Hari ini aku baca status dia, dia selesema
Semoga awak cepat sembuh :)
Semalam aku chat dengan dia, mr R. Dia tanya kat aku
siapa lelaki yang aku admirer dari dulu. Aku buat derk je dengan soalan dia. aku
tak tahu kenapa aku tak nak jawap. Mungkin kah aku malu meluahkan perasaan aku? Ataupun aku rasa there is no point if I tell his about my felling.
You know what, aku ok je cerita pasal diri aku yang
meminati kau sejak dari kita sekolah rendah kat orang lain. Aku tak malu, sebab
aku rasa benda tu sweet. Because you are my first love maa..
Tapi pelik, aku tak pulak beritahu benda ni kat kau. Yang
aku suka kan kau pada satu masa dulu.
Seingat aku, dua kali aku confess perasaan aku kat kau,
tapi masa tu kau reject mentah-mentah. So buat aku apa aku nak bagi tahu lagi. Kau
cacat R. Kau pekak kau buta. Kenapa kau masih tak sedar-sedar tentang perasaan
aku.
Banyak tulisan aku mengenai kau. Aku berharap satu hari
nanti kau baca. Biar kau tahu macam mana aku punya perasaan yang tolol ini.
Kau tau tak, kadang-kadang aku berlakon ,menjadi kawan
baik kau. Berusaha menjadi pendengar yang setia tapi tiap kali tu juga la aku
terasa terluka, kecewa. Takpe, demi
seorang kawan katakan, aku masih berada di sisi kau. Masih setia mendengar
semua luahan kau. Sedih aku bukan
setakat itu je tau, aku rasa bila kau perlukan seorang kawan je baru kau cari
aku. apa ni R ?? entah macam mana la kau hargai seorang kawan macam aku ni ??
aku masih dengan harapan yang rapuh itu, teringin sangat
melihat kau kembali seperti dulu. Kembali seperti budak-budak tadika yang belum
mengenal rokok arak cinta dan benda-benda yang buat akal dan hati kau huru
hara. Aku masih berharap R..
kau jadi normal..
0 ulasan:
Catat Ulasan