Selasa, 1 Mac 2011

biodata Dadai

Arwah Dadai
Nama : Dadai
Jantina : betina
Tarikh Lahir : rahsia... huhu
Tempat lahir : atas zink rumah Maisa Mohamad
Tempat Tinggal : bilik Mai
Nama ibubapa : Si Tegap dan Si Oren
Status : sudah berkawin
Personaliti : agak sombong, seksi. jahat, pemalas dan pemarah
Hobi : tidur, makan, tangkap cicak, tidur dan makan
Makanan kegemaran :



Ini lah arwah kucing aku



Pada suatu hari yang tidak ku pasti bila maka lahirlah seekor kucing betina bersama-sama dengan adik-beradik ia. Kucing betina berwarna tiga macam yang kelihatan agak besar, comel dan tidak mesra itu ku beri nama Dadai. Dadai yang tak memberi apa-apa makna. Masa menjaga dia dan adik beradik dia memang  betul-betul mencabar jiwa dan emosi. Semakin dia membesar semakn berbau bilik ku dek aroma dari bahan kumbahan mereka. Masa tu memang tak bolah nak bernafas tapi di sebabkan tanggungjawab aku harungi jua.



Aku masih ingat arwah kucing aku, si oren iaitu mak si Dadai. Masa dia lahirkan diorang adik beradik, dia ada penyakit pelupa dan cepat panik. Dia selalu pindakan anak-anak dia. Kejap atas bumbung, kejap kat dalam bilik adik aku dan entah mana lagi yang akhirnya telah mengambil nyawa adik beradik si Dadai. Akhirnya tinggallah Dadai si kucing ego itu bersama ku.



Aku masih ingat lagi, Si Dadai ni memang agak pasif, dia tak suka orang pegang dia, mesti dia merengus dan melarikan diri. Sampai sekarang dia masih tak berubah.
Pada satu hari aku kehilangan dia, dalam hatiku berkata mungkin dia dah pindah di rumah jiran. Aku ada juga tanya budak-budak kampung kalau nampak kucing aku tapi jawapan yang aku terima hanya menghampakan dan membuat aku putus asa.



Sebulan kemudian, budak-budak kampung jumpa aku membawa khabar gembira, Dadai aku telah dijumpai. Masa aku ambil dia keadaan dia memang teruk. Mata kanan dia merah, bengkak dan seperti nak terbonjol keluar, badannya kotor penuh dengan lumpur dan dia ter sangat-sangat kurus. Dengan perasaan geli, takut dan kesian  aku bersihkan dan ubati mata dia meskipun aku tak berpengalaman. Akhirnya dia sihat sepenuhnya walaupun mata kanan dia agak juling sikit kesan dari penyakit matanya dulu. Yang penting dia kembali comel dan hubungan kami semakin akrab.
     
                                     
                                               
                                                                                                                                   Bersambung..                                                             



buat bodoh

bagaimana caranya agar engkau mengerti,,
yang selalu di hati hanyalah dirimu,,
sudah berbagai cara telah ku lakukan,,
walaupun harus terjatuh aku takkan menyerah..

Assalamualaikum dan haloo kepada makhluk yang tengah berada di hadapan skrin komputer. Sebelum diriku meneruskan bicara ini, izin kan aku mengutarakan soalan yang jumlahnya tak banyak pun kepada anda semua. Adakah nyamuk buang air besar atau secara kasarnya berak??

Tetiba je soalan ni terketar-ketar dalam minda?? Nak kata lawak memang lawak pun. Cuba bayangkan najis nyamuk yang begitu kecil terapung-apung di udara, melekat kat pipi masa kita tengah tengok tv, terjatuh dalam makanan yang memang sedap. Cuba bayang kan bah??

hmm.. Perasan tak, owner blog ni merepek je dari tadi. Actually, Minda dan jiwa ku kosong ketika ini. So aku buat-buat memikirkan something yang menggeletek jiwa. Kau faham ke tak, aku pun tak pasti sebab aku pun tak tau. Kesannya aku turut  tak tahu nak taruh tajuk apa kat entry ini.