Jumaat, 21 Ogos 2015

Luahan Pendiet

Kemarin katanya sayang hari hilang....


Aku tak boleh halang hati aku untuk menulis. Secangkir teh hijau dan sebuah laptop cukup syarat untuk bermain kata di malam-malam buta. Sepatutnya aku tulis pasal diet atkin bah ni, tajuk dah tulis " Luahan Pendiet" tapi telinga tetiba rasa nak dengar lagu Biar Saja by De Meises, aku apa lagi jwang lah.

Zuan, kau anggap aku macam kucing. Kau pupuk kasih sayang dan kepercayaan, bila kau rasa tidak sayang atau tidak mampu kau buang aku di tepi hutan dengan pesanan, awak jangan cari saya lagi, lupakan saya. LOL. Double meaning maksudnya aku tak nak kau, aku tak kan cari kau lagi. Yelah kot. Itu teori aku lah.

Sungguh hati aku sakit, tapi nak buat macam mana. Aku bukan pendesak dan aku tidak akan memaksa. Aku sedar semakin aku membenci, semakin kuat ingatanku terhadapnya. Hari ini, setidak-tidaknya aku mampu senyum bila terkenang namanya. Sisterm barter antara air mata dan rasa senang hati telah berjaya dilaksanakan.

Zuan,

Setakat hari ini, aku telah happy. Betullah kata kau memang tiada jodoh di antara kita. Dengan rasa rendah hati, aku lepaskan perasaan cinta yang kau ternak dalam diriku ni. Tiada lagi rindu, tiada lagi kenangan, hanya sebuah nama sebagai sejarah  untuk peringatan kelak. Semoga kau jumpa wanita yang kau betul-betul inginkan. Bye-bye.


Isnin, 10 Ogos 2015

blabulabalu

Kau halau aku dalam hidup kau,
kau 'bye-bye' aku dengan sapu tangan,
kenapa dari dulu tidak kau bilang,
sudah lama kau berputus asa.

Sedangkan aku tekun mengait harapan,
kau datang kemari bersua muka,
tidak ingin ku sebut lagi namamu,
berat, sakit, jiwa masih parah.

Aku cari dirimu yang hilang
aku intai kau dibalik pelangi
kau bahagia, ketawa hu ha hu ha
dan aku masih tertanya-tanya

Adilkah?
Kau gembira padahal aku disini membasuh luka
yang setiap sunyi berdarah lagi
adilkah manusia?

aku juga patut bahagia
lebih dari apa yang kau rasa sekarang

Sabtu, 8 Ogos 2015

Putus Cinta

6 Ogos 2015

Akhirnya aku menerima jawapan pasti. Satu kenyataan yang jelas dan yakin, begitu tajam menyembelih perasaan, hatiku mati. Mesejnya seperti racun, akan ku baca bila benih-benih rindu pingin tumbuh . Terima kasih atas penjelasannya.

Banyak yang ingin aku katakan, emosi berbaur bermacam rasa sehinga aku tidak tahu lagu apakah patut aku mainkan sekarang. Baik aku borak dengan otak dan jantung dulu.

Otak : Hei Mai, Hei jantung. Are you ok now. Aku dapat tahu kau confirm break-up kemarin. Betul ke?

Mai : huhuhuhu. Firs time rasa macam mana di kasi putus. Sakit otak, sakit..

Jantung : - silent only
Otak : Tu lah, kau patut bersyukur ini pengalaman " first time" kau. Nanti kalau cucu kau tanya, nenek pernah putus cinta, boleh lah kau sikit-sikit jawap. Ini asam garam kehidupan, kalau manis je tidak advanture lah. Kau tengok novel tu, dalam novel pun ada klimaks ok, bukan suweettt memanjang.

***Mai dan Jantung masih terdiam.

Otak : Tu lah masa syok bercinta dulu tak pernah nak call aku, tanya eh betulkah apa yang aku buat ni. Hurm mau marah engkau berdua ni pun tak guna, nasi dah jadi bubur lambuk.

Otak : Hui aku tengok jantung ni parah benar, dah tak ada rupa jantung langsung. Dasyat. Macam kena ' tebrak' lori. Remuk.

Mai : Dah bisu dah jantung tu, masih trauma la tu. Maklumlah tak pernah-pernah kena break kan.
Otak : Bodoh lelaki tu, macam aku mau pukul saja, hahaha nasib baik aku dalam tengkorak kau. Amboi dulu bukan main, cari peluang kedua, U-turn lah apa lah. Last-last dia yang putus asa. Dia cakap apa ? MUKTAMAD? HAHAHAHA.

Mai : Kalau kau tanya aku, aku betul-betul serius. Aku berusaha pertahankan hubungan ni. Aku kontek dia, aku rendahkan ego, aku hantar sms dia. Last-last dia minta aku lupakan dia. Ikut sedap dia jak, datang pastu pergi. Haish macam aku mau pukul dia juga oh.

Otak : Dah tu? Kau masih terhegeh-hegeh mengenang-enangkan dia? Orang tu dah sendiri suruh kau pergi jauh, jangan cari dia, lupakan dia, siap bubuh perkataan MUKTAMAD. Engkau masih tak redha Mai?

Mai : Hei Jantung, kau jangan diam. Kita nak setelkan cepat masalah ni. Asyik otak "bash" aku sorang je mana aci. Sekarang kau cakap apa perasaan kau sekarang Jantung. Masih sayang kat dia?

Jantung : SMSnya semalam tu dah macam malaikat maut, dia bunuh semua rasa sayang, rasa cinta aku pada dia dulu. Dia petani, yang membaja sayur, dia jaga, dia siram aku dengan kasih sayang, last-last dia masak aku dalam kuali.

Otak : Adei bidaknya sayur lagi tu.

Jantung : Aku rasa parah, tidak bermaya. Luka-luka di tubuh aku ni masih mengalir. Entahlah berapa lama masa baru sembuh. 1 tahun, 2 tahun? Harap cepat sembuh, nanti ndak terkawin si Mai.
Otak : Senang je nak move on ni Jantung, Mai. Kau sibukkan diri. Alihkan fikiran kau, fokus kau, obses kau pada perkara lain. Hei next sem kau akan buat Final Year Projek kan. Buatlah yang terbaik.

Mai : Ya, aku patut syukur. Mesti ada hikmah. Aku boleh fokus. Lagi satu kapel tu haram. Dia tak jaga aku dari dosa malah dia yang menjerumus aku dalam kancah cinta palsu. Bangang.

Otak :Sabar, aku boleh tolong. Nama dia akan aku letak dalam bilik pelupusan. Nama dia, kenangan dia, kata-kata yang kononnya manis tu aku akan buang. Aku akan padam memori kau. Kau setuju?

Mai dan Jantung : Setuju !

Mai : Aku tidak mahu nama dia bermain dalam ruang fikiran aku. Aku tidak kenal siapa dia.

Otak : Ok satu sudah setal. Sekarang aku nak cakap sikit pasal sikap kamu dua orang ni. Dengar sini, kita buat perjanjian. Ambil iktibar dengan apa yang telah terjadi.

NEVER NEVER trust 'cinta maya'  !!!

Sekian saja perbualan kami, si Mai, si Jantung dan si Otak.