Memaparkan catatan dengan label Diet Atkins. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Diet Atkins. Papar semua catatan

Jumaat, 21 Ogos 2015

Cabaran Diet

Weigth : 89 KG


Aku masih obesiti. Biasa kalau orang gemuk ni, yang selalu ajek dia orang lain. Aku tak, famili aku sendiri kutuk aku depan belakang. Thank you. ( Deep inside I'm bleeding).

Mak cakap aku kenapa gemuk sangat, dulu masa mak perawan dia tak gemuk macam aku.
Adik-adik aku pulak ikut sama kutuk aku. Pedih.

Sedangkan aku perlu sokongan. Sudahlah dikeji, kutuk pulak makanan yang aku makan. Telur banyak kolestrollah, makan telur sekali 5 biji lah. Sebab tu aku nak bagi duit pada mak aku, beli telur sendiri. Bayangkan, orang yang sepatutnya sokong aku, paling kuat menjatuhkan semangat aku.

Ingat aku nak sangatkah lemak ni? nak sangatkah gemuk. Apa kamu ingat aku tidak berusaha? Apa kau ingat aku happy dengan badan aku ni?

Kalau dulu, reason aku berdiet sebab nak jumpa Redzuan ( sudah punah lebur berkecai). Sekarang ni, aku diet, aku nak kurus sebab aku nak teruskan hidup. Untuk kesihatan aku dan juga keyakinan diri aku. 

My strongest reason is for myself benefit. To gain back my confident.

Obesitiku, menendang keyakinan diriku. Pandangan orang, memijak perasaan ku. Aku malu bersuara, aku malu menampilkan diri, aku malu melontar idea. Betapa berat tekanan yang aku sembunyi dari relatif terdekat. Kalau mereka berlaku pergolakan perasaan yang aku alami.

Semoga deritaku menjadi motivasi ku kelak. Amin. Semoga tetap istiqomah.

Sabtu, 1 November 2014

Kurus untuk sihat

Kulat yang tumbuh di daging tubuh
memamah masa, meratah zahir seiring usia


Badan ku gemuk
 gemukku itu adalah parasit
 Parasit yang menyerap segala bahagia 
yang sepatutnya aku lukis pada hari kemarin
 dan ia mengancam hari esok ku..

Badan ku gemuk
lemak itu  menyumbat diseluruh pelosok tubuh
menyesesakan trafik darah di sepanjang salur
jantung semput terhinjut-hinjut
oksigen perlu dihantar  ke daerah yang perlu 

Dulu aku beriya-iya nak kurus, kenapa aku nak kurus ? Sebab aku nak cantik. Aku nak orang terima aku, aku nak ramai kawan, aku nak berhias, berlawa dan berdandan macam orang lain. Aku rasa, sebab aku gemuklah orang tak suka aku, tolak cinta aku. Aku nak buktikan pada diorang yang aku sebenarnya cantik. Pada aku, semua orang memandang pada luaran, nak berkawan pun tengok fizikal dulu.

Itu jawapan jujur dari hati, aku sedar tahap pemikiran aku terlalu cetek sampai macam itu sekali. Aku sedar ada hikmah Allah beri aku tubuh seperti ini. Allah nak aku faham, lihat dan menilai sendiri apa itu IKHLAS dan JUJUR. Aku kenal siapa yang boleh aku anggap kawan, aku kenal siapa yang ikhlas berkawan dengan aku. Sangat sikit dan aku kira itu berbaloi untuk aku.

Sejak bulan lalu, aku monitor tahap urik asid dalam darah aku. Kali pertama aku mendapat result yang amat mengejutkan. Bacaan urik asid aku dua kali ganda dari tahap normal iaitu 600. Bacaan normal adalah 340. Aku cuba kurangkan daging merah, hati, dan paru tetapi apakan daya nafsu serakah ni pandai menghasut aku untuk menjamah sedikit, konon la. Minggu lepas aku check sekali lagi urik asid dalam darah aku, kali ini bacaan aku menurun tetapi masih melebihi bacaan normal iaitu 470.

Aku tersentak dari lamunan, liga otak ku berpikir tiada bersubjektif.  Lalu mulut ku terlalu berat untuk mengukir senyum dan tawa. Aku takut. Penyakit gout yang diturunkan dari bapa ku bukanlah hadiah yang aku patut bergembira. Betapa sengsara ku lihat bapa dan makcik aku menahan sakit sendi disebabkan gout.

Semangat baru tiba-tiba meresap menjalar keseluruh tubuh. Aku patut diet, aku perlu kurus. Aku tiada pilihan selain kurus, aku nak sihat !! Kali ini iktizam aku berubah walau kurus itu target aku. Aku nak sihat. Ya aku nak SIHAT.

mudah-mudahan aku dapat berdisiplin dan mengawal nafus buas aku terhadap makanan. Berdisiplin untuk tidak mengambil daging merah seperti daging lembu, hati dan paru. Kurangkan makanan tinggi karbohidrat seperti nasi, roti dan mee segera. DIET ATKINS.

Chaiyookk !!


























































































Ahad, 23 Februari 2014

Kurus

Gemuk


Itu la aku, asyik di panggil gemuk sejak aku menjejak kaki ke tadika lagi hingga la sekarang. Aku sedih tapi aku tiada hak untuk menafikan hakikat ini. Setiap kali di ejek, aku tak mampu marah, aku telan perit perasaan.

Aku manusia yang kurang berkeyakinan. Aku rendah diri disebabkan bentuk tubuh aku yang gemuk.

Setiap awal tahun baru, aku akan memasang azam untuk kurus. Tapi aku hanya hangat-hangat najis ayam. Sehingga hari ini badan aku masih di saluti lemak yang berlapis-lapis. Aku benci badan aku.

Mungkin orang sekeliling aku melihat aku seorang yang tak kisah, seorang yang ceria dan sentiasa gembira. Tapi sebahagian kecil diri aku seorang yang murung, sentiasa kecewa dan tertekan.

Berat maksimum yang pernah badan aku tampung adalah 94 kilogram. Aku terkejut semasa buat medical checkup. Sejak hari itu aku cuba cari cara untuk kurus, dalam otak aku pelbagai alternatif yang agak mahal dan berbahaya iaitu menggunakan produk kurus. Tapi aku ada otak, dan aku tak sebodoh itu.

Akhirnya aku terjumpa dengan blog http://bicikut.blogspot.com/ . Blog ini memperkenalkan aku dengan diet ATKINS, diet rendah karbohidrat. 1 bulan pertama, aku berjaya mendapatkan berat badan aku yang obesiti biasa iaitu 85 kilogram. Dan kini aku hanyut semula. Aku menipu dalam diet aku sendiri.

Kalau dulu, aku nak kurus disebabkan aku nak orang terima aku, aku nak mereka berhenti mengejek aku. Aku nak popular, aku nak ada kawan lelaki, aku nak bercinta. hehe.

Tapi sekarang, aku kurus bukan untuk itu semua tetapi untuk diri aku. Aku dah lama sangat gemuk, kini tiba masanya aku nak merasa kurus. Bukan apa, aku kesian tengok mak aku cari duit untuk aku. Baju plussize bukannya murah. Baju muslimah ? hok aloh lagi la mahal. Kesian kan aku. Aku nak beli baju lengan panjang, tutup aurat. Tapi size baju semua kecil-kecil. Aku takde pilihan.

Aku betul-betul nak kurus. Dalam kelas aku, aku seorang saja yang gemuk. Aku tak nak tertinggal dalam hutan sebabkan aku lambat, lembab dan semput. Aku nak fit, aku nak mantapkan stamina aku. Sekarang aku rajin berjoging dan berzumba. Syukur alhamdullilah. Ramai kawan-kawan yang menyokong aku. Terima kasih kamu orang :)




Sabtu, 5 Mac 2011

gemuk itu lemak aku

Assalamualaikum babe..


** Kawan aku memang tak guna betul, adakah patut dia buat lukisan ni! memang melemahkan semangat aku betul tapi bila aku tengok gambar ni, rasa nak ketawa pulak. ish2x. 10 tahun kita tak makan nasik tetiba dalam masa 5 minit badan kita gemuk balik sebanyak 10 kilogram.. Baik tak payah diet kalau macam tu.

So memang pelan hidup aku nak kurus dalam masa 5 tahun. Masa tu aku udah kaya kot so boleh lah aku dapatkan rawatan dekat London manegment tu.

Diet?? aku memang diet tapi itu tak menjamin aku kurus pasal aku just jaga makan untuk mengelakkan penyakit but aku memang telah ada penyakit iaitu OBESITI!!.. Arhhh nak pilih baju pun payah oo.. So matlamat gua mesti di teruskan pasal aku tak nak sengsara menjalani liku-liku hidup yang memang dah berbengkok ni.
comel macam dia 7 tahun nanti
Lelaki? cinta ? hurmm lantak lah tu. hahaha!!! bodoh diorang tu,, Hanya pandang pada luaran. Bila aku kurus kang, aku tak kan pilih lelaki hendsem pasal hati diorang musti berbau bangkai. Wow,, bunyik macam trauma je aku ni, actualy takde larh. Aku tak anti pun dengan golongan Adam ni but berwaspada sahaja.
Yelah, ish banyak yang gila seks!! benci betol aku bila terkawan dengan diorang ni. Arghh sengaja betul diorang nak rosak kan betina-betina yang ada di Malaysia ni.. tambahan pulak bila aku dengar cerita-cerita dekat FB, FORUM and whatever, naik serik dan seram aku dengan spesies lelaki.