Memaparkan catatan dengan label my cats. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label my cats. Papar semua catatan

Rabu, 17 Julai 2013

Warkah untuk kucing ku

Wahai anak-anak kucing ku,
maafkanlah tuan mu seorang ini..
yang serba tak mampu..

Maaf tak dapat bagi apa yang kamu minta
minta wiskes yang mahal-mahal
KFC yang sedap-sedap

Maafkan la tuan mu seorang ini
sebab tak banyak duit
nak bawa kamu berjumpa doktor
nak beri kamu vaksin
tika kau demam selesema dan batuk

Maafkan sebab tidak mampu beli syampoo
jarang mandi kan kamu ( sebab aku tahu kau pandai mandi sendiri)
apa lagi gosok gigi kamu..
Bila kau diam, tidak mencakar, termenung jauh..
tuan mu seorang ini sudah dapat meneka
mungkin kau sakit, sedih, jatuh cinta atau pun sedang mengandung
Bila kau asyik ikut aku ke dapur
menjerit-menjerit depan peti sejuk
aku tahu kau rasa kebulur..

dengar sini anak-anak kucing ku..
Kamu harus belajar bersyukur
Kamu boleh berlari-lari dihalaman rumah
boleh panjat pokok tinggi-tinggi,
boleh tengok televisyen
berbual-bual dengan kawan
beramah mesra dengan ayam kampung
memikat kucing jiran.
kamu tidak terpenjara
kamu bebas..
tapi peraturan tetap peraturan la kan...
Tidak boleh mencuri ikan, kalau mahu mintak dengan sopan ok,
kalau nak buang air besar, jangan buang merata-rata..
kalau sudah jadi bapa atau mama kucing, belajar la setia pada satu..
jangan pulang malam, mesti pulang sebelum magrib

Walaupun saya tuan yang kurang mampu,
hari-hari pun hidangkan tulang..
jarang-jarang bagi wiskes..
tapi aku tetap sayang kan kamu semua..
nenek-nenek moyang kamu yang aku pernah jaga,
aku masih ingat nama diorang tu tau..

Ya Aku ikhlas jaga kamu..
terutamanya arwah si Dadai :'(

Rabu, 1 Jun 2011

aku Doktor Haiwan


Hari ini aku dah sedia menjadi doktor haiwan untuk kucing aku. Anak kepada arwah kucing aku si DADAI. Nama anak dia si Kucing. Aku tak tahu macam mana dia dapat luka kat paha dia, dan sekarang luka tu dah di jangkiti dan ada ULAT lah kat dalam luka tu !!!

Ulat ini dibawa oleh lalat yang hinggap dan bertelur di luka kita. Haiwan or manusia berisiko tinggi menjadi lombong makanan untuk anak lalat ini jika tidak merawat or melindungi luka

ulat pelahap

Dulu Kucing aku si Comot pernah luka, and separuh dari leher dia dah kena makan ulat. Aku yang geli-geli ni memberanikan diri merawat and Alhamdullilah, luka dia dah sembuh, and ulat tu mati aku bunuh. Tapi malangnya, sejak dia sembuh, dia dah tak tinggal dengan aku lagi, dia ikut jantan lain. Bye comot.

si comot waktu remaja

Dan aku kini tengah bingung macam mana nak rawat paha dia. Hari tu aku dah sapu Iodine, tapi adakah patut dia pergi jilat. Nasib baik tak mati keracunan, Dan aku tak ada idea nak balut macam mana. Dah tu kapas pulak tak ada.

Aiyyoooo... Mai pikir Mai.. Tepat pukul 12 tengah hari aku akan bedah si Kucing.

Semoga aku berjaya tolong si Kucing. Amin

Rabu, 13 April 2011

terkenang dan terindu

tak ada sepatah perkataan
yang mampu mengambarkan keseluruhan perasaan ku
simpati orang umpama embun
hadir di situ lalu terus berlalu
dan aku hanya sendiri
mengimbau sketsa duka dulu
yang menghairankan hari ini
bagaimana aku boleh terus hidup??

aku sangat-sangat rindu kan kau.................

miss u DADAI

tak ada kucing lain yang boleh menggantikan tempatmu
you are very special to me...
dan kau memahami aku
lebih dari orang lain

oh my Dadai.. kini tinggal kenangan




Khamis, 3 Mac 2011

tuisen si budak lembab

bila lagi cinta kini tak bermakna..
tapi bermakna ke selama ini??

Assalamualaikum kamu semua.

situasi aku sekarang...

Happy  +  seRba salaH = bingung

Alkisah bermula pada hari ini secara dirancang, aku si budak lembab ikut tuisen add maths. Best giler!! pasal cikgu dia BAIK, RILEKS mendidik manusia macam aku dan cara interaksi dia bagus sebab dia selalu bagi pujian walau apa yang aku buat tu tak berapa betul.

You know what? Tuisyen ini memang jalan terbaik untuk belajar terutama kepada budak-budak kaya yang malas nak belajar di rumah termasuk aku. Tapi aku tak kaya bah. So aku ringkas kan cerita mengenai KELAS TUISEN, sila lihat ke bawah, eh bukan bawah tu.. bawah perenggan ni.

Best giler
Sangat tak best
·        Cikgu tak garang
·        Penerangan lebih terperinci
·        Diberikan perhatian lebih tak seperti dalam kelas
Mahal sangat !!!











                                                                                                                                                                    Aku pun tak tahu drama apa yang sedang dilakokan cikgu ni sampai dia nampak best sangat, mungkin kerana WANG?? Mybe dia takut kalau dia marah dan rotan seperti cikgu di sekolah buat, kami tak akan bayar dia?? mungkinan yang sangat besar. Atau pun ini adalah kaedah terbaik  iaitu menjadi teman kepada pelajar.

hmm bab duit ni aku memang sensitif. 1 subjek ciktu mintak RM60, 2 subjek RM120. WOW!! banyak tu. aku bukan anak orang kaya yang bapak dia tabur duit atas lantai macam bunga sakura. So 1 subjek pun aku dah rasa serba salah ini kan pulak nak blajar 2 subjek. Apa aku nak buat sekarang? Aku dah lah lembab, kalau belajar sendiri serupa je macam aku main kapal terbang kertas. Tekun macam mana sekali pun aku reka design dia, ia  tetap jatuh ke  atas lantai dan menjadi SAMPAH..!! so aku piikir lah  ni..

Selasa, 1 Mac 2011

biodata Dadai

Arwah Dadai
Nama : Dadai
Jantina : betina
Tarikh Lahir : rahsia... huhu
Tempat lahir : atas zink rumah Maisa Mohamad
Tempat Tinggal : bilik Mai
Nama ibubapa : Si Tegap dan Si Oren
Status : sudah berkawin
Personaliti : agak sombong, seksi. jahat, pemalas dan pemarah
Hobi : tidur, makan, tangkap cicak, tidur dan makan
Makanan kegemaran :



Ini lah arwah kucing aku



Pada suatu hari yang tidak ku pasti bila maka lahirlah seekor kucing betina bersama-sama dengan adik-beradik ia. Kucing betina berwarna tiga macam yang kelihatan agak besar, comel dan tidak mesra itu ku beri nama Dadai. Dadai yang tak memberi apa-apa makna. Masa menjaga dia dan adik beradik dia memang  betul-betul mencabar jiwa dan emosi. Semakin dia membesar semakn berbau bilik ku dek aroma dari bahan kumbahan mereka. Masa tu memang tak bolah nak bernafas tapi di sebabkan tanggungjawab aku harungi jua.



Aku masih ingat arwah kucing aku, si oren iaitu mak si Dadai. Masa dia lahirkan diorang adik beradik, dia ada penyakit pelupa dan cepat panik. Dia selalu pindakan anak-anak dia. Kejap atas bumbung, kejap kat dalam bilik adik aku dan entah mana lagi yang akhirnya telah mengambil nyawa adik beradik si Dadai. Akhirnya tinggallah Dadai si kucing ego itu bersama ku.



Aku masih ingat lagi, Si Dadai ni memang agak pasif, dia tak suka orang pegang dia, mesti dia merengus dan melarikan diri. Sampai sekarang dia masih tak berubah.
Pada satu hari aku kehilangan dia, dalam hatiku berkata mungkin dia dah pindah di rumah jiran. Aku ada juga tanya budak-budak kampung kalau nampak kucing aku tapi jawapan yang aku terima hanya menghampakan dan membuat aku putus asa.



Sebulan kemudian, budak-budak kampung jumpa aku membawa khabar gembira, Dadai aku telah dijumpai. Masa aku ambil dia keadaan dia memang teruk. Mata kanan dia merah, bengkak dan seperti nak terbonjol keluar, badannya kotor penuh dengan lumpur dan dia ter sangat-sangat kurus. Dengan perasaan geli, takut dan kesian  aku bersihkan dan ubati mata dia meskipun aku tak berpengalaman. Akhirnya dia sihat sepenuhnya walaupun mata kanan dia agak juling sikit kesan dari penyakit matanya dulu. Yang penting dia kembali comel dan hubungan kami semakin akrab.
     
                                     
                                               
                                                                                                                                   Bersambung..                                                             



Ahad, 6 Februari 2011

pasal tu aku sayang kau

Assalamualaikum


Pagi ahad yang biasa-biasa sahaja untuk hari ini, tak ada yang menarik yang dapat mencuit sedikit perhatian aku. Semalam, masa aku layan perasaan aku yang sakit ni, aku terpikir, baik aku sayang kucing daripada aku mensia-siakan kasih sayaang aku kat manusia yang tak pernah menghargai iaitu manusia yang aku lebelkan pelbagai status iaitu family, friend ,skandel dan couple??
 Kenapa aku pilih kucing?

sebab :::
  1. dari aku tengok muka manusia yang memang aku menyampah giler, yang muka tak berapa nak lawa, perangai pun hampeh. Baik aku tengok kucing aku tidur.
  2. kucing tak banyak songeh, manusia  bila dah sah bersalah bukan nak minta maaf, cakap besar pula tu, siap bawa peguam dan main angkat sumpah. shitt! hipokrit punya manusia.
  3. kucing tak memilih tuan, everything ok asalkan dia dapat makan, tidur dan penginapan meski pun dia sedar dia tak berapa comel. Bukan macam manusia, memang dah terang-terang buruk rupa dan perangai, nak pilih pasangan pun ngengada. last-last dapat pasangan yang memang tak guna, yang dah rosak zahir dan batin. memang padan sangat lah muka engkau. sapa suruh "look cover books".
  4. aku rasa kucing lagi memahami dari manusia yang sorang pun aku tak percaya. kebanyakan semua manusia yang wujud di sisiku majoriti adalah hipokrit belaka. 
  5. kucing selalu dengar cakap. memang tak banyak songeh dan alasan.
Kucing memang buruk macam manusia:
  • kucing JANTAN gemar mempermain ,mengecewa dan menyakiti hati dan perassan kucing BETINA iaitu dengan berlaku curang dan berfoya-foya di luar sana. Klimaks filem ni adalah sewaktu babak si BETINA berasa loya-loya dan pitam. kemudian si JANTAN tinggalkan  dia dengan perut boroi berisi janin. tak pe lah kalau sekor, ini boleh cecah 6 ekor. so spesis kucing JANTAN umpama manusia playboy, buaya darat, naga, biawak serta reptilia yang sewaktu dengannya.
  • playgurl pun sama macam kucing BETINA. Tak pernah nak setia dan sering tukar-tukar pasangan. Bila dapat boyfriend baru, tuan, mak bapak and anak dia buat lupa. Paling tak best, dia suka keluar malam-malam buta macam bohsia dah.
 Yang aku hairan, kenapa orang lain tak suka kucing aku? Agaknya perangai dia sebijik macam tuan dia iaitu aku. Aku dan kucing aku adalah bestfriend yang paling pelik. Mestipun aku dan dia memang tak paham bahasa antara satu sama lain, janji kitorang  sekepala, memahami,tak gaduh-gaduh and hapy. Tak boleh aku nak bayang kalau aku dah takde, siapa nak jaga kucing aku sekor tu.

DADAI IS MY CATS!