Suara hati diminta bisu..
menjadi rahsia gembira seorang wanita
memberontak walau jasad terpaksa akur
turuti permintaan-nya membelakangi mahuku
Memang jelas benar apa yang dia kata
rahsia sehingga harinya tiba
kalau begitu, sanggupkah kau menemui
bila kau yakin untuk menikahi aku
Ku rasa semua ini drama manusia
menghalalkan cara yang haram
atas dasar cinta kononnya
ternyata dusta palsu dan tipu
Terlalu jauh kau hanyut wahai jantung
terpalit dengan gula yang dia tabur
di setiap janji dan kata-kata
hingga kau lupa realitinya belum kunjung tiba
Untuk bisu, aku perlu hapus memoriku
simpan semua harapan bahagia dalam plastik hitam
bungkus !! buang dalam stor " introvert
biar semua harapan tu terkubur sementara waktu
Maaf kerana tidak mampu menyimpan rahsia
menyimpan gembira yang aku sedang bercinta
hanya satu pelan terakhir yang mampu rangka
berpura-pura yang hati aku belum berpunya
sungguh, ini adalah realiti
kita bukan suami isteri
0 ulasan:
Catat Ulasan