Hai blog. apa khabar ? Sihat. Sorry la sebab aku jarang jenguk kau. Aku datang tengok kau bila aku tengah ada masalah. Nampak sangat aku ni pentingkan diri sendiri. Kadang-kadang, aku lebih rela berbual-bual dengan kau ( blog), jantung dan otak, dari bercerita dengan dengan manusia yang punya telinga tapi tidak pula ia mau mendengarnya.
* aku terlupa, Allah lagi Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. astaghfirullah al azim.
Punya lidah tapi tidak bersuara
Tekanan menyesak di setiap sudut otak
Hati memberontak marah
yang tewas hanya pada mata
Idea ku tidak mampu berlari
idea ku disekat di bilik besi
idea liar ku di terikat sakit
cadangan ditolak mentah
tanpa ada sebarang perundingan dibuat
tanpa mendengar aku mengutarakan hujah
hati ku memberontak
bila aku menuntuk hak
bila aku membuat penegasan
aku dibalas ledakan bom suara
aku bersalah tanpa ada membela
Mungkin nada bahasa ku tidak dihormat ?
mungkin rangkai kata ku mereka cuak ?
atau musim hormon berjongkat jongkit didalam badan
turun naik mengusutkan emosi, aku sensitive
sakit wanita
salahkan saja pada si ovum
biarkan ia tanpa diwakili sebarang peguam..
Aku mempositive kan diri
Ahad, 30 Mac 2014
Omong jantung
Ahad, 23 Februari 2014
Kurus
Gemuk
Itu la aku, asyik di panggil gemuk sejak aku menjejak kaki ke tadika lagi hingga la sekarang. Aku sedih tapi aku tiada hak untuk menafikan hakikat ini. Setiap kali di ejek, aku tak mampu marah, aku telan perit perasaan.
Aku manusia yang kurang berkeyakinan. Aku rendah diri disebabkan bentuk tubuh aku yang gemuk.
Setiap awal tahun baru, aku akan memasang azam untuk kurus. Tapi aku hanya hangat-hangat najis ayam. Sehingga hari ini badan aku masih di saluti lemak yang berlapis-lapis. Aku benci badan aku.
Mungkin orang sekeliling aku melihat aku seorang yang tak kisah, seorang yang ceria dan sentiasa gembira. Tapi sebahagian kecil diri aku seorang yang murung, sentiasa kecewa dan tertekan.
Berat maksimum yang pernah badan aku tampung adalah 94 kilogram. Aku terkejut semasa buat medical checkup. Sejak hari itu aku cuba cari cara untuk kurus, dalam otak aku pelbagai alternatif yang agak mahal dan berbahaya iaitu menggunakan produk kurus. Tapi aku ada otak, dan aku tak sebodoh itu.
Akhirnya aku terjumpa dengan blog http://bicikut.blogspot.com/ . Blog ini memperkenalkan aku dengan diet ATKINS, diet rendah karbohidrat. 1 bulan pertama, aku berjaya mendapatkan berat badan aku yang obesiti biasa iaitu 85 kilogram. Dan kini aku hanyut semula. Aku menipu dalam diet aku sendiri.
Kalau dulu, aku nak kurus disebabkan aku nak orang terima aku, aku nak mereka berhenti mengejek aku. Aku nak popular, aku nak ada kawan lelaki, aku nak bercinta. hehe.
Tapi sekarang, aku kurus bukan untuk itu semua tetapi untuk diri aku. Aku dah lama sangat gemuk, kini tiba masanya aku nak merasa kurus. Bukan apa, aku kesian tengok mak aku cari duit untuk aku. Baju plussize bukannya murah. Baju muslimah ? hok aloh lagi la mahal. Kesian kan aku. Aku nak beli baju lengan panjang, tutup aurat. Tapi size baju semua kecil-kecil. Aku takde pilihan.
Aku betul-betul nak kurus. Dalam kelas aku, aku seorang saja yang gemuk. Aku tak nak tertinggal dalam hutan sebabkan aku lambat, lembab dan semput. Aku nak fit, aku nak mantapkan stamina aku. Sekarang aku rajin berjoging dan berzumba. Syukur alhamdullilah. Ramai kawan-kawan yang menyokong aku. Terima kasih kamu orang :)
karya si Mai jam 7:35 PTG 1 ulasan
Label: Diet Atkins
Isnin, 10 Februari 2014
Ngomong kosong
" Lelaki ini mudah saja nak kenal hati mereka. Bila mereka selalu hubungi anda, bermakna anda lah insan yang paling dekat dihati dia masa tu. Kalau anda tak layan atau tak pedulikan dia pun, dia akan tetap selalu cuba hubungi anda. Tapi if one day bila anda tersedar yang dia langsung tak hubungi anda, bermakna sudah ada perempuan lain yang menghiburkan hati dia "
Jantung ku tersadung lagi. Nyaris-nyaris aku terjatuh. Sedikit calar. Kadang aku terpikir, adakah aku seorang pecundang. Seorang pejuang yang pulang dengan kecewa. Aku terpikir sejenak. Aura negetive menyelubungi. Berkepul-kepul melemahkan benteng jati diri sendiri.
Otak : Lagi-lagi cinta. Poyo. So kali ni dengan siapa lagi Mai ??
Mai : DIAM lah !!!
Otak : pejuang cinta konon. Arjuna ? Baik kau berjuang belajar macam mana nak skor subjek Statistik dan Kimia.
Mai : Jantung punya pasal la ni !! Dia punya salah la ni. Eii menyusahkan betul lah.
Jantung : Aku.. ( menangis )
Otak : Ei Mai napa kau marah Jantung. Bukan dia salah. Dah nama dia jantung. kalau dia otak, dia takkan buat semua ini.
Mai : Habis tu.. Aku nak buat macam mana lagi otak. Aku penat la. Penat biji mata aku berair.
Otak : Jantung, kau, aku tak salah. Kita bertiga kena ingat, walaupun lelaki cakap tak semua lelaki sama, tetapi lelaki tipikal kebanyakannya sama.
Mai : So macam mana, nak lost contect like usual ?
Otak : Tak payah la sampai macam tu. Aku nak kau, jantung redha. Berserah. Dan please berhenti berharap. Kes berharap-harap apa ka jadah la jadi macam ni, korang tau tak !
Jantung : maksud kau otak ?
Otak : Let it be. Hei Allah tu ada. Dia dah plan baik punya untuk kita. Kita ini hanya merancang, tapi Allah Maha Berkuasa. So mintak la, berDoa lah minta pada Allah. Ni la ni. Ini la akibat bila ibadah wajib sengaja tinggal. Tu la jantung tu tak kuat. Iman lemah. Hati kosong, mudah berputus asa.
Mai : Maksud si otak, kau tak payah berharap-harap lagi. Wei jantung, tak berbaloi wa cakap dengan lu. Hei tak penat ke merindu-rindu ni. macam bodoh je aku tengok kau. Sumpah !
Otak : Eleh, yang kau emosi tu kenapa ? ops terlupa pula, orang tengah period kan. Kena tinggal oleh sang ovum. Tu yang jiwa sensitif. huhu
Mai : Kau diam la jantung.
Otak : Jantung, I know U kuat. Ko jangan sedih lagi. Aku ada, aku akan backup kau. Ingat cakap aku. Berhenti berharap ok. Just anggap kau dan dia hanya kawan. Itu langkah selamat. Trust me. Aku tak nak tengok kau terluka lagi.
Jantung : Thanks bro :')
Sekian terima kasih
karya si Mai jam 11:51 PTG 0 ulasan
Label: Otak dan Jantung
Langgan:
Catatan (Atom)