Sabtu, 12 Mac 2011

sepahit kopi

aku seperti handphone
ketika silent mood di aktifkan
orang tak tahu apa sebenar yang berlaku
walau hati aku menjerit bergetar 
kerna aku tak ubah seperti membisu
bernyanyi sambil mulut tertutup

aku sibuk dengan emosi 
melayan perasaan kesal tak sudah 
seolah aku mengeluh
aku marah dia
aku tanpak tak berpuas hati
aku berlagak baik
dan mereka berbisik
konon aku manusia munafik

aku tak tahu macam mana nak ekspresi mood
meluah tanpa berkata-kata
menangis dalam ketawa
aku nak berjaya
aku nak kaya
aku nak mewah
aku nak kawan ada bersama ku
aku nak semuanya indah belaka
aku nak pengakhiran tanpa ada tangisan
aku nak cerita bergerak lancar
tanpa ada virus mencela
merosakkan jalan kisah yang telah di rancang




2 ulasan:

sukehatiaku berkata...

bez tajuk entry dea ! :)

Hafzan Sarah berkata...

semoga yg dipinta tu tercapai belake nt.. :)
senyum selalu plz..hihi

entri terbaru: Cara Baik Pulih Handphone yg Dimasuki Air