Isnin, 11 Februari 2013

hujan is raining


by Maisa Mohamad on Tuesday, March 13, 2012 at 3:05pm ·

hujan..
derai butirnya singah ke daun memori ku..
waktu-waktu macam ni, dengan langit tidak berwarna.. hanya kelabu kosong..
aku merangka ayat menjadi sebuah novel cinta..
watak yang berlakon dalam imiginasi..
aku berikan cinta dan perasaan..


mendung kelabu ni.. perasaan jiwang ku bangkit.. uhaii ayat.. peerrrgghhh.
dah lama membujang.. ayat-ayat cinta ku lusuh tak terpakai.
ingin ku lelong di bundle berdekatan..
namun sayang kononya ia tak mempunyai harga..

melayan perasaan tanpa arah tujuan..
cinta rindu tiada bertempat..
sesat otak mundur empat tapak..
di mana cerita-cerita sedih berpeleseran di kaki kenangan..
ku buang satu persoalan..
yang menyesak dalam pikiran ku...
sesuatu yang aku tak tahu...
entah apa sudah aku melalut..

k babai.. hujan berhenti sudah

0 ulasan: