Sabtu, 18 Jun 2011

kata hati si Mai





Langit menjerit awan menagis
aku duduk termenung
memandang ke luar jendela
membiarkan badai mengenai diri

Dalam keadaan yg gelap bersuluhkan cahaya telefon, perlahan ku angkat kaki ke satu sudut meja, membuka laci dan jari tercari-cari sesuatu.  Bulu tengkuk berdiri tegak tanda hormat pada sesuatu yang aku tak nampak yang memang  seram. Tiba-tiba tangan ku terpegang sesuatu . panjang-panjang, keras-keras  kaler pink.  Arrghhh,,!!! Ape ni??

sebenarnya tu pindrive ku bah . Apa punya saspen bodoh lah

Aku mencucuk pindrive ke speaker, lagu dmasive, seventeen, rama band dan 6th sense mula berlagu sedih lantas membawa minda ku menari ke masa-masa silam untuk ku renungi hari ini. Sedih je dengar lagu ni



Wah dah ramai juga kengkawan aku kat fesbuk, gambar profile semua lawa-lawa, aku je yang masih tak berani nak tayang muka. Hendsem nya orang tu, wah cantiknya pompuan tu then terasa nak add je diorang. Tapi banyak kawan yang lawa-lawa tapi perangai tahap kucing mencuri ikan, baik kawan dengan kucing. Sombong, minta pujik, tukar relationship 1 minggu 3 kali macam nak maki je tapi x boleh tu hak diorang. " Bengong betul kau ni Mai " kataku kepada diriku.

Niat di hati sebenarnya aku nak berjiwang bah ni, tetapi apa pasal tangan ku tulis benda2 macam ni ha? Sekarang otak dan hati ku berpakat nak meluah rasa " kecik " nya terutama sekali tentang keyakinan aku. Errkk x nak lah cerita. Tak bagus membuka pekung di perut.



So aku nak ekspress perasaan ku yang keluh kesah ni


sedar tak sedar,,
hati ku dah lama terbengkalai,,
kosong dan berhabuk,,
suram berwarna kelabu..
masih kelihatan rekahannya,,
dan aku rindu untuk merindu

keliling manusia membawa belon cinta
terapung di udara kehidupan 
dan aku kehilangan tali
dan tak mempunyai cinta itu

satu tika dulu 
aku sakit kerana cinta dan rindu
aku kata aku sembuh
namun kenapa masih ada luka
kenapa kering kontang
mana penghuninya
dan hati menjerit
" aku takut terbunuh sekali lagi "

agaknya kerana silam itu kah?
atau aku belum bersedia
mungkin aku memang tak layak
memiliki apa yang aku mahu
dan lari dari memberi cinta
menafi bila dia kata dia rindu

Aduihai hati,, terlalu awal kau gusar tak kawin
spm masih tak lepas lagi
kenapa perlu kau banyak berfikir
cinta  takkan berlari
melainkan kau mengejar berkali-kali

1 ulasan:

mykhalis berkata...

suspen je