**saya sayang ibubapa saya
Sabtu, 30 April 2011
merenung penyesalan
**saya sayang ibubapa saya
karya si Mai jam 5:39 PTG 0 ulasan
Label: puisi, sedih, syok sendiri
aksi lucah remaja 18SX
Aku pun tak tahu nak cakap mana lagi semasa aku tengok gambar ni. Aku pun remaja jugak. tapi ke mana harga diri dan perasaan malu remaja moden sekarang ni ha? Akhlak bersepah entah kat mana. Aku malas nak komen bebanyak. Korang saksikan je gambar kat bawah ni.
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Khamis, 28 April 2011
tanda-tanda awek rejek cinta korang
- saya baru nak belajar masak air
- kucing saya nak beranak, so saya tak ada masa nak keluar dengan awak
- bapak saya kerja, jadik dia tak boleh nak ikut sama.
- saya mekap aje dah 6 jam
- mak saya pesan, tak boleh cakap dengan orang yang tak dikenali
- maaf, saya kena jaga kambing
- hai, nama i Salim, but u can call me Sally.
- Saya tengah period, saya rasa nak bunuh orang saja
- duit awak banyak mana ekh??
- u pakai kereta apa?
Rabu, 27 April 2011
kahak pelangi
esak nafas, berbahaya bagi penghidap asma.
- Elakan Berdehem dan batuk dengan kuat. Ini akan menyebabkan belakang tekak bengkak dan luka. Pendarahan dan luka yang terhasil akan memburukkan keadaan sekiranya berlaku jangkitan.
- Pengunaan topeng penutup mulut adalah kaedah paling mudah, selamat dan murah dalam menangani kahak. tips ini sesuai untuk penunggang motorsikal dan mereka yang tinggal di persekitaran berhabuk.
- Bilik yang bertutup dan mempunyai penghawa dingin menyebabkan wujudnya lendir kahak berpanjangan pada tekak.
- Lendir di tekak biasanya dirawat dengan pengambilan antihistamine, decongestant dan dalam kes yang teruk, mungkin steroids ( dapatkan di klinik dan hospital terdekat)
- Untuk batuk-batuk gatal terutama di kerongkong, ambil jus limau nipis. Kemudian campurkan dengan sedikit kicap dan madu lebah lalu diminum.
- Perah sebiji limau nipis dan campurkan dengan sedikit madu. Minum campuran ini setiap pagi sebelum sarapan. Amalkan sehingga batuk hilang
- minum air suam seberapa kerap yang boleh
- makan sup tomato disediakan dengan halia, bawang putih dan lada putih (pepper).
karya si Mai jam 9:42 PTG 0 ulasan
Label: info kesihatan
Ahad, 24 April 2011
Cara menyelamatkan Diri
Malang sememangnya tidak berbau. Kalau kita tahu, takkan kita pergi kesitu kan, so aku pun terpikir macam mana nak hadapi malang yang tetiba muncul apabila berdepan dengan penjahat.
Bayangkan tetiba anda ( awek lah ) jejalan kat bandle nak beli kasut sekenhen, tetiba orang ragut beg tangan. Dan cuba bayangkan masa kita nak pergi tandas nak buang air besar, tetiba ada orang datang acukan pisau and cakap dia nak rogol kita. Dah laah tak encum, ada hati nak rogol orang pulak. Perempuan mana tak menyampahkan. Ok take easy, macam-macam benda kita boleh kita guna tuk melawan penjahat-penjahat ni. antaranya dengan menggunakan :
kasut tumit tinggi
khas tuk ketuk jari kelingking dia |
sumbat mulut dia dengan stokin |
kasi jinak dia di bawah ketiak |
karya si Mai jam 12:46 PTG 5 ulasan
Label: merepek, syok sendiri
Rara kena ragut !!!
hadapannya sangat mencurigakan namun Rara tetap memberanikan diri mengorak langkah ke hadapan. Rara sempat menjeling sinis kearah mereka. Arhhhh semua kelihatan samar, dan dia malas untuk memikirkannya.
Dalam beberapa saat tiba-tiba bahu Rara di tolak kasar mengarahkan tubuhnya kehadapan, beg di bahunya terlepas lantas di sambar oleh si peragut tersebut dan terus berlari kehadapan. Rara tergaman seketika dengan babak yang berlaku sebentar tadi, mulutnya terlopong tanpa mampu menjerit meminta tolong. Tanpa diarah kakinya terus berlari mengejar perompak tu sambil mutiara matanya jatuh berjujuran. Dengan kudrat wanitanya, Rara terus bermain kejar mengejar dan sekali lagi tiba-tiba dia dikejutkan apabila seseorang menarik tangannya memaksa Rara memusingkan badan kebelakang.
Rara : Oi kau kenapa, kau ni siapa
lelaki A : kau pesal kejar dia..?
Rara: oo.. jadi kau nampak aku kejar tu orang, kenapa kau begitu bodoh kau biar orang tu lari macam tu je
Rara menjadi panas apabila lelaki tu cuba berbual-bual dengannya sedangkan dia berada dalam situasi genting. Dia sedar ternyata lelaki tadi tu mungkin bersubahat dengan perompak tadi. Tanpa berpikir panjang Rara meneruskan misinya dengan mengejar perompak itu. Berlari, berlari dan berlari lelaki B menukar arah lariannya ke hutan membuat Rara berhenti serta merta. Pikirannya mula berfungsi seperti normal semula meski hatinya mendesak dia untuk mengejar.
Dalam keadaan yang samar, Rara mengintai dengan senyap lelaki itu di sebalik semak samun. Nafasnya yang tadi naik turun kini mampu di kawal. Rara kini membesarkan mata dan telinganya seperti seekor cheetah yang sedang mengedap mangsa. Namun Rara umpama cheetah yang tak bergigi dan kuku, dia tidak berkuasa untuk memburu. Mahu menghubungi polis, telefon bimbitnya ada di dalam beg tadi. Nak menyerang, tak pasal-pasal kehormatannya pula yang kena rompak.
Dalam pemerhatiannya kini terdapat dua orang lelaki bersama sama begnya. Anehnya, bukan beg dia sahaja yang terlompok di situ tetapi ada 4 buah beg lagi. Secara tak sengaja cahaya dari lampu suluh kawannya menyuluh ke arah salah satu konconya. Rara sempat mengecam warna baju lelaki itu meskipun rupanya masih tidak berapa jelas kelihatan. Lelaki itu memakai baju merah dan mempunyai garis melintang berwarna
hitam. Terlalu risiko untuk dia terus berada disitu.
Dalam gelap gelita, Rara berundur setapak demi setapak dan berlari terus ke atas bukit dimana rumahnya terletak. Setiba dia di rumah, semua ahli keluarganya menjadi binggung dan tertanya-tanya mengapa Rara berkeadaan begitu. Dia kelihatan teruk sekali, air mata dan keringatnya membasahi wajahnya. Tangannya luka dan bercalar akibat semak samun dimana tempat dia memerhatikan 3 orang perompak tadi tu.
" beg dirompak " hanya itu yang mampu terkeluar dari mulutnya lantas di iringi tangisan bingit.
" biar beg di rompak dik, abang tak kisah semua tu asalkan adik abang selamat. " Abangnya mengusap kepala Rara sedaya upaya cuba menenang dirinya yang trauma.
Mereka semua senyap, sesenyap malam yang bersedih. Mereka tak mahu mengulas atau memarahi Rara, nasi dah jadi bubur, dan itu akan menjadi pengajaran bagi mereka semua. Gedebukkk... tetiba bunyi bising seperti barang jatuh di luar rumah. Abangnya berdiri lantas mencapai parang di dapur sebelum keluar rumah. Rara turut mengikut abangnya ke jiran sebelah.
" tadi ada 3 orang pergi belakang rumah jadi aku pun sound dia, lepas tu tetiba pulak diorang berlari" kata si Om, jiran rumah Rara yang berbangsa Butun.
" satu orang tu pakai baju warna merah kah?? " Tanya Rara
" iya.. kenapa Ra?
" beg ku kena rompak oleh mereka bah " Rara menekan suaranya kegeraman
Jiran-jiran yang ada di situ semua balik kerumah dan keluar dengan parang seolah mahu berperang.
Mereka berpecah ke beberapa kumpulan untuk mengepung perompak itu. Memandangkan perompak itu bermain di kawasan perkampungan rara, mereka tidak tahu dimana jalan keluar.
Mereka berteriak menggertak perompak tu keluar, namun tiada respon dari perompak tersebut, penduduk kampung masih menjejaki mereka sehingga membawa mereka ke kawasan gaung.
" Nampak gayanya, ini perompak tiada pilihan lain selain terjun ke dalam gaung.
Sinikan jalan mati." kata si Om sambil menyuluh ke arah kesan gelongsoran mereka.
" kalau tak terjun diorang pun mati dikerjakan oleh kita" Abang Rara memutuskan kata dan mereka semua kemudian bergerak pulang kerumah. Niat untuk mendapatkan semula beg itu tidak kesampaian.
Notis :
Ini adalah kisah benar. So bagi gadis, wanita dan perempuan dimana mereka dianggap lemah, berwaspadalah dengan keadaan sekeliling. Sedaikan pisau, payung, spry pemedih mata or apa-apa yang boleh dijadikan senjata untuk melawan penjahat. Beringat sebelum terkena!!
Jumaat, 22 April 2011
bila "teamwork" tiada
Khamis, 21 April 2011
pestime story
karya si Mai jam 4:27 PG 0 ulasan
Label: merepek, my life story, sosial, syok sendiri, tensen
Rabu, 20 April 2011
KAWAN PALING TAK BAIK
berapakah harga sebuah persahabatan
seteguh manakah sauh persahabatan itu berpaut
arhh, tak terhitung dek kalkulater
|
Berwaspada dengan "KAWAN" yang terpacak di tepi-tepi anda. KAWAN yang BAIK giler, BFF kononnya sebenarnya adalah pembunuh hendap yang berbahaya. Impak dia adalah lebih parah dari pada bertikam lidah dan badan dengan musuh yang wujud di hadapan mata. KAWAN umpama gunting dalam selimut, cadar dan bawah bantal. Kita hanya sedar setelah badan kita dah terlentang dekat atasnya. Akibat peristiwa tersebut maka muncul lah peribahasa "tikam dari belakang" Nak tahu KAWAN anda tergolong dalam kawan yang macam mana?? nak.. bagus, maknanya anda mengambil sikap berjaga-jaga, Taniah2x
Kawan macam ni semua benda dia nak ambil antaranya jawatan, populariti, boipren, coklat, aiskrim, minyak wangi, stokin, baju in, duit belanja dan banyak lagi. Diorang ni macam pelesit, perumah tidak mendapat keuntungan dalam perhubungan. Perumah adalah bodoh belaka!
Dengki
Kawan macam ni, dia cakap je kawan, belakang bukan main dia kutuk kita, pengecut betol diorang ni. HIPOKRIT wtf shitt. Kawan mcam ni yang antara yang terganas, bila-bila masa dia boleh pecahkan rahsia kat mana-mana wartawan, berita, akbar harian Metro, kat emak saudara belah emak, makcik kantin dan pak guard. Di syorkan, janganlah kita membukak pekung di dada menceritakan rahsia kat orang lain.
"Senyap itu selamat."
Kawan macam ini berhubung kait dengan jenis kawan nombor 2, golongan ini amat dikehendaki polis sebab diorang banyak menyusahkan manusia macam aku. pelis berWASPADA .. macam-macam perkara diluar jangkaan kita boleh dilakukan mereka. Diorang boleh fitnah kau ada hubungan dengan ????, jual badan dan dadah dekat Jalan Dua. Or diorang memang ada bakat jadik keluarga ayam yang menjual harga diri perempuan. Tak pun, masa korang pergi tandas nak berak kejap, diorang masukkan pil khayal dalam minuman korang. Then kau pun bengap pergi minum air tu dan kepala korang terus rasa pening-pening, lalu dia bawak korang pergi sebuah bilik kosong kat hujung bangunan tu dan mengeluarkan pisau dan tikam perut korang 18 kali sehingga usus besar mahupun kecik korang terjurai ke lantai. Lepas tu mata korang dia cungkil dengan pensel kaya sampai tercabut, pastu dia pijak bola mata korang sampai pecah. Kejam kan...!!! huhuhu seram
Saja-saja
kawan ni ok lah juga, dia berkawan pasal dia bosan. Manusia ni ok lah, sebab dia tak kisah dengan hal kita. Lantak kita nak buat apa. golongan manusia ini jenis tiada erti dan makna dalam hidup manusia
** Senarai pendek ini aku simpulkan melalui undian dari kepala hotak hati aku. Sediakan lah apa-apa sahaja sebelum benda apa-apa yang di khuatiri berlaku itu dapat di tangani dengan jayanya. Sekian.**
karya si Mai jam 9:18 PTG 3 ulasan
Label: kawan, my life story, sedih, syok sendiri, tensen
Rabu, 13 April 2011
terkenang dan terindu
oh my Dadai.. kini tinggal kenangan |
Selasa, 12 April 2011
oh nasib ku...
karya si Mai jam 4:35 PG 1 ulasan
Label: puisi, syok sendiri
Sabtu, 9 April 2011
no komen
Salam..
makmal cinta
karya si Mai jam 11:06 PTG 1 ulasan
Label: puisi, syok sendiri
the true about me
Semua orang mungkin masih tak sedar setiap manusia yang di lahirkan itu mempunyai sesuatu yang sangat buruk dan tersangat istemewa dalam diri kita masing-masing. Contohnya perompaklah, walau dia pemalas nak berusaha tapi dia bijak mengatur strategik. Siap buat perposal dan pelan depan pasukan dia. Tapi tu lah, dia salah kerana menyalahkan keistemawaaan dia. Menurut pakar motivasi si XXX, kalau kita nak berubah, kita kena tahu benda yang buruk dan keistemewaan masing-masing. So aku nak berubah, aku nak tukar cara aku berfikir, aku nak targer mindset yang positive!!
AKU
Suka kekayaan
tapi tak pandai kira duit
gabra kalau pegang duit
seorang yang kidal
tapi guna mouse guna tangan kanan
suka dengar music
tapi tak pandai menyanyi
berimiginasi tinggi
ada bakat jadi pengarah filem
penulis novel
puisi madah berhela
suka buat muka 20sen minta simpati
Add caption |
pemalas
sangat suka berkongsi cerita
tidak suka berdiam
tapi sering bersendirian
bila bercakap tangan suka sentuh orang
marah hanya sekejap
tapi memerlukan masa 1 hari
untuk tidak melihat muka orang tersebut
kadang-kadang bersangka buruk
terlalu mempercayai orang
lurus bendul
selalu kena tipu oleh kawan
lepas tu kena gelak pula
perahsia
dan penyimpan rahsia
benci orang yang menipu
ambil kesempatan yang baik
kaki pemberontak
suka berkawan dengan pelbagai latar belakang
dalam hati ada taman
benci kekerasan dan paksaan
berkeyakinan
tapi cepat panik
sedikit pengotor
banyak idea best
tapi gagal menyelesaikan masalah secara logik
benci banyak nombor
aku tak suka benda manis
tapi aiskrim aku telan juga
mulut selalu tercakap lepas
tapi janji mampu dipegang
amanah kalau di amanahkan
suka memberontak
tak suka kena marah
suka toleransi dan lemah lembut
cepat mesra
suka buat lawak bodoh
dengan niat menghappykan orang
pasal aku pemalu sikit
tak pandai menyusun barang-barang
sangat suka mengajar
memahami
benci kena fitnah
pemurah kononnya
kadang-kadang panas baran
aku peramah
karya si Mai jam 6:14 PTG 0 ulasan
Label: merepek, my life story, personaliti, syok sendiri
Rabu, 6 April 2011
berkali ku rasakan
karya si Mai jam 4:30 PTG 2 ulasan
Label: my life story
Selasa, 5 April 2011
perektis!!! ujian karanga BM
Soalan: Buat cerita berdasarkan peribahasa sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.
Hari mendung tidak secerah hati ku yang girang memegang lembaran kertas yang tertera keputusan SPM. Betapa pengorbanan aku selama ini yang berjuang mati-matian menuntut ilmu serta keringat lelah kedua ibuku yang memastikan aku selesa menuntut ilmu terbalas juga. Syukur kepada Ilahi kerana telah memakbulkan segala doaku selama ini.
Dalam keadaan gembira, mata ku masih ligat liar mencari kedua orang sahabatku Amy dan Rita di luar pagar sekolah. Telah beberapa kali aku mencuba menghubungi mereka namun panggilan ku terbiar begitu sahaja. Aku sempat mengeluh sebelum pergi dengan membawa perasaan yang agak berat. "Kemana agaknya sahabatku itu, masih marah ke mereka dengan aku?" sepi suara hatiku berbicara
krriinngggggg....
Lonceng sekolah sekali lagi menjerit perih menandakan waktu rehat sudah tamat. Guru penolong hal ewal sudah bersedia bekerja dengan rotan keramatnya mencari mangsa untuk di rotan. Aku mencebikkan muka melihat gelagat cikgu tersebut. Aku memandang ke sebelah, meja tersebut masih kosong tak berpenghuni. "Kemana pula perginya Amy dan Rita?' Aku bertanyakan kepada rakan-rakan kelas ku yang lain, Namun semuanya hanya menggelengkan kepala dengan jawapan yang serupa. "Hurmm ponteng lagi" itu sahaja yang bermain di dalam pikiran kepalaku. Sekarang kelendar sudah masuk bulan lapan, SPM pula semakin hampir namun yang peliknya perangai mereka pula yang semakin menjadi-jadi.
Aku menghala pandanganku keluar tingkap sambil mengenangkan sikap teman-teman ku itu. Aku sayangkan mereka, aku tak mahu mereka gagal dalam SPM, aku nak mereka berdiri di sebelahku dengan perasaan bangga dan gembira saat menerima keputusan SPM. Mereka bukan lagi manusia yang aku kenal dulu, sikap mereka telah tercemar dengan dunia porno, sosial, rokok dan air arak. Sudah beberapa kali aku menguatkan semangat untuk memberi nasihat namun ada sahaja alasan yang mereka berikan, aku sering di perbodoh-bodohkan, di jadikan bahan gurauan walhal aku serius mengambil berat mengenai mereka. Sehingga sampai satu tahap aku merasakan putus asa. Apa lagi yang harus aku lakukan? Adakah aku di gelar kawan yang mementingkan diri yang membiarkan kawan sendiri hanyut dengan keseronakan duniawi yang bergelora ini. Soalan ini masih terapung dalam kotak
Pada suatu hari semasa pulang ke sekolah, aku terserempak dengan Amy dan Rita di Kompleks membeli belah, dan telah aku agak mereka ponteng sekali lagi. Yang menyebalkan lagi perasaan menyampahku kepada mereka adalah saat mereka menghulurkan sebatang rokok ke arah ku sambil menjerit seolah sengaja mencabar keimananku. Aku terlalu malu atas perbuatan mereka memperlakukan aku di khlayak ramai. Aku terlalu marah kala itu dan tanpa sengaja aku menengking mereka berdua. " kamu berdua ingat, satu hari nanti cikgu dan semua orang lain akan mengetahui kegiatan kamu ni! " Tanpa ada sedikitpun niat untuk mengugut mereka.
Keesokannya, dan hari seterusnya meja mereka berdua tetap kosong sehingga berterusan selama 1 minggu. Aku mendengar desas desus dari rakan-rakan ku lain, mereka antara yang tertangkap oleh polis semasa serbuan di pusat karoke petang semalam. Ibu bapa dan Cikgu Disiplin telah pun di panggil ke balai polis untuk menyelesaikan masalah mereka. Aku serba salah dan kesihan atas apa yang berlaku namun aku yakin mereka pasti akan membenciku dan menuduh ku melaporkan semua perbuatan mereka ke polis walhal aku tidak sanggup melakukan itu semua.
Situasi Amy dan rita boleh di umpamakan "sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga". Sepandai-pandai pun mereka mencuba membohongi ibu bapa dan guru-guru kat sekolah, akhirnya kegiatan buruk mereka ketahuaan juga. Akibatnya, mereka telah di gantung sekolah selama sebulan. Dan sejak hari itu juga, seolah-olah membenci diriku. Akan ku mencuba menjelaskan perkara sebenar namun biar api kebencian mereka surut sedikit dahulu.
So kengkawan.. pelis komen ok!!!!
karya si Mai jam 8:06 PTG 8 ulasan
Label: syok sendiri