Isnin, 13 Julai 2015

Ngomong Reunion

Timbul tengelam..
Begitulah kisah, ada kelapangan baru buka pentas kisah
Bertanya apakah kau masih bujang atau sudah berpunya,
mengapa jangutmu begitu serabai,
amboi halusnya muka
dimana sudah kau membina kerjaya..


Kemudian kita mula mengimbau kenangan,
dari tadika sehingga tamat persekolahan,
yang buruk kini menjadi bahan jenaka penyedap suasana..
Bukan selalu kita begini, hargailah..

Bersyukur,
Media sosial seperti facebook dan aplikasi seperti Wassup dan Wechat telah menghubungkan kami yang telah terpisah bukit bukau dan laut China Selatan. Masing-masing meneruskan hidup, sebagai seorang pelajar, pekerja, anak sulung dan anak harapan kepada ibu dan bapanya

Cuti semesta selama 2 bulan, dikesempatan ini dimana oksigen masih mampu disedut oleh kedua paru-paru, selagi kami-kami ini masih belum berkawin dan beranak-pinak, akhirnya tahun 2015 kami di-izinkan bertemu oleh Tuhan. Walau tidak sempat bercanda lama-lama, mengetuk dan menguyah makmur bersama, ada hari kami sempat bertemu meski sekejap. Begitulah jarak mencemburui sebuah hubungan.

Sahabat,
Aku mungkin bukan selalu ada saat kamu ditimpa masalah, aku bukan 24 jam online sentiasa, sentiasa memantau hari-hari mu, maafkan aku kerana sibukku. Aku tinggalkan namaku, nomborku untuk kau menjejaki, menghubungi saat kau benar-benar membutuhkan aku.

Cari aku, aku tidak hilang. Aku tengah bersembunyi, masih memikir bermacam perkara untuk maju kehadapan dengan santai-santai saja.

0 ulasan: