Khamis, 24 September 2015

Teras hati berbisik

Teras hatiku belum lagi stabil
masih berlaku gempa susulan  bersekala kecil..
siapa tahu akan meletus lagi? atau tenang dan kembali bermimpi..

Aku tahu, harapan yang setipis kulit bawang itu, mencengkam kukuh memori ku terhadap mu. Masih menunggu, belum lagi mahu melepaskan pergi. Bertahan dan merindu disudut bilik, kau mencuri senyumku setiap malam hari.

Sehingga hari tiba,
bila aku benar-benar tewas
dan berputus asa..
kau akan aku lupakan..

Yang jujur,
hati kecil..

0 ulasan: