Ahad, 21 April 2019

Sendiri

Sudah 3 tahun aku mengabaikan perasaan sendiri. Aku hidup dengan keterpaksaan untuk senyum, berhadapan dengan dunia hakiki.

2016, aku berhenti menulis. Berdepan dengan patah hati beberapa kali, konflik dengan orang sekeliling, "expectaction" dari orang tua aku sendiri.

2019

Entah mengapa rasa sunyi yang dulu wujud mula membebankan hati. Tidak mampukah aku menjalani hidup ini dengan sendiri? Tidak berteman, tiada kekasih???

Aku penat. Aku takut bersama dengan orang yang salah. Waktu dan perhatian ku disia-sia.

Khamis, 21 April 2016

rindu

I miss you

Ahad, 17 April 2016

Tunggu

Jika kau mampu bersabar, kenapa tidak aku...

Jangan kau tanya, aku sendiri tidak punya sebab dan alasan untuk menjelaskan perasaan aku..

Semoga tuhan, menjawap semua persoalan yang kita pegang selama penantian ini..

*** Banyak lagi yang aku perlu perbaiki untuk benar-benar bersedia menerima cinta dari laki-laki yang mencintaiku kerana Allah.

Semoga hati lebih tenang dan tabah menerima takdir ilahi

Khamis, 15 Oktober 2015

telefon aku

Dear mr R..
Do you remember me?

Aku ingat, lepas aku luah isi hati aku.. Semuanya akan berakhir termasuk persahabatan kita..
tapi aku silap..

Cara kau
membuat aku rasa dihargai
sebagai seorang teman..
yang dulu aku tidak pernah dapat
terima kasih

Tapi persoalannya sampai bila..
sampai bila kau akan melayan aku seperti ini?

Aku sendiri kurang jelas tentang perasaan ku terhadap kau.
antara sahabat dan juga sisa cinta.
dan aku masih mengambil berat. Tapi tidak lagi aku menuntut cinta.
Aku tidak lagi bermimpi seperti kanak-kanak naif.

kau dan aku
tidak boleh lebih dari sahabat..

Sabtu, 10 Oktober 2015

lalalalaaaa

Semangat yang hilang,
kita cari pulang..

Semangat yang hilang..
Adakah kau takut berdepan takdir? Mengapa kau memperlahankan waktu sedangkan saat semakin suntuk..?

Semangat yang hilang
walhal kau serigala purba
yang menguasai bulan dan bukit
mengapa kau sembunyi..
marilah, gapai tangan aku
Aku tahu jiwa kau masih ada disini..

Dulu,
kau (semangat) selalu ada saat masalah menghempap aku ke bumi
Kau tukar airmataku menjadi minyak diesel, kau bakar hingga fizikal tubuhku bekerja efektif..

Ketaksuban kau pada soalan..
membuat kau cinta pada proses mencari sebuah kebenaran. Inilah masanya wahai semangat kecil Maisa, untuk kau meneroka mencari jawapan..

Thesis : Kajian Ekologi Kera di Banjaran Croker

Kenapa aku perlu buat benda ni? Kenapa..?

Aku tahu kera dapat menyesuaikan diri dimana-mana kawasan seperti hutan, berhampiran sungai dan berdekatan dengan penempatan manusia.

Setiap organisma memainkan peranan penting dalam kitaran makanan di kawasan hutan tropika. Aku sebenarnya nak tahu adalah ia  " key stone " untuk kawasan tersebut? Sebab tu aku perlu tahu kelakuannya,  apa dia makan, memilih ka tidak. Mesti ada hubungan mutualistik antara kera dan tumbuhan di Banjaran Croker.. Kan.. So lets find the answer

Khamis, 24 September 2015

Pergi

Zuan,
aku akan pergi..
walau tiada alasan kukuh
kau halau aku hidup-hidup..
aku akan pergi
sehingga hati ku mati
sehingga tidak larat lagi
dan akhirnya berputus asa jua..

Teras hati berbisik

Teras hatiku belum lagi stabil
masih berlaku gempa susulan  bersekala kecil..
siapa tahu akan meletus lagi? atau tenang dan kembali bermimpi..

Aku tahu, harapan yang setipis kulit bawang itu, mencengkam kukuh memori ku terhadap mu. Masih menunggu, belum lagi mahu melepaskan pergi. Bertahan dan merindu disudut bilik, kau mencuri senyumku setiap malam hari.

Sehingga hari tiba,
bila aku benar-benar tewas
dan berputus asa..
kau akan aku lupakan..

Yang jujur,
hati kecil..

Ahad, 13 September 2015

Dari Hati

Mai,
aku tahu apa yang telah terjadi ini sukar bagimu. Tapi kedegilan mu akan merumitkan keadaan. It is all not about ' EGO', but promisses that you have done. That you are not going find and skrew up his life. Do you remember?

Usah melawan takdir Mai, semakin lasak ko bergelut semakin luka batinmu. Hanyutlah kau kemana hidup ini membawa kau pergi. Pasrah dan redha.

Usai semua usaha, berputus asa bukan maksud kau seorang gagal. ' Preserve' cinta dan perasaan, untuk yang asli mencintai mu.

hapuslah memori, itu hanya perangkap mimpi. Memburukkan hari-hari indah yang sepatutnya kau tersenyum terus.

Jangan membenci dia Mai, lupakan saja dia. Seperti debu jerebu yang singgah, kelak Oktober sirna lah juga. Semua ini adalah sementara. Waktu akan mengubati sakit mu.

Biarkan dia, semoga saja dia 'hidup' dengan hidupnya. Tanpa kau peduli bahagia atau sadis, biarkan saja dia.

Detik ini,
dengan asa yang tipis
tolak segala fikiran ke gaung
pelupusan memori yang aku pilih untuk mengingati.

Burn it

Sabtu, 12 September 2015

Mati

Sudah jelas Mai, kau sampah dalam hidupnya. Ini bukan soal ego. Berapa kali aku cuba akhirnya hati aku yang binasa. Apa lagi alasan kau perlu? Sedangkan jawapan ada di depan mata..

Mulai hari ini aku akan push semua memori aku ke dalam pelupusan. Aku tidak kenal dan aku tidak pernah bercinta dengan manusia itu. Bukan lagi lumpuh, aku akan lupa ingatan segalanya tentang kau.

Jumaat, 4 September 2015

Surat terbuka untuk Redzuan

Assalamualaikum,


Hai Zuan, aga kareba ( apa khabar in Bugis language) ? Aku harap kau sihat, kerja pun baik-baik, dan sentiasa gembira walau dimana kau berada. Sampai sekarang aku tak lupakan kau. Aku cuba bencikah kau tapi aku tiada sebab, kerana sepanjangan perkenalan kita, kau banyak membantuku fikiranku. Dan aku patut berterima kasih dengan nasihat kau.

Aku nak teks kau, tapi kau cakap jangan ganggu kan, jangan cari kau lagi. Tidak apalah. Aku harap semua kata-kata yang terzahir ini sampai kedalam mimpi mu. 

Hei Zuan, aku dah move on. Aku dah terima hakikat tentang hubungan kita. Hari Ahad ini aku dah balik UMS. Aku dah masuk tahun akhir dan akan buat Final Year Project. Aku janji pada diri aku, aku nak berubah untuk diri aku sendiri, bukan untuk kau, bukan untuk orang lain.

Kalau bukan sebab kau tinggalkan aku, aku takkan bersemangat NAGA seperti ini. Kau umpama api yang melecurkan membren hati, tapi kau juga membakar enjin aku yang lama mati. Terima kasih Zuan atas tindakan kau. Aku bersyukur sangat, akhirnya aku mampu lihat hikmah disebalik semua ini.

Aku takkan membenci kau. Aku maafkan kau. Aku terimah dengan redha keputusan kau. Terima kasih banyak-banyak Redzuan. 


kerabu taugeh

Hei bro,
Macam biasalah kau datang padaku saat kau perlu
tika kau butuh tempat meluah
bahu yang kau lepaskan air mata
tisu ku kau guna secara percuma kawan..

Sinis,
meski ku tahu siapa dirimu
aku masih terpacak disisimu
kenapa?
sedangkan kau tidak adil dengan diriku

Aku bestfriend mu ( kononlah)
Dimana kau ketika aku perlu?

Kau terluka,
Kau gembira dan bahagia dengan mudah
nampaknya tugas aku selesai
lebih baik aku pergi
aku takut hati aku tergugat lagi,,
jadi tidak usah kau cari aku kembali
aku juga masih berusaha move on

Entahlah
aku rasa lebih baik terus terang
sejauh ini aku telah berusaha
jangan musnahkan..


Rabu, 2 September 2015

gagah

Peristiwa semalam,

menjadikan siapa diri aku pada hari ini. 
Luka yang kau tabur garam 
beransur-ansur pulih. 
Setelah lelah ku berperang dengan perasaan, 
akhirnya aku cuba berdamai dengan takdir. 
Tiada guna ku memberontak marah, 
kerna akhirnya rugi ku perolehi
pasrah dan aku pada hakikat

Kau adalah kejatuhan ku
Kau juga kekuatan ku pada hari ini
terima kasih kerana pergi
sungguh jika tidak, aku sendiri tidak tahu
setabah mana mampu aku tangani

Putus cinta adalah simbol kegagalan. Kita tak boleh nak elak, sudah jadi norma kehidupan, ada turun naiknya. Isunya sekarang adalah hari selepas kejadian, sama ada kau nak hanyut dan lemas dalam kolam kecewa atau bangkit untuk terus berjalan.

Semoga perkara yang menjatuhkan semangat hidupmu akan menjadi penjana utama kekuatanmu dikemudian hari. Coretlah  kejayaan tanpa bayang-bayang penyesalan. Bertabahlah jiwa.

Sabtu, 22 Ogos 2015

I miss you


Angin, tolong sampaikan rinduku padanya. Aku tak lagi punya kekuatan seperti dahulu untuk menyatakan ia. Aku sangka aku setabah hang tuah namun malam ini tapak hatiku sedikit goyah. 

Patutkah aku mempertahankan perasaan aku dan memaksa dia ?
Aku bukan manusia yang pentingkan diri

Otak : Kalau kau betul-betul sayang, seharusnya kau mempertahankan, perjuangkan ia Mai..



Jumaat, 21 Ogos 2015

masalah???

Assalamualaikum

arrgghhh!!! penat giler hari ni. Banyak aktiviti kena sampai nak tercabut satu persatu tiap rangka tulang yang ada dalam tubuh ku. boleh bayangkan ke?? Bayangkan lah, parents kita  susah payah cari nafkah dengan pekerjaan yang tak seberapa tu, di bawah terik

Abang Otromen

langit kelihatan mendung. Tanpa memberi sebarang amaran dan siren kecemasan ia memuntahkan hujan yang turun dengan lebatnya. keseorangan berdiri di stesen bas dari tadi, membuat tulang tubuhku mengigil  kedinginan. Dalam samar ketakutan, satu kelibat tubuh yang asing berbungkus baju hujan sambil tangannya memegang sekaki payung hitam berlari ke arah ku. 

Dia membuka topi keledarnya sambil dia mengusap wajahnya. Aku mengangkat kening dan cuba mengingati siapa gerangan pemuda ini. "ish" sepatah perkataan yang tersebul keluar dari bibirku. Dan segara dia memaling muka ke arahku" Mamat poyo ni lah yang berebut meja dengan aku tadi" getus hatinya.


Karya aguNg dari tulang jari aku

entah

I can’t see a path that can lead me forward
Stuck in a blinding darkness, stuck in an emotional state
There’s no light shining from the sky
Looking around, the heart’s suddenly afraid
Why doesn’t this long night pass on?
Will there be any path from here?


(*)
No matter what, I know the sun will shine tomorrow
But how long will the wait be or will the heart stay forever in this eternal light?
Why doesn’t this long night pass on?
Will there be any path from here?

(*)
No matter what, I know the sun will shine tomorrow
When the new morning arrives, the heart hopes to find a path

When the sorrows of yesterday come crashing against this weak heart
The reason the heart loses is that we neglected the needs of our heart
My suffering has turned into an endless night, but I know that this will pass
As long as time goes by, so will my sorrow because eternal night doesn’t exist
Day and night will continue on, that is time’s endlessly

Teruna Perawan

pprraakkkk,,, errkkkk,,, aduuuiiii,,, ggrrrrr
ni adalah bunyik hasil dari otak aku yang malas nak update blog.

Situasi tidak memberikan kebenaran. Namun lantaran rindu yang membuak-buak di dalam dada, so aku luang kan cikit lah masa tuk membersihkan habuk2 yang melekat di dinding blog gue ini..

aku nak ulas cikit pendapat someone yang aku tak kenal mengenai lelaki dan wanita
Dia cakap :

(L) Mempunyai ego tersendiri yang menyebabkan sukar menerima pertolongan orang lain dan pandangan orang lain terutama sekali pasangannya.
(P) Mudah menerima dan terpengaruh dgn pandangan orang lain lebih2 lagi dgn orang yang dicintainya.

Ulasan : biasanya melibatkan wang ringgit dan pekerjaan. So para wanita, biarkan diorang kaum adam ini dengan ego diorang selagi tak menyusahkan duit sendiri.

(L) Sekiranya mengalah, menunjukkan tanda tidak bermaruah atau berprinsip.
(P) Mengalah tanda sayang dan pengorbanan yang tidak berbelah bagi.

ulasan : yang pasti keduanya tidak akan berpuas hati dan akan menimbulkan dendam kesumat

(L) Menilai kejayaan dan diri berdasarkan hasil atau prestasi yang berlaku didepan mata.
(P) Seringkali menilai diri berdasarkan perasaan dan kualiti hubungan sesama manusia terutamanya orang yang disayangi.

ulasan :perempuan itu pelik, lelaki itu terlalu realistik. Sebab tu payah nak saling memahami

(L) Suka menyendiri dan menjauhkan diri apabila berada dlm keadaan tertekan.
(P) Suka bercerita kpada orang lain tentang masalah yang sedang dihadapi dgn harapan mendapat simpati.

ulasan : lelaki berkemungkinan besar akan menangis bersendirian di dalam bilik air sambil paip air mengalir. Air mata diorang umpama batu, payah nak keluar dari mata

(L) Mempunyai emosi spt getah iaitu sesuatu perasaan itu hanya sekejap shj.
(P) Mempunyai emosi seperti ombak iaitu suatu perasaan yang lambat reda.

ulasan : getah dan ombak sama sahaja, yang berbeza hanyalah sifat2nya. lol

(L) Biasanya suka memberi arahan bersifat ketua yang mempunyai kuasa.
(P) Suka berleter mengenai sesuatu perkara sehingga puas hati.

ulasan : wanita seperti DJ, bercakap 24 jam sehari dan akan berhenti sebentar apabila dia penat.

(L) Bersikap pemurah atau boros.
(P) Bersifat kedekut atau berjimat.

ulasan : lelaki pemurah?? ada plan jahat di balik duit kertas yang dia hulur.. jika ada pun sukar di temui

(L) Mempunyai fikiran yang bersifat makro iaitu melihat secara keseluruhan.
(P) Mempunyai penilaian bersifat mikro iaitu melihat sesuatu secara terperinci.

ulasan :microwave, macrowave,, adoiii mcm fizik je

(L) Tidak fokus kepada sesuatu perkara
(P) Fokus kepada sesuatu perkara.

(L) Mempunyai perasaan cinta yang setia dan lebih fleksibel.
(P) Cinta sepenuh hati dan setia pada yang satu.

(L) Suka menyendiri dan berdiam diri apabila imej tergugat
(P) Mudah marah, cemburu atau merajuk apabila imej tergugat.

(L) Bila berkomunikasi kurang teliti mendengar tapi cepat memberi pendapat.
(P) Mendengar dgn teliti sebelum membuat sesuatu keputusan.

(L) Lebih banyak menumpukan kepada aspek fizikal dan kebendaan.
(P) Lebih menumpukan aspek perasaan dan kemanusiaan

(L) Meminta bantuan kerana malas atau tidak berupaya.
(P) Meminta dan memberi bantuan sebagai tanda sayang dan hendak bermanja.

(L) Akan melawan dan menjauhkan diri dan membisu seribu bahasa apabila berlaku pertengkaran.
(P) Biasanya mengalah dan berpura-pura setuju dengan pasangannya.

(L) Tidak suka bercakap tentang pasangannya
(P) Suka bercerita tentang pasangannya dan menghormatinya

(L) Agak keberatan meminta maaf
(P) Lebih mudah meminta maaf

(L) Dapat menyesuaikan diri apabila menghadapi kesukaran
(P) Risau apabila menghadapi kesukaran

(L) Suka MEMBUAT keputusan
(P) Suka MENGIKUT keputusan

(L) Terasa selesa berjauhan dgn keluarga
(P) Suka bersama keluarga

oleh itu lelaki memerlukan prempuan dan sebaliknya
lumrah hidup...

durian runtuh

di kamar kosong ini
ku kerah mindaku bergerak jauh
tuk bebas dari sangkar perasaan
tuk tidak ternanti-nanti
sesuatu yang tak mungkin
melayang jatuh ke ribaku





bongol



ABC cendol ais
letak susu kurang manis

Toleh kiri nampak gigi
toleh kanan mata juling
Pejam mata sakit hati
kalau boleh aku nak lari

test dan test apa kau peduli
aku bingung sorang diri
esok exam dah tak ada erti
aku gila nak menangis

tora dega mega emo
ditkushi cakoi limo pusen
batuk selesma kipas angin
rasa dingin nak bersin



hilang

kemana kelakar itu pergi?

siapa kah mencuri seri diwajahnya
katakan yang sebenarnya
biar ku memperjelaskan