Memaparkan catatan dengan label kawan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kawan. Papar semua catatan

Rabu, 31 Disember 2014

Review ( KAWAN)

Semalam, dalam gelap aku menoleh ke belakang, mengimbau kembali peristiwa yang aku lalui sepanjang 2014. Aku lebih menfokuskan kisah-kisah yang sentimental, penuh saspen dan konflik. Bunyi agak sedih di situ ye.

Dulu, aku ramai sangat kawan di sekeliling pinggang sampai lah aku di Matrix Labuan. Masa zaman budak dulu, kawan curi pemadam, tapuk beg sekolah, curi guli, tolak-menolak sampai jatuh pun aku tak kisah. Why ? Sebab dulu, semua perkara kita tidak simpan dalam hati. Tiada benda yang nak terasa hati sangat. Tapi sekarang perasaan kecil hati, sensitif, marah itu gemar berpeleseran lama-lama di hati dan dikhuatiri menjadi dendam.

Bila dah besar sikit ni, nak masuk alam dewasa, satu persatu kawan aku hilang, tak kira la sama ada mereka yang pergi, atau aku yang menjauhkan diri. Jahatkah aku ? Soalan itu selalu menggangu aku. Kawan ini banyak kategori, kawan macam tu la, kawan lama, kawan biasa, kawan serumah, sebilik, sekuliah, sefakulti, seprogram, seUniversiti, jiran tertangga, kawan kenalan, kawan facebook, kawan sekerja dan so on. Banyak jenis kawan. Banyak kawan, perangai pun pelbagai la ye tak. Sebagai penekanan, tidak semua manusia itu sempurna,termasuklah diri aku dan orang lain.

Secara general, bagi aku kawan ini ;

(a) mestilah sekepala, sehati dan sejiwa

(b) Jujur, bukan talam dua, empat ataupun enam belas muka

(c) Tidak kedekut ilmu

Itu standart aku lah, berbeza dengan orang lain. Sedangkan kucing pun ada guide line jenis-jenis kucing yang boleh jadi gengnya, inikan pula kita manusia, ye tak. Memanglah kita nak cari kawan yang sekepala, sehati dan sejiwa, so boleh la lepak bersama-sama, berkongi cerita yang bermacam-macam. Rindu pula dengan geng keras aku di sekolah rendah, menengah dan matrikulasi. Mereka semua gila-gila, tapi bila kerja kumpulan selalu hasilnya menjadi super, kata orang saling melengkapi kekurangan. Mereka-mereka itu tidak kedekut ilmu, saling berkongsi pengetahuan, mengajar setakat yang mampu.

Menakutkan. Sedih bila aku terpaksa mengakui aku hilang ramai sangat kawan. Ada orang cakap, kau bukan hilang Mai, tapi kau baru mengenali siapa mereka yang sebenarnya.

" Sepatutnya aku patut menerima kelebihan dan kekurangan mereka, dan keep stay bersama mereka. " ku bermonolog sendiri.

Kadang-kadang, keadaan ini memberi tekanan pada aku. Aku terpaksa berubah atau dalam erti kata lain, aku berlakon agar mereka menerima diri aku. Susah. Itu bukan aku. Perkara ini membuat perasaan aku semakin memberontak. Hinggalah pada satu tahap, aku memilih untuk bersendiri. Tak perlu memikirkan perasaan orang lain, juga perasaan sendiri yang kian terancam.

Kemudian, aku berdepan dengan jenis manusia yang bermuka-muka. Mulut depan kata manis, mengata belakang macam najis. Sakitnya seperti dikhianati. Tersengih-sengih, berlakon seperti tiada apa yang berlaku. Ini adalah jenis-jenis gunting dalam lipatan. Memang dia berjaya menoreh-noreh kepercayaan aku seperti luka ditubuh pokok getah. Getahnya tetap mengalir. Kenapa awak tak cakap depan-depan, utara dan jelaskan apa masalah. Aku tak perlukan senyum tak berapa manis tu. Serius aku menyampah. Itu belum kes, post facebook lagi. Itu pun sama, tak puas hati, cerita pada seluruh dunia. kenapa tak setel baik-baik, cakap depan-depan? Bagi aku tu sama saja seperti pengecut !

Fuh, nampaknya Cik Mai tengah beremosi. Ada rasa kesal terbit dari lubuk hati. Tapi ada pengajaran dari peristiwa yang berlaku sepanjang 2014 ini. Salah satunya, jangan menganggap semua orang sama, cara mereka berfikir dan juga hati mereka. Aku boleh terima kepelbagaian perangai kerana ia merupakan warna warni kehidupan cuma bab orang yang suka bermuka-muka, berbibir dibelakang kepala ni payah sikit untuk aku terima sebagai sebahagian dari kehidupan aku. Memang aku tidak boleh terima langsung. MAAF.

Seperti air masin dan air tawar, bertemu namun tidak akan sebati, ada "barier " sebagai pemisah

Sabar Mai

Hilang kawan ada hikmahnya. Kau cuba melindungi hati kau sekaligus hati mereka dari rasa terguris, tercalar dan terluka. Perkara ini setidak-tidaknya membuat kau lebih mengenali mereka dan membuat " precaution ". Sentiasa Waspada. Peringatan juga buat kau Mai. Jangan suka dengar dan mengata orang. Kalau tak suka orang buat macam tu, kau pun jangan buat. Kalau tidak puas hati jangan post di facebook. Bangga mengaibkan orang lain. Ingat, hidup ini seperti roda. Wawasan 2015 !!

Sudahlah Mai, maafkan dan lupakan saja perkara tu. Kalau boleh lupakan dengan orangnya sekali. Berhati-hati saja apabila membuat sebarang hubungan diplomatik dengan mereka samaada secara rasmi ataupun tidak.

Cltr + A = Delete All

Format memory..

Post ini bertarikh 24 Dec 2014

朋 友 Peng You

Kesan ubat tahan mabuk masih bersisa di dalam tubuh. Aku lemah, mata aku mengantuk. Buku dan nota ku terkapar-kapar memaksa aku menyegerakan aktiviti menelaah secara efisen. Satu teknik last minit yang bersandarkan pada nasib, jika untung sabut, maka keluar ia dalam peperiksaan.

Aku merenung ke luar jendela, seolah-olah ada movie pendek berkisahkan tentang diri aku sepanjang 2014 ini. Entahlah, mengapa pahitnya lebih kelat terasa berbanding manis sebuah kisah benar. Sepatutnya, hujung-hujung tahun ini, dimana aku akan menduduki peperiksaan, konflik tidak muncul lagi dalam hidup aku. Ombak yang tinggi dilemahkan oleh tsunami kecil. Sudah berkecil hati, duka-citanya pula semakin bertambah-tambah.

Dia kata selama ini dia bergurau, aku yang serius kencang. Dan dia bilang, dia tak suka dan tidak boleh berada dengan orang seperti aku. Teks kiriman dari aku seperti satu ledakan teguran yang pedas, yang sudah begitu lama dipendam. Mungkin kerana susah untuk dia telan dan cerna, dia sendiri membuka jalan dan berkata, silakan unfriend aku. As you wish, dan aku tunaikan permintaannya. Tidak juga saya tahan dengan manusia yang datang bila ada mahunya. Yang sombongnya lebih tinggi dari menara KLCC serta lagaknya melambung persis tin kosong berisi batu gerigi . Kalau diberi peluang, aku ini berkata pada dia ;

Gurauan itu kadang seperti serbuk magik,
dapat menggembirakan orang lain.
Gurauan itu kadang juga seperti jarum peniti,
nampak kecil tapi boleh melukakan hati.
Sudahlah, cukup sarat fikiran aku sehingga mahu termuntah huruf-huruf. Konflik selama ini aku hadapi, apinya semua berpunca dari percikan yang aku buat sendiri. Mungkin kerana hati aku yang seperti tisu, terlalu lembut dan sensitif, sehingga aku terlalu proaktif melindungi diri aku dari dicederakan berkali-kali oleh tindak-laku mereka. Disebabkan tidak mau terluka perasaan, aku me-Nyah diri aku dan membina tembok-tembok lutsinar, agar mereka tidak mendekati aku lagi sehingga pada akhirnya aku mendapati diri aku berseorangan sepi. Mula-mula tu, memang aku seperti plastik hanyut yang dibawa bah, kadang muncul di hilir, kadang duduk di hulu bermain komputer, kadang di sana makan nasi kerabu libry . Being alone and feeling lonely are two different thing.
Di ambang 2015, aku masih membiarkan tembok-tembok itu kekal. Kelak, di masa hadapan, aku tidak mahu kisah lagi semua tindak-laku mereka itu asalkan ia tidak melepasi tembok aku, tidak sekali-kali memijak-mijak kepala atau anggota tubuhku yang lain. Kini, hati aku juga dapatku rasakan seperti lali oleh perbuatan mereka, ditambah pula dengan konflik yang aku ciptakan sendiri. Lebih bermanfaat jika aku fokus dengan hal aku sendiri. Hal engkau, kau punya tahu. Aku dah tidak mahu ambil kisah lagi.

Hidup disini, serba sedikit mengajar aku bagaimana menjadi orang yang PENTINGKAN DIRI, kerana semua orang disini lakukan itu untuk hidup. Tapi aku masih ada prinsip yang akarnya masih kuat mencengkam. " tolong orang selagi mampu".

Walaupun, seperti melepaskan anjing tersepit, tidak usahlah menyesal. Sudah pasti ikhlas kita akan teruji. Fikir positif, setidak-tidanya kita tahu manusia itu orangnya jenis apa. We don't lose friend, we just learn who the real ones are.

Post ini bertarikh 28 Dec 2014

Bila pedang berkata-kata

Hujan singgah sekejap di tengahhari Sabtu,
seperti tahu, ada isu yang mengganggu aku
bahasa yang keluar dari kerongkong
adakah terbitnya dari hati dan akalnya kosong 

Tidak kah mereka tahu ?
Hati aku hanya ada satu,  tidak berbaju besi, kebal ?
struktur dindingnya lembut mudah pecah
mengapa ia kau lambung-lambung ?
murah sangatkah perasaan aku
boleh di cucuk, dikerat, dihiris dan dibunuh ?

Lidah tidak bertulang, lunaknya ia bermain pedang
begitu tepat menghiris daging perasaan..
menoreh cerita menggunakan garpu berkarat, berdarah
menumpahkan takungan airmata

bibir-bibir amerika itu tidak lagi berzikir
setiap katanya penuh toksin
tanpa amaran, mulut nuklear itu meledak
belum sempat aku berpaling menyelamatkan diri
hati aku sudah berkecai-kecai berselerakan

Tidak mengapalah wahai hati yang satu
setiap parut itu mengisahkan sesuatu
satu pengajaran juga amaran
agar kau lebih-lebih berhati-hati
mengendalikan hati kau agak tidak tercedera lagi

Satu peringatan untuk aku,
lebih baik aku bisu dan membatu
dari ledakan suara ku menghambur marah,
meninggi-ningikan suara
mengusutkan suasana..

* secara tidak langsung, ada ikatan yang kau rosakkan perlahan tanpa kau sedar

Silap aku juga, kenapa aku dekati mereka ? Last-last sewenang-wenangnya hati aku dilukakan. Apa hak diorang ? Hati aku, harta paling berharga, hanya satu. Kenapa aku terlalu cuai dan mendedah hati aku kepada bahaya. Kenapa ?? Kadang aku terpikir juga, untuk menjadi manusia berhati batu, tiada sensitif, belas kasihan pada orang lain, kuat Kebal dari kata-kata yang menyakitkan. Apa yang harus aku lakukan ? krik-krik-krik


* dan aku assume ( anggap ) semua perasaan sensitif yang hadir  sejak akhir ni adalah disebabkan HORMON tidak stabil. Semua ni salah ovum

Ovum : oi oi sikit-sikit aku, sikit sikit aku yang salah. Ini yang aku tak puas hati ni..
Aku    : kau bla lah cepat dari fallopian tube.


Post bertarikh 18 Oktober 2014


Bibir Biru itu tersenyum

Langit mengesat matanya
terlalu penat dia menangis

Aku tersenyum melihat kaki bukit dihujung sana
yang kemarin indahnya dilindungi kabus tebal
namun kerna kuatnya langit untuk tersenyum semula
membenarkan sinar matahari untuk menerangkan kekalutan
ku tutup payung pelangi
dan ku gagah melangkah menyusuri jalan ini

Organ dalaman kita seiring tua, semeningkatnya usia kita. Saban hari, sel-sel rosak dan tua akan diganti dengan sel yang baru. Kenapa aku cakap pasal sains ni ? hok aloh. Aku menulis tentang soal hati, tentang sakitnya aku melawan naluri semulajadi yang membesar seiring umurku kini.

Abad ini, nilai saham sebuah persahabatan sangat tinggi pada pengiraan aku. Bila nilai itu melonjak-lonjak naik, persahabatan itu satu persatu membusuk. Ku tercium bau sebenar disebalik cantiknya luaran mereka. Boleh aku ibaratkan, seperti kulit buah mangga yang kuning yang ranum dan sedap dimakan, rupa-rupanya ada orang-orang ( kumbang) tersembunyi di dalam, buruk dan tidak boleh di makan.

Apakah manusia seperti itu layak digelar sahabat ? Aku kira anugerah " kawan" pun tidak patut mereka terima. Tetapi, kita harus bersikap profesional atas dasar kerja dan pendidikan. Cuma luka pada batang hati aku yang kau toreh, getahnya masih mengalir sehingga kini. Adakah ada bibir-bibir seni dibelakang kepala mu, yang giat mengata aku ?

Why, why, why, tidak bolehkah kau berkata seperti manusia biasa, bukannya seperti hantu berbisik-bisik dibelakang telinga ? Jujur dan bilangin dong andai gue punya silap dan salah. TEGUR dan NASIHAT, bukan TAIP panjang-panjang dan POST di FACEBOOK menjajah cerita betapa buruknya perangai aku. Aku terasa, yes I'm and thank you very much. So kalau kau nak kata post tu bukan untuk aku, and well kau masih tidak matang, tidak profisional kepada orang yang kau giat perkatakan itu.

Satu perkara aku boleh janji pada kau, setiap MANUSIA boleh BERUBAH. Kau bukan TUHAN ataupun juri bertauliah yang layak memberi komen, nilai, markah serta hukuman terhadap orang lain. Kisas ndak dibawa mati bilang mamaku. Kau sibuk kutuk orang lain, kau tidak tahu, mungkin satu hari nanti dia lebih mulia, lebih baik dan lebih berjaya dari diri kau.

Ini pun satu peringatan untuk aku, aku kan aku dah kena. hahaha memang la sakit, tapi setidak-tidaknya aku nampak diri mereka sebenar. Setiap manusia boleh BERUBAH !! remember that.


Terima kasih kerana membaca.


Post bertarikh 11 Oktober.

Tulisanya tercetus apabila seorang rakan sekelasnya post tentang ketidak-puas hatinya terhadap aku.Aku mengaku aku mungkin ada salah, tapi tidak perlu mengata aku satu dunia.



Kenangan 1 Januari 2014

Dah lama aku tak tulis entry, sejak peristiwa 1 Januari 2014 berlaku. Bilik asrama kami kena pecah masuk perompak. Aku cakap mereka perompak bukan pencuri sebab memang sapu bersih barang-barang beharga. Yang tinggal sama aku, harga diri dengan laptop 1 Malaysia. hahaha lucu la juga tapi sedihnya banyak.


Tapi part paling aku tak boleh lupa dialog roomate aku Danish ( bukan nama sebenar ).

" Duit Ptptn belum habis bayar.."

Kami jatuh miskin terutamanya adik manis Ms Lalalala. Beg mekapnya pun kena bawa lari. Selera makan kami merosot. Apa orang bilang, ndada nafsu. Mula-mula 30 minit selepas disahkan kena rompak memang ada babak menangis, tapi itu sekejap je, 23 jam 30 minit selepas itu kami ketawa je mengenangkan nasib. Ketawa la sangat, ye la benda dah jadi nak buat macam mana kan. Otak masa tu sempit, saitan kiri kanan berbisik.

" Bah aku call mama ku, suruh pugai saja, kita kasi PANAS...~ "

Namun syukurlah, mujur kami tidak melakukan syirik dan khurafat. Masih ada iman melekat di hati. Ada insan mengingatkan kami.

Kalau jumpa bomoh 40 hari sembayang tidak diterima Allah. Bah sayang bah tu pahala kan. Alhamdullilah. Terus kasi cancel pugai tu orang.

Memang peristiwa kena pecah masuk memberi satu tekanan emosi kepada bakal engineering, tarzan dan kaunselor terutamanya. Kami menjadi trauma dan paranoid. Bila tiba menjelang malam, bila matahari mula tidak menampakan cahaya. Fantasi mula bermain peranan. Kalau dulu berani belajar bersekang mata sampai jam 3 kini tidak lagi. Sanggup tahan kencing ok. Betapa kami masih takut. hohoho.

Risiko untuk dimasuki pencuri untuk kedua kali memang ada. Memandangkan kawasan bilik kami yang agak strategik. Kalau tidak dimasuki oleh orang yang sama mybe ada individu atau kumpulan yang lain. Silap kami juga, kami leka. Kami sangka Malaysia " aman ". Almari berlaya-laya ( terbuka ), laptop dan kamera atas meja. Rezeki depan mata kot. Selepas kajian hari tu, baru sibuk pasang kunci dari dalam, rajin dah kunci loker. Simpan harta beharga di tempat selamat, tutup tingkap awal-awal. Sikap kami ni tak ubah seperti sudah terhantuk baru tengadah.

Part paling lucu, si Rani Mukherjee ( bukan nama sebenar ) letak bawang putih di depan pintu. Supaya vampire tidak masuk kali hahaa.

Hei, memang lah nasi dah jadi bubur dan basi,tak boleh makan. Tapi lepas ni kalau masak nasi sukat air cun-cun ok. Jadikan ia pengajaran untuk kita.

Kata orang setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya.

Aku bersyukur sangat-sangat perompak tu masih berhati mulia " sedikit " kerana memulangkan segala dokumen penting dan juga beg mekap Ms Lalalala. Yang penting, paling mustahak lagi bermuktamad, dara selamat. tiada nafsu kali lepas dia tengok muka kami tidur macam mana kan. hahaha.

Lagi satu hikmah yang entah la kalau kamu perasan. Hubungan aku dengan Rani Mukherjee , Danish dan Mr Lalalala semakin akrab. Keakraban di mana mandi pun mesti berdua-dua, tidur sama-sama, makan pun sama-sama. Kalau tak di sebabkan perompak tu. Memang kita tidur asing-asing oh. Kamurang tidak rasa sweet ka kita ni ?

Sebenarnya, aku dah lama nak tulis kisah kita ni tapi aku lupa skrip kecuali pasal duit ptptn . Jadi aku tulis kesimpulan sahaja. Lama juga aku mencari kekuatan untuk menzahirkan memori aku ni dan akhirnya hari ini otak aku berjaya bebas.

I miss my roomate <3

Jumaat, 27 Jun 2014

Terserempak

Dulu aku dan kau adalah sahabat baik. Kemudian aku jatuh hati pada aku. Aku pendam hampir 10 tahun dan akhirnya aku meluah. Selepas itu, kau atau mungkin juga aku semakin jauh. Dan sekarang kita tidak ubah seperti orang asing.

Aku berjaya ' Move On '. Betapa susahnya untuk aku mengumpul seribu sebab untuk aku benci kau. Aku putus asa jadi " bff ".

Dulu aku begitu bodoh, sanggup buat apa saja untuk kau, dengan alasan kau bestfriend aku. Cukup bodoh sehingga meyakinkan kau yang aku sentiasa akur. Sorry bro. Aku bukan Mai dulu. Kalau dulu aku sanggup menghabiskan kredit untuk bertanya khabar kau, sanggup mendengar semua keluh kesah kau. But now, tidak lagi, aku letak jawatan. 

Kenapa kau muncul lagi ? Aku delete nombor telefon kau supaya aku tak call kau lagi. 2 hari yang lepas kau call,  kau kata kau rindu. Huh, boleh percaya kah? aku ni kan hanya kawan bila diperlukan sahaja. Kau ajak jumpa, aku mengelak. Aku kata aku tiada kredit. Sebenarnya aku tak mau jumpa kau.
Tadi, aku ternampak dia berjalan dengan seseorang yang dia iktiraf " bff ". Aku sebenarnya tak suka perempuan tu. Bukan sebab jeles, tapi perangai dia. Err.. Malas la nak komen. Memang bikin panas wa cakap sama lu. Aku tak tau lah macam mana nak describe feeling aku tadi. Terkejut, gelabah, happy ? aku tak tau, yang penting aku nak pergi dari situ cepat-cepat.

Hei, semoga bahagia la. Tapi kalau kau dan perempuan tu kawin, aku tak nak datang. Sekian

Sabtu, 7 Jun 2014

Being Alone

Berjalan seorang diri dalam hujan, sambil tersenyum. Itu la kebebasan.

Aku bersendiri, lari dari orang-orang manusia, lari dari dunia realiti. Menjarakkan diri dan memberi aku peluang untuk berfikir dan mengostankan memori penting, untuk aku sunting sebelum aku teruskan lakonan aku dipentas bumi.

Hakikatnya aku seorang gadis, yang perasaannya mudah pecah berantakan. Belayarku sendiri di bahtera fantasi  bukanya lama, sebelum genap satu hari, kembali lah aku ke daratan tanggungjawap.
Pergi tanpa lambaian, tidak pula ku berkecil hati. Tiada pertanyaan tiadalah jawapan. Masing-masing berdiam. Lebih satu purnama, aku dipulaukan oleh manusia yang berlabel " kawan ". Dan aku bergerak mengikut tiupan takdir, dimana aku perlu, disitu aku berada.

Hidup oh hidup. Bukan kakiku terpacak dikerak bumi. " Being alone " buat aku bebas berlari. 
"Being alone " buat aku bebas untuk kemana aku pergi. " Being alone " buat aku bebas melakukan apa yang aku suka. Buat aku kuat. Buat aku berani untuk mencuba.

Inilah hikmah dalam kehidupan dan dugaan hidup..

Thanks. Mungkin sebelum ini aku rasa aku mati tanpa sekawan "kawan". Kau telah buktikan yang aku silap. 




Ahad, 24 November 2013

Konklusi

Petang. Moment-moment indah tika ini sering memanggil keluar idea terpendam aku.  Aku membuang pandangan ke hamparan langit. Lembayung ungu di ufuk senja. Indah sungguh. Ditemani secawan teh hijau didalam gelas milo, mataku menghadap laptop 1 Malaysia dengan jari-jari kasar menari-nari di atas punat-punat berhuruf. Banyak perkara menarik ingin aku ungkai kan tapi otak aku bingung untuk memilih 1 cerita untuk aku karyakan.

Sejak satu dua minggu ini, hubungan aku dengan classmate aku tidak berapa baik. Timbul salah faham yang aku sendiri tidak tahu. Aku yang kononnya manusia yang periang tiba-tiba bertukar jadi  arca yang diam, statik dan tidak berguna " ia hanya batu yang dibentuk menjadi rupa "


Almaklum lah ini pertama kali aku menghadapi kesukaran dalam menjalani perhubungan. Selama ini hubungan aku dengan kawan-kawan aku berjalan dengan baik tidak macam sekarang. Pelik. Mungkin dia yang tidak faham aku, atau aku yang tidak memahami dia. Mungkin.

Syukur. Ini mungkin adalah salah satu hikmah dia. Aku nampak rupa dia sebenar. Aku sedar mungkin aku dan dia bukanlah 1 kepala. Rasanya tidak perlu aku menjadikan dia sebagai seorang kawan karib. Aku dan dia hanya kawan " satu kelas, satu kampung, sekumpulan ". Dia bukanlah seorang kawan yang perlu aku ceritakan macam-macam cerita dari A sampailah Z. Lagipun, dari respond dan sikap dia, dia bukan sangat berminat dengan hikayat-hikayat entah apa-apa dari aku.
Satu dua minggu ini, cepat sangat mata aku mengeluarkan air. Hairan saya. Hati aku ini seolah begitu rapuh dan jelas ia bukan dipengaruhi hormon-hormon ketika waktu perpisahan aku dan ovum. Aku memang sensitif kalau melibatkan hubungan antara kawan-kawan.

Aku meminta nasihat kawan sebilik aku, Nora memandangkan dia ambil course kaunseling.
  1. Meminta maaf. Salah atau tidak belakang cerita yang penting kita meminta maaf. Kadang-kadang kita melakukan kesalahan tanpa kita sedar.
  2. Buat seperti " NOTHING ITS HAPPEN "
Aku memang cukup susah untuk minta maaf sebenarnya apatah lagi aku sendiri tidak tahu apa salah aku. Tapi demi menyelamatkan hubungan "kawan" ini aku buat juga.Aku dah pun meminta maaf, tapi respon dia macam batu nisan. Tiada sebarang reaksi dari segi kimia dan fizikal. " Tiadalah" perkataan yang mendatar tanpa dia membalas pandangan mata aku. Macam bodoh je aku time tu. Memang mood aku spoil gila-gila lah. Dengan muka masam mencuka. Yelah, aku mana mampu tergelak, tersenyum-senyum, bergumbira kalau hati ini dah " KECEWA dan TERLUKA". Air muka aku begitu jelas mempamerkan perasaan aku tika itu. Aku  tidak tahu teknik untuk kontrol urat-urat saraf sekitar muka aku.
Kata Nora, mungkin sebab air muka aku yang masam itu yang menyebabkan aku memburukkan lagi keadaan. Mybe. Kemudian Nora berkata lagi, apa kata kau buat slumber, macam tidak ada apa-apa berlaku. Nothing its happen then hati kau akan lupa tentang kesakitan dan kekecewaan itu. Dan " nothing its happen " ini berjaya buat aku kembali seperti manusia normal yang banyak berkata-kata. Sebab aku tidak perlu ingat apa yang berlaku. Macam orang yang hilang ingatan.

Sekarang jiwa aku tenang sikit kot. Bolehlah..


Rabu, 20 November 2013

lebih kepada luahan hati

Kemarin egoku aku rendah-rendahkan
dan ku lihat kau cuba menginjak-injak ia


Argh !! Hati kenapa kau begitu lemah. 
Arh !! Mata kenapa cepat kau membazir air ??

Aku sudah meminta maaf biarpun aku sendiri tidak tahu apa kesalahan yang aku buat. . Aku lihat dia macam batu nisan yang dibawa berbual-buat di tanah perkuburan. Tidak memberi sebarang reaksi. Aku sudah buat apa yang aku perlu buat iaitu meminta maaf. Selebihnya terpulang pada dia. 

Aku bukan terhegeh-hegeh. Ini adalah sebahagian daripada pembelajaran berterusan selama aku hidup di atas kerak bumi. Ini ada cabaran untuk aku belajar menghadapi spesies manusia yang berbagai karekter dan ragam. Apa yang aku perlu buat sekarang adalah move on.

Hei Mai, kau patut bersyukur. Ini adalah hikmah yang Allah sembunyikan. 
Why ??
Sebab kawan yang baik ialah manusia yang dapat menerima kita seadanya, berterus terang, menegur kesalahan kita, sanggup meminjamkan telinga dan bahu ketika kita memerlukannya.

Nampak gayanya, kau dan dia tidak sealiran, tidak kesefahaman, tidak seotak, tidak sekepala, tidak seperasaan.Aku takkan mengubah siapa diri aku. Aku tidak mungkin sekali menjadi manusia pendiam. Hati aku akan memberontak.

Aku redha dan aku tidak sesekali membenci dan berdendam. 



Jumaat, 15 November 2013

Layang-layang ego

Ego seperti layang-layang. Perlu pegang talinya dengan cermat. Adakala kita perlu merendahkan layang-layang itu dari memilih untuk membiarkan ia megah di angkasa. Takut nanti talinya putus dan layang-layang itu hilang entah kemana. Seperti itu juga perhubungan antara manusia. Tidak sedikit keuntungan pun untuk kita mempertahankan ego yang membusut di hati. Jangan kerana ego, hubungan antara manusia itu renggang, tercarik dan putus begitu sahaja.

Kerana bom ego, banyak perasaan terbunuh. Berkecai, bersepah di bahu jalanan. Seolah tiada lagi memori yang tertinggal untuk dikenal. Aku tahu padah ego. Cukup-cukup la aku pernah dibuang dan membuang kawan. Aku tidak mahu ulang perkara yang sama :'(
Aku ada buat salah kah. Aku minta MAAF kalau aku ada buat salah. Aku minta MAAF kalau aku buat kau marah. Aku pun tidak tahu apa aku ada melakukan satu kesalahan yang sezarah bakteria ataupun sebesar gajah. . Kau tak cakap aku pun tidak tahu.Tapi diam kau itu memberi isyarat kau seolah membuang aku dari senarai ' KAWAN " yang kau ada.





Rabu, 17 Julai 2013

Cherry Berdarah



July 5, 2013 at 1:18am



Aku ingin menulis cerita tentang kita
namun aku bukan sesiapa untuk menjadi watak utama
Pada iris, kornea dan lens mata ku, 
tindakan yang aku buat adalah betul
tapi tidak pada kau

Pada pandangan hati jantung dan otak kau
aku seorang pengkhianat
pembunuh upahan
yang telah menikam bila kau tidak perasan
kertas kepercayaan antara kita
kau renyuk penuh marah
Kau dah gila kawan
otak kau dah tak betul
Niat aku cuma nak tolong
salah kah tindakan aku??

Aku tidak pernah menikam
aku tak pernah menembak
aku tak pernah meletak bom masa
di belakang kau
aku hanya menabur paku-paku tekan
agar langkah kau perlahan
agar kau berhenti dari terus mara
daripada terus maut dalam 
ketidakwarasan akal pikiran mu
yang dibawah pengaruh " Mandrem "
Aku harus pasrah
kepala aku, ku kerah mengangguk
mungkin peristiwa ini
membawa seribu kebencian pada diri kau
memusnahkan kepercayaan 
dalam sebuah ikatan persahabatan..

Ahad, 19 Mei 2013

Aku tak lupa kawan

Aku ke yang buang kawan, melupakan kawan ?? argh !! ( aku memarahi diri sendiri )
MUNGKIN . Ini petanda tidak baik. Aku tak nak dilabel seperti kacang lupakan kulit. Aku tak lupakan kawan-kawan aku. Aku tak ada topik nak dibualkan. So ?? lain la kalau jumpa. Aku memang banyak cakap. SMS, Calling dan chatting aku memang agak malas. Ye la asyik topik sama saja. Lagi pun aku blank tak tahu nak cakap apa.
Sumpah aku tak lupa kawan !! aku ingat korang dengan nama bapa korang sekali.
Kepada sesetengah kawan aku yang pernah buat aku terluka. Aku maafkan kamu. Tapi kaca yang pecah, kau cantum, gam, tampal or apa macam jua cara nak repair memang kesan calar, retak, garis-garis pecahan dia tetap ada. Syukur Alhamdullilah kalau korang dah berubah.  Maaflah, bukan aku nak bersangka buruk tapi aku pun perlu berwaspada kan.
Dan aku juga nak mintak maaf sekiranya aku banyak menyusahkan, menyakitkan hati, menyebalkan perasaan kamu semua sepanjang persahabatan kita. Aku akan cuba jadi seorang kawan yang baik.


Isnin, 13 Mei 2013

Macam mana aku nak lupakan dia ??

Razif.. tolong la aku.
sedar kan aku tuk menghapus perasaan cinta dan sayang aku selama ini.
Aku ingin ikhlas dalam bersahabat dengan kau
tanpa perlu hadir perasaan asing.
Hapuskan la perasaan cinta aku..
Seperti kau pijak bunga kecik sehingga hancur..
Tarik la akarnya.. bakar lah benihnya~
Aku tak mau cinta aku berbunga tuk diri kau lagi..
Aku susah tuk mencabut perasaan yang berakar selama 10 tahun ini razif

Ini adalah hakikat
Tapi aku akan berusaha
Kau tak perlu risau
Kau tak perlu tahu perasaan aku selama ini..
Cukup lihat kau berubah dan bahagia..
Sudah cukup ok bagi aku~
Macam nak nangis je...
Bila dapat tahu kita tak dapat memiliki
Orang yang kita sayang.,,,
Tak pe mai
Awak boleh.!!!

Im not only one his BFF

Aku online facebook dan aku ternampak post dia. Tiba-tiba aku rasa sedih. Aku sangka aku sorang je BFF dia.

Ako Ajip  
rindu nan BFF aq,bru bpe ary x jmpa(atdui) !! aq mnta maf cz aq x hargai kw  dlu,aq cbok kejar pmpuan yg x pndg aq langsung. thanks cz suda jd gf aq,ex aq,kwn aq n then BFF aq..
Come on la Mai, move on.. aku patut sedar banyak lagi cowok-cowok yang hidup kat dunia ni. CINTA PERTAMA tidak semua berakhir dengan bahagia. This is fact . Ini bukan movie cinta ok, yang berhapy ending la sangat. Aku kena buktikan yang aku juga akan bahagia tanpa dia.


Isnin, 11 Februari 2013

kekeliruan identiti ( kes merajuk lagi )

by Maisa Mohamad on Wednesday, February 29, 2012 at 9:28pm ·
now listening : The Only Exception by Paramore sambil pikiran teringat kan kawan-kawan..


kawan aku cakap aku macam childish, kebudak2kan, cengeng, manja dan what ever yang menampakan gaya mereka tidak suka sikap aku tu..

kekadang nampak sangat mereka nak difahami.. tapi untuk memahami aku seolah-olah tak perlu. aku nak menyuarakan pendapat pun macam dah tak guna.. sedih pulak aku rasa :'(
yelah. aku rasa semua benda aku buat salah dii mata diorang.. semua membebankan diorang..
aku nangis masa tu.. find.. ekh silap fine...

aku berdirikari lah ni.. tapi sebelum tu, biarlah aku suarakan perasaan aku..
aku bersikap macam tu sebab aku ada kamu.. aku rasa apa guna ada kawan kan.. tapi nampak gayanya sikap aku tak berkenan dengan kamu.. gaya aku yang menyusahkan tu, benar-benar menyusahkan kamu bah kan.. its ok

aku rasa berdirikari.. malas aku nak panggil2 kamu nak mintak tolong ini, itu.. apa-apalah..
macam huh, nanti kamu panggil aku ni childish lah apa lah..

entah.. dalam rasa berdirikari tu, aku rasa aku macam pentingkan diri..
ambil kisah pasal kamu pun dah semakin kurang..
lantak korang je dalam kepala otak ku tauk..
aku malas nak pikir pasal kamu..
masalah kamu, kamu sendirik lah setel..
aku buat tak tahu..
huh..
maisa...
its that you??

hurmm, dah macam xde nilai persahabatan, keambikberatan..
entah lah si maisa ni..
kalau aku macam duluk di bencik..
kalau pulak aku macam ni, aku sendirik tak suka
habis tu nak buat macam mana??
ha maisa??

lu pikirlah sendirikk..
yang menaip ni : hati si maisa.. bukan kepala otaknya ok!




Ahad, 10 Februari 2013

Kawan Laman Sosial

by Maisa Mohamad on Wednesday, October 12, 2011 at 9:56pm ·

aku trauma..
manusia di sekeliling pendusta
saling bermusuh dalam senyuman
belakang mata bermacam cerita diperkata kata kan..
aku tak sesempurna
tapi aku masih boleh menyuarakan rasa
dan anda semua memang tak kena

kawan??
aku banyak kawan
pada zahir sahaja
sebagai penghidup suasana
dan asas dalam sosial..
kawan aku jahat
kawan aku saling membenci
yang satu kutuk yang satu
yang satu cakap buruk yang satu tu
dan aku bosan
dalam suasana begitu

kawan ke macam tu?
kawan aku kat facebook??
kawan ke?
or saja nak mempopularkan diri

ada satu kawan cakap
kawan di fb
mula-mula sahaja mesra
lepas tu kata hi pun tak berbalas
ekh?
hidup dalam dunia sendiri
pentingkan kebaikan diri
mungkin lebih baik
dari "care" some who is not appreciate
ke caringan kita

rejected friend!

by Maisa Mohamad on Tuesday, January 31, 2012 at 11:55am ·

mood saya macam sedih..

langit pun mendung-mendung.. 
pekena pulak dengan kopi oo..
tambah sayu hati saya wow

aku rasa aku pernah buat salah..
besar jugak rasanya bagi dia..
aku tak sengaja.
sumpah aku memang tak sengaja..
kalau aku tahu, tak nak aku angguk-anggukkan kepala
kalau aku sedar kesudahannya jadi begini, tak nak aku TOLONG!
Sudahnya aku jugak di persalahkan
macam sekarang..
janggal jugak,
bila kawan baik..
yang aku sayang..
dah mulai jauh.. jauh.. jaaaauhhh,,

hari ke hari,
patah perkataan semakin kurang,
senyum pun jarang,
bergurau ketawa macam harem tak de
hurm jujur saya cakap
dia bestpren ever yang aku ada,
dalam kategori lelaki
tapi mungkin masa dulu..
dan bukan tuk masa sekarang..
REJECTED FRIEND!
macam aku rasa, orang yang berkawan sama aku, rugi besar,
terasa sangat aku ni jenis kawan yang akan menyusahkan
yang memang tak boleh diharap...
yang tiada fungsi tuk di anggap kawan..

kalau boleh, kalau entah lah..
kalau macam mana sekali pun aku berharap..
kalau dah memang dia dah takde perasaan
dah rasa culas, jenuh muak kawan sama saya..
aku nak buat macam mana kan..
terhegeh-hegeh??
dah terang-terang dia dah tak suka aku..
sedikit menyampah campur benci..
aku mau buat mcm mana?
berhenti kerja..???
aku merajuk dengan dia RAY GEORGE
life must be go on kunun..
go on amendanya kalau entah lah..
berapa banyak kalau pun aku rasa payah berharap..
tunggu dan lihat lah..
lepas tu go on saja lah life tu
sekian terima kasih

Jumaat, 27 Mei 2011

Kawan kau tolonglah faham aku

seperti gelas ini, tak semua mampu ku terima serentak
seperti gelas ini, kesabaran ku ada batasnya
dan aku perlu luahkan sebahagian darinya
I'm felt so MAD!!!
Hei kalau lah macam ni, aku adalah manusia yang bukan sesiapa yang boleh diumpamakan sebagai tong sampah! Aku mencuba untuk bersikap adil dan berusaha untuk memahami setiap jasad yang bertengek di hadapan ku. Memahami setiapa masalah yang di kongsi, berkerut kening tuk cari jalan nak menyelesaikannya. Bodoh ke aku terlibat dalam masalah kamu ni ha??? Apasal aku cuba untuk memberi sedikit teguran, kau nak kecoh bagai nak rak? lu bikin gua panas .

Kau sibuk and mengempak gempurkan masalah kau yang kononnya besar sangat tu. Hei kau sekor je ke yang ada masalah? Kau sibuk nak hebohkan satu dunia yang kau tu ada "masalah" and nak orang faham sangat kat kau. Wei habis Probs aku kau letak tang mana ha? Its fair for me?


Aku tak kisah, kau nak share anything dengan aku. Aku suka dengar. yang aku tak suka, bila aku dah bukak mulut nak kasi pendapat dan nasihat, kau pulak yang kecoh and marah. Wei aku ni siapa sebenarnya ha? Pernahkah engkau cuba menghargai sikit apa yang aku cuba buat tuk engkau selama ini.
I tired,,
so many thing I try to do to help you
but its a nothing!

I was not one
not a friend to you

I'm tired
I never appreciated
as the wind fades away
My advice is futile

and I have decided
go away from you
find where the mistake 
just let me go


** kawan, aku bukan kejam. Aku juga manusia macam kau juga. Semoga kau memahami aku segera**





Rabu, 20 April 2011

KAWAN PALING TAK BAIK


berapakah harga sebuah persahabatan
seteguh manakah sauh persahabatan itu berpaut
arhh, tak terhitung dek kalkulater
Assalamualaikumsalam dan salam Peace

NOTIS :

Berwaspada dengan "KAWAN" yang terpacak di tepi-tepi anda. KAWAN yang BAIK giler, BFF kononnya sebenarnya adalah pembunuh hendap yang berbahaya. Impak dia adalah lebih parah dari pada bertikam lidah dan badan dengan musuh yang wujud di hadapan mata. KAWAN umpama gunting dalam selimut, cadar dan bawah bantal. Kita hanya sedar setelah badan kita dah terlentang dekat atasnya. Akibat  peristiwa tersebut maka muncul lah peribahasa "tikam dari belakang" Nak tahu KAWAN anda tergolong dalam kawan yang macam mana?? nak.. bagus, maknanya anda mengambil sikap berjaga-jaga, Taniah2x
 JUARA PELAKON KAWAN PALING TAK BAIK

Ambil kesempatan

Kawan macam ni semua benda dia nak ambil antaranya jawatan, populariti, boipren, coklat, aiskrim, minyak wangi, stokin, baju in, duit belanja dan banyak lagi. Diorang ni macam pelesit, perumah tidak mendapat keuntungan dalam perhubungan. Perumah adalah bodoh belaka!

Dengki

Kawan macam ni, dia cakap je kawan, belakang bukan main dia kutuk kita, pengecut betol diorang ni. HIPOKRIT wtf shitt. Kawan mcam ni yang antara yang terganas, bila-bila masa dia boleh pecahkan rahsia kat mana-mana wartawan, berita, akbar harian Metro, kat emak saudara belah emak, makcik kantin dan pak guard. Di syorkan, janganlah kita membukak pekung di dada menceritakan rahsia kat orang lain.
"Senyap itu selamat."


Dendam

Kawan macam ini berhubung kait dengan jenis kawan nombor 2, golongan ini amat dikehendaki polis sebab diorang banyak menyusahkan manusia macam aku. pelis berWASPADA .. macam-macam perkara diluar jangkaan kita boleh dilakukan mereka. Diorang boleh fitnah kau ada hubungan dengan ????, jual badan dan dadah dekat Jalan Dua. Or diorang memang ada bakat jadik keluarga ayam yang menjual harga diri perempuan. Tak pun, masa korang pergi tandas nak berak kejap, diorang masukkan pil khayal dalam minuman korang. Then kau pun bengap pergi minum air tu dan kepala korang terus rasa pening-pening, lalu dia bawak korang pergi sebuah bilik kosong kat hujung bangunan tu dan mengeluarkan pisau dan tikam perut korang 18 kali sehingga usus besar mahupun kecik korang terjurai ke lantai. Lepas tu mata korang dia cungkil dengan pensel kaya sampai tercabut, pastu dia pijak bola mata korang sampai pecah. Kejam kan...!!! huhuhu seram

Saja-saja

kawan ni ok lah juga, dia berkawan pasal dia bosan. Manusia ni ok lah, sebab dia tak kisah dengan hal kita. Lantak kita nak buat apa. golongan manusia ini jenis tiada erti dan makna dalam hidup manusia

** Senarai pendek ini aku simpulkan melalui undian dari kepala hotak hati aku. Sediakan lah apa-apa sahaja sebelum benda apa-apa yang di  khuatiri berlaku itu dapat di tangani dengan jayanya. Sekian.**




Sabtu, 12 Mac 2011

kawan telan kawan 2

Status Mood : Masih bengang, kesal dan menyesal dan sedikit happy

Tadi aku jumpa my soulmate si R yang telah lama aku rindui. Sempat juga aku melepaskan rindu. Dari mata penilaian aku ,dia dah banyak berubah dari bentuk fizikal dan mental. Masa aku terjumpa dia, dia tengah mabuk dan hhmm sedikit tak betul. Aku berdoa sesangat agar dirinya yang satu ketika aku kenal duhulu masih wujud dalam jasadnya kini.
Yang aku bengang, kesal dan menyesal ini di faktorkan oleh manusia yang bergekar kawan yang aku beri nama si X dan si Y. Si Y ni memang terkenal dengan gelaran puak pelampau.Dan si X ni pula memang jenis hipokrit pasal dia sibuk kutuk Y padahal sikap diorang  berdua 2 x 5 sahaja. Yang membezakan mereka berdua, si X pandai menyembunyikan bau bangkai dia yang telah lama terperap dalam usus.

* Tolong lah jangan kutuk orang kalau sikap sendiri pun tak betul. kain yang kau pakai tu dah koyak sampai ke pinggang kau masih tak sedar tapi bukan main sibuk jaga tepi kain orang. Baik aku beli je kain orang tu dan kasi kau pakai.*
Aku dah membuat kata putus, bila aku dah kaya tak payah cari aku nak pinjam duit. Dulu masa form 5 aku ajak study bersama kau orang tak pedulikan aku, kau orang lepak dengan jin, minum benda haram dan buat tak senonoh kat luar. Sekarang padan lah muka engkau.