Sabtu, 21 Mei 2011

Motivasi : Masalah yang bermasalah

Masalah, masalah dan masalah,, arrggghhh tensennya aku!!!!!

Wei sori lah, aku ada masalah dengan family aku, aku tak ada mood

Aku ada masalah lah, mak aku tak kasi aku pinjam duit 2 juta

Aku ada masalah dengan awek aku, lebih baik aku mati kalau macam ni


Semua sibuk dengan masalah, pikir masalah dia sekor je, masalah ini masalah itu dan masalah dia je dia nak pikirkan,, macam lah kat dunia, dalam masa 24 jam ni,, takde benda lain dia boleh nak buat selain BUANG MASA nak pikir masalah dia. Macam lah kat dunia ni, masalah dia sekor je yang besar sampai nak orang turut sibuk dengan masalah dia. pergghh sebal

Manusia menghabiskan 3/4 daripada 24 jam setiap hari dengan memikir masalah dia sahaja. 1/4 daripada 24 jam  pulak di penuhi dengan aktiviti makan hati, renungan kosong, tangisan tak bernada, kesedihan melampau-lampau, amarah yang membara giler and bla3x,,



Ada aku kisah dengan masalah kau?

Berapa lah sangat orang yang nak kesah dengan masalah kau orang tu.
Buat apa kau nak jerit satu dunia yang kau ada masalah!
ingat aku tak ada masalah ke
Hello sedangkan ayam kat reban tu ada masalah inikan pulak kita manusia


Aku tak marah kau nak siarkan or paparkan masalah kau kat FACEBOOK ke hape.. tu suke hati kau lah. Kadang-kadang aku pun buat macam tu juga bah.. biasalah saja nak mintak perhatian.


RENUNGKAN :

“Daripada mengutuk kegelapan, lebih baik ambil sebatang lilin dan nyalakan. Daripada meratapi keadaan, lebih baik melakukan sesuatu untuk memperbaiki keadaan.” 


Faham ke tak???

Daripada kita sibuk meratapi masalah yang datang termuntah-muntah ke atas diri kita, lebih baik kita buat something yang berfaedah macam potong rumput di halaman rumah ke. Ni tak, sampai ada yang tak nak makan, lari dari rumah lah dan blah3.. Tak terpikir ke, benda tu tambahkan masalah korang lagi.


 lebih baik bertahan daripada lari dari peperangan


Allah tak akan menciptakan masalah kalau tidak ada penyelesaiannya. Semua orang ada masalah beb, yang buat kita nampak berbeza adalah cara kau menanganinya.
Mindset dalam kepala hotak, Ada orang lain yang lebih besar masalah yang dia hadapi.
Kita tak tahu pasal diorang tak menjadikan ia sesuatu isu
masalah yang kita hadapi sebenarnya kecik je, kita yang menggempak besar-besarkan.









Sabtu, 14 Mei 2011

Osama Anwar.. kenapa kita sibuk??

    
Dulu aku kesian giler dekat  Osama Ben Laden yang kena tembak kemudian mampus, tapi lepas aku baca entry mengenai Obama  Osama, pemimpin Al Qaedah yang kononnya tu baru aku sedar betapa umat Islam seperti aku ni berkali-kali di tipu oleh beraneka dosa yang di gempar gempurkan oleh barat, freemason and yahudi. 
Ya ampun, bodoh ke manusia sekarang ni?? 

Aku rasa semua pemimpin barat dengan askarnya tengah buat drama. Tak ada angin, ribut taufan mahu pun hujan tetiba pulak mati. Dah tu buang laut. Soo pelik. Diorang cakap Osama itu pengganas yang dikehendaki giler oleh diorang so nape tak tayang muka dia yang tengah mati tu kat rakyat diorang, biar rakyat hepi meraihkan kematian pengganas jahat tu. Dan yang pelik, apasal picture yang aku cari kat gogel semua muka je nampak. lWhat the fish..

saja letak gambaq kecik
  Aku tak paham, isu yang remeh nak di besar-besarkan. Macam Hitler, wei bukan dia sorang je yang membunuh manusia, tu jepun masa perang dunia kedua kenapa tak bising-bising kat media kekejaman diorang masa tu. kenapa hitler je?? Kat Palestin tu, sampai sekarang peluru-peluru mencari susuk tubuh tuk di matikan. Ada Diorang bising?? tak da kan. PBB tu aku tengok macam dah tak ada guna. Pecat lah semua pegawai, muka sebijik macam pebangkai.


Di Malaysia, rakyatnya bising sibuk  mengenai Isu Liwat Anwar Ibrahim. Kat berita macam RTM and TV3 semua sibuk nak cerita pasal ni. Entah berapa kilo dah dosa diorang kutip dengan menjaja khabar yang tidak sahih. kuasa Fitnah is really Power ok!. 

Aku dah tengok video tu, tak ada pun video seks? Setakat peluk2tu, budak-budak bawah umur pun dah buat. Tak ke korang pelik dengan isi kandungan video tu. Berapa kali Anwar lalu lalang kat depan camera? kalau aku jadi dia, memang aku dah beromen, wat apa nak wait lama-lama, ikan depan mata beb. Lelaki yang satu tu wat pe kat dalam video tu? entah-entah dia yang rakam kot. Arghhh dia tak ada peranan pun, penghias skirn ke hape aku tak tahu. Dan aku perasan video tu macam kena edit je.
 Agak-agaknya video yang beberapa minit ni ke yang para pegawai di Malaysia pergi tengok. 
Tak pun diorang tengok full movie. Niat nak dapat kesahihan ke ataupun nak layan filem blue??

    Aku cakap  (dalam dialek sabahan)  :

 Rakyat Malaysia ni suka jaga tepi kain orang bha, suka membawa fitnah suka sangat mengaibkan orang lain!! kat tv dan radio semua kutuk-kutuk orang macam anwar ni. Kalau kamu di tempat dia bah, hidup ke kamu sekarang ni? Aku rasa sudah kamu pergi bunuh diri situ. Tu lah, cuba kalau orang buat kau macam tu. Arghhh permainan politik mengekspotasi pemikiran rakyat. mengasi pening kepala saja!


So human, gunakan lah otak yang berada di kepala tu dengan baik.


“Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kalian orang Fasik dengan membawa berita, maka telitilah berita itu agar kalian tidak memberikan keputusan pada suatu kaum tanpa pengetahuan sehingga kalian akan menyesali diri atas apa yang telah kalian kerjakan” 
|Qs Al Hujurat: 6|


sumber rujukan :



Motivasi : kalau anda seekor lembu


Ada satu kawan cakap, kalau nak berasa tenang, kita kena melupakan masalah tersebut. Aku cakap aku tak setuju. Biar macam mana kita menghipokrit kan diri , masalah tu akan carik dan menghantukan diri kita semula.
Korang banyak masalah, tension tiap hari, menyesal hidup di dunia ni, sedih, marah benci akan diri sendiri dan orang lain?? 
bah, sekarang aku  nak tanya, pelis sila jawap dengan tidak menipu okey.


Untuk apa kau bernafas, mencekik dan berak sekarang??
 untuk Hidup.
 Kenapa kau hidup sekarang?? 
Sebab tuhan yang nak
agaknya kenapa tuhan ciptakan kau??
saja kot 
kalaulah tuhan ciptakan kau menjadi seekor lembu??
redha je



Kalau aku di takdirkan menjadi seekor lembu, aku tak akan berada depan skrin macam yang aku tengah buat sekarang, kalau aku jadi lembu, aku tak ada handphone dan jari tuk menekannya dengan bijak. kalau aku lembu, aku tak makan buger sebab tu daging bekas pakwe aku. kalau aku lembu aku tak dapat nak berfesyen tudung ala Mai tu. Kalau aku lembu and bla bla bla..


Saya Owner this blog mengarahkan para pembaca yang best yang duk reading ni  MEMBAYANG kan diri anda sebagai seekor lembu. Bukan membayangkan diri begitu cumil menjadik sekor lembu tetapi bagaimana pengakhiran hidup sebagai seekor lembu. Faham ke kamu ??

Question: 
Apakah babak terakhir yang akan anda lakukan sebelum anda mati sebagai seekor lembu??  ada 2 pilihan  yang terlentangkan di depan iaitu mati dikorbankan or mati macam tu je.
Kalau aku, aku akan pilih mati untuk dikorbankan. Why?
Pasal daging aku boleh di sedekahkan kepada orang lain, buat sate boleh tambah rezeki si manusia, hati aku pulak banyak iron, baik untuk darah. Tulang aku pulak best di buat sup tulang and bla bla bla....

Kalau aku mati macam tu je, tak best. Pasal po? sebab aku menyusahkan orang. Dah lah mati sia-sia, badan besaq pulak. Nak angkat, pungah dan kubur pun payah. Kalau mayat biar macam tu, berbau bangkai pulak. Kan best kalau mati dikorban kan, Ada juga pahala buat bekalan tuk dihari sana.

before that, berikan tepukan gemuruh pada warga lembu..
Lembu = Manusia

Kalau lembu ada matlamat, kenapa anda manusia, tidak boleh buat macam tu? Cool down, masalah tak kan pernah wujud kalau tidak ada jalan menyelesaikannya. Dari duk bising pasai masalah, keluh sana sini, tanya kenapa aku hidup ? kenapa masa kecik aku tak mati je?  daripada pot-pet-pot-pet duaplohpat jam, baik tutup mulut dan pikir cara nak setelkan nya.

So anda nak pilih pengakhiran yang manakah? its your choice..