Falling in love is not a good idea..
Andai melupakanmu memerlukan separuh umurku ?
Aduh, kuat lah wahai hati yang satu
segerakan pelupusan perasaan ini
semoga cinta yang wujud
mereput, degrasi seiring waktu
Entah, aku lupa cara untuk melupa
memaksa fikiran lumpuh ingatan
memadamkan memori tanpa figura nyata
sesuatu, yang wujud
sungguh hingga kini aku tidak nampak
benar-benar mencuri jiwa
adakah kerana suaranya ? (tidak)
rupanya ( lagilaah)
aku tak tahu.
cinta yang "pop" tiba-tiba
mungkin dari janji-janji manis
yang dulu masih berbentuk benih
tapi kini berakar tunjang dalam diri
mana racun, bagi mati tumbuhan asmara ini
biar kering daun, biar kontot akar yang menjadi
aku tidak mahu dia abadi
nanti terkenang-kenang aku sendiri yang pedih
Sedih....
aku sedih
kau tidak pernah usaha hubungi aku lagi
walau sebagai seorang kawan
seperti aku pula terhegeh-hegeh
menyelamatkan hubungan
walau sekadar teman biasa
Sudahlah
masuk bahai hitam lah janji mu
sa tidak percaya lagi
Ahad, 14 Jun 2015
qwertyuiop
karya si Mai jam 5:09 PTG 0 ulasan
Label: Love Story, puisi
Sabtu, 13 Jun 2015
Tanak Wagu
Suara hati diminta bisu..
menjadi rahsia gembira seorang wanita
karya si Mai jam 11:17 PG 0 ulasan
Label: Love Story, puisi
The Curses
Ini bukan kisah momok
ini bukan dongeng nenek kebayan
Tapi ini kisah benar tentang sumpahan manusia
ludah berbisa seperti tedung
bertoksik, membakar kulit
umpama cendawan beracun
mengawal fikiran dan tingkah laku
Perkataan yang terzahir dari lidahnya
seperti hiv memimikan antibodi
bibir tebu semanis gula sinstetik
belakang lantangnya tumbuh pokok Rengas
Bahayanya manusia ini
kata-kata laknatnya mengena dihati
aku kecacatan idea
jari ku lumbuh bermain abjad
setiap zahir perkataanya umpama cermin
aku tidak akan meletakkan hukum
kerana hanya Allah dan dia saja yang tahu
jenis jiwa apakah yang dia punya
Hari ini aku akan pecahkan sumpahan-nya
aku bukan seperti apa yang di bicarakan
jangan mencontohi khinzir hutan (berlari)
hentam kromo melempar spekulasi
Hari ini aku mengisytiharkan aku bebas
aku bukan boneka yang kau boleh kawal
meski sudah terhantuk baru tengadah
akal ku bukan buta selamanya
Hei, ada beza antara tegas dan ego
dan kau yang mana satu ?
Tepuk kuat-kuat hati, pikir kembali apa yang jadi..
kau bukan mangsa tapi pemangsa keadaan kawan..
karya si Mai jam 11:05 PG 0 ulasan
Label: kawan motivasi, my life story, puisi