Selasa, 5 April 2011

drama sekilas mimpi



langit kelihatan mendung. Tanpa memberi sebarang amaran dan siren kecemasan ia memuntahkan hujan yang turun dengan lebatnya. keseorangan berdiri di stesen bas dari tadi, membuat tulang tubuhku mengigil  kedinginan. Dalam samar ketakutan, satu kelibat tubuh yang asing berbungkus baju hujan sambil tangannya memegang sekaki payung hitam berlari ke arah ku. 

                                         

Dia membuka topi keledarnya sambil dia mengusap wajahnya. Aku mengangkat kening dan cuba mengingati siapa gerangan pemuda ini. "ish" sepatah perkataan menyampah yang tersebul keluar dari bibirku. Dan serentak itu dia segera memaling muka ke arahku sambil 
mengeyitkan mata. " Mamat poyo ni lah yang berebut meja dengan aku tadi, ish tak guna betul" getus hatiku


bukan wajah sebenarnya. cilok dari gugel

"Hai Maisa Mohamad, Are your still remember me?" pemuda itu memulakan bicara setelah lama suasana di riuhkan dengan nyanyian hujan sepi. Aku mengerutkan dahi sambil mata memerhatikan setiap raut wajahnya. Kulit sawo matang, hidung agak tinggi, pipi gebu-gebu dan mata agak sepet. 


"hrmm oh.. did I know you?" Spontan sahaja aku berkata-kata.
 " takkan tak kenal kot?"
"lelaki tak guna kat restoran tadi tu kan, mak oii mana boleh lupa"
"errkkk hehe, tapi siapa cepat dia dapat, siapa suruh awak jalan lenggang lenggok. Bukan salah saya pun"
Aku menarik muka masam. "Tak pe, hero kalah dulu" hati ku menyedapkan rasa geram di dada.
Macam mana awak kenal saya, maksud saya nama saya??
"awak ni gemar makan semut ke hape? Saya lah, takkan dah lupa. Awak nak tahu siapa saya?"
"siapa bah kau ni?"
"teh hijau takde gula pelis" dia mengangkat keningnya beberapa kali membuat aku tersipu malu. Oh tidak. Takkan lelaki ni?
So dah ingat ke?? dia tersenyum lebar menampakkan sebaris giginya yang rapi tersusun. Aku tak mampu berkata apa, betapa saat ini degup jantung kian tidak stabil. Lelaki yang berada dihadapan ku rupa-rupanya 

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Lelaki misteri yang aku kenal di dalam dunia mayaku. Yang kerap memberi ku dorongan dan nasihat. Yang boleh ku panggil sebagai seorang "soul mate"  yang memang memahami diriku yang pelik. How it can happen. 

ini adalah imej jejaka impian. Tapi kalau tak dapat macam ni pun tak kesah asalkan dapat kawin dah lah













0 ulasan: