Rabu, 6 Februari 2013

cerita si Ego

Ego tu macam kanser, dia membunuh perasaan sendiri dan orang lain.

" kawan, buat apa kau nak mempertahan kan ego kau tu. Ego kau tu tak betul. Menyusahkan hati dan otak kau sendiri. Buang la. Tak ada guna pun nak pertahankan. Bukan boleh bawa untung pun "
Alkisah masa zaman-zaman budak-budak dulu, ketika pertama kali kau menyukai seorang budak perempuan. Lalu kau menulis surat meluahkan perasaan kepada si budak perempuan tu. Dalam surat tu, kau berjanji satu hari nanti kau akan menjemput dia dengan sebuah kereta merah. Dan akan kau lamar dia menjadi kekasih.

Namun, takdir Allah tidak seperti yang kau rancang. Budak perempuan itu terpaksa pergi berpindah keluar negeri mengikuti keluarganya. Kau dan dia berpisah untuk satu tempoh yang lama.
kau hidup seperti remaja biasa. 10 tahun kemudian kau akhirnya dapat mengesan budak perempuan itu. Kau dapat alamat nombor telepon dan facebook si dia.
Alangkah gembiranya kau pada waktu itu. Cinta pertama mula berputik semula. Dan kau memasang angan-angan lama.

Kau sudah lupa, dia pun menjalani hidup sebagai seorang gadis remaja. Dia juga telah bercinta. Namun bukan dengan engkau. Kau marah. Kau tak mahu berkawan dengan dia. Gadis perempuan itu sudah berpunya.


EGO!!!!
tidak adil untuk budak perempuan itu
Cinta tak semestinya memiliki. Jodoh itu Rahsia Allah. Seyakin mana pun perasaan mu, kalau Allah tidak kasi komform, ndak menjadi juga tu.

Kesal aku

Nampak sangat blog aku ni dah jadi karya pribadi aku. Dah aku tak dapat post NOTE kat facebook, mahu tak mahu, kat blog jugak la aku tulis.


Kadang-kadang kalau kita tengah marah, sedih, jiwa kacau or what ever ikut sedap hati je kan kita buat keputusan >.< pikiran dah sah-sah tak stabil, cakap pun dah tak pikir panjang.
if i can turn back the time
ish-ish, tu la situasi saya. Tak semestinya dalam kes CINTA. Banyak lagi hal yang memerlukan kita buat keputusan yang betul.  "hidup ini tidak boleh gostan lagi"

OK I give u simple word, what do u want from man ?? 

love
kasih sayang
Bimbingan agama

MONEY

Ekonomi stabil
kawin
Baby


Tak payah la nak jadi poyo. Ini bukan materialistik. Ini hakikat, kos sara hidup makin naik la. Cinta saja tidak mencukupi. Lepas kawin karang nak bagi makan anak bini apa kalau takda duit kan. Takpe tak kaya asalkan berkemampuan. sebab tu kerja kena stabil baru ekonomi kukuh.


aku dulu ada kekasih . Dia, my ex. Couple aku yang pertama. Dia romantik tu romantik juga.. selalu nyanyikan saya lagu. Boleh la di bilang suwett. bla-bla-bla until something happen, then aku dapat rasa dia takda masa depan, dah la pemalas, takda kerja, perangai tu memang tak boleh berubah. macam mana nak carik duit untuk I and bakal anak-anak I. 
Aku tak jawap call dia, aku block dia kat FB. Dia pun mungkin dah faham maksud tersirat dari aku ini. Then dia mesej cakap " kita PUTUS"



bunyik memang jahat kan. Memang pun. Sangat!! aku mau menyesal pun tarak guna.
Masa tu aku lupa aku bukan siapa-siapa yang layak menilai peribadi seseorang, masa depan dia. Semua tu kan rahsia Allah. Sepatutnya aku tak buat macam tu, sepatutnya aku nasihatkan dia, support dia.

Dan ni la penyesalan aku dalam love-love. jarang berlaku dan pertama kali berlaku. Saya mau rindu pun segan. Anggap je la takde jodoh. Aku harap dapat jumpa dia, then mintak maaf. Tapi tu la aku tau la dia macam mana, dia marah  lagi kut.

Sabtu, 2 Februari 2013

aku belum tua

Pada 1 Febuary 2013 maka dengan rasminya aku telah pun berjaya hidup selama 20 tahun. Syukur alhamdullilah. ok fine, aku redha dengan nombor 20 tu ~

Hadiah Terperanjat dari roomate aku :)
Aku anak sulung dari 4 orang beradik, adik aku masih sekolah. Bapa aku tak kerja sebab sakit, mak aku yang kerja. so Keadaan keluarga aku tak kaya. Sederhana saja. Masih berbumbungkan zink, rumah papan.  ada pokok mangga dan kelapa, dan yang paling best, ayam-ayam aku masih dapat bermain dengan riangnya di bawah rumah bersama-sama dengan kucing. how sweet right. simple.

Ya sometime, huhu tapi kami selalu ada masalah duit. Hutang sana sini, pinjam duit orang. Mak aku tak cerita. Tapi mata dia, nampak sangat dia susah hati. Kesian aku tengok mak kerja sorang-sorang. Untuk siapa dia buat macam ni ?? untuk kami la bah.

tak sedar-sedar lagi ke pengorbanan  mak kau mai ??

And thats why, aku kena motivated diri, for mum, and my whole family. I need to change myself and then I can change my future.

well, kata orang, umur-umur 20an ni dah boleh kawin. Sebab itu waktu-waktu subur. Makcik waktu subur adalah hari ke 14 selepas datang bulan bah? tapi KAWIN..??
I nak cowok Hindustan.

Mau kawin, nak yang baik alim, pandai mengaji, tak tinggal solat, warak, yang boleh bimbing dan membawa kita, jalan  ke  syurga serta menjadi ayah yang mithali untuk bakal anak-anak. Macam mana nak dapat calon suami macam tu. Doa kan. but aku pun kena berubah bah.

kesimpulannya, aku bukan lagi budak-budak, aku ada akal, aku patut tahu mana apa yang aku buat, yang tidah menyalahi undang-undang, hukum agama dan melukakan perasaan orang lain mahu pun diri sendiri. aku kena berpikir lebih matang, bukan ingat nak skep je pagi-pagi. ish2x mai mai..