Selasa, 31 Mei 2011

kisah dating

                                                    
Berkali-kali Sawiyah berpusing-pusing di depan cermin besar. Lima enam tujuh lapan....lapan kali! Pun masih belum puas hati. Ditatapnya dari atas keningnya sehingga ibu jari kaki, mencari-cari kot-kot masih ada yang tidak kena dengan penggayaan sakannya petang itu. Okey la ni, dah cukup cantik hapa? Sawiyah bersoal dan berjawab sendiri. Memang sebelum ini pun aku dah memang cantik, memanglah... Sawiyah berbangga pun sendiri. 

Selama ini pun Sawiyah acap benar mendengar pujian-pujian tentang dirinya. Di pondok menunggu bas. Di dalam bas. Di pejabat. Malah ke mana saja dia pergi banyak perhatian lelaki berhidung zebra crossing tertumpu kepadanya. Sawiyah tahu itu. Sawiyah faham itu. Sawiyah senang begitu! Cuma mujurlah Sawiyah tidak mudah cair dengan segala pujian-pujian murahan begitu. Barang baik mesti berharga tinggi. Itu kena jaga. Begitu pegangan Sawiyah. Dan kerana itulah, kalau setakat kerani cabuk atau pegawai berabuk, Sawiyah buat tak layan terus. Apa klasss diorang tue? 
                                         

Namun demikian setelah kehadiran Sameon sepejabat dengannya, pegangan hidup Sawiyah mulai goyah. Second bosnya itu benar-benar membuatkan dia jadi sesuku angau. Dulu dia payah memberikan senyum kepada sebarang lelaki, tetapi kepada Sameon sengihnya melebar nampak gusi. Keramahan sapaan Sawiyah kepada Sameon terkadang mendatangkan kemeluatan kengkawan sepejabat yg lain. Tapi Sawiyah tak pedulik itu semua. Targetnya hanya satu, Sameon! 
                                   
Katalah apa orang nak kata. Perigi cari timba ke, apa ke, itu semua Sawiyah
buat selamber jerrr. Selamba dog! Pada Sawiyah dia yakin sangat-sangat dia
tidak bertepuk sebelah tangan, Sameon jugak bertepuk dengan dia. Cuma tepuk Sameon ibarat tepuk kucing di depan ikan panggang. Sambil tepuk sambil jeling, sambil jeling sambil dekat, tunggu masa nak ngap. Itu pun 
sangat-sangat Sawiyah pasti!

"Malam ini u ada pree tak? Kalu boleh, I nak ajak dinner!!" begitu lama
Sawiyah ternanti-nanti pelawaan sebegitu. Pelawaan dari Sameon yang selama
ini tak pernah lepas dari benak Sawiyah. Bagaimana mesti Sawiyah jawab, 
kalau tidak anggukkan sajer yang mengalahkan kepala belatuk betina bila
berdepan dengan yang jantan. Lalu disitulah kemuncaknya.
Dua jam sebelum jam 8.00 malam seperti mana yang dipersetujui bersama,
Sawiyah bersiap habiss. Dadanya tak berhenti-henti dug-dag-dug- dag enantikan saat indah yang akan dilalui bersama jejaka pujaannya itu. Sameon! Sameon! Berulang-ulang nama itu meniti di bibir nipis Sawiyah. Dan apabila deru kereta Sameon memasuki laman rumah sewanya, Sawiyah laju menuju ke pintu. Semuanya menepati seperti rencana asal. 

Sameon tersengih segak menanti, sedang Sawiyah buru-buru mengenakan kasut tinggi mengejar waktu. Apapun yang paling ketara ketika itu, senyum Sawiyah terlalu lebar semasa menutup pintu kereta Sameon. Cuma sayang senyum Sawiyah itu tidak kekal lama. Hanya sekitar 1 jam 18 minit kemudian, bibir yang menguntumkan senyum itu bersimpul sesimpul-simpulnya. 


Wajah Sawiyah cukup kelat, sewaktu menghempaskan pintu kereta terakhir menuju pintu rumah sewanya, Sawiyah tidak menoleh ke belakang lagi. Deru kereta Sameon yang semakin menjauh begitu menyakitkan telinga. Berkali-kali Sawiyah berpusing-pusing di depan cermin besar. Lima enam tujuh lapan... lapan kali! Dan semakin ditatapnya wajah dicermin semakin berdengung-dengung kata-kata berbisa Sameon di telinga... 
"U memang lawa. Body pun best. I minat gila kat u...cuma yang satu kurang gemar...bulu idung u terkeluar. Geli!!!!..."
Pelan-pelan Sawiyah meraba hidungnya... ...

Moral : Mana ada manusia yang sempurna?
...JANGAN BIARKAN BULU HIDUNG ANDA PANJANG

kredit to my pren 

Sergeant Keroro tanya apa hobi anda

kelik 

Ini pestime aku nak join segmen orang. Ni sepesel sikit pasal dia tak mintak bebukan macam muka itik paling huduh, jerawat sapa paling besaq and what everlah yang pelik. Menang ke tak tu belakang kira yang penting aku nak perah otak aku ni. Berapa hari dah aku kering idea nak tulis apa.

Keroro : Masa kecik-kecik sampai lah besar macam sekarang, apa cita-cita awak?

Mai jawab :

Masa kecik-keci dulu, macam-macam benda aku buat, biasa membaca lah, tapi rasanya tu bukan hobi , tu memang kewajiban membaca tuk menimba ilmu. So kerja aku masa kecik main guli, gaduh-gaduh, main engke-engke (teng-teng), makan keropok, tengok budak lelaki main layang-layang and main badminton. Kat kampung dulu, aku tak ada kawan perempuan, so dulu aku memang nakal macam budak jantan.

Masa aku darjah dua, aku ada impian, aku nak sebuah radio. So aku kumpul lah duit sikit-sikit. Dapat je 15 Ringgit, aku suruh mak aku beli walkman, ala radio kecik yang pasang kat telinga tu. Tapi tak tahan lama, tak sampai seminggu dah rosak. So kadang-kadang tiap dua bulan aku akan mintak mak aku belikan walkman.

Aku masih ingat radio pertama aku warna dia kelabu, tak silap aku masa darjah 3, mak aku hadiahkan. Masa tu, tiap hari aku dengar lagu, And masa tu, band dari indonesia top giler, banyak lagu aku boleh hafal. Dan masa tu, aku dah set mine bila aku dah besar, aku nak jadi DJ radio lah.
Umur aku sekarang dah 18 tahun, radio yang ada dengan aku sekarang adalah hasil dari wet yang aku kumpul, rasanya dah tiga tahun dia berada dalam bilik aku. Tapi aku jarang bukak dah pasal aku dah ada "speker". Cucuk pindrive je dah boleh dengar lagu yang aku nak. Ye lah, kat radio, dj tu pasang lagu yang dia nak je. Tapi dengan adanya Speker, aku boleh dengar lagu mengikut mood.
Aikksss tak lari tajuk ke???

Takpe, lari ke tak aku nak cerita juga. Aku nak cakap yang Hobi aku ialah dengar muzik. Bangun pagi, sebelum tidur, kemas rumah or study aku mesti pasang lagu. Baru lah semagat membuak-buak nak buat kerja. And bagi aku dengar lagu ni bukan setakat dengar je but ia  satu terapi. Kalau aku marah, bengang, sedih aku akan pasang lagu, then aku akan menyanyi. Dan semua perasaan tu akan kosong seketika pasal aku focus dengan nyanyian. 

Bah panjangnye entry aku ni, tak mengapa kah?. Mana tau anda yang tengah membaca ni bosan nak termuntah. Aku mintak maaf ok pasal aku tengah syok sendiri ni.








Isnin, 30 Mei 2011

hati kecil berbicara

Bayangkan diri anda kita berada di sebuah parti hari jadi kawan baik kita. Kita tak di jemput pasal memang dia tu kawan kita. Kat parti tu meriah sangat dan semua mereka bercerita gembira tertawa sambil minum dan makan. Sudah 15 minit anda bertenggek dengan tangan memegang sebungkus hadiah tapi tak seorang manusia pun yang menyapa, menegur and what ever dengan kita even kawan baik kita tu. And you will realize you are nothing for them. So apa kau nak buat, just stay dan buat muka hipokrit or berambus??
Pernah kah satu masa, apabila kita berusaha menjadi yang terbaik untuk diorang tetapi diorang itu langsung tidak menyedari dan menghargai apa yang kita telah lakukan. Macam nak nangis je kan, macam nak putus asa dari buat perkara macam tu. Rasa nak jadi seperti dulu. yang jahil dan  jahat macam jin. Tak faham lah, kita jadi macam itu, diorang marah-marah. Kalo jadi macam yang ini diorang memandang sinis. Apa aku nak buat ha?

Agaknya orang-orang macam diriku ini tidak ada tempat dalam keluarga ni. Aku nak salahkan diorang layan aku macam ni pun tak boleh jugak pasal perangai aku memang teruk. Aku nak berubah tapi diorang langsung tak nak bagi peluang. Yang aku dapat hanyalah sindirin, makian dan amarah. Aku tak marah, aku tak benci,, aku cuma sedih pasal aku tersa sangat. Aku tak mampu sesempurna seperti yang diorang hajati. 

Aku hipokrit ke? Betulkah aku ni jahat sangat?? Pasal tu ke diorang benci aku. Tak pun mungkin pasal aku bodoh sangat kut. Dah lah bodoh pemalas pulak tu. Macam mana orang nak sayang aku kan. 

**Mai, I know you're not like that. Stay strong as possible and you have to prove to them that you're not useless.**