Jumaat, 21 Ogos 2015

Repekan berganda

I miss him..

Untuk sekian kalinya aku menjejakkan kaki semula ke Sandakan setelah hampir 10 tahun berada di negeri orang. Menghirup udara yang masih di baluti kabur. oh syoknya.

tot.. tot.. tot.. tot.. bunyi mesej.

from Razif Rahim : where r u mai??
aku tersenyum sejenak. betapa dalamnya rindu ku terhadap jejaka ini. Apa khabar dia agaknya sekarang? sihat ke dia ? masih kacak ke dia seperti kali terakhir aku bertemu. dah kawin ke belum?? semua soalan berasak-asak tuk di luahkan. aku mengorak langkah dengan getaran di lutut. huhu agak nervous bah.

Di sisi jalan, sebuah kereta Mazda berwarna black metallic sedang "parking", cantik dan mewah pada pandangan ku. Namun bukan itu yang mencuri perhatian. Di tepi kereta, seorang lelaki berbadan sedang, tinggi dan berkulit sawo matang berkaca mata hitam sedang berdiri sambil melihat jam di tangan kirinya beberapa kali.  Detak detup jangtung semakin kencang. tulang lutut mulai terasa longlai melangkah ke depan. aku semakin nervous.Assalammualaikum. Hi ajip..!
aku memaksa memperleberkan senyuman ku. Agaknya dia terkejut ke tak  tengok penampilan aku sekarang? ye lah, 90% dah berubah, entah kenal ke tak dia kat aku. well mai sekarang dah lawa, dah kurus. Tak macam mai yang dulu.

Razif menanggalkan cermin matanya perlahan-lahan. kelihatan kedua kening tebalnya menjadi rapat, dahinya berkerut. Binggung berangkali.
mai? maisa kah ni.. fuiyooo...
aku ikut tergelak. aku mengambil kesempatan menatap wajahnya, matanya, gelaknya, semua tentang dia aku rindu. dah macam jeruk sudah cinta tak berbalas ku ni. kalau la aku boleh beritahu dia tentang perasaan ku yang sekian lama aku perap ini.

************************************************************************************************************
Untuk semingu aku akan berada di Sandakan. Razif sudah berjanji dengan aku yang kami berdua akan meluangkan masa bersama . macam-macam kami plan aktiviti untuk seminggu ni. semua berbunyi seperti menarik. lepak kat pantai, tengok wayang, berkelah di pantai, naik pedal boat kat tasik dan macam-macam lagi lah

0 ulasan: