonggeng 90 darjah

janji si telur busuk
umpama telur tiruan juga
tetap dan tak berubah
luar nampak lazat dan indah
bila pecah di kuali
bila gigi terkunyah sendiri
pasti terlopong mata
mulut terkebil-kebil
hidung teresak-esak
berwaspadalah
manusia bercengkerangkan kulit telur
yang penuh hipokrit berbisul
bila pembohongan semakin lumpuh
nyawa mu kian di hujung tanduk

*** hmm anda faham maksud saya??? cinta tu rabun.. sehingga satu tahap mampu membutakan hati , mematikan akal dan membunuh jasad.. ***


1 ulasan:

tiyah berkata...

menarik !! loveholic ngn bio ? hoho . mee to , tp takleh blaja coz stupid sngt !! :(