Jumaat, 21 Ogos 2015

Luahan Pendiet

Kemarin katanya sayang hari hilang....


Aku tak boleh halang hati aku untuk menulis. Secangkir teh hijau dan sebuah laptop cukup syarat untuk bermain kata di malam-malam buta. Sepatutnya aku tulis pasal diet atkin bah ni, tajuk dah tulis " Luahan Pendiet" tapi telinga tetiba rasa nak dengar lagu Biar Saja by De Meises, aku apa lagi jwang lah.

Zuan, kau anggap aku macam kucing. Kau pupuk kasih sayang dan kepercayaan, bila kau rasa tidak sayang atau tidak mampu kau buang aku di tepi hutan dengan pesanan, awak jangan cari saya lagi, lupakan saya. LOL. Double meaning maksudnya aku tak nak kau, aku tak kan cari kau lagi. Yelah kot. Itu teori aku lah.

Sungguh hati aku sakit, tapi nak buat macam mana. Aku bukan pendesak dan aku tidak akan memaksa. Aku sedar semakin aku membenci, semakin kuat ingatanku terhadapnya. Hari ini, setidak-tidaknya aku mampu senyum bila terkenang namanya. Sisterm barter antara air mata dan rasa senang hati telah berjaya dilaksanakan.

Zuan,

Setakat hari ini, aku telah happy. Betullah kata kau memang tiada jodoh di antara kita. Dengan rasa rendah hati, aku lepaskan perasaan cinta yang kau ternak dalam diriku ni. Tiada lagi rindu, tiada lagi kenangan, hanya sebuah nama sebagai sejarah  untuk peringatan kelak. Semoga kau jumpa wanita yang kau betul-betul inginkan. Bye-bye.


0 ulasan: