Peristiwa semalam,
menjadikan siapa diri aku pada hari ini.
Luka yang kau tabur garam
beransur-ansur pulih.
Setelah lelah ku berperang dengan perasaan,
akhirnya aku cuba berdamai dengan takdir.
Tiada guna ku memberontak marah,
kerna akhirnya rugi ku perolehi
pasrah dan aku pada hakikat
Kau adalah kejatuhan ku
Kau juga kekuatan ku pada hari ini
terima kasih kerana pergi
sungguh jika tidak, aku sendiri tidak tahu
setabah mana mampu aku tangani
Putus cinta adalah simbol kegagalan. Kita tak boleh nak elak, sudah jadi norma kehidupan, ada turun naiknya. Isunya sekarang adalah hari selepas kejadian, sama ada kau nak hanyut dan lemas dalam kolam kecewa atau bangkit untuk terus berjalan.
Semoga perkara yang menjatuhkan semangat hidupmu akan menjadi penjana utama kekuatanmu dikemudian hari. Coretlah kejayaan tanpa bayang-bayang penyesalan. Bertabahlah jiwa.
0 ulasan:
Catat Ulasan