Isnin, 31 Januari 2011

kurang asam punya CIKGU

Walau tak ada siapa nak menyibuk tapi aku nak share juga. esok umur aku dah genap 18 tahun. aarhhh TIDAK,,dah tua ke aku ni? dan yang pasti, tahun ini juga aku akan amik SPM. ( pembuka jalan untuk aku menentukan my future)

you choice what you want 
SPM ni aku amik subjek +maths ( additional mathematics). Punya lah susah subjek ni. memang perah otak untuk memahami konsep. Al maklumlah, masa form 4, aku memang dalam suasana HONEY MOON. Dulu bila exam hantar kertas kosong. Markah pun macam taik kambing aku tengok.sekarang baru aku menyesal sesangat. +maths memang penting terutamanya bagi siapa yang nak masuk matrikulasi dan form 6 (sains tulen).

Berbalik pada cerita yang aku nak kongsi, bila aku start study seriously, cikgu dia pula yang buat hal. tapi aku memang dah lama tak puas hati dengan cikgu ni start dia jadi PK HAL EWAL MURID. Tiap kali masuk kelas, marah-marah. orang tahu lah dia tension dengan budak bermasalah. tapi WHY budak macam aku jadi mangsa. dengan rotannya yang tak seberapa panjang tu,memekik-mekik marah dan terus marah. kami yang nak study pun macam dah tak ada mood. menyampah giler sampai nak angkat muka tengok whiteboard pun payah.
sebijik macam muka cikgu "C" 
Dan pada suatu hari. cikgu C memaksa kami untuk mendatangani surat perjanjian yang memang rubish! hello teacher, bukan kau yang nak amik SPM. kalau anda di tempat saya memang rasa nak bunuh je cikgu ni. 
"eh kamu ya, markah macam ni tak payah amik add maths ya. drop saja. buang masa saya saja."
Lawak betul cikgu ni. bukan nak membakar semangat, di ludah di pijak semangat orang! dah tu dalam kelas , murid CHINESE YANG dia nak care sangat tu. Agaknya muka orang bumiputra macam muka kami ni nampak bodoh sebab tu dia rasa berat je nak tunjuk ajar kat kami. Ada lah juga member aku menangis. Memang tak patut cikgu sekor ni.
ini lah perjanjian maut antara aku dan Cikgu C 
kalau boleh aku nak jerit dekat telinga cikgu tu yang aku.......
" Wei cikgu, kau dah kaya, ada kereta ada rumah. kami pun nak juga BERJAYA. so ko tak ada hal nak paksa kami DROP ini itu terutamanya ADD MATHS..!!!"

Aku kurang ajar? who care. at least aku tidak hipokrit dan aku berani bersuara. bukan nak berlagak skema depan pengetua. kalau anda sendiri berada dalam kasut saya, anda mesti rasa apa yang saya rasa.




Ahad, 30 Januari 2011

Si pura-pura




Hei,,
Engkau tidak kenal aku
Kau belum tahu siapa aku
Aku memang kawan
Tapi kau lupa 
Aku juga mata sang penilai

Aku berbohong
Pada senyuman yang aku tabur
Tiap anggukan ku akur
Kala bibir berat mengiyakan
Apa yang kau utarakan

Tersangat aku menyampah
Bila kau bercakap besar
Marah mu bertulang ego
Tak lentur mengaku salah
Pada pikiran setan mu
Engkau sahaja yang benar

Arhhh,,,
Bernanah gegendang telinga ini

amboi,,
marah mu berapi-api
habis tempias mengenai aku
mahu mu adalah kemenangan
berlagak peguam di medan perbicaraan
bila salah buat tidak salah 
hanya salam dan ucap maaf
cukup pada rasanya
kawan ku memang sang pendusda

kawan konon
bila senang bersembunyi
entah apa sangka buruknya
engkau kawan pematah semangat
sering mengejek dan menyindir
berlapik pada gurauan semata-mata
berasaskah alasan sebegitu ??

jenis kawan apa macam ini??
bukan hendak memperbetul
malah mengutuk jauh dari hadapan 
kemana pergi sensitiviti itu
yang wajib wujud 
dalam diri manusia bergelar kawan

sekalian pembaca,
aku tahu apa dalam otak anda
jenis kawan apa manusia ini”

Sedarkah anda,,
berapa sangatkah nilai dalam sebuah persahabatan??
dalam permainan saham remaja
menurut pemerhatian aku
dari konteks persekitaran kini
kawan hanya makanan
mereka hanya tahu
saling bersaing, 
saling cemburu
saling bertikam
saling berebut
saling, saling dan terus saling 

Istilah B.F.F
sahih ke kebenarannya??
berapa peratus mahu mengakuinya
mungkinkah anda??

Hakikatnya
hanya 0.001% dalam sejuta manusia
yang mampu menjadi
sahabat dunia akhirat kita


Green_Tea_no_sugar

Khamis, 30 Disember 2010

saya risau..!!

Aku punya cita-cita..
yang dulu sering goyah
dilambung perasaan
di serkah pendapat manusia

aku nak jadi itu
aku mau jadi ini
di hujani nilai ringgit malaysia
mendiami istana impian
duduk di kerusi empuk
berlenang di bawah penghawa dingin
itu lah aku
seorang pelajar yang berangan
berbagai pelan aku rangkakan
strategi perjalan hidup kelak
bermotivasikan pengalaman
orang di sekitar ku
kerna aku takut gagal
aku tak mahu hidup dalam kedaifan
aku nak berjaya
aku nak kaya!!

eh??
mengapa aku resah?
lalu aku bertanya
pada diriku sendiri
wahai hati kecil..
bergembirakah engkau,
apa benar ini pilihan engkau
wahai hati kecil??
lalu dia berbisik padaku,,
Tidak!!
ini bukan apa yang aku mahu..

Kesimpulannya:
manusia sering keliru untuk memilih atau menentukan cita-cita. dalam membuat keputusan, banyak perkara yang perlu di pertimbangkan. namun yang penting,, tanya hati kecil anda. hati kecil akan memberikan jawapan yang jujur. mungkin apa yang kita cita-citakan tidak disenangi orang lain . Yang penting, apa yang di citakan memberi kepuasan pada diri anda.