Rabu, 31 Disember 2014

Bolos

Aku seorang pelarian
masalah mengejar aku
Aku seorang pelarian
aku lari dari hakikat, bersembunyi dari manusia
Hidup di planet asing
indah sang bunga namun berbuah racun
begitu la  hakikat bernafas disini
aku masih tercari-cari bagaimana untuk survive
masih memilih senjata  untuk aku bawa memburu
tabah kah hati aku ?


Satu tahap, aku terpikir sejenak. Hidup di Univerisiti tidak la seindah mana seperti yang aku bayangkan dulu. Hidup disini penuh berlumba-lumba mengejar pointer, persaingan sengit sehingga insan-insan terjatuh dan cedera terabai. Aku menangis, bila mana assignment menggunung Kinabalu banyaknya. Seolah dayaku tiada bersisa lagi. Terburai ikatan butiran air mata.



"..Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Al-Baqarah:286)


Allah berfirman yang bermaksud :

“Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.” (al-Insyirah : 6)

Evolusi

Selamat pagi dunia . Aku menulis pada pagi ini adalah untuk mempostitifkan diri aku sendiri, lebih baik aku meluahkan di sudut blog yang jauh dari sisi mata orang-orang sekeliling.

Evolusi, organisma hidup yang mempunyai " extra characteristic " untuk adaptasi di alam sekitar yang baru dan mampu hidup serta berkebolehan untuk menghasilkan baka untuk generasi yang akan datang. Konsep " Fitness will Survive ".

Tiada kayu, akar pun jadi lah

Aku nak berevolusi, bukan dari genetik DNA tetapi perlakuan aku, cara pemikiran aku menghadapi dan menyelesaikan masalah serta penampilan aku. Aku perlu berubah untuk kelangsungan hidup aku di dunia yang bernama Universiti. Aku rasa fizikal aku memang patut diubah dari segi kedudukan bibir aku yang hujungnya sedikit naik agar aku sentiasa senyum dan yang pasti saiz badan la, meh meh arr. Air muka aku berkocak sekencang perasaan aku sehinggi menimbulkan salah faham dan ketidakselesan orang yang berada di lingkungan yang sama seperti ku terutama roomate aku.

Lucu, itu je mampu aku katakan. Hati dan wajah ku mungkin terlalu rapat sehingga  orang boleh meneka perasaan aku, Adakah itu kelebihan atau perkara yang menyusahkan aku ?

ctrl + A + delete = format memori

Evolusi. Aku akan belajar mengawal ketenangan pada air muka sehingga orang lain tidak mampu meneka apa yang tersirat dihati aku. Aku rasa aku perlu bagitau diorang, memang aku macam ni, yang air mukanya kerap berubah seiring rasa hati. Beza aku dengan orang lain, aku tertunjuk tanpa aku sengaja. Bukan aku benci, marah atau merajuk, BUKAN. Pada aku, itu adalah fasa untuk aku menstabilkan perasaan aku, kembalikan hormon ke tahap yang normal. Tapi sudah sia bilang, itu muka pandai bergerak sendiri bah. Kawan-kawan aku yang " lama" diorang tahu la sikap aku. Kadang-kadang diorang biarkan aku bersendirian untuk  cooldown dan stabilkan semula segala rasa di jiwa.

Aku ni lembab sikit kalau bab perasaan sendiri jadi respon aku memang lambatlah. Nak ku katakan tak mengapa, tapi wajah ku membocorkan rahsia yang hati ku hampa. Sedangkan untuk haiwan berevolusi itu mengambil masa beribu-ribu tahun, ini kan pula aku si Maisa untuk berubah secara mendadak. Sebagai contoh,21 tahun sudah aku berniat nak kurus, tidak juga pandai kurus. Niat saja la. Aku harap insan-insan yang aku percaya dapat terima aku seadanya yang sentiasa menyusahkan dengan meminta pertolongan.Aku harap kamupun dapat sesuaikan diri dengan aku yang moodnya sentiasa berubah seperti iguana ? tau iguana tu apa ? Orang kita sebut sesumpah. Ala yang pandai berubah warna mengikut persekitaranya tu.

 Tidak apa tinggalkan aku bersendirian " SEMENTARA" tapi jangan tinggalkan aku selamanya. Aisyeh macam bercinta pula tau. Kalau ada apa-apa kasi tau saja sama sia.

Tarik nafas.. hembus...

Hari ini sia mau pergi lokawi tinguk mungit, gajah, baruang sama binatang yang lain la.


last word : 对不起 (Dui bu qi) .

Selamat Hari Jadi Bapa

Selamat hari jadi bapa !!! Hari ini hari jadi bapa aku juga. Kalau dapat aku undur masa, aku ingin jadi seperti orang lain, yang begitu akrab bersama ayah mereka. Aku tidak tahu, tapi sejarah mungkin membentuk perilaku aku sekarang, aku kekok. Dulunya makan pun tidak mahu semeja, suara, kaki menggegar rumah, setiap hari maki hamun bertukar tangan. Allah. teruknya perangai aku dulu.

Sejak tinggal diluar asrama, aku semakin berubah. Aku menfaatkan masa-masa aku ketika di-rumah, aku memilih tidak bergaduh dengan bapa, sehinggalah sekarang. Cuma aku cemburu, bila lmeihat adik aku bergurau senda dengan bapa, dan aku lihat dia tertawa. Cemburu. Aku tahu, nyawa aku yang bersisa ini belum tentu cukup untuk melihatnya sepuas hati, melihat dia sihat di depan mata.

Ada satu impian, ingin memeluknya seperti kawan-kawan lain yang memeluk, memegang tangan ayah mereka. Selama mana ego ini bertahan. Hujan di hati, tidak berhenti-henti mencurah saat aku menulis. Aku inginkan sebuah memori manis untuk aku kenang kelak bersama bapa.Andai diberi peluang, aku ingin kembali ke zaman kanak-kanak, ingin menjadi anak yang baik agar bapa aku selesa bersama aku kelak.


Al-fatihah. Aku rindu bapa. Semoga panjang umur, diberikan kesihatan dan kuat bersama mama untuk melihat kejayaan aku, kejayaan adik beradik. Agar dapat ku membalas segala jasa dan budi, agar dapat aku hantar kalian berdua mengerjakan umrah dan haji. Allah aku rindu..