Memaparkan catatan dengan label Love Story. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Love Story. Papar semua catatan

Jumaat, 4 September 2015

Surat terbuka untuk Redzuan

Assalamualaikum,


Hai Zuan, aga kareba ( apa khabar in Bugis language) ? Aku harap kau sihat, kerja pun baik-baik, dan sentiasa gembira walau dimana kau berada. Sampai sekarang aku tak lupakan kau. Aku cuba bencikah kau tapi aku tiada sebab, kerana sepanjangan perkenalan kita, kau banyak membantuku fikiranku. Dan aku patut berterima kasih dengan nasihat kau.

Aku nak teks kau, tapi kau cakap jangan ganggu kan, jangan cari kau lagi. Tidak apalah. Aku harap semua kata-kata yang terzahir ini sampai kedalam mimpi mu. 

Hei Zuan, aku dah move on. Aku dah terima hakikat tentang hubungan kita. Hari Ahad ini aku dah balik UMS. Aku dah masuk tahun akhir dan akan buat Final Year Project. Aku janji pada diri aku, aku nak berubah untuk diri aku sendiri, bukan untuk kau, bukan untuk orang lain.

Kalau bukan sebab kau tinggalkan aku, aku takkan bersemangat NAGA seperti ini. Kau umpama api yang melecurkan membren hati, tapi kau juga membakar enjin aku yang lama mati. Terima kasih Zuan atas tindakan kau. Aku bersyukur sangat, akhirnya aku mampu lihat hikmah disebalik semua ini.

Aku takkan membenci kau. Aku maafkan kau. Aku terimah dengan redha keputusan kau. Terima kasih banyak-banyak Redzuan. 


Rabu, 2 September 2015

gagah

Peristiwa semalam,

menjadikan siapa diri aku pada hari ini. 
Luka yang kau tabur garam 
beransur-ansur pulih. 
Setelah lelah ku berperang dengan perasaan, 
akhirnya aku cuba berdamai dengan takdir. 
Tiada guna ku memberontak marah, 
kerna akhirnya rugi ku perolehi
pasrah dan aku pada hakikat

Kau adalah kejatuhan ku
Kau juga kekuatan ku pada hari ini
terima kasih kerana pergi
sungguh jika tidak, aku sendiri tidak tahu
setabah mana mampu aku tangani

Putus cinta adalah simbol kegagalan. Kita tak boleh nak elak, sudah jadi norma kehidupan, ada turun naiknya. Isunya sekarang adalah hari selepas kejadian, sama ada kau nak hanyut dan lemas dalam kolam kecewa atau bangkit untuk terus berjalan.

Semoga perkara yang menjatuhkan semangat hidupmu akan menjadi penjana utama kekuatanmu dikemudian hari. Coretlah  kejayaan tanpa bayang-bayang penyesalan. Bertabahlah jiwa.

Sabtu, 22 Ogos 2015

I miss you


Angin, tolong sampaikan rinduku padanya. Aku tak lagi punya kekuatan seperti dahulu untuk menyatakan ia. Aku sangka aku setabah hang tuah namun malam ini tapak hatiku sedikit goyah. 

Patutkah aku mempertahankan perasaan aku dan memaksa dia ?
Aku bukan manusia yang pentingkan diri

Otak : Kalau kau betul-betul sayang, seharusnya kau mempertahankan, perjuangkan ia Mai..



Jumaat, 21 Ogos 2015

huhaii

by Maisa Mohamad on Saturday, March 17, 2012 at 12:10pm ·

otak : hujan is raining now.. apa tunggu jiwang kerek lah kau

jantung : gilak lah kau otak, mana boleh memain paksa.. kena luhur dari dalam hati ni..

otak : eleh, padahal maluk2 lagi bah mau cakap.. aku tahu apa yang kau tengah pikir, aku kan otak

jantung : tapi kau tak tau apa yang aku rasa kan.. otak mana ada perasaan, kau tu main pikir logik je

otak dan jantung bermasam muka seketika bersama kitkat................

Jantung : can I say something about love.. would you listen?? ( tiba2 sepeking BI )

otak : ceritak lah ko.. nanti aku kasi conclusion.. tapi cakap melayu ok, pasal aku bahasa omputeh ndak berapa bijak

duluk-duluk, saya pernah jatuh cintak.. jatuh je lah, bercintanya tak pernah.. huhaii sedih2 sudah ni.. ye lah sukak orang je. org sukak aku takde lah pulak.. its sowkey.. aku paham jua, maklum lah, tak menepati ciri2 yg dicari kali..

jadi.. errkkk entah lah, ada lah beberapa episod cinta maya terkena sama saya.. ish2x.. pergghh penangannya tu bukan alang2 frust ku.. sohaii lah saya otak, baru itu, sudah bulih aku frust2.. ih puiikkk nyampah jugak aku dgn diri sendirik..

aaaa,, sometime, I tell myself, never let my soul tanggalam dengan cintak2.. terbawa-bawa, hanyut.. then lemas..

tapi sekalang ini ha, mcm saya jatuh lagi wow.. hepy jugak, lisau jugak.. aku percaya bukan aku je ni rasa sebegitu.. aku mau tanya tapi,, bia r dia.. biar dia bicara sama hatinya sendiri.. yg penting aku sudah kasi tau ko otak.. kitakan soul mate.. biar kau ni jahat otak, tapi tanpa kau, bagero aku.. tanpa kau, anu apa negetive hidup aku..

otak : uinaaa panjangnya ko sakap.. penat aku membaca. tidur duluk aku.. wkwkwkwkw.. btw, give ur heart to cintak2 ni.. pasal cintak2 ni siuk sikit2 jugak bah.. hope u will learn something new from ur relationship.. tapi learn bagus2 ha.. jangan noty2.. ku katuk kapala mu tu..

ok babai.. si jantung dan otak berbaik semula..

Tiba-tiba saya ada kapel, yey

by Maisa Mohamad on Friday, March 16, 2012 at 11:53pm ·

otak : pernah terpikir nak jatuh cintakkk??

jantung : geleng-gelengkan kepala...

otak : berani hadapi cabaran?? cukup power..?? sudah sediakah anda..??
jantung : geleng-geleng kepala..

otak : habis tu.. berciwik ciwik lagi kau.. ( tersengih )


jantung : aku nak bagi peluang dirik ku sendiri bah. ndak kau kasian meh sama hati saya..
otak : eleh.. puiikk.. katsian mu lah..

Kesian hati si mai.. selalu jugak dia berangan kalau time hujan.. tapi kawanya si otak ni entah, terlampau skema kali ya.. orang mau berjiwang pun selalu di larang-larangnya.. katanya tiada guna.. sepiking saja kunun

Jantung : mau aku berjiwang.. mcm-mcm ayat power aku nak luah ni..

Otak : bagus kau diam2,, tiada jugak org nak baca.. bukan siuk pun jiwang mu..


ish2x.. cemburu bah otak ni. dia kan xde perasaan mcm si jantung..














haha bagero cerita mu ni mai... seki

Repekan berganda

I miss him..

Untuk sekian kalinya aku menjejakkan kaki semula ke Sandakan setelah hampir 10 tahun berada di negeri orang. Menghirup udara yang masih di baluti kabur. oh syoknya.

tot.. tot.. tot.. tot.. bunyi mesej.

from Razif Rahim : where r u mai??
aku tersenyum sejenak. betapa dalamnya rindu ku terhadap jejaka ini. Apa khabar dia agaknya sekarang? sihat ke dia ? masih kacak ke dia seperti kali terakhir aku bertemu. dah kawin ke belum?? semua soalan berasak-asak tuk di luahkan. aku mengorak langkah dengan getaran di lutut. huhu agak nervous bah.

Di sisi jalan, sebuah kereta Mazda berwarna black metallic sedang "parking", cantik dan mewah pada pandangan ku. Namun bukan itu yang mencuri perhatian. Di tepi kereta, seorang lelaki berbadan sedang, tinggi dan berkulit sawo matang berkaca mata hitam sedang berdiri sambil melihat jam di tangan kirinya beberapa kali.  Detak detup jangtung semakin kencang. tulang lutut mulai terasa longlai melangkah ke depan. aku semakin nervous.Assalammualaikum. Hi ajip..!
aku memaksa memperleberkan senyuman ku. Agaknya dia terkejut ke tak  tengok penampilan aku sekarang? ye lah, 90% dah berubah, entah kenal ke tak dia kat aku. well mai sekarang dah lawa, dah kurus. Tak macam mai yang dulu.

Razif menanggalkan cermin matanya perlahan-lahan. kelihatan kedua kening tebalnya menjadi rapat, dahinya berkerut. Binggung berangkali.
mai? maisa kah ni.. fuiyooo...
aku ikut tergelak. aku mengambil kesempatan menatap wajahnya, matanya, gelaknya, semua tentang dia aku rindu. dah macam jeruk sudah cinta tak berbalas ku ni. kalau la aku boleh beritahu dia tentang perasaan ku yang sekian lama aku perap ini.

************************************************************************************************************
Untuk semingu aku akan berada di Sandakan. Razif sudah berjanji dengan aku yang kami berdua akan meluangkan masa bersama . macam-macam kami plan aktiviti untuk seminggu ni. semua berbunyi seperti menarik. lepak kat pantai, tengok wayang, berkelah di pantai, naik pedal boat kat tasik dan macam-macam lagi lah

sketsa khayalan..

tot..tot..tot.. bunyi mesej berbunyi


from : Razif Rahim
where r u mai..??
aku tersenyum sejenak dan ku teruskan langkah sambil tangan menarik beg bagasi menuju ke perhentian bas. Di sana Razif berjanji menjemputku.

Ex Boipren




Luahan Hati

Redzuan Bin Sahrin,


Assalamualaiku zuan. sudah makan ? sihat hari ini. Harap-harap ko sihat la ye. Zuan, sudi ke kau mendengar cerita aku ni. 

Sebelum-sebelum ni, aku kau kawan biasa sahaja dalam facebook. Dulu kau pernah cakap dekat aku, kau tak nak ingat, dan tak ingat apa-apapun orang tersebut dan yang berkaitan dengannya kalau kau dah buat keputusan tak mau ingat. Macam berbelitkan. Ko faham ka ni ? Baca perlahan-lahan. hehe. Aku pun macam kau zuan, kalau aku rasa benda tu tak penting, aku takkan ingat sikit pun. 

Kenapa aku cakap macam ni ? Sebab aku tak ingat langsung apa yang aku chat dengan kau dalam tempoh kita berkawan dulu-dulu. Aku tak pasti sama ada aku pernah kelentong, bohong-bohong sikit ke, atau aku terjujur dalam semua cerita-cerita aku. Aku tak ingat la zuan. Dulu, bagi aku kawan di facebook ini macam angin, datang dan pergi sesuka hati. Jadi aku rasa tak penting, tak perlu nak kongsi apa-apa pun.

1 perkara yang mengingatkan aku sama kau, adalah gambar monyet korek hidung. Aku sengaja tag nama kau. Kalau tak silap aku, aku memang sengaja nak kena kan kau. Hihi. Aku rasa kau memboringkan, sebab hari-hari soalan yang sama saja kau ajukan. Sudah kau makan, apa kau buat. Tapi yang peliknya, aku tetap jawap soalan-soalan kau tu zuan. 

Pernah 1 hari kau call, anggak panjang perbualan kita pada malam tu. Kau beritahu aku, siapa yang mula-mula add di antara kita, siapa yang mula-mula minta nombor telefon. Kau juga beritahu aku yang aku pernah lost kontek kau. Rasanya. Aku tak ingat. Mungkin waktu tu aku tengah belajar di Matrix Labuan.

Lepas aku habis belajar di Matrix, baru aku dapat fokus dengan chat kau. hehe. Baru balas mesej kau betul-betul. Yang aku tahu, kau suka kucing. Kalau nak tengok kau cakap banyak, ceritalah topik pasal kucing. Time tu, aku tak pernah sedikit pun menilai kau ni jenis orang yang macam mana. Aku just teruskan persahabatan kita. Yang buat aku suka chat dengan kau, ada masa kau suka bagi ceramah dan nasihat. Tak tau kenapa, aku takut kau zuan. Kadang-kadang aku upload gambar aku yang terbuka aurat, lepas tu kau tegur. Nasib baik la aku tegur cara yang betul dan berhemah. Kalau tak, tak tau la.

Lama kelamaan, aku dapat rasa cara kau layan aku pelik semacam. Tapi aku buat biasa sahaja, sebab aku tak nak perasan lebih-lebih. Hari demi hari, aku rasa nak kenal kau lebih sikit. First aku tanya kau pasal kau ni mualaf ke, kau ni pernah bercinta ke ? pernah couple ke. Ye la aku tengok kau macam alim. Selalu nasihat-nasihat kan aku. Kau selalu marah aku kalau aku tak makan, kalau aku sakit. Aku tak faham kenapa kau marah zuan. Sampai sekarang. ( garuk-garuk kepala ).

Tiba-tiba, masa hari lahir aku yang ke 21, kau cakap kau sukakan aku. Aku pun sebenarnya memang ada simpan perasaan kat kau sikit. Tapi aku masih takut, sama ada kau serius ke tak. Aku set mind aku, kalau ada jodoh, In Sha Allah akan bersama.

******************************************************************************

Sehari sebelum hari jadi aku yang ke 22 tahun, iaitu 31 January 2015, dia telah memutuskan aku. Sharp, macam sembelih leher ayam. Taniah Redzuan. ( Update 21/8/2015)















Luahan Pendiet

Kemarin katanya sayang hari hilang....


Aku tak boleh halang hati aku untuk menulis. Secangkir teh hijau dan sebuah laptop cukup syarat untuk bermain kata di malam-malam buta. Sepatutnya aku tulis pasal diet atkin bah ni, tajuk dah tulis " Luahan Pendiet" tapi telinga tetiba rasa nak dengar lagu Biar Saja by De Meises, aku apa lagi jwang lah.

Zuan, kau anggap aku macam kucing. Kau pupuk kasih sayang dan kepercayaan, bila kau rasa tidak sayang atau tidak mampu kau buang aku di tepi hutan dengan pesanan, awak jangan cari saya lagi, lupakan saya. LOL. Double meaning maksudnya aku tak nak kau, aku tak kan cari kau lagi. Yelah kot. Itu teori aku lah.

Sungguh hati aku sakit, tapi nak buat macam mana. Aku bukan pendesak dan aku tidak akan memaksa. Aku sedar semakin aku membenci, semakin kuat ingatanku terhadapnya. Hari ini, setidak-tidaknya aku mampu senyum bila terkenang namanya. Sisterm barter antara air mata dan rasa senang hati telah berjaya dilaksanakan.

Zuan,

Setakat hari ini, aku telah happy. Betullah kata kau memang tiada jodoh di antara kita. Dengan rasa rendah hati, aku lepaskan perasaan cinta yang kau ternak dalam diriku ni. Tiada lagi rindu, tiada lagi kenangan, hanya sebuah nama sebagai sejarah  untuk peringatan kelak. Semoga kau jumpa wanita yang kau betul-betul inginkan. Bye-bye.


Isnin, 10 Ogos 2015

blabulabalu

Kau halau aku dalam hidup kau,
kau 'bye-bye' aku dengan sapu tangan,
kenapa dari dulu tidak kau bilang,
sudah lama kau berputus asa.

Sedangkan aku tekun mengait harapan,
kau datang kemari bersua muka,
tidak ingin ku sebut lagi namamu,
berat, sakit, jiwa masih parah.

Aku cari dirimu yang hilang
aku intai kau dibalik pelangi
kau bahagia, ketawa hu ha hu ha
dan aku masih tertanya-tanya

Adilkah?
Kau gembira padahal aku disini membasuh luka
yang setiap sunyi berdarah lagi
adilkah manusia?

aku juga patut bahagia
lebih dari apa yang kau rasa sekarang

Sabtu, 8 Ogos 2015

Putus Cinta

6 Ogos 2015

Akhirnya aku menerima jawapan pasti. Satu kenyataan yang jelas dan yakin, begitu tajam menyembelih perasaan, hatiku mati. Mesejnya seperti racun, akan ku baca bila benih-benih rindu pingin tumbuh . Terima kasih atas penjelasannya.

Banyak yang ingin aku katakan, emosi berbaur bermacam rasa sehinga aku tidak tahu lagu apakah patut aku mainkan sekarang. Baik aku borak dengan otak dan jantung dulu.

Otak : Hei Mai, Hei jantung. Are you ok now. Aku dapat tahu kau confirm break-up kemarin. Betul ke?

Mai : huhuhuhu. Firs time rasa macam mana di kasi putus. Sakit otak, sakit..

Jantung : - silent only
Otak : Tu lah, kau patut bersyukur ini pengalaman " first time" kau. Nanti kalau cucu kau tanya, nenek pernah putus cinta, boleh lah kau sikit-sikit jawap. Ini asam garam kehidupan, kalau manis je tidak advanture lah. Kau tengok novel tu, dalam novel pun ada klimaks ok, bukan suweettt memanjang.

***Mai dan Jantung masih terdiam.

Otak : Tu lah masa syok bercinta dulu tak pernah nak call aku, tanya eh betulkah apa yang aku buat ni. Hurm mau marah engkau berdua ni pun tak guna, nasi dah jadi bubur lambuk.

Otak : Hui aku tengok jantung ni parah benar, dah tak ada rupa jantung langsung. Dasyat. Macam kena ' tebrak' lori. Remuk.

Mai : Dah bisu dah jantung tu, masih trauma la tu. Maklumlah tak pernah-pernah kena break kan.
Otak : Bodoh lelaki tu, macam aku mau pukul saja, hahaha nasib baik aku dalam tengkorak kau. Amboi dulu bukan main, cari peluang kedua, U-turn lah apa lah. Last-last dia yang putus asa. Dia cakap apa ? MUKTAMAD? HAHAHAHA.

Mai : Kalau kau tanya aku, aku betul-betul serius. Aku berusaha pertahankan hubungan ni. Aku kontek dia, aku rendahkan ego, aku hantar sms dia. Last-last dia minta aku lupakan dia. Ikut sedap dia jak, datang pastu pergi. Haish macam aku mau pukul dia juga oh.

Otak : Dah tu? Kau masih terhegeh-hegeh mengenang-enangkan dia? Orang tu dah sendiri suruh kau pergi jauh, jangan cari dia, lupakan dia, siap bubuh perkataan MUKTAMAD. Engkau masih tak redha Mai?

Mai : Hei Jantung, kau jangan diam. Kita nak setelkan cepat masalah ni. Asyik otak "bash" aku sorang je mana aci. Sekarang kau cakap apa perasaan kau sekarang Jantung. Masih sayang kat dia?

Jantung : SMSnya semalam tu dah macam malaikat maut, dia bunuh semua rasa sayang, rasa cinta aku pada dia dulu. Dia petani, yang membaja sayur, dia jaga, dia siram aku dengan kasih sayang, last-last dia masak aku dalam kuali.

Otak : Adei bidaknya sayur lagi tu.

Jantung : Aku rasa parah, tidak bermaya. Luka-luka di tubuh aku ni masih mengalir. Entahlah berapa lama masa baru sembuh. 1 tahun, 2 tahun? Harap cepat sembuh, nanti ndak terkawin si Mai.
Otak : Senang je nak move on ni Jantung, Mai. Kau sibukkan diri. Alihkan fikiran kau, fokus kau, obses kau pada perkara lain. Hei next sem kau akan buat Final Year Projek kan. Buatlah yang terbaik.

Mai : Ya, aku patut syukur. Mesti ada hikmah. Aku boleh fokus. Lagi satu kapel tu haram. Dia tak jaga aku dari dosa malah dia yang menjerumus aku dalam kancah cinta palsu. Bangang.

Otak :Sabar, aku boleh tolong. Nama dia akan aku letak dalam bilik pelupusan. Nama dia, kenangan dia, kata-kata yang kononnya manis tu aku akan buang. Aku akan padam memori kau. Kau setuju?

Mai dan Jantung : Setuju !

Mai : Aku tidak mahu nama dia bermain dalam ruang fikiran aku. Aku tidak kenal siapa dia.

Otak : Ok satu sudah setal. Sekarang aku nak cakap sikit pasal sikap kamu dua orang ni. Dengar sini, kita buat perjanjian. Ambil iktibar dengan apa yang telah terjadi.

NEVER NEVER trust 'cinta maya'  !!!

Sekian saja perbualan kami, si Mai, si Jantung dan si Otak.




























Khamis, 2 Julai 2015

Move On Update

Assalamualaikum,

Dear Redzuan Joutih,

I HATE YOU !

Secara teknikalnya adakah perasaan ini benar-benar cinta ? Aku belum melihat kau dengan deria penglihatan ku, aku belum tengok saiz kau, tinggi kau, warna kulit kau. Adakah perasaan aku ini benar-benar cinta ? Tapi mengapa hati aku sakit zuan?

Entah dari mana kau datang, muncul dan menjadi manusia penting dalam hidup aku, aku sendiri buntu. Hebat permainan kau. Kau culik hati aku, kau bawa lari, kau hipnosis perasaan aku sampai aku sanggup makan TUHAU lepas tu kau bunuh cinta aku. Kau pembunuh zuan. Aku benci kau !!!

Aku tak tahu kenapa aku bodoh. Mensedekah, memperjudi perasaan ekslusif aku untuk kau yang hadir tanpa rupa. Mahal perasaan aku. Kau buang aku secara paksa. HEBAT!!!

Aku ingat lagi malam 31 Januari 2015, tiba-tiba entah apa kau cakap aku lupa tapi dalam erti kata lain, kita berpisah. Tegasnya kau memutuskan keputusan. Aku menangis teruk malam tu. Hadiah terindah yang kau beri untuk aku. Esoknya aku pusing 1 Sandakan sebab tension. TQ pada kawan aku.

Malam tu, pertama kali kau buat aku menangis. Esoknya juga sepatutnya hari jadi aku dan setahun hubungan haram kita (bercinta sebelum nikah). 4 hari kemudian, aku memperolehi keyakinan untuk move on tapi kau minta aku mencari pusing U-turn. Kepala hotak kau !

Aku tidak tahu bagaimana aku jatuh terjelupuk, aku tidak tahu macam mana aku boleh terkandas dengan janji-janji lelaki. Argh sungguh banyak  betul kau tanam tebu sepanjang perkenalan kita,

Sungguh aku masih mentah zuan, masih tidak peka dengan permainan kau. Aku tidak tahu maksud tersirat dan tersurat dengan setiap apa yang kau kata. Aku bodoh, aku bangang tapi bukan forever.

Kalau dulu, masih bersisa harapan melekat di dinding hati, yang kau datang cari aku kembali. Sinis. Kau tidak akan zuan. Ludah tidak sesekali kau jilat kembali. Dan aku dungu, masih bersikap optimis, dengan ayat pebret " jodoh tidak akan kemana " kau biarkan aku hanyut tergapai-gapai mengharap dolfin datang menyelamatkan aku di Lautan Sulu ini.

Hei zuan, cakap je lah kau dah bosan dengan aku kan senang.

Penat, aku sudah lelah. Malam ini mungkin yang terakhir aku menangis pemergian mu dari hidupku. Kau happy-happy sana, usha-usha cewek di COC, suka hati kau lah. Kalau kau boleh hidup gembira, mengapa aku terkecuali. Aku patut merayaikan kebujangan aku tanpa Beban. Bebas. Jimat.

Kau buang aku macam sampah, aku begitu jua. Aku tidak mahu mengingati apa-apa kenangan berkaitan dengan kau. Kau hanya ilusi macam CyberBot, wujud hanya bila ada internet connection sahaja. Nasib lah belum jumpa dengan kau dalam realiti. Aku tak tahu lah apa jadi dengan perasaan aku nanti. And I wish it will never happen.

Move on tu payah, mesti rajin update macam antivirus juga.

Sekian.






















Ahad, 14 Jun 2015

qwertyuiop

Falling in love is not a good idea..

Andai melupakanmu memerlukan separuh umurku ?
Aduh, kuat lah wahai hati yang satu
segerakan pelupusan perasaan ini
semoga cinta yang wujud
mereput, degrasi seiring waktu


Entah, aku lupa cara untuk melupa
memaksa fikiran lumpuh ingatan
memadamkan memori tanpa figura nyata
sesuatu, yang wujud
sungguh hingga kini aku tidak nampak
benar-benar mencuri jiwa
adakah kerana suaranya ? (tidak)
rupanya ( lagilaah)
aku tak tahu.


cinta yang "pop" tiba-tiba
mungkin dari janji-janji manis
yang dulu masih berbentuk benih
tapi kini berakar tunjang dalam diri

mana racun, bagi mati tumbuhan asmara ini
biar kering daun, biar kontot akar yang menjadi
aku tidak mahu dia abadi
nanti terkenang-kenang aku sendiri yang pedih

Sedih....
aku sedih
kau tidak pernah usaha hubungi aku lagi
walau sebagai seorang kawan
seperti aku pula terhegeh-hegeh
menyelamatkan hubungan
walau sekadar teman biasa

Sudahlah
masuk bahai hitam lah janji mu
sa tidak percaya lagi





Sabtu, 13 Jun 2015

Tanak Wagu

Suara hati diminta bisu..
menjadi rahsia gembira seorang wanita

memberontak walau jasad terpaksa akur
turuti permintaan-nya membelakangi mahuku

Memang jelas benar apa yang dia kata
rahsia sehingga harinya tiba
kalau begitu, sanggupkah kau menemui
bila kau yakin untuk menikahi aku

Ku rasa semua ini drama manusia
menghalalkan cara yang haram 
atas dasar cinta kononnya
ternyata dusta palsu dan tipu

Terlalu jauh kau hanyut wahai jantung
terpalit dengan gula yang dia tabur 
di setiap janji dan kata-kata
hingga kau lupa realitinya belum kunjung tiba

Untuk bisu, aku perlu hapus memoriku
simpan semua harapan bahagia dalam plastik hitam
bungkus !! buang dalam stor " introvert
biar semua harapan tu terkubur sementara waktu

Maaf kerana tidak mampu menyimpan rahsia
menyimpan gembira yang aku sedang bercinta
hanya satu pelan terakhir yang mampu rangka
berpura-pura yang hati aku belum berpunya

sungguh, ini adalah realiti
kita bukan suami isteri

Rabu, 31 Disember 2014

Rasa apakah ini ?

Ya Allah selamatkan lah aku dari perasaan sebegini.

Andai benar dia jodoh ku, kau pelihara kami dari melakukan dosa
pantau hati kami dari terbabas dari jalan yang lurus.
jarakkan hati kami sehingga tiba masanya
Andai dia bukan jodoh bukan,
Semoga Allah pisahkan kita, jauh kan kami

Ya Allah, sesungguhnya aku inginkan cinta halal
Cinta yang mendahului diri Mu.
bukan cinta pura-pura yang indah dihiasi dosa.

Sedar,
Apa yang saya miliki hanya pinjaman sementara
satu hari nanti Allah akan minta balik
Mak, bapa, adik-adik, kawan, kucing, rumah, kesihatan dan banyak lagi. MasyaAllah.
Banyaknya Allah bagi pinjam. Baiknya Allah
Cinta awak cinta saya pun Allah bagi pinjam.
Kalau Allah berkehendak, Allah boleh tarik balik.

Kita tau apa kita buat ni salah
kita tau kita menghalalkan yang haram
malu kepada Allah

Jom awak, kita tinggalkan perkara yang tidak membawa faedah
kita tinggalkan dosa yang dah lama kita ternak sejak kita mula-mula kenal.
Awak tau kan, saya sayang awak, cintakan awak.
tapi saya nak BERCINTA dengan Allah dulu. 

Awak percaya jodoh ? Takdir
Sebelum kita lahir lagi Allah dah catat dah siapa jodoh kita. MasyaAllah
perlukah saya lafaz kata perpisahan ?
hakikatnya mencintai mu sedikit sebanyak melalaikan ku.

Zuan..








Jumaat, 27 Jun 2014

Terserempak

Dulu aku dan kau adalah sahabat baik. Kemudian aku jatuh hati pada aku. Aku pendam hampir 10 tahun dan akhirnya aku meluah. Selepas itu, kau atau mungkin juga aku semakin jauh. Dan sekarang kita tidak ubah seperti orang asing.

Aku berjaya ' Move On '. Betapa susahnya untuk aku mengumpul seribu sebab untuk aku benci kau. Aku putus asa jadi " bff ".

Dulu aku begitu bodoh, sanggup buat apa saja untuk kau, dengan alasan kau bestfriend aku. Cukup bodoh sehingga meyakinkan kau yang aku sentiasa akur. Sorry bro. Aku bukan Mai dulu. Kalau dulu aku sanggup menghabiskan kredit untuk bertanya khabar kau, sanggup mendengar semua keluh kesah kau. But now, tidak lagi, aku letak jawatan. 

Kenapa kau muncul lagi ? Aku delete nombor telefon kau supaya aku tak call kau lagi. 2 hari yang lepas kau call,  kau kata kau rindu. Huh, boleh percaya kah? aku ni kan hanya kawan bila diperlukan sahaja. Kau ajak jumpa, aku mengelak. Aku kata aku tiada kredit. Sebenarnya aku tak mau jumpa kau.
Tadi, aku ternampak dia berjalan dengan seseorang yang dia iktiraf " bff ". Aku sebenarnya tak suka perempuan tu. Bukan sebab jeles, tapi perangai dia. Err.. Malas la nak komen. Memang bikin panas wa cakap sama lu. Aku tak tau lah macam mana nak describe feeling aku tadi. Terkejut, gelabah, happy ? aku tak tau, yang penting aku nak pergi dari situ cepat-cepat.

Hei, semoga bahagia la. Tapi kalau kau dan perempuan tu kawin, aku tak nak datang. Sekian

Khamis, 23 Januari 2014

mr R is Razif

Now playing : Pupus by Dewa19

Razif dah tahu aku sukakan dia. Pada mulanya dia memang terkejut tapi lepas dia dengar penjelasan aku, keadaan semakin terkawal.

Aku ingat lagi, pada malam tu, aku tengah kecewa baru lepas break dengan Poy. Aku stress. Secara tak sedar aku call Razif dan dia angkat. AKu luahkan perasaan kesal aku pada dia. Dan dia menyabarkan aku dengan kata-kata semangat. Dia sama seperti dulu-dulu, masih juga sudi mendengar keluh kesah aku. Cerita punya cerita tiba-tiba pula keluar topik tentang cinta aku pada lelaki sejak 10 tahun yang lepas. Dia mendesak.

Soal aku pada hati. " why not aku beritahu dia hal sebenar. Lagi pun aku bukan ada perasan lagi sama dia." Aku menarik nafas dalam dan menghela. Mencari kekuatan dalam malu-malu. Kini tiba masanya aku berterus terang.

" KAU !! Aku suka kau bah tu bongok ". 

Razif tergaman seketika membuat aku jadi gelabah.

Tapi itu dulu-dulu, masih budak-budak, otak tak betul. Kau jangan risau. Aku explain lagi. Dan itu hakikatnya. Perasaan itu yang melarat-larat sehingga 10 tahun lamanya. Macam bodoh juga kan. Aku yang bodoh. Jatuh cinta dengan kawan baik sendiri.

Sejak aku berterus terang, aku begitu malu untuk call atau chat Razif. Aku agak mungkin dia masih terkejut dan mengelak dari aku. Aku sudah mempersiapkan mental aku untuk menerima segala kemungkinan yang aku andaikan.

Tidak lama selepas hari itu, ketika aku tengah study week, Razif call aku. Seperti biasa macam-macam topik yang kami berkatakan. Tiada wujud perasaan janggal sehinggalah dia menyentuh bab perasaan.
" Mai kenapa kau tak cakap terus terang dari dulu ? kan lagi senang. "
" eiii kenapa kau sebut hal ini lagi, adui buat-buat lupa lah bah."
" kau ingat senang-senang kah aku mau lupa. "
" Buat apa kalau nanti kena reject juga. "
" Kan aku pernah cakap, kalau ada jodoh, tidak akan kemana"

Aku hanya tersengih. Dalam hati, tak nak aku buat kerja double bodoh.

Kini, selepas aku berterus terang, akhirnya dia tahu juga yang aku ini pernah sukakan dia. Razif juga tahu, nota-nota yang dia baca dalam facebook itu semua untuk dia. Aku lega. Kini aku sudah bebas dengan perasaan sendiri.

Aku officially format, delete semua perasaan aku pada kau.
Aku dan kau adalah kawan until Jannah In Sha Allah :)

















Sabtu, 11 Januari 2014

Nyaris

Nyaris ku tersadung.. jatuh dalam lupa yang saja-saja aku buat. Nyaris


Aku hampir saja membiarkan jantung aku bermain-main cinta. Aku lupa pesan otak satu tika dulu. Aku sepatutnya bungkus, ikat kuat-kuat kepercayaan aku didalam plastik. kepercayaan bodoh dan sengaja memperasankan diri.

Otak : Mai.. Mai.. Mai.. Kangkangkan mata kau luas-luas. Pikirkan benda lain ok. Cinta tu kau tak payah pikir dulu, langsung tak bawa faedah buat masa ini. Hei there are so many reason to make you happy for every second in your life Mai.

Mai : Otak, Sorry. Lepas ini aku akan kurangkan berhubung dengan pencuri perasaan aku. Aku, memang salah aku, masa tu aku khilaf. Aku pun tak tahu apa yang sudah aku buat. Tapi lepas ini, aku berjanji akan memperluas jarak antara aku dan dia. In Sha Allah

Jodoh dan Maut tetap menjadi Rahsia.

Ahad, 29 Disember 2013

CINTA ??

Kenapa jantung aku sengaja menyulitkan pikiran ??

Ada hikmahnya selepas sahaja aku putus cinta. Bercouple tu DOSA. Nasib lah bercinta untuk satu bulan sahaja. Jika dikenangkan semula, agak memalukanlah juga perbuatan aku, bersayang-sayang dengan lelaki yang bukan muhrim untuk kita. Tengok, last-last putus. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita, aku sangka aku la manusia paling malang, selalu sahaja dikecewakan, walhal Allah menjauhkan aku dari zina.

Tergerak di hati aku, untuk menjadi muslimah sejati, yang meletakkan cinta paling agung untuk Allah sahaja. Roman picisan yang kejap-kejap singgah kadang-kadang mengganggu dan merimaskan aku. Aku lemas. Kenapa jantung aku sengaja menyulitkan fikirn. Kenapa perlu aku mendesak ? kenapa perlu aku menggesa-gesa menagih nak meminta pasti ? Walhal aku seharusnya YAKIN dengan takdir Allah.

Kalau ada jodoh, in Sha Allah kita disatukan. Cinta halal yang aku mahu. Tidak perlu kau luah dengan kata-kata cinta yang murahan. Cukuplah dengan lafaz nikah.

Aisyehmen. Macam matang dah otak aku kan. Alhamdullilah. Harap-harap aku terus dan terus didampingi oleh insan-insan yang sentiasa mengingati hari mati. Yang sentiasa membimbing aku yang kadang-kadang mudah hanyut oleh kekuatan arus duniawi. In Sha Allah.