hadapannya sangat mencurigakan namun Rara tetap memberanikan diri mengorak langkah ke hadapan. Rara sempat menjeling sinis kearah mereka. Arhhhh semua kelihatan samar, dan dia malas untuk memikirkannya.
Dalam beberapa saat tiba-tiba bahu Rara di tolak kasar mengarahkan tubuhnya kehadapan, beg di bahunya terlepas lantas di sambar oleh si peragut tersebut dan terus berlari kehadapan. Rara tergaman seketika dengan babak yang berlaku sebentar tadi, mulutnya terlopong tanpa mampu menjerit meminta tolong. Tanpa diarah kakinya terus berlari mengejar perompak tu sambil mutiara matanya jatuh berjujuran. Dengan kudrat wanitanya, Rara terus bermain kejar mengejar dan sekali lagi tiba-tiba dia dikejutkan apabila seseorang menarik tangannya memaksa Rara memusingkan badan kebelakang.
Rara : Oi kau kenapa, kau ni siapa
lelaki A : kau pesal kejar dia..?
Rara: oo.. jadi kau nampak aku kejar tu orang, kenapa kau begitu bodoh kau biar orang tu lari macam tu je
Rara menjadi panas apabila lelaki tu cuba berbual-bual dengannya sedangkan dia berada dalam situasi genting. Dia sedar ternyata lelaki tadi tu mungkin bersubahat dengan perompak tadi. Tanpa berpikir panjang Rara meneruskan misinya dengan mengejar perompak itu. Berlari, berlari dan berlari lelaki B menukar arah lariannya ke hutan membuat Rara berhenti serta merta. Pikirannya mula berfungsi seperti normal semula meski hatinya mendesak dia untuk mengejar.
Dalam keadaan yang samar, Rara mengintai dengan senyap lelaki itu di sebalik semak samun. Nafasnya yang tadi naik turun kini mampu di kawal. Rara kini membesarkan mata dan telinganya seperti seekor cheetah yang sedang mengedap mangsa. Namun Rara umpama cheetah yang tak bergigi dan kuku, dia tidak berkuasa untuk memburu. Mahu menghubungi polis, telefon bimbitnya ada di dalam beg tadi. Nak menyerang, tak pasal-pasal kehormatannya pula yang kena rompak.
Dalam pemerhatiannya kini terdapat dua orang lelaki bersama sama begnya. Anehnya, bukan beg dia sahaja yang terlompok di situ tetapi ada 4 buah beg lagi. Secara tak sengaja cahaya dari lampu suluh kawannya menyuluh ke arah salah satu konconya. Rara sempat mengecam warna baju lelaki itu meskipun rupanya masih tidak berapa jelas kelihatan. Lelaki itu memakai baju merah dan mempunyai garis melintang berwarna
hitam. Terlalu risiko untuk dia terus berada disitu.
Dalam gelap gelita, Rara berundur setapak demi setapak dan berlari terus ke atas bukit dimana rumahnya terletak. Setiba dia di rumah, semua ahli keluarganya menjadi binggung dan tertanya-tanya mengapa Rara berkeadaan begitu. Dia kelihatan teruk sekali, air mata dan keringatnya membasahi wajahnya. Tangannya luka dan bercalar akibat semak samun dimana tempat dia memerhatikan 3 orang perompak tadi tu.
" beg dirompak " hanya itu yang mampu terkeluar dari mulutnya lantas di iringi tangisan bingit.
" biar beg di rompak dik, abang tak kisah semua tu asalkan adik abang selamat. " Abangnya mengusap kepala Rara sedaya upaya cuba menenang dirinya yang trauma.
Mereka semua senyap, sesenyap malam yang bersedih. Mereka tak mahu mengulas atau memarahi Rara, nasi dah jadi bubur, dan itu akan menjadi pengajaran bagi mereka semua. Gedebukkk... tetiba bunyi bising seperti barang jatuh di luar rumah. Abangnya berdiri lantas mencapai parang di dapur sebelum keluar rumah. Rara turut mengikut abangnya ke jiran sebelah.
" tadi ada 3 orang pergi belakang rumah jadi aku pun sound dia, lepas tu tetiba pulak diorang berlari" kata si Om, jiran rumah Rara yang berbangsa Butun.
" satu orang tu pakai baju warna merah kah?? " Tanya Rara
" iya.. kenapa Ra?
" beg ku kena rompak oleh mereka bah " Rara menekan suaranya kegeraman
Jiran-jiran yang ada di situ semua balik kerumah dan keluar dengan parang seolah mahu berperang.
Mereka berpecah ke beberapa kumpulan untuk mengepung perompak itu. Memandangkan perompak itu bermain di kawasan perkampungan rara, mereka tidak tahu dimana jalan keluar.
Mereka berteriak menggertak perompak tu keluar, namun tiada respon dari perompak tersebut, penduduk kampung masih menjejaki mereka sehingga membawa mereka ke kawasan gaung.
" Nampak gayanya, ini perompak tiada pilihan lain selain terjun ke dalam gaung.
Sinikan jalan mati." kata si Om sambil menyuluh ke arah kesan gelongsoran mereka.
" kalau tak terjun diorang pun mati dikerjakan oleh kita" Abang Rara memutuskan kata dan mereka semua kemudian bergerak pulang kerumah. Niat untuk mendapatkan semula beg itu tidak kesampaian.
Notis :
Ini adalah kisah benar. So bagi gadis, wanita dan perempuan dimana mereka dianggap lemah, berwaspadalah dengan keadaan sekeliling. Sedaikan pisau, payung, spry pemedih mata or apa-apa yang boleh dijadikan senjata untuk melawan penjahat. Beringat sebelum terkena!!
4 ulasan:
kalau c ***** baca nie , kecik aty dia mai.. hahaha ^.^
aku dah mintak izin lah weiii... ni sebagai peringatan tuk kami ( awek cun)
ciannyaaaa :(
Bersabarlah.. Ada pengajaran yang sangat berharga tu.. ^^,
Catat Ulasan