Jumaat, 21 Ogos 2015
nolabitaku
Rabu, 31 Disember 2014
Lari lagi
Assalamualaikum. Selamat pagi dunia. Hairan. Kenapa aku menulis entry pagi-pagi rabun ni. Sebenarnya masih ada ketul-ketulan yang melekat dalam perasaan belum aku luahkan. Dan ia melemahkan sistem otak aku untuk berfikiran waras.
Macam ni rupanya hidup sebagai pelajar Universiti. Dan aku mula merasa tekanan yang menyerang dari pelbagai sudut menekan-nekan aku. Aku stress. Hari-hari ku padat dengan kuliah, tutorial dan lab.
Aku nak lari, seketika jauh dari realiti
dari kesesakan manusia
kepura-puraan wajah
senyum mudah tanggal
Aku nak lari, seketika jauh dari realiti
dan dari kesuntukan waktu dunia..
Bolos
Satu tahap, aku terpikir sejenak. Hidup di Univerisiti tidak la seindah mana seperti yang aku bayangkan dulu. Hidup disini penuh berlumba-lumba mengejar pointer, persaingan sengit sehingga insan-insan terjatuh dan cedera terabai. Aku menangis, bila mana assignment menggunung Kinabalu banyaknya. Seolah dayaku tiada bersisa lagi. Terburai ikatan butiran air mata.
“Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.” (al-Insyirah : 6)
Sabtu, 7 Jun 2014
Being Alone
karya si Mai jam 7:05 PTG 0 ulasan
Label: kawan, kawan motivasi, my life story, puisi, sedih, syok sendiri, tensen
Ahad, 24 November 2013
Konklusi
Petang. Moment-moment indah tika ini sering memanggil keluar idea terpendam aku. Aku membuang pandangan ke hamparan langit. Lembayung ungu di ufuk senja. Indah sungguh. Ditemani secawan teh hijau didalam gelas milo, mataku menghadap laptop 1 Malaysia dengan jari-jari kasar menari-nari di atas punat-punat berhuruf. Banyak perkara menarik ingin aku ungkai kan tapi otak aku bingung untuk memilih 1 cerita untuk aku karyakan.
Sejak satu dua minggu ini, hubungan aku dengan classmate aku tidak berapa baik. Timbul salah faham yang aku sendiri tidak tahu. Aku yang kononnya manusia yang periang tiba-tiba bertukar jadi arca yang diam, statik dan tidak berguna " ia hanya batu yang dibentuk menjadi rupa "
Almaklum lah ini pertama kali aku menghadapi kesukaran dalam menjalani perhubungan. Selama ini hubungan aku dengan kawan-kawan aku berjalan dengan baik tidak macam sekarang. Pelik. Mungkin dia yang tidak faham aku, atau aku yang tidak memahami dia. Mungkin.
Syukur. Ini mungkin adalah salah satu hikmah dia. Aku nampak rupa dia sebenar. Aku sedar mungkin aku dan dia bukanlah 1 kepala. Rasanya tidak perlu aku menjadikan dia sebagai seorang kawan karib. Aku dan dia hanya kawan " satu kelas, satu kampung, sekumpulan ". Dia bukanlah seorang kawan yang perlu aku ceritakan macam-macam cerita dari A sampailah Z. Lagipun, dari respond dan sikap dia, dia bukan sangat berminat dengan hikayat-hikayat entah apa-apa dari aku.
Satu dua minggu ini, cepat sangat mata aku mengeluarkan air. Hairan saya. Hati aku ini seolah begitu rapuh dan jelas ia bukan dipengaruhi hormon-hormon ketika waktu perpisahan aku dan ovum. Aku memang sensitif kalau melibatkan hubungan antara kawan-kawan.
Aku meminta nasihat kawan sebilik aku, Nora memandangkan dia ambil course kaunseling.
- Meminta maaf. Salah atau tidak belakang cerita yang penting kita meminta maaf. Kadang-kadang kita melakukan kesalahan tanpa kita sedar.
- Buat seperti " NOTHING ITS HAPPEN "
karya si Mai jam 6:29 PTG 0 ulasan
Label: kawan, my life story, tensen
Rabu, 20 November 2013
lebih kepada luahan hati
Kemarin egoku aku rendah-rendahkan
dan ku lihat kau cuba menginjak-injak ia
Isnin, 11 Februari 2013
gusar!
by Maisa Mohamad on Wednesday, February 22, 2012 at 10:22pm ·
sekali lagi hadir ku mengonlinekan diri di pesbuk untuk meluahkan sedikit gusar di hati
berkenaan dengan menanti detik masa sebulan menunggu keputusan spm 2011 keluar..
agaknya boleh ke aku tercalon dalam pelajar cemerlang..
sebijik mcm result aku semasa PMR??
belum lagi kaki mnjejak d pagar sekolah..
bunyik2 taniah dan syabas sudah kedengaran
ooohaaiii bulihkah??
mai kau rasa mcm mana result mu
ok2x.. aq pikir lah ni
BM A
BI B
AG A
MATH A
SEJ A
TASAWUR A-
ICT C
BIO A
fizik C
KIMIA C
ADD maths C
enam je yang aku target A??
olamakkk..
biar betul..
eerrkkkl yang aku target C tu, hurm huruf optimis aku
xnak pulak aku gagal..
x pulak aku terlalu yakin..
di ingatkan balik..
ya memang sikit sudah lah smasa aku menjawap..
keyakin itu agak sedikit kurang until today..
but seriyes aku nak sangat bio aku A
eiii miss u BIO.. hahahaduii
dalam masa sebulan
result akan keluar..
ok.. kemungkinan besar 6 A ada dalam tangan
bagaimana pulak nasib subjek sains aku??
kita nanti kan 22 march 2012 nanti..
karya si Mai jam 12:04 PG 0 ulasan
Label: my life story, tensen
Ahad, 10 Februari 2013
Bukan Pasal Bola
Maisa Mohamad on Tuesday, November 22, 2011 at 12:28am ·
malam..
bintang-bintang malap..
tidak berteman aku malam ini..
seorang manusia pun tiada disisi..
dan aku keluh sendiri..
ada beban yang ingin ku luah
ada kisah ingin ku cerita..
betapa sedar aku tika ini
aku hidup sendiri..
kawan-kawan..
sekalian benda remeh sengaja ku perkatakan..
ada sedih yang besar ku pendam..
namun sikap kalian memaksa ku tuk tersenyum sahaja
tanpa ku hurai
semua butir-butir gelisah!!
arghhh..
berbunga kata-kata ku..
sengaja ku karang
agar tidak kelihatan aku seorang yang lemah
tiada kekuatan tuk bercerita membuka rahsia
dengan harapan..
kau paham rasa ku tanpa aku perlu berbicara..
aku perlu kawan..
kawan!!
kawan yang memerlukan aku wujud di sisinya
dan wujud sewaktu aku butuhkan dia!!
arghhhhhhhh
buat masa ni kau
telinga laptop
terima saja apa yang aku katakan..
tanpa perlu kau komen apa-apa..
filem ku rosak
karya si Mai jam 9:45 PTG 0 ulasan
Label: puisi, syok sendiri, tensen
Isnin, 30 Mei 2011
hati kecil berbicara
karya si Mai jam 10:13 PG 0 ulasan
Label: my life story, sedih, syok sendiri, tensen
Khamis, 21 April 2011
pestime story
karya si Mai jam 4:27 PG 0 ulasan
Label: merepek, my life story, sosial, syok sendiri, tensen
Rabu, 20 April 2011
KAWAN PALING TAK BAIK
![]() |
berapakah harga sebuah persahabatan
seteguh manakah sauh persahabatan itu berpaut
arhh, tak terhitung dek kalkulater
|
Berwaspada dengan "KAWAN" yang terpacak di tepi-tepi anda. KAWAN yang BAIK giler, BFF kononnya sebenarnya adalah pembunuh hendap yang berbahaya. Impak dia adalah lebih parah dari pada bertikam lidah dan badan dengan musuh yang wujud di hadapan mata. KAWAN umpama gunting dalam selimut, cadar dan bawah bantal. Kita hanya sedar setelah badan kita dah terlentang dekat atasnya. Akibat peristiwa tersebut maka muncul lah peribahasa "tikam dari belakang" Nak tahu KAWAN anda tergolong dalam kawan yang macam mana?? nak.. bagus, maknanya anda mengambil sikap berjaga-jaga, Taniah2x
Kawan macam ni semua benda dia nak ambil antaranya jawatan, populariti, boipren, coklat, aiskrim, minyak wangi, stokin, baju in, duit belanja dan banyak lagi. Diorang ni macam pelesit, perumah tidak mendapat keuntungan dalam perhubungan. Perumah adalah bodoh belaka!
Dengki
Kawan macam ni, dia cakap je kawan, belakang bukan main dia kutuk kita, pengecut betol diorang ni. HIPOKRIT wtf shitt. Kawan mcam ni yang antara yang terganas, bila-bila masa dia boleh pecahkan rahsia kat mana-mana wartawan, berita, akbar harian Metro, kat emak saudara belah emak, makcik kantin dan pak guard. Di syorkan, janganlah kita membukak pekung di dada menceritakan rahsia kat orang lain.
"Senyap itu selamat."
Kawan macam ini berhubung kait dengan jenis kawan nombor 2, golongan ini amat dikehendaki polis sebab diorang banyak menyusahkan manusia macam aku. pelis berWASPADA .. macam-macam perkara diluar jangkaan kita boleh dilakukan mereka. Diorang boleh fitnah kau ada hubungan dengan ????, jual badan dan dadah dekat Jalan Dua. Or diorang memang ada bakat jadik keluarga ayam yang menjual harga diri perempuan. Tak pun, masa korang pergi tandas nak berak kejap, diorang masukkan pil khayal dalam minuman korang. Then kau pun bengap pergi minum air tu dan kepala korang terus rasa pening-pening, lalu dia bawak korang pergi sebuah bilik kosong kat hujung bangunan tu dan mengeluarkan pisau dan tikam perut korang 18 kali sehingga usus besar mahupun kecik korang terjurai ke lantai. Lepas tu mata korang dia cungkil dengan pensel kaya sampai tercabut, pastu dia pijak bola mata korang sampai pecah. Kejam kan...!!! huhuhu seram
Saja-saja
kawan ni ok lah juga, dia berkawan pasal dia bosan. Manusia ni ok lah, sebab dia tak kisah dengan hal kita. Lantak kita nak buat apa. golongan manusia ini jenis tiada erti dan makna dalam hidup manusia
** Senarai pendek ini aku simpulkan melalui undian dari kepala hotak hati aku. Sediakan lah apa-apa sahaja sebelum benda apa-apa yang di khuatiri berlaku itu dapat di tangani dengan jayanya. Sekian.**
karya si Mai jam 9:18 PTG 3 ulasan
Label: kawan, my life story, sedih, syok sendiri, tensen
Sabtu, 9 April 2011
no komen
Salam..
Sabtu, 19 Februari 2011
remaja dan masalah
Assalamualaikum
Aku remaja sama macam remaja di luar sana, yang boleh di ketogerikan dengan "budak bermasalah"Aku pun sedar yang aku dah banyak berubah menjadi hipokrit, ego dan what ever yang semestinya tak bagus. Aku tak solat, aku kurang ajar dan aku... Memang tak patut di contohi
Aku sedar apa yang berlaku, apa yang harus aku buat?? korang tahu ke, kami memang tak mahu bersikap seperti ini dan KEADAAN yang sepatutnya bertanggungjawab. Kenapa keadaan?? ok macam ni, pernah dengar pepatah masakan pokok bergoyang kalau bukan angin yang tiup. Lebih kurang macam tulah.
![]() |
| RUMAH KU |
Ada member aku sorang, muka alim giler masa dekat sekolah, kawan dengan budak pandai tetapi bila saja dia jejak kaki ke rumah, semua berubah 360 darjah. Salah siapa?? ibu bapa lah. Nak salahkan siapa lagi kan.
Dorang yang patut di pertanggungjawabkan.
PERBUATAN YANG MEMANG TAK PATUT
- Pilih kasih. Ibubapa gemar memandingkan anak dengan orang lain
- memaki hamun. Ibubapa memarahi @ menegur anak dengan memaki. Lebih baik tak payah cakap sebab kalau dorang cakap siapa nak dengar.
- Kaki arak,judi, penagih dan sebagainya.
- cerai barai. Lain kali tak payah kawin larh. beranak je banyak-banyak tapi tak pandai nak urus buat apa? menyemak je
- Kasih sayang. Aku nak cakap pun geli juga pasal aku memang tak pernah rasa. Sangat jarang sekali.
Selasa, 15 Februari 2011
aku tengah pikir pasal blog kau tu
Assalamualaikum kamu semua
Bosan,, memang hidup aku selalu bosan tanpa ada kisah yang menarik. Aku start buat entry pun tanpa idea. Just lulis apa ada dalam otak ku. lihat lah hasilnya nanti, Tadi aku membuang sedikit masa bersiar-siar dekat google. Banyak gambar yang best dan agak menarik,tak kurang juga yang menganggu iman tapi aku tak layan sebab bukan itu fokus aku. Hehehe
![]() |
| antara gambar yang aku download |
![]() |
| diri aku selalu malas |
![]() |
| aku pun nak keluar dari kehidupan aku yang sekarang |
karya si Mai jam 7:26 PTG 0 ulasan
Label: sosial, syok sendiri, tensen
Rabu, 9 Februari 2011
qwertyuiop
karya si Mai jam 6:08 PTG 1 ulasan
Label: marah, my life story, tensen
Isnin, 31 Januari 2011
kurang asam punya CIKGU
Walau tak ada siapa nak menyibuk tapi aku nak share juga. esok umur aku dah genap 18 tahun. aarhhh TIDAK,,dah tua ke aku ni? dan yang pasti, tahun ini juga aku akan amik SPM. ( pembuka jalan untuk aku menentukan my future)
![]() |
| you choice what you want |
Berbalik pada cerita yang aku nak kongsi, bila aku start study seriously, cikgu dia pula yang buat hal. tapi aku memang dah lama tak puas hati dengan cikgu ni start dia jadi PK HAL EWAL MURID. Tiap kali masuk kelas, marah-marah. orang tahu lah dia tension dengan budak bermasalah. tapi WHY budak macam aku jadi mangsa. dengan rotannya yang tak seberapa panjang tu,memekik-mekik marah dan terus marah. kami yang nak study pun macam dah tak ada mood. menyampah giler sampai nak angkat muka tengok whiteboard pun payah.
![]() |
| sebijik macam muka cikgu "C" |
"eh kamu ya, markah macam ni tak payah amik add maths ya. drop saja. buang masa saya saja."Lawak betul cikgu ni. bukan nak membakar semangat, di ludah di pijak semangat orang! dah tu dalam kelas , murid CHINESE YANG dia nak care sangat tu. Agaknya muka orang bumiputra macam muka kami ni nampak bodoh sebab tu dia rasa berat je nak tunjuk ajar kat kami. Ada lah juga member aku menangis. Memang tak patut cikgu sekor ni.
![]() |
| ini lah perjanjian maut antara aku dan Cikgu C |
" Wei cikgu, kau dah kaya, ada kereta ada rumah. kami pun nak juga BERJAYA. so ko tak ada hal nak paksa kami DROP ini itu terutamanya ADD MATHS..!!!"
Aku kurang ajar? who care. at least aku tidak hipokrit dan aku berani bersuara. bukan nak berlagak skema depan pengetua. kalau anda sendiri berada dalam kasut saya, anda mesti rasa apa yang saya rasa.
karya si Mai jam 11:38 PTG 1 ulasan
Label: motivasi, my life story, tensen

























