Selasa, 31 Mei 2011

Sergeant Keroro tanya apa hobi anda

kelik 

Ini pestime aku nak join segmen orang. Ni sepesel sikit pasal dia tak mintak bebukan macam muka itik paling huduh, jerawat sapa paling besaq and what everlah yang pelik. Menang ke tak tu belakang kira yang penting aku nak perah otak aku ni. Berapa hari dah aku kering idea nak tulis apa.

Keroro : Masa kecik-kecik sampai lah besar macam sekarang, apa cita-cita awak?

Mai jawab :

Masa kecik-keci dulu, macam-macam benda aku buat, biasa membaca lah, tapi rasanya tu bukan hobi , tu memang kewajiban membaca tuk menimba ilmu. So kerja aku masa kecik main guli, gaduh-gaduh, main engke-engke (teng-teng), makan keropok, tengok budak lelaki main layang-layang and main badminton. Kat kampung dulu, aku tak ada kawan perempuan, so dulu aku memang nakal macam budak jantan.

Masa aku darjah dua, aku ada impian, aku nak sebuah radio. So aku kumpul lah duit sikit-sikit. Dapat je 15 Ringgit, aku suruh mak aku beli walkman, ala radio kecik yang pasang kat telinga tu. Tapi tak tahan lama, tak sampai seminggu dah rosak. So kadang-kadang tiap dua bulan aku akan mintak mak aku belikan walkman.

Aku masih ingat radio pertama aku warna dia kelabu, tak silap aku masa darjah 3, mak aku hadiahkan. Masa tu, tiap hari aku dengar lagu, And masa tu, band dari indonesia top giler, banyak lagu aku boleh hafal. Dan masa tu, aku dah set mine bila aku dah besar, aku nak jadi DJ radio lah.
Umur aku sekarang dah 18 tahun, radio yang ada dengan aku sekarang adalah hasil dari wet yang aku kumpul, rasanya dah tiga tahun dia berada dalam bilik aku. Tapi aku jarang bukak dah pasal aku dah ada "speker". Cucuk pindrive je dah boleh dengar lagu yang aku nak. Ye lah, kat radio, dj tu pasang lagu yang dia nak je. Tapi dengan adanya Speker, aku boleh dengar lagu mengikut mood.
Aikksss tak lari tajuk ke???

Takpe, lari ke tak aku nak cerita juga. Aku nak cakap yang Hobi aku ialah dengar muzik. Bangun pagi, sebelum tidur, kemas rumah or study aku mesti pasang lagu. Baru lah semagat membuak-buak nak buat kerja. And bagi aku dengar lagu ni bukan setakat dengar je but ia  satu terapi. Kalau aku marah, bengang, sedih aku akan pasang lagu, then aku akan menyanyi. Dan semua perasaan tu akan kosong seketika pasal aku focus dengan nyanyian. 

Bah panjangnye entry aku ni, tak mengapa kah?. Mana tau anda yang tengah membaca ni bosan nak termuntah. Aku mintak maaf ok pasal aku tengah syok sendiri ni.








1 ulasan:

sergeant keroro berkata...

nice!! setuju dengan part lagu ini adalah terapi =)

thanks join! =D