Zuan,
aku akan pergi..
walau tiada alasan kukuh
kau halau aku hidup-hidup..
aku akan pergi
sehingga hati ku mati
sehingga tidak larat lagi
dan akhirnya berputus asa jua..
Khamis, 24 September 2015
Pergi
Teras hati berbisik
Teras hatiku belum lagi stabil
masih berlaku gempa susulan bersekala kecil..
siapa tahu akan meletus lagi? atau tenang dan kembali bermimpi..
Aku tahu, harapan yang setipis kulit bawang itu, mencengkam kukuh memori ku terhadap mu. Masih menunggu, belum lagi mahu melepaskan pergi. Bertahan dan merindu disudut bilik, kau mencuri senyumku setiap malam hari.
Sehingga hari tiba,
bila aku benar-benar tewas
dan berputus asa..
kau akan aku lupakan..
Yang jujur,
hati kecil..
Ahad, 13 September 2015
Dari Hati
Mai,
aku tahu apa yang telah terjadi ini sukar bagimu. Tapi kedegilan mu akan merumitkan keadaan. It is all not about ' EGO', but promisses that you have done. That you are not going find and skrew up his life. Do you remember?
Usah melawan takdir Mai, semakin lasak ko bergelut semakin luka batinmu. Hanyutlah kau kemana hidup ini membawa kau pergi. Pasrah dan redha.
Usai semua usaha, berputus asa bukan maksud kau seorang gagal. ' Preserve' cinta dan perasaan, untuk yang asli mencintai mu.
hapuslah memori, itu hanya perangkap mimpi. Memburukkan hari-hari indah yang sepatutnya kau tersenyum terus.
Jangan membenci dia Mai, lupakan saja dia. Seperti debu jerebu yang singgah, kelak Oktober sirna lah juga. Semua ini adalah sementara. Waktu akan mengubati sakit mu.
Biarkan dia, semoga saja dia 'hidup' dengan hidupnya. Tanpa kau peduli bahagia atau sadis, biarkan saja dia.
Detik ini,
dengan asa yang tipis
tolak segala fikiran ke gaung
pelupusan memori yang aku pilih untuk mengingati.
Burn it
Sabtu, 12 September 2015
Mati
Sudah jelas Mai, kau sampah dalam hidupnya. Ini bukan soal ego. Berapa kali aku cuba akhirnya hati aku yang binasa. Apa lagi alasan kau perlu? Sedangkan jawapan ada di depan mata..
Mulai hari ini aku akan push semua memori aku ke dalam pelupusan. Aku tidak kenal dan aku tidak pernah bercinta dengan manusia itu. Bukan lagi lumpuh, aku akan lupa ingatan segalanya tentang kau.
Jumaat, 4 September 2015
Surat terbuka untuk Redzuan
Assalamualaikum,
karya si Mai jam 2:19 PG 0 ulasan
Label: Love Story, motivasi
kerabu taugeh
Hei bro,
Macam biasalah kau datang padaku saat kau perlu
tika kau butuh tempat meluah
bahu yang kau lepaskan air mata
tisu ku kau guna secara percuma kawan..
Sinis,
meski ku tahu siapa dirimu
aku masih terpacak disisimu
kenapa?
sedangkan kau tidak adil dengan diriku
Aku bestfriend mu ( kononlah)
Dimana kau ketika aku perlu?
Kau terluka,
Kau gembira dan bahagia dengan mudah
nampaknya tugas aku selesai
lebih baik aku pergi
aku takut hati aku tergugat lagi,,
jadi tidak usah kau cari aku kembali
aku juga masih berusaha move on
Entahlah
aku rasa lebih baik terus terang
sejauh ini aku telah berusaha
jangan musnahkan..
Rabu, 2 September 2015
gagah
Peristiwa semalam,
karya si Mai jam 4:01 PTG 0 ulasan
Label: Love Story, motivasi, puisi