" eh buat apa nak bagi tau aku? nak mintak pendapat aku. Aku bagi tahu pun bukannya kau dengar pun, ikut cakap aku. Buang air liur aku je tau. penat je aku membebel. Padan muka kau " ini antara bisul ego aku yang menghasut.
Khamis, 13 Jun 2013
Ego itu Bisul
karya si Mai jam 12:27 PG 0 ulasan
Label: kawan motivasi, my life story, Otak dan Jantung
Khamis, 6 Jun 2013
Ku pendam sebuah hasrat
Biasalah kan nafsu kadang-kadang pandai melonjak-lonjak. Aku hampir tak sedar. Kamera tu biar la aku usahakan sendiri. Tak perlu nak bayar CCM ( bayaran bulanan) , tak payah nak hutang sana sini, tak payah susah kan Mak. Kesian Mak.
Tak pe Mai, nanti bila dah berjaya, masa tu mesti kau dah cukup duit kan. :) nanti kita beli la ye. Sabar hati, tenang jantung, positive otak k. Hasrat di pendam tiba-tiba bangkit,
meloncat-meloncat,
Menakutkan mereka-mereka yang tidak berduit..
Dan aku cepat-cepat kubur hasrat tu balik,
tanam dia lebih dalam,
biar ia jadi Ubi berisi.
karya si Mai jam 10:15 PTG 0 ulasan
Label: motivasi, my life story
Ahad, 19 Mei 2013
berdebar
Hujan kat luar. Aku masih sibuk melayan lagu-lagu di corong radio. Macam ini la keadaan aku, seorang lepasan matrix yang belum masuk Universiti dan berstatuskan penganggur terhormat.
Sebut pasal matrix risau la pulak aku. Aku betul-betul tak tahu la, aku tak dapat nak agak result aku. Masa tengah ambil exam tu, memang semangat aku luntur. Tekanan membuatkan aku tak dapat nak pikir. Apa yang aku belajar langsung hilang bila aku menghadap kertas peperiksaan. Kalau la aku dapat undurkan masa.
Mai segera la bertaubat k :(
sekian
karya si Mai jam 2:38 PTG 1 ulasan
Label: my life story

